Tuesday, June 25, 2013

Death leaves heartache that no one can heal

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang~
___________________________________________________
Hati Nana masih sakit, luka tersiat berdarah sejak pemergian Arwah Maktok.
Nana tak ada kekuatan untuk even write down some of the memories.
It is that bad.
Hurt.
Cuma yang pernah rasa kehilangan akan mengerti.
30 tahun.
Not a short period, though.
Sakit, sungguh sakit.
Kalau Nana sakit, just imagine how my mom feel.
She's her mom.
I can see from mata jernih Mama, she cries deep inside.
But she's so strong.
Tiada ratapan, yang ada cuma kebajikan yang sewajibnya kita yang tinggal lakukan.
Pernah satu hari Nana terfikir, seandainya Nana berada di tempat Mama.. Mampu atau tidak Nana jalankan kewajipan itu? For now, I guess my answer would be NO I CAN'T!! :(
(-_-')
Semoga Nana diberi kekuatan dan ditetapkan Iman. Matlamat kita adalah Akhirat. Bukan cuma duniawi. Nana nak jumpa semula saudara seagama di Syurga Insya Allah. And for that I need to work hard. 
Al Fatihah buat arwah Maktok. Genap 100 hari pemergiannya. Semoga kita bersatu kembali di Jannah kelak. Amin.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”
(Surah Ali Imraan [3]: 8 )




Monday, June 17, 2013

Andai itu yang terbaik



Herm. Nana tengah dalam dilema.
Not to say dalam kesusahan sebab trust me, neither nor I.
Cuma benda2 kecil yang remeh situ sini buat I burned out.
T_T
Remeh tak remeh sangat la.
Tengok tulis blog pun tak ketahuan.
It's OK la.


I have no intention to describe further here.
Cuma tolong.
Doakan Na dapat apa yang terbaik.
Sebab mungkin benda yang I die for tue sebenarnya tak sesuai pun for me kan.
Allah knows best and I put my 100% faith in his plan.


Tolong permudahkan segalanya.



Tuesday, June 11, 2013

Too many things, too little time

Masa semakin pantas berlalu.
Yang sempat aku kejar, tapi ada masa aku terkedu.
Ada perkara yang aku idam perlu.
Sunyi sepi dibiar kelu.

Allah punya perancangan teliti.
Untuk setiap umatNya lalui.
Aku redha ke hadrat Ilahi.
Dengan rahmat juga setiap uji.

Hidup ini sementelahnya roda.
Kadang terhenyak kadang tinggi melata.
Kita patut terus mencuba.
Jangan diam duduk saja.

Hati, jangan kamu lalai leka.
Akhirat utama, dunia pertama.
Berat sama namun berbeda.
Minta Iman tunjukkan cara.

Monday, June 10, 2013

Halba dan longan kering untuk tambah susu badan

Ya, Na tried it last weekend.
Saja nak try sebab puasa dah nak dekat, so nak try pelbagai cara untuk tambahkan susu badan.
Untuk minum saja I don't think I can untuk halba tu.
So Na rebus sekali dengan longan kering, letak gula batu sikit.
And minum!
Sedap.
(^_^)

Longan kering

Halba

Alhamdulillah. both pon works.
I can produce more milk.
Syukur, rezeki yang Allah bagi. Untuk Sufi.


Tuesday, June 4, 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...