I was pregnant with twin!

Assalamualaikum.

Entry pertama untuk tahun 2017 dan harapnya bukan yang terakhir.
We planned to unplan and Alhamdulillah Nana missed my April's menses and found out a positive UPT. The feeling? Beyond happy i would say.

Takde morning sickness, hubby, family and close friends layan Nana dengan sangat baik. Everything seems to be in order. Nana and hubby plan untuk bukak buku merah di KK pada minggu terakhir sebelum puasa i.e. on our 9th anniversary (25/5/2017). Kami berkira 9 minggu would be great time sebab still within first trimester and sudah ada heartbeat. Perfect for a scan. :)

Kita boleh merancang semahunya, but at the end Allah's plan will win.

Ahad (14/5/2017)
Nana rasa tak sedap hati. Terasa nak scan baby to see the situation inside me at the soonest. Tapi tak ada lady gynae yg available and hubby reminded me about the upcoming appointment that we have set which is a week later. So nana cuba bertenang sambil berdoa supaya semuanya akan ok.

Isnin (15/5/2017)
Kerja macam biasa. Stress. 😂 sakit perut and belakang, macam senggugut but mild so tahan ja la. Petang sebelum balik nampak brownish spot. Masa ni hati dah rasa lain. Something is not right. Tapi masih sabar. Balik rumah and monitor but nothing came out. Ada sikit harapan masa ni. Hopefully just an implantation bleeding.

Selasa (16/5/2017)
Terjaga pukul 3 pagi. Sakit perut and bila check tengok fresh blood keluar. Sangat banyak sampai tak nampak dah warna putih toilet bowl. Hancur hati masa ni. Pakai pad untuk monitor and keep bleeding sampai pagi. Tapi sakit perut mild sangat. So decided untuk pegi emergency Az Zahrah. Explained semua and doc mula cek. She just found an empty womb. Perasaan? Tried to keep calm. Berdoa semoga Allah permudahkan. Kalau panjang usia baby mohon Allah kuatkan baby. Kalau tidak, mohon jangan disakiti baby. Doc tulis refer letter ke hosp putrajaya. So yeah terus ke dewan bersalin hosp putrajaya, precint 7. Nurse kata kes nana kes kecil hence she redirect me to pusat bersalin berisiko rendah precint 8. Ok, pegi sana semua senang takde orang so cepat sangat service. Bayar rm20 sebab refer letter dari private. Jumpa doc, again she cant find anything in my womb and even asked, "are u sure u are pregnant? Berapa kali buat upt? ". Herm, i was annoyed with that actually. Lepas ti dia suh buat upt test so ok. Result positive. Terang. Then doc cakap kosong ni dah turun habis. Missed miscarriage. Nana sedikit lega masa ni sebab tak payah buat D&C. Sebelum balik doc ambil darah untuk tengok hsg level. Ok. So dapat mc satu hari dan balik. Doc cakap dia akan call me esoknya bila dapat result. Nana balik rumah. Cuba tenangkan perasaan. Shared the news with family. Mintak doakan yang baik2. Masih bleeding.

Rabu (17/5/2017)
Still nervous tunggu result hsg. Masih sakit macam senggugut and bleeding. Finally doc called around 11 am dan bagitau result hsg nana is 47,700. Sangat tinggi untuk 8 week. Doc cakap pelik la result hsg awak ni. Takpelah, datang balik jumaat ni untuk re test. Herm. Nana fikir balik macam2 boleh jadi dalam masa 2 hari. I am still unsure whether i am really miscarried or something else. Decided to get the third opinion dari An Nur. Alhamdulillah dipermudahkan, jumpa dr wan hasliza tanpa perlu buat appointment. Lepas explain semuanya, doc start scan and boom! Doc nampak kantung yang dah jatuh dalam rahim DAN satu kantung dengan a very slow or no heartbeat outside the womb. Di tiub falopio kanan. It was a twin. But sadly, seorang keguguran dan ectopic pregnancy. Ni menjawab kenapa hsg level nana sangat tinggi. :( I was alone, and shocked when got the news that i was pregnant with twin. Ya "was" sebab i lose them both. :( nana tak boleh control dan nanges teresak-esak dalam bilik. Dr wan sangat motherly she even hugged me. Pujuk that i am gonna be ok etc. Alhamdulillah for all of lovely words from dr wan. I appreciate it so much. :) dr wan tulis refer letter and ask me to go to hosp putrajaya immediately. So yeah, nana tunggu hubby balik. Feed the kiddos. Kemas rumah sikit2. Packing sebab confirm akan masuk wad. Dan bertolak ke hosp putrajaya lepas maghrib.

Sampai dewan bersalin,  bagi refer letter dan terus masuk salin baju etc. Jumpa doc. Doc scan dan nampak exactly apa yg dr wan nampak. Alhamdulillah. Since nana dah sakit dan bleeding teruk. Doc taknak tunggu and they scheduled for laparoscopy and D&C malam tu jugak. Mixed feeling masa ni. Syukur sebab tahu awal before the ectopic tu pecah etc. Nervous sebab tak sangka secepat tu kena operate dan kena buat 2 serentak. Sedih sebab kehilangan baby yang memang ditunggu-tunggu. Bukan seorang tapi 2! Tapi nana cuba tenangkan diri, try to be positive and redha. I was pushed to the OT pukul 12 am. Selesai dan ditolak ke wad pukul 4.30 am. Bius penuh so basically i was not aware apa jadi. Yang pasti pagi tu realised ada 4 lubang di perut nana. 3 belah kanan untuk buang tiub falopio kanan. Satu belah kiri untuk buat drainage keluarkan darah kotor dari rahim. Ok,  belah kanan luka jahitan kecik macam hujung pensel ja. Belah kiri scary. Ada tiub yg asyik keluar darah dan nana takut fikirkan macam mana la nak bukak tiub tu nanti. Huhu.

Khamis (18/5/2017)
Pagi2 hubby dah sampai. Nanges masa ni. Semalam before masuk OT tak sempat jumpa hubby. Emotional sangat fikir kalau aku mati,  tak sempat mintak maaf. :( start minum dan bangun pegi toilet. Ouch dengan drip tgn,  drainage kat perut dan lubang2 di perut. Bangun jugak taknak darah beku. Doc ckp tak boleh balik sebab apparently banyak darah keluar so diorang nak monitor lagi. Huhu.

Jumaat (19/5/2017)
Again, masih banyak darah keluar. Diorang nak monitor dan akan off drainage petang tu. Herm. Masa nak tarik tiub untuk off kan drainage tu. Sakit sampai nana menjerit ok. Huhu. Doc baik gentle sgt tapi tiub tu panjang sampai ke rahim. So sakit. Lepas siap terus doc cucuk ubat tahan sakit.

Sabtu (20/5/2017)
Discharged!  Total RM1,100. Bilik dua orang. Layanan terbaik dari doc dan nurse. Alhamdulillah.

I wrote it here so i can always browse through in the future. Doakan nana ada rezeki untuk pregnant lagi. Amin.

To my babies, mama dan papa akan pilih nama untuk you both. Tunggu mama dan papa dan yr siblings ya. Semoga kita semua bersatu di jannah. Amin.


Comments

Popular Posts