Sunday, December 28, 2014

Tuhan sedang titipkan pesan..

Tahun 2014 merupakan tahun yang penuh dugaan buat Malaysia.
One after another.

Ratusan malah mungkin ribuan nyawa telah terkorban.
Ghaibnya mh370, berkecainya mh17, banjir terburuk di pantai timur n recently, airasia yg x dapat dikesan.

Satu yg pasti..DIA sedang titipkan pesan..dah jauh kita terleka. Maju, membangun,teknologi terkini yada2. Takkan ada satu di muka bumi yang bisa melawan kekuasaan Allah.

Yg tinggal harus pintas sedar dan menjadi lebih baik.
Dari segala segi.

Berbuat baik sesama kita. Air Asia, masa untuk tundukkan sedikit ego yg melangit, tempiaskan sikit rasa simpati. Terharu bila nampak pics ni, MAS u are truly amazing!!!


Thursday, December 25, 2014

Ampunkan dosa kami Ya Allah

Pantai timur hampir tenggelam.
Ada yg terputus hubungan.
Ada yg menanti di atas bukit.
Ada yg berpaut pada dahan.
Ada yg menongkah arus.

Berat mata memandang, berat lagi yg tgh memikul.
Semoga dipermudahkan.
Semoga semunya diberi kekuatan utk berdepan dgn dugaan ini.

Insya allah.
Mohon kasihani kami ya allah.




Thursday, December 18, 2014

Definisi kasih

If u really love someone, guide her or him to the correct path.
You will never go wrong.
Insya allah.

Saturday, December 6, 2014

Merdeka!!!

Alhamdulillah.
Done all pkmc papers!
Yuuhuuu

Of course la happy.
Walaupon rasa i could do better kalau study harder.
Dont care.

At least dah habis!!!
Yea!!!!

Monday, December 1, 2014

My own way of settling down

No moving out and in shall happen any sooner.

None.

We've decided.

Status quo.

Stay in puchong, going to work by car / lrt whichever easier, sending the boys to the existing school,same baby sitter..

Puchong. Puchong. Puchong.

Nampaknya kajang akan jadi our weekend house. 😫 takpe, till one day. Insya allah.

Tuesday, November 25, 2014

Last day working

Before going for 3 days study leave.
Need to finish all outstanding tasks before off to study.

I am not expecting much.
But at least to study most of the important chapters.
Cant afford to complete the whole module though.
Huhu.
Focus nana focus..


Saturday, November 22, 2014

Salute

Na merasa belajar, bekerja dalam satu masa tahun ni.
Singkat tapi melekat.

Makes me wonder, mampu ke Na go through this?
Boleh pass ke?
Keja boleh siap ke?

I'll work tomorrow.
Pengorbanan kerana tanggungjawab.
Semoga Na ikhlas bekerja.
Semoga ikhlas itu sampai padaNya.
Dan kembali pada Na.
Dalam bentuk redha Ilahi.

Insya Allah.

Those yang sambung belajar sambil bekerja.
You got my respect.

Wednesday, November 19, 2014

Tempat wanita bukan di kaki

Kisah mah dan suami curangnya tersebar di internet.

Honestly Na rasa kisah itu benar ada di luar sana.
Wujud.
Mungkin minimal, tapi kritikal.

Sebab kosong dada dari Iman.
Jalan keluar yang hina.
Problem is to be solved.
Menjauhkan malah bertindak tidak menghadapi dan cuba selesaikan adalah salah.

Pilih untuk berzina.
Tatkala isteri setia?
Agreed with wardina, how low can the man be?

Na banyak baca artikel malah dengar ceramah yang wanita kena menghambakan diri pada suami.
Kena layan like a king.
Yada yada.

I am agree in a way.
BUT...
It takes two to tango.

Not denying just mintak pemahaman sikit.
Bekerja sama2.

Kalau lelaki balik kerja dah rasa penat apa perempuan tak penat?
Lepas kerja di pejabat, sambung pulak pakai topi surirumah.
Kerja lagi.

Pernah dengar toleransi?
Itu kena ada.
Give and take.
Jangan sebab dah selalu menerima, tak pandai memberi.

Dan oh, kami bukan hamba.
Sorry.

Sunday, November 16, 2014

Be on private mode: till the air is cleaned.

Email me your email add if you wanted to continue reading my little online diary.

Too many speculation, too many stalkers, too many perception.

I am out and about.

Sorry.

adiliahani@gmail.com

Thursday, November 6, 2014

Midnight entry

12.43 am.

On my bed in sunway medical centre.
Cant sleep.
Tried but cant.

My neighbour.
Chinese lady with a son that have similar symptoms to Sufi's.
Vomitting, diarrhea n fever.
While her son is soundly sleeping, she's on the other hand is working with her laptop.

I can feel that she's working on something from the way she types. We can identify those blogging vs typing a work related stuffs rite?

I wanted to do something like that.
From home, or in this case from hospital.
Flexible.

When can i be one?
Insya allah one day.

Owh by d way I really hope Sufi is not diagnosed as rotavirus infection.
It's kinda scary if it is so.
Huhu.

But anyway we are in a good hand, with of course the best hand i.e. Allah.
Insya allah.
Ok.
Ok.
Ok.

Tuesday, November 4, 2014

Motivational quotes

Sejak zaman uni mmg minat sgt dengan motivational quotes. Kalau tengah lalai lesu bila baca trus boost up semangat. Jom baca.








Saturday, November 1, 2014

Friendship by courses

I was away from office for almost 1 month.
Like seriously tak masuk office langsung.
Hehe.
But i did went to the office once on sunday.
Merely because i cant take ut anymore.
Soooo missing the office.

Amboi.
Haha.
Actually clear emails ja.

So met new friends from various banks.
Satu kepala.
Alhamdulillah.

Semoga study group kita menjadi.
Another one month for the exam.
Dalam hati ada gusar.
Huhu.

So bulan ni apart from policy, procedures, masterclass etc.
Malam na akan dihabiskan dengan study.
Donno whether i can make it or not.
But sometimes we don have any choices n gotta do what we gotta do.

Tolong doakan na n kawan2 berjaya.
Again, this might mean nothing to others but for me..
It is everything.




Wednesday, October 29, 2014

Jiwa raga

Dah besar anak2.
Lima tahun n dua tahun.
Semoga terus membesar menjadi anak yang soleh.










Monday, October 27, 2014

Negativity leads you to no where

7 tahun berkerja, buat Na matang.
Boleh read in between the line.
Hehe.

Na tak suka orang yang sentiasa negatif.
It will lead you to no where.
Precisely.

Tipu la kalau takde masalah kat tempat kerja kan?
Normal la tu.
But I won't run away from it.
Face it.
Confront the person n try to fix it, professionally.

I am still learning.
Tapi I won't let the negativity drives me..
No way I can live with it.

Tak guna nak menjeruk rasa, bash sana sini belakang sebab at the end yang makan hati is none other than yourself. Itu yg jadi tak semangat nak kerja. Or worse still, tak ikhlas nk kerja. Not good for yourself.

Elakkan berkawan dengan this kinda people.
Tak membantu langsung.
Serious.

Wednesday, October 22, 2014

Little achievement

I am so proud of myself.
I realised that I ain't good at presentation / public speaking and anything to do with speak with couple of eyes on me.

Gosh, I have an issue with that.
Huhu.

But with the assistance, guidance n opportunity given by bosses, colleagues etc..
I am proud to say that I am improving.
Am ok sebab not yet reach the desired level.
Gonna be there soon.
Insya Allah.

I am now waiting for a result of someting important.
I have given my best.
Tawakal.
Semoga rezeki berpihak pada nana.
Insya Allah.

Never thought of having such opportunity.
Alhamdulillah.
It was a really great experience.

And hey.
I am on one month course.
Away from office made me crazy sometimes.
I was so happy at the beginning and after a week, I started to miss everything about my office.
Haha.
Yellow blood I am..

Another one week plus to go and I'll hit the gym back soon.
Hehe.
Course ni mkn sedap2.
Huhu.

Owh ya I am taking pkmc.
To be a certified dealer.
Insya Allah.
So far the modules have managed to confuse me.
Haha.
Jenuh la nk study nanti.

Anyway pls pray for me.
Hopefully will share the good news with u guys soon.
;)

Friday, October 10, 2014

Sakit

Demam batuk selsema sakit badan.
Semua.
4 orang.

Pandang ja nasik.
Allah tarik nikmat makan.
Bila demam gegel2 sakit badan.
Semoga cepat sembuh.

Mama ada kelas satu bulan.
Can't afford to miss any.

Get well soon.

Wednesday, October 8, 2014

5 - 1 = 0

Peringatan untuk diri sendiri.
Senang sangat nak leka ni.

Unlike math.
Once u fail to perform one, you will score none.

Wednesday, October 1, 2014

Jaga dia untukku



By all means, tolong doakan kakak kesayangan nana.
One n only.

I

Am

Helpless


Tapi nana punya agama.
Malah Allah ada.
Maka mohon panjangkan doa.
Semoga rahmat aidiladha.
Menyampaikan titipan rasa.


Semoga kakteh akan kuat.
Amin.

Tuesday, September 23, 2014

Niat

20 jul 2009.

Lelaki : why u never accept me as a friend?

12 sep 2009.

Lelaki : y still dont accept me? we can be a good friend. I just want to see what kinda life u are living in. And whether u are happy or not.

Perempuan : -blocked-

(rekaan semata ya, no speculation allowed here)

That is the most best decision someone ever made.

Melihat betapa rapuhnya pernikahan pada zaman ini buat nana takut. Dan bila dibanci, majoriti rumah tangga goyah malah runtuh kerana cinta lama bertaut kembali. Sad.

Iman kita tidak seampuh mana.
Hati kita tidak sekuat apa.
Nafsu kita boleh tahan beraja.
Jadi baik mengelak dari terjebak.

Tak perlu nak bersapa mesra.
Take perlu cuba bermanja.
Tak perlu luah pada bukan empunya.
Tak perlu nak bertemu mata.

Elak
Elak
Elak

Itu nasihat nana.
Untuk wanita, leave your ex alone.
Jangan bermain api.
Kelak membakar diri.

Untuk lelaki, utuhkan jati hati.
Jangan nafsu beraja di hati.

Sunday, September 14, 2014

Sufi Qaisy is 2.

14 09 14 : he is now 2.

Seiring nama, semoga anak mama menjadi antara golongan ahli tasawuf. Insya Allah.

Letakkan Allah di tempat utama, nescaya Sufi akan baik-baik saja.

Selamat Hari Lahir sayang.

Thursday, September 11, 2014

Jalan yang dipilih

Hehe..
Baru menceburi aktiviti riadah.
Haaa.
Instead of going out during lunch, I go to gym instead.
Still new.
Baru 2 weeks.
Newbie.

After that baru makan bekal.
Ya ya saya tapau from home.
Any food that i cook for my moon then it would be my lunch for that day.
Small quantity.
Trying slowly but surely insya allah.

So doakan nana istiqamah.
Jgn hangat2 tahi ayam.
Huhu.



Wednesday, August 27, 2014

It's end of aug already

Cepatnya..rasa mcm br set up azam 2014.
Sekali dh almost towards the year end already.
Huhu.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Demi masa.

Herm.
Life is great.
I am open to accept n venture into new things.
Mature enuff to gamble.
Haha.
Including selling off my house.

Owh speaking of that.
Ada yang tanya whether i am desperate for money.
Err.
I am not la kawan. Alhamdulillah.
If not i would have been let go the house at mkt value n happily 200k richer.
Hehe.
But i do not sell.
Bcoz my intention is different.

Just pray for the best la k.


Saturday, August 16, 2014

Rumah untuk dijual..kah?

Ya. Such a crazy decision but we are just trying our luck.

Tu rumah pertama nana.
Pertama.
Sayang hoi.

Sepenuh kasih sayang ditumpahkan.
Renovated.
Fully furnished except perabot la.
Sayang.
Sangat.

Tapi ada satu sebab buat nana appoint agent utk jual rumah tu.
Hehe.

I take it easy.
Kalau ada demand that hit our min asking price, i will sell off.
If not i will move in.
Apa susah.

Nanti kalau nana nak jual my current house plak i will let u all know k.
Hehe.
Beli tau.
Walking distance dgn mrt u olls.

Owh ya.
Refer screenshot utk rumah kajang.
Comel sgt.
Hehe.
Ada link kat situ.
Go liaise with my agent.






Tuesday, August 12, 2014

Dugaan kecil

Gigi geraham bongsu naik.
Hoih sakit sungguh.

Dah cabut last thursday.
Now recovering.
Nyut nyut lagi.
Tgh hari and kalau malam even worse. Huhu

Get well soon nana.


Friday, August 1, 2014

Raya yang indah

Alhamdulillah. berpeluang berbuka puasadi both rumah mertua and parents. kampung suami isteri satu hala maka balik kampung x pernah jadik masalah. :)

both also anak kampung. terima seadanya takde masalah. i do not need internet line when im in kampung. im enjoying stay at kampung tolong masak tgk ayam tgk tali air tgk bendang relax atas buai tgk pokok bunga haish segalanya indah di kampung. who needs fb ig when u have everything great in place?

raya takde picca. sibuk layan tetamu. kunjungan ikhlas tetamu yg lama x jumpa sgt la menggembirakan. jumpa sembang saling mendoakan alhamdulillah.




Monday, July 21, 2014

What kinda world we're living in..

Sedih
Sedih
Sedih

Kehilangan insan tersayang is hurt.
Like I said previously.
Death leave heartache that no one can heal.
Ya. No one but Allah.

Missing maktok had turned my life upside down.
I was down for few days.
Tidak meraung but it was very painful.
Mati itu pasti.
So I'm trying to accept that and move on.
I love her hence I move on.

Now.
Seeing saudara se islam nun di gaza dibedil..
That was exceed sad.
Tiada daya. Hanya berhenti menambah dana sekiranya tidak mampu menghulur derma.
Mungkin minimal impaknya.
Tapi pernah dengar bulat air kerna pembentung?
Cuba kita bulatkan muafakat.

Perlahankan ekonomi Israel.
Biar mati pertumbuhannya.
Biar sangkut pelurunya.
Biar lumpuh askarnya.
Biar patah taringnya.

Suara malah rintihan dunia didengar tiada.
Tunggu.
Allah maha kuasa.

MH17.
Another sad day of what has been a tragic year.
Seluruh penumpang berkecai.
Luruh dari langit.
Dead.

Ditembak jatuh.
Omg I can't accept the fact.
That was terrible.
Mohon dipermudahkan.

Hak Malaysia sebagai pemilik mas turut dinafi.
:(

Be strong malaysia.
Stay together.
Chin up mas.

Thursday, July 10, 2014

Istidraj - semoga aku bukan antaranya

‹ › Laman utama

Papar versi web

Redzuan Ridz

Aku Tak Sembahyang.. Tetapi Aku Berjaya...

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca yang dirahmati . Pasti ada tertanya2 dengan tajuk entri ini , mungkin agak kontroversi sikit , tetapi saya pasti anda mesti pernah terfikir , kenapa orang kafir yang sememangnya tidak beriman kepada Allah swt dilimpahi kekayaan , kemewahan , ada orang islam mungkin sahabat , mahupun saudara mara kita yang tak pernah solat , kehidupan bergelumang dengan dosa , berjudi ,kaki perempuan , tapi rezeki Allah swt bagi hidup mewah. sedangkan kita patuh kepada Allah swt , berusaha , tetapi hidup kita tetap susah dipenuhi dengan ujian dan dugaan Allah swt ..

Inilah yang ingin saya kongsikan untuk entri kali ini . persoalan ini jugalah pernah bermain diminda saya beberapa tahun yang lepas dan akhirnya saya menemui jawapannya apabila pernah mendengar ceramah ustaz ismail kamus mengenai persoalan ini, dan juga pernah bertanya kepada seorang ustaz mengenai persoalan ini ..

Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan.

Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula :)




Redzuan Ridz Ikut 76

ex-student St.John Institution Bukit Nanas K.L. rite now study at University Of Malaya, majoring in Southeast Asian studies(focusing on political scienes) interest in politics, history of civilization, philosophy, islamic studies, mysterius thing, built up networking. Also love reading investigation novel,hadith and islamic history story

Thursday, June 26, 2014

Hati

Ada few things yang Nana terpanggil nak highlight here.

1. Kes cina cakap melayu puasa mulut busuk.
Api lawannya air. Kalau curah minyak makin menggila la api tu. First time Nana terpandang status tu Nana berharap sangat screenshot tu takkan dipanjangkan, di forward, di share etc etc.. tapi malangnya my own friend did shared the.screenshot and of course with comments. Takde satu pun ayat yang elok digunakan. Maki hamun mencarut menghina, name it sume terkeluar. Tgk pulak org komen lagi kat his status. Heret habis pasal tak mandi la apa la yang sangat tak sopan. Apa pandangan orang non muslim bila tgk those comments? Diorang akan fikir yang bukan2. Yang keruh bertambah buruk. Berkecai. Mungkin ilmu kita tak setinggi mana tapi tolonglah jangan reveal kedangkalan sangat. Kita patut bagitau keindahan islam. Ganjaran puasa. Kalau non muslim tak boleh terima dari segi rohaniah, selitkan dari segi sains. Mmg la bila berpuasa mulut kita akan mengeluarkan bau yang kurang senang. Itu fact. Tapi ada banyak cara untuk mengurangkan masalah tu. Daripada menambah maki hamun orang tu yang confirm tak dapat apa pun, baik la kita senyap. Pls la.


2. OKU yang dibiar kebuluran.
Astagfirullah hal azim. Seronok sangat kita nak bongkar kisah si ibu. Dedah aib. Sebar semua. Maki hamun tak payah cakap la. ;( sedih bila tengok orang islam bukak aib sesama islam. Kita sikit pon tak cuba bantu adik firdaus tu. Tanya diri sendiri, apa aku dapat kalau ibu adik firdaus kena penjara? Nil. Takde apa. In fact maybe kita akan pisahkan seorang anak dengan ibunya. Ibu tak bertanggungjawab?? Ye sebelum ni. Semua manusia buat silap. Dan semua deserve a chance to be forgiven. Kalau ibu adik firdaus dah tersalah arah, tolong kaunseling, cari punca, bagi nasihat, tolong tutup aib dia, insya Allah. Mungkin ibu adik firdaus akan berubah. ni tak, bkn main nak tembak mati la apa la. Tolonglah. Tolonglah. ;( siapa kita nak menidakkan peluang kedua buat ibu adik firdaus?


3. Pergi kenduri dengan niat buruk.
Maaf. Tapi ini sangat selalu. Bila dijemput, kita wajib hadir untuk menggembirakan hati tuan rumah unless ada hal yang tak dapat dielakkan. Zaman sekarang, aku nak pegi kenduri si polan nak tgk sket meriah sangat ke sebab konon bakal laki dia engineer. Contoh. Ini contoh. Kenapa perlu kita ada niat utk judge majlis orang? Adab memenuhi jemputan pun ada. Belajar la. Attend, makan, doakan yang terbaik. Insya allah. What goes around comes around. Tak payah nak cakap kenduri si polan tak meriah langsung macam majlis kematian la. Tak padan langsung pengantin perempuan tu janda anak satu gemuk pendek. Contoh. Tak payah. Tambah dosa ja. Please. :(

Cukup lah tiga kes. Pokok pangkal hati..hati kita mmg la hitam. Sbb tu kena carik jalan kenal agama, kenal adab, akhlak. Baru la tak jadi mengarut2. :(

Sedih.

Monday, June 23, 2014

Gugur

Baru digugurkan dari sesuatu.
Baru.
Gugur.

Not nice kan?
Tapi good thing is dat wasn't my fault.
We are shorthanded hence need to sacrifice some adhoc.thingy.

Am open bout it.
Cuma agak ralat.
But ok.
Sometimes the things that we want might not be the best for us.
Thus Allah takes it away..

Jeruk rasa.

Sunday, June 8, 2014

Nk puasa dah

Pejam celik pejam celik, Ramadhan datang bertamu kembali.

And dah setengah tahun berlalu.
Herm.

Sekejap sungguh masa berlalu.
Demi masa manusia sememangnya dalam kerugian.
Taknak buang masa dah.
Nak tambah rasa cinta pada Pencipta.
Semoga bertambah zat kasihNya pada semua umat Islam.

Too many things happened out there.
MH370 yang ghaib.
Was it an accident or a conspiracy?
I do not know but He knows.
Terlalu banyak hiburan yang lagha.
:(

Saturday, May 24, 2014

Montel

Bukan tak tahu.
Tahu.

Bukan tak sedar.
Sedar

Bukan tak perasan.
Perasan.

Bukan tak nampak.
Nampak

Bukan tak takut.
Takut.
Takut.
Takut.

Yes, I am fat and I am not OK
*cry*

Na notice masa pregnant kali kedua, Na cuma gained 5-8 kgs. Lepas bersalin I lost around... herm hurm.. did I lost weight? Nope. Nay. Nil. None.

Yup..I did not loss any. *masukkan latar belakang lagu sedih*
Gila kan. Baby weight tak ilang, mommy weight apatah lagi.

Pantang Na tip top.
Nasi on time, panas, x bertambah.
Tungku x lepas.
Fully breastfeed.
Pumping pulak tu.
Tapi nampaknya lemak telah menjadi terlalu tepu and can't find other better place to leave other than within me.

Now. Na rasa that's it.
Enough.
Cannot tahan bring this fat body anymore!!
Grrr.

Masa kenduri baru2 ni.
Ada 2 relatives tegur Na.

Dia 1: awat landut sangat ni. Muda lagi dah tak jaga badan.

Nana : teehee hati senang. Tu yg bdn naik.

Dia 1 : buat la perangai tak jaga badan lagu tu, satgi hang gemuk mcm toot (nama seorang makcik turut dikaitkan) baru tau.

Nana : dak kot.. insya allah (nada dah mula lain sbb dok terbayang kalau gemuk mcm toot td)

Dia 2 : tu laki hang kan? Elok lg. Baik hg jaga badan kalau takmau kena tinggal.

Nana : *gulp* nauzubillah.

Dia 2 : betui pa. La bkn mcm zaman dulu. Setia hujung nyawa. La semua keja, jumpa ramai orang. Lagi cantik lagi lawa. Laki ni mmg fitrah depa suka yg lawa.

Nana : *amik segelas air* gulp gulp gulp

End.

Hoih pedih kot kena sound mcm tu. Tak lalu nak mkn nasi minyak. Grrr.

Bukan la nak kata diet sbb takut suami cari lain. I don't believe that. Kalau benar nak jadi, sebagai penyebab ja.

Tapi orang cakap kena beringat sebelum berlaku. Now baru anak 2 tapi Na dah cpt penat. Kalau weekdays mmg flat. :(

So I'm going to start my diet program. Naturally.

Insya Allah. Berat Na pukul 8.40 malam 24 may 2014(sehari sblm 6th anniversary) ialah err err err.

83 kg.

Hubby n I, we're having the same weight. Punya la sehati sejiwa.

Gulp gulp gulp.

Nah gambar montel satu.


Thursday, May 8, 2014

Nearest holiday - sunway resort and spa

15 mins from my house. Hehe reason being we had so much work, tak sempat bawak kiddos jalan2. Almost a month post bonus was paid and still x sempat shopping.. so it justified why sunway resort and spa. Haha. Boleh pegi sunway pyramid shopping sket and boleh mandi manda kat sunway lagoon. Phew it was fun!!!

About the hotel, I have a high expectation since it's sunway hoi. Big name kan. Booked and paid via agoda. But the service was below average. Haish. Taknak cakap pasal ni lagi since Na dah wrote to trip advisor.

Bilik cantik. Like.. what I love most was the view. Sunway lagoon view. Tak keruan anak2 na ok..hehe. breakfast spread pon best. So kalau improve service sure win!!!
















Had lunch and dinner at sunway pyramid. Jalan2 window shopping n sempat grab cotton silk bedsheet dekat harvey norman..selesanya..would have bought more..herm. na jarang keluar malam. So setahun sekali kitorang akan stay kat hotel yang near to the shopping complex so we could jalan2 masa malam. Nampak? Setahun sekali saja pi shopping complex malam, literally. Hehe. Ada kawan dunia maya yang nampak na kat sunway pyramid tapi segan nak tegur pulak..hehe. tegur je, I don bite.

Esoknya had breakfast tapi anak2 buat perangai pulak. Saif tak sabar nak pegi sunway lagoon sampai makan pon xmo. Adik demam so merengek ja. Maka papa and mama makan tercekik2. Hehe. Then tunggu my lil bro sampai then terus check out. Yea.

I bought sunway lagoon entrance ticket from my friend. Korang boleh google times travel. Adult rm98 and kids rm70. Sufi free.

Tak naik ride sangat sebab saif x sabar nak mandi. Huhu. Tapi memang berbaloi bawak saif. 10 pagi sampai 4 ptg mmg berendam ja. Naik just utk mkn minum toilet. Hehe. Adik pon mandi happy la. Overall we had fun.














Monday, May 5, 2014

Ladies day out

Dah lama plan. Lama sangat almost 4 years. Only now we could make it. Better late than never kan. Alhamdulillah, we had so much fun. A spa treatment, great foodies, shopping with an awesome buddies. Moga ada masa lagi untuk kita repeat. ;)
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...