Wednesday, July 8, 2015

Andai ku temui kau dahulu.. V1

You were not the 1st..
Only i i were to meet u, just before her..
I'll definitely choosing u..
To be my love.
Forever.
I do love u, but i already have her..

Pedih.
Menghiris.
Perit.
Menikam.

Lily bungkam.
Serasa mahu jatuh handphone yang masih ada pemanggil di hujung sana..
Yang semakin lama, semakin jauh.

Ini cinta pertama.
Lily bingung.
Apa yang salahnya?
Sampai langit tidak lagi cerah?
Apa khilafnya?
Hingga mendung menjengah?

Lily, awak gadis yang baik.
Pastinya saya jadi pria yang kerugian.
Kerana tidak memiliki awak.
Maafkan saya kerana tidak berterus terang tentang adanya dia, in between us.

Masih bercakap.
Masih menjustifikasi.
Mungkin rasa bersalah..
Mungkin menyesal..

Lily tarik nafas dalam, hembus.
Tenang.
Kata disusun.

Terima kasih kerana muncul dalam hidup saya.
Biarpun tidak lama.
Saya hargai pengalaman ini.
Jangan bermain dengan perasaan.
Jangan dustakan hati yang mengharap.
We better stop now.
Saya tak betah melukakan yang hak.
Saya mampu menghadapi perpisahan ini, asal yang hak tidak tercalar.
Apparently, you need to stop all this bullshit.
Focus on your relationship.
I think that's it.
I don't have any other things to say.
Assalamualaikum.

Panjang tutur lily.
Yang disana tetap cuba memujuk.
Tapi lily tegas.
Sudah.
Tamat.

Talian dimatikan.
Maka kenangan mula menerpa...

Lily, gadis biasa yang masih menuntut di sebuah universiti. Sopan dan indah akhlaknya. Tidak tercela. Bijak malah ceria juga. Berpeluang menjalani internship di sebuah syarikat terkemuka. Lily gembira dan look forward to face the career life.

Hakim sudah lebih dahulu bekerja. Jurutera muda, rajin malah baik budinya. Hakim lebih banyak habiskan masa di site. Pulang ke pejabat cuma sesekali.

Kali pertama bertentang mata semasa hakim mahu menggunakan surau, yes we are sharing the same room to perform solah. Hakim pandang dan terdetik, manis gadis ni tapi siapa dia. Tak pernah jumpa, tak kenal nama. Lily senyum sekilas sambil terus jalan. Tak disangka rupanya hakim tidak boleh lena. Hati sudah jatuh suka.

Hakim mula menyiasat siapa empunya diri yang secara tidak sengaja sudah bertakhta di hati.

Selepas ditilik risik, terang lagi bersuluh lily rupanya anak saudara kepada tuan empunya syarikat. Attach cuma buat seketika. Hakim tidak menunggu lagi. Dicari nombor telefon dan peluang untuk mendekati.

Lily dingin. Tekadnya untuk menimba pengalaman. Besar citanya, malah luhur niatnya. Maka dipandang enteng salam perkenalan hakim.

Hakim tidak putus asa.

Lily, awak boleh tumpang saya untuk ke site hari ni sebab the rest are not able to make it.

Lily diam tapi tiada pilihan. Memikirkan jarak dari pejabat ke site yang sejengkal cuma, lily akur.. Hanya radio yang berbunyi di dalam kereta. Soalan demi soalan pemecah buntu dari hakim hanya dijawab pendek dan tepat. Tidak kuramg dan tidak lebih. Hakim makin teruji, apa kurangnya aku hingga dingin sekali sahutan lily?

Usai site visit, keduanya pulang ke pejabat. Sudah tertulis keduanya harus menyiapkan report untuk dihantar within the same day. Bekerja berdua, hakim makin tertarik. Gadis ini bukan biasa. Fokusnya luar biasa. Tidak mudah distracted.. Hakim sudah jatuh suka. Suka yang bertukar menjadi cinta.

Selesai kerja, waktu hampir ke tengah malam. Hakim menawarkan untuk menghantar lily ke rumah. Lily geleng. Rupanya pemandu peribadi pakciknya sedia menunggu.

Hakim tidak putus asa..
Tunggu..


To be continued...

Saturday, July 4, 2015

Melacur vs Melanggan

Rasanya ramai yang dah tahu pasal issue seorang wanita yang terpaksa menjual dan menjaja diri untuk dijamah. Na tulis terpaksa sebab na assume she has her own reason to do that. Manusia yang pegang tali Allah tak akan melakukan perkara terkutuk macam tu. But wanita ini tanpa malu, secara terbuka, memperdagangkan tubuhnya secara online. Ya you read it right. It is online. By a click, you can have a #@$ with her.

Na nampak ada yang menasihati and na yakin ada yang privately pm her to advise her to stop doing this shit. Tapi wanita ini? Bangga sekali dengan tindakannya. Katanya ini hidup aku, kalau masuk neraka, aku yang masuk so jgn kacau hidup aku. Alahai... Sombongnya hamba Allah ini. Semoga Allah bukakan hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Supaya dia pantas bertaubat. Insya allah.

Yang buat Na terkilan, rupanya permintaan untuk khidmat §¥% haram ini sangat tinggi. By scrolling down the comments, Astagfirullah hal azim. Yang namanya muslim, yang profilenya penuh gambar anak dan isteri, yang aktivinya di wall sungguh murni (usai ceramah agama, sokongan terhadap palestin etc) tapi hakikatnya? Ada intention untuk melanggan pelacur? Nauzubillah. Tak ada rasa malu manusia sekarang. Malu dengan Allah.

Bila manusia hilang rasa malu memang porak peranda dunia. Na personally sangat terganggu. Na terfikir kalau benar mereka melanggan.. Pulang ke rumah, gauli isteri pula.. Astagfirullah hal azim tanpa rasa berdosa. Kesian isteri yang setia.

Owh i donno. I seriously disturbed by all these things. I am sad. More sad to those lady yang realised suami mereka terlibat. Kasihan and i don even want to imagine if i were in their shoes.. :( how to react? Maafkan dan proceed as usual? I donno. Ya Allah Kau ringankan beban para isteri yang diduga sebegini. :(

Mungkin ada yang akan bidas, sebab itu lelaki diizinkan untuk menikah 4.

Lousy reason i would say. Kenapa hal itu saja tiba2 semua pun nak ikut sunnah? Kenapa hal2 lain dalam menjaga rumah tangga tak diikut? Kenapa? Why?

Mungkin sebab na wanita yang berakal cuma satu maka na tak boleh hadam kes macam ni. Jijik jijik jijik.

Kalau ada yang kurang dalam perkahwinan, fix it!!! Don find solution outside the marriage. It wont solve the problem. It wont. Neither suami nor isteri is perfect. None. We complement each others. Thats the meaning of marriage. Melengkapi satu sama lain dalam mencari redha Ilahi. Bukannya berharap untuk menjadi penerima dalam perkahwinan. Jangan kerana sudah terlalu lama menerima, kita lupa untuk memberi.

Nasihat na pada yang melacur, kembali ke pangkal jalan. Better late than never. Allah Maha Pengampun.

Nasihat na pada yang melanggan, solat taubat.

:(
:(
:(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...