Monday, February 23, 2015

Untuk wanita

::

Surah An Nisa, surah wanita dikhaskan dalam quran bagi mereka.

PERKARA YANG PERLU
DIJAGA OLEH WANITA

M E R E K A
M E L A H I R K A N P A R A N A B I
J U G A A N D A

1. SAYANGI BULU KENING
Menurut Bukhari, Rasullulah saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.

(HR Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. KAKI BERLOCENG
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.

(Surah An-Nur Ayat 31)

3. JAUHI BERWANGIAN
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.

(HR Nasai, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. LINDUNGI DADA
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.

(Surah An-Nur Ayat 31)

5. PELIHARA GIGI ORIGINAL
Rasulullah saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.

(HR At-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.

(HR Bukhari dan Muslim)

6. MUKA DAN LEHER
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.

7. PAKAIAN YANG NIPIS (JARANG)
Asma Binti Abu Bakar r.a telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang tipis.

Sabda Rasulullah saw: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.

(HR Muslim dan Bukhari)

8. MENJAGA TANGAN
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.

(HR At Tabrani dan Baihaqi)

9. PELIHARA MATA
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.

(Surah An Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW,

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.

(HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. JAGA MULUT DAN SUARA
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak atau sengaja meliuk lentuk dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya. Tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.

(Surah Al Ahzab Ayat 32)

Sabda Rasulullah SAW,

"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan.

Maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.

(HR Ibn Majah)

11. PELIHARALAH KEHURMATANMU
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.

(Surah An Nur Ayat 31)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.

(HR Al Bazzar)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.

(HR Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. MENJAGA PAKAIAN SOPAN
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.

(HR Ahmad, Abu Daud, An Nasai dan Ibn Majah)

13. JAGALAH RAMBUT
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

(HR Bukhari dan Muslim)

WAHAI ANAK-ANAKKU TERSAYANG..
Saat memandang kain sempitmu, seluar ketatmu, baju sendatmu, tudung singkatmu, solat dan ibadahmu, aku ingin sekali menegurmu.

Namun, sering saja terkaku. Rasa tak mampu kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur.

Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak kau akan mempersoalkan aku.

"Kenapa kau tak tegur aku dulu? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan?"

"Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu?"

"Kenapa kau tak guna untuk bantu aku? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku."

MARILAH KITA MENUJU KE SYURGA ALLAH BERSAMA YA NAK!!

M E N G H A R G A I
K E M U L I A A N W A N I T A
S E B A G A I P E N G H U L U
B I D A D A R I D I S Y U R G A

::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...