Monday, February 23, 2015

Untuk wanita

::

Surah An Nisa, surah wanita dikhaskan dalam quran bagi mereka.

PERKARA YANG PERLU
DIJAGA OLEH WANITA

M E R E K A
M E L A H I R K A N P A R A N A B I
J U G A A N D A

1. SAYANGI BULU KENING
Menurut Bukhari, Rasullulah saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.

(HR Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. KAKI BERLOCENG
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.

(Surah An-Nur Ayat 31)

3. JAUHI BERWANGIAN
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.

(HR Nasai, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. LINDUNGI DADA
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.

(Surah An-Nur Ayat 31)

5. PELIHARA GIGI ORIGINAL
Rasulullah saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.

(HR At-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.

(HR Bukhari dan Muslim)

6. MUKA DAN LEHER
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.

7. PAKAIAN YANG NIPIS (JARANG)
Asma Binti Abu Bakar r.a telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang tipis.

Sabda Rasulullah saw: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.

(HR Muslim dan Bukhari)

8. MENJAGA TANGAN
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.

(HR At Tabrani dan Baihaqi)

9. PELIHARA MATA
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.

(Surah An Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW,

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.

(HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. JAGA MULUT DAN SUARA
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak atau sengaja meliuk lentuk dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya. Tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.

(Surah Al Ahzab Ayat 32)

Sabda Rasulullah SAW,

"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan.

Maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.

(HR Ibn Majah)

11. PELIHARALAH KEHURMATANMU
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.

(Surah An Nur Ayat 31)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.

(HR Al Bazzar)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.

(HR Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. MENJAGA PAKAIAN SOPAN
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.

(HR Ahmad, Abu Daud, An Nasai dan Ibn Majah)

13. JAGALAH RAMBUT
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

(HR Bukhari dan Muslim)

WAHAI ANAK-ANAKKU TERSAYANG..
Saat memandang kain sempitmu, seluar ketatmu, baju sendatmu, tudung singkatmu, solat dan ibadahmu, aku ingin sekali menegurmu.

Namun, sering saja terkaku. Rasa tak mampu kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur.

Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak kau akan mempersoalkan aku.

"Kenapa kau tak tegur aku dulu? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan?"

"Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu?"

"Kenapa kau tak guna untuk bantu aku? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku."

MARILAH KITA MENUJU KE SYURGA ALLAH BERSAMA YA NAK!!

M E N G H A R G A I
K E M U L I A A N W A N I T A
S E B A G A I P E N G H U L U
B I D A D A R I D I S Y U R G A

::

Wednesday, February 18, 2015

Don't fix if not broken...

But i personally don't believe it.

If things started to go the way it not supposed to be, do something before get worse.

Tegur sebab sayang. Ada ka manusia yang tak boleh ditegur? Kalau ada then something wrong with her / him.

Na sendiri adalah super sentap. Asal bapak tegur ja na merajuk. Tapi eventually na tahu teguran tu utk my own good. Contoh na lambat bangun pagi, maybe ada parents yang 'KESIAN' nak kejutkan sebab fikirkan anak tu ngantuk. Tapi my parents akan gerak gerak gerak gerak sampai na bangun and solat subuh. Sebab they love me. My parents want me to be an obedient ummah and insya allah boleh bertemu dan bersama di dunia yang lagi satu. Nampak tak tujuan teguran / didikan tu?? Nampak kan?

Pilihan di tangan anda. Kalau dah tak boleh ditegur, sampai bila2 akan buat kesalahan yang sama and takkan sedar kesilapan diri. Tegur sekali, melenting pastu fikir la punca ditegur. Mesti ada sebab. Kalau tak boleh hadam sangat, google. Kan skang zaman moden, dari menghadap fb tak tentu hala baik guna untuk kebaikan.

Jangan nak ego tak tentu hala saying that nape la org ni selalu tegur aku, selalu nampak kesalahan aku.. Geng aku ok ja aku pakai baju jarang mcm ni.. Sibuk ja orang tu nak tegur. Kubur lain2 kot.

Jangan sekali kali sombong dengan Allah. Dengan ajaran Dia. Sebab tujuan kita hidup adalah untuk kumpul 'harta' untuk dunia yang satu lagi.

Belajar.
Belajar.
Belajar.

Back to basic.

Hidup ni kena patuh dekat siapa? Lepas tu siapa dan siapa pulak selepas tu?

Betul ke apa aku buat ni??

Fikir.
Fikir.
Fikir.

Tak guna duit berjuta kalau tak berkat.

Monday, February 2, 2015

8 hari 7 malam di hospital kerana denggi

Hari khamis malam 22 jan 2015 mula rasa sengal badan and seram sejuk. Thot of exhausted and so relax ja.

23 jan 2015 lps asar rasa lemah balik. Still ingatkan letih badan so lps balik keja, tidur awal. Bdn mula panas dan kaki tgn lenguh.

Pagi sabtu 24 jan 2015, suddenly lembik terus. Mulut pahit sepahitnya. Tgn kaki kebas. Badan mencucuk bisa. Panas. Demam. Niat di hati nak stock up barang dapur tapi sempat pegi breakfast ja. Tak selera makan and tal boleh berdiri lama. Nak pitam. Balik rumah terus terbaring. Minum air masak banyak and stI ill terbaring. Takde tenaga sbb tak selera makan. Hubby bancuh milo, sesudu saja masuk mulut. Makan panadol..

Esoknya, 25 jan 2015. Sama. Lembik. Menggigil demam. Tak boleh tahan, petang trus pegi klinik. Doc suspect denggi sbb demam tinggi with no other symptoms i.e. Flu, cough. Pastu sakit badan and tekak pahit. Amik darah, platelet normal but kepekatan darah X normal.. And doc pretty sure i am positive denggi. Trus doc bg refer letter.

Day 1 (25 jan 2015 ahad)
Terus gerak le columbia asia hospital puchong. Nearest to home. Again, amik darah and confirmed positive denggi. Doc suggest admitted sbb lack of fluid dalam badan hence justified the readings of kepekatan darah earlier. Sakit sangat, cant think of anything else i am agreed to be admitted. Dapat double bedded room. Hubby x teman, jaga anak kat umah. Kena drip and amik darah tiga kali sehari. Lebam sana sini. Mana yang salah cucuk. Mana yang cucuk tak dapat darah, mana yang x nmpk urat. Hoih boleh mengamuk hoi.

Day 2-5 (26 to 29 jan 2015)
Eh mcm lamanya admitted.. Platelet terus menjunam turun. Darah makin pekat padahal on drip. Pening and almost stiap malam demam tinggi. Menggigil. Sakit badan tak terkira. Kena tukar tiub drip sbb dah lebih 3 hari. And doc suggest pasang temporary line so senang amik darah. Memandangkan nurse ckp ssh nak cari urat etc. Pakar bius yang buat. Kiri kanan pasang line. Satu utk drip, satu lagi utk amik darah. Sakit. Tapi pasrah, actually tak la pasrah sgt. Cek nangeh masa cucuk byk kali tak jumpa urat. Sakit.ok sakit! :( owh yang menambah sakit bila na kena bengkak susu. Sakitnya... Rasa mcm masa dlm pantang. Cant remember where i keep the breastpump so.decided to borrow from.hospital. Kena charge rm 30 sehari, x kisah la. Janji x bengkak.

Day 6 (30 jan 2015)
My birthday. Never in my life i imagine myself celebrating bday in ward. Never!! Tapi tahun 2015 nampaknya full of suprise. Na meraikan hari lahir ke 32 di hospital. Masa ni all the positive aura has slowly faded away. Lama sgt kot dok terperuk kat hospital. Platelet turun like nobody business. Ada bleeding sikit. Doc said kalau turun bwh 20, to icu u go babe. Tak kelakar ok!!!! Rasa nak nanges. Masa ni kaki tgn bengkak kebas yang teramat. Owh ya, na minum air daun betik. Tapi tu la, lambat sikit kesan dia. Masih demam malam. Pening nak pitam sokmo. Na minum air byk2. Air masak, doc x bg.minum hundred plus. So ok, minum.

Day 7 (31 jan 2015)
Platelet masih turun. Lowest was 21. Doc dah mula pelik. Dia track my oral intake and alhamdulillah doc ok dengan disiplin na and off my drip. Yaahhooooo. Ptg tu platelet suddenly increase to 60. Alhamdulillah.. No more fever. Pening still. Doc said kalau platelet naik lg next.blood test dia bg.balik. Bdebar ja tunggu. Parents arrived from sp. :)

Day 8 (1 feb 2015)
The day. Masuk hospital bulan satu, bulan dua baru discharge. Huhu tak kelakar okeh. Slps 8 hr 7 mlm di wad. Na boleh discharge. Syukur atas semua doa.

Total bil rm6k ++. Fully.covered by etiqa.

Least i know that the after effects are even.worse. Huhu. Lembik lutut, x larat lemah, x selera makan. Sakit rupanya kena denggi ni. Huhu.














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...