Thursday, June 26, 2014

Hati

Ada few things yang Nana terpanggil nak highlight here.

1. Kes cina cakap melayu puasa mulut busuk.
Api lawannya air. Kalau curah minyak makin menggila la api tu. First time Nana terpandang status tu Nana berharap sangat screenshot tu takkan dipanjangkan, di forward, di share etc etc.. tapi malangnya my own friend did shared the.screenshot and of course with comments. Takde satu pun ayat yang elok digunakan. Maki hamun mencarut menghina, name it sume terkeluar. Tgk pulak org komen lagi kat his status. Heret habis pasal tak mandi la apa la yang sangat tak sopan. Apa pandangan orang non muslim bila tgk those comments? Diorang akan fikir yang bukan2. Yang keruh bertambah buruk. Berkecai. Mungkin ilmu kita tak setinggi mana tapi tolonglah jangan reveal kedangkalan sangat. Kita patut bagitau keindahan islam. Ganjaran puasa. Kalau non muslim tak boleh terima dari segi rohaniah, selitkan dari segi sains. Mmg la bila berpuasa mulut kita akan mengeluarkan bau yang kurang senang. Itu fact. Tapi ada banyak cara untuk mengurangkan masalah tu. Daripada menambah maki hamun orang tu yang confirm tak dapat apa pun, baik la kita senyap. Pls la.


2. OKU yang dibiar kebuluran.
Astagfirullah hal azim. Seronok sangat kita nak bongkar kisah si ibu. Dedah aib. Sebar semua. Maki hamun tak payah cakap la. ;( sedih bila tengok orang islam bukak aib sesama islam. Kita sikit pon tak cuba bantu adik firdaus tu. Tanya diri sendiri, apa aku dapat kalau ibu adik firdaus kena penjara? Nil. Takde apa. In fact maybe kita akan pisahkan seorang anak dengan ibunya. Ibu tak bertanggungjawab?? Ye sebelum ni. Semua manusia buat silap. Dan semua deserve a chance to be forgiven. Kalau ibu adik firdaus dah tersalah arah, tolong kaunseling, cari punca, bagi nasihat, tolong tutup aib dia, insya Allah. Mungkin ibu adik firdaus akan berubah. ni tak, bkn main nak tembak mati la apa la. Tolonglah. Tolonglah. ;( siapa kita nak menidakkan peluang kedua buat ibu adik firdaus?


3. Pergi kenduri dengan niat buruk.
Maaf. Tapi ini sangat selalu. Bila dijemput, kita wajib hadir untuk menggembirakan hati tuan rumah unless ada hal yang tak dapat dielakkan. Zaman sekarang, aku nak pegi kenduri si polan nak tgk sket meriah sangat ke sebab konon bakal laki dia engineer. Contoh. Ini contoh. Kenapa perlu kita ada niat utk judge majlis orang? Adab memenuhi jemputan pun ada. Belajar la. Attend, makan, doakan yang terbaik. Insya allah. What goes around comes around. Tak payah nak cakap kenduri si polan tak meriah langsung macam majlis kematian la. Tak padan langsung pengantin perempuan tu janda anak satu gemuk pendek. Contoh. Tak payah. Tambah dosa ja. Please. :(

Cukup lah tiga kes. Pokok pangkal hati..hati kita mmg la hitam. Sbb tu kena carik jalan kenal agama, kenal adab, akhlak. Baru la tak jadi mengarut2. :(

Sedih.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...