Monday, September 30, 2013

Sedikit tips untuk menyusukan bayi

Setelah berjaya menyusukan Sufi selama setahun and still counting, Na tergerak nak kongsi kisah breastfeeding Na. And semoga boleh membantu or at least bagi semangat pada a new bf mummy. Insya Allah, yang baik jadikan teladan. Yang kurang baik, please jadikan sempadan.


Pertama sekali, dari sebelum mengandung. Or in fact lepas 'kegagalan' untuk fully breastfeed my first son, Na dah simpan niat untuk menyusukan anak kedua Na. Na dah bertekad. And I keep telling my hubby and family on that. Even kalau orang tanya Na akan cakap benda yang betul, Na tak berjaya menyusukan Saif atas sebab yang Na hanya akan kongsi dengan orang yang ada sense of empathy tapi Na akan berusaha untuk menyusukan anak kedua sekurangnya untuk 6 bulan. Ya, niat. Kena berniat. And sentiasa bercakap tentang niat pada orang yang akan / boleh membantu. Sebab dengan keep telling about it, people will know that we are really determined and they will support us. Insya Allah. And Alhamdulillah, I've been surrounding dengan helpful people. :)


Yang kedua, make a lot of research. Google, read, ask, etc. Using whatever medium to gather information on how to breastfeed a baby. Cari info tentang semuanya. Dari cara menyusukan bayi right after deliver, posisi menyusu yang sesuai untuk c sect etc, do's and don't untuk ibu yang menyusu termasuk pemakanan untuk tambah susu, breastpump, cara pengurusan expressed breastmilk etc. Dengan pembacaan Na banyak terjumpa blog or kisah mommies yang berjaya breastfeed. So it motivates me a lot. Owh by the way, kena baca dengan hati / minda yang terbuka. I myself dah berikrar untuk tidak publish any pictures of my breastmilk. Tapi Na tak akan pandang serong dengan orang yang publish theirs. Sebab kita kena positif and respect their decision. Ambil yang elok saja.


Positif. Bukan tentang bf saja, rasanya dalam hidup kita memang kena sentiasa positif kot. Baru boleh berjaya. Kalau tengok mommy A sekali pam dapat 2 botol, jangan sesekali stress and mula nak membanding-bandingkan. Ini penyakit yang paling tak bagus. Ingat, ciptaan Allah maha unik. Dia menjadikan kita on our own way. Susu kita insya Allah dijadikan cukup untuk anak kita. Insya Allah. Kalau kita pam sekali dapat hanya 5 oz (sebotol) tapi cukup untuk anak kita, what else that we want? Cukup la kan? Sebab tu Na cakap kena positif. Stress is a NO-NO for a breastfeeding mommy.


Supplement. Ada mommy yang bertuah, tak perlukan sebarang supplement untuk menyusukan bayi. Syukur Alhamdulillah. Manusia dijadikan tak sama. Na memerlukan supplement, maka Na amik Shaklee. Na perasan kalau makan lobak putih, kucai, pegaga pon akan membantu menambahkan susu. Tapi Na tak mungkin akan dapat consume those foods everyday, so I decided to take Shaklee. Ini pun dari pembacaan. Alhamdulillah Na berjaya buat stok dan menyusukan Sufi sampai hari ni dan mudah-mudahan cukup sehingga Sufi 2 tahun. Amin.


Rasanya itu key guiding principles yang buat Na berjaya, Alhamdulillah. Macam yang Na cakap ambil yang baik saja. Sebab semua ni dengan izin Allah SWT. Kalau pun kita dah usaha, tapi Allah belum mahu mengizinkan, dengan sebab asbab tertentu yang hanya Dia yang tahu. Terimalah dengan redha. Minum susu lembu pun ok. Ignore those fanatic mommy yang suka kecam babies on formula milk. They are just being nonsense. (-_-')


Semoga berjaya semua.

Friday, September 27, 2013

Career woman, I am

Nana dapat a few emails, most of them shared same concerns as me.
Dilema ibu bekerja.
Rasanya most of ibu kat Malaysia ni bekerja.
Bila kerja, of course anak kena tinggal either dengan maid, di taska or dengan pengasuh. 
Kalau yang bertuah, tinggal dengan atok, nenek.


For me myself, Na tinggal di Puchong. Kerja di Jalan Tun Perak, KL.
Keluar pukul 6.55 am and sampai rumah paling awal 6.30 pm (which rarely happen).
Most of the time, we reached home at 8 pm.
(-_-')
Bayangkan 13 jam dihabiskan kat rumah pengasuh, and cuma few hours dengan kita then they are due to sleep already.
Speaking of quality time?
Balik kerja we are tired, they also cranky dah malam, dah letih nak tido.
What the hell of quality?


Shared my experience, last 2 weeks I guess.
Ada problem kat office, out of sudden I came into the picture.
Menggalas beban yang ditinggalkan.
Why I say beban? Kerja 3 bulan tapi Na kena siapkan dalam masa satu minggu. 
Fair? Unfair?
I don't wanna discuss about it now.
Refer to HERE.
Bayangkan dalam satu minggu tu, Na terpaksa do research - read - discuss - think - write.
Wah, I am not a superwoman.
I'm really not.
And during the same week, Monday Na stayback. Sampai rumah pukul 10 malam. Fetch them from baby sitter's house. Both dah tidur.
Sampai rumah Saif mengamuk. Mengamuk luar biasa. Bukannya Na tak pernah balik lambat sebelum ni but donno why this time, Saif tak boleh terima and mengamuk.
I noticed his frustration.
Na tak boleh abaikan ketidakpuasan hati dia, at the same time Na tak boleh ketepikan kerja Na.
I asked him why he acted like that and he answered he doesn't want me to balik 'hitam' which is malam. 
He wanted me to balik 'putih' which is siang. 
In fact, he keep asking me to quit my job and stay with him.
He even asked baby sitter how to write a letter on behalf of me to inform my boss that I have to resign.
Maybe funny for some of u but definitely not for me.
Hati Na 'sakit' thinking of how much he want it.
:(
Back to the story, Na balik sharp 5.45 pm. Bring all the documents.
Cook - play with them - bring them to sleep.
Then only I start doing my job.
For the whole week I stayed up from 12 / 1 am to 4 am.
Minggu tu seriously Na tertekan.
Tapi Na anggap ini cabaran, dugaan yang datang serentak.
Sebagai ibu dan sebagai pekerja.
Na tak nak tepung berselerak lepas Na cabut rambut.
Dan Alhamdulillah, my husband and family are always be there.
And Syukur jugak, Na dapat selesaikan segalanya.
Now Saif is so 'bahagia' like what he mentioned to me.
Since then he waited at dapur while I cook simple dish, then tengok TV sama2 sambil berpelukan.Suap2 makan.Hehe. And tidur pon berpelukan.
Can u imagine if I ignored him when he's throwing tantrum hari tu?
Things might get worse.


Itu satu contoh.
Yang buat Na fikir, I'm seriously wanna be a SAHM.
I wanna be with them.
Watch them grow.
Feed them.
Play with them during their best time, bukan waktu malam bila bateri dah nak habis.
Doakan Nana.
Semuanya possible.
Walaupun Na tak nampak jalan untuk berhenti dalam masa terdekat.
Tapi Na percaya pada Allah.
Setiap yang berlaku, bersebab.


Kepada semua ibu bekerjaya di luar sana, kamu semua hebat.
Pesan Na, jangan sesekali kita overlook our kids' feeling.
Walaupun kecil, anak2 akan mengingati / mudah terkesan.
So always address their concern.
Respect their feeling.
Insya Allah, kita akan lebih tenang di pejabat.
At the same time, doakan Allah permudahkan jalan.
Untuk bersama anak2 terus.
Amin.


Tuesday, September 24, 2013

Be strong, my little girl. Bapak will be OK.

Adik perempuan kesayangan manja Na dah selamat melahirkan her first baby.
Syukur Alhamdulillah.
It's a normal delivery, I'm so proud of u! :)
Semoga menjadi ibu yang terbaik untuk my 6th anak buah!
Owh, it's a HE.
Another birdie in the house.

On the other note, Bapak was admitted - the same day my sis delivered.
In the same hospital. 
I know how tense the situation right now.
To Kaksu, Afiq will take a good care of u.
No worries.

While Mama will be at Bapak's side.
Insya Allah with Kakteh and Abg Cik as well.
I'm going back soon.


Tolong sahabat, doakan dua (tiga actually) insan kesayangan Nana nie.

Wednesday, September 18, 2013

Deep shit

I am now in a deep shit.
Not mine anyway, it's other's.
Good.

What a great lesson I have.

Tuesday, September 10, 2013

Selamat hari ulang tahun yang pertama, Sufi Qaisy.

Mama tulis entry ni di hospital.
Where both of u are soundly sleep.
Yes, Abang dan Adik dua2 masuk hospital. 
Situation yang tak pernah Mama mahu.
But who am I to deny it?
Dugaan kecil ini, Mama terima.
Semoga kamu berdua cepat sihat.


Sufi Qaisy, u will hit your first year of life today.
Satu tahun sudah kamu, sayang.
Walaupun bukan yang pertama, tapi kamu tetap buat kami teruja.
Kalau Saif Rizq pengikat cinta Papa dan Mama.. kamu pula penghias cintanya.
Lahirnya Sufi, buat bulan lebih terang untuk keluarga kecil kita.
Setiap zuriat lahir bersama rezeki.
Alhamdulillah.


Sufi Qaisy, kelahiran Sufi bukan mudah.
Syukur ke hadrat Ilahi, I have a smooth sailing pregnancy moments.
No morning sickness yang melampau.
Na share the good news when I was 5 months pregnant.
Bukan tak nak berkongsi, cuma mahu lebih privacy.
Towards the end, Mama ada sikit masalah.
Cramp melampau yang sangat sakit dan owh, segalanya akan menjadi "LEBIH" masa mengandung.
Kamu patut tahu ini ok, and please appreciate all women surrounding you.
:)
Dan bila menunggu masa, I was admitted, high BP la, induce tak jadi la.
Haha.
Fragile sungguh Mama waktu tu.


Mama rasa Mama sangat independent.
Papa is busy handling Saif, yang demam teruk and admitted the day I've been discharged.
So perhatian Papa terbahagi 2.
But still, he did the best that every man could do.
Untungnya Mama, sebab my beloved parents are with me waiting for u lil Sufi to be delivered. 
Terima Kasih Bapak dan Mama.
There's no way Kakcik boleh balas jasa kalian berdua.


Back to the story, kelahiran Sufi sangat2 bermakna bagi Papa dan Mama sebab Sufi yang akan menentukan adakah Mama mampu bersalin normal ataupun tidak.
Siang malam Mama berdoa, mohon dipermudahkan.
Moga berpeluang rasa sakit ibu bersalin.
Syukur Alhamdulillah.
Mama rasa contraction.
Mama rasa seluk.
Mama rasa induce.
Mama rasa segalanya.
CUMA.
Mama tak berpeluang lahirkan Sufi secara normal.
Tak berpeluang, bukan tak mahu.
Maka Sufi sudah menentukan yang tiada lagi peluang untuk Mama bersalin secara normal.
It hurts me actually.
Masa tu la.
Tapi lepas tarik nafas, bertenang dan berserah pada Allah, apa lagi yang Na tak puas hati.
Every things happen for a reason.
Hence I should be thankful to Allah and move on.
:)


Maka, 14 September 2012, lahirlah kamu Sufi Qaisy.
Rambut terpacak comel.
Mata sepet.
Putih melepak.
Besar!


Mahu tahu sesuatu?
Mama sayang kamu lebih dari segalanya.
One day. you will read this.
:)

Friday, September 6, 2013

Change for the better

Ok la, I should listen to my parents.
Because they know best.
Even sometimes macam tak logik, tak tepat, and seribu satu kegusaran..
Percayalah, at the end..
Apa yang our parents advise is the one we have to do actually.
Herm.


Tersepit sungguh lately.
Bukan salah orang, salah diri sendiri.
Takkan kemana kita, kalau asyik tuding jari sana-sini.
Just learn over the mistake.

Maybe I have to learn, buka tangan, buka minda, buka hati.
Apa saja yang dapat, try to do the best of it.
Be it lambat dapat ke, orang punya ke.. We have an option either to do, or not to.
So in this case, I will do.

Trust me, we are judged as a team first, then only individual.
So, do what best for the team.


Wednesday, September 4, 2013

PD pun boleh

Rasanya memang akan jadi percutian tahunan kot.
Port Dickson.

Banyak hotel.
Nak murah, nak mahal, nak terapung, nak apartment, nak ada private pool semua ada di PD.

Jarak.
Dekat dari KL. Nak pergi balik hari pun boleh!

Makanan.
Dah tahu few places tempat makan yang sedap. So keberangkalian untuk kelaparan adalah hampir sifar. Hehe.

Laut.
Hoi, sape tak suka pantai, laut yang damai menyegarkan tu?



So look forward to go to PD again. :)

Tuesday, September 3, 2013

Minyak naik

Ini memang dijangka. Election dah berlalu. Kos yang dikeluarkan sebagai gula2 perlu diganti. Ekonomi ok? Hehe, please go read and study first sebelum come out dengan disclaimer kurang cerdik.

Harga minyak naik memang akan membebankan semua. Tapi brim cuma untuk sebilangan cuma. We, the major tax payer terus tersepit. Kereta adalah keperluan, bukan lagi satu kemewahan. Percayalah esok lusa harga segalanya akan zass naik.

Gaji? Setahun sekali naik dengan nilai yang tak cukup pon nak bayar duit bb sitter.

Tak ada apa yang boleh kita buat. Kerja kuat dan berdoa akan lepas dari kesempitan. Bukan semua orang mampu. Nana perasan orang berada says nothing, ya sebab mereka tak atau kurang terkesan. Kalau anda mampu, jangan memperlekehkan kami golongan yang cukup2 makan. Kerana apa? Life is like a wheel.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...