Monday, July 22, 2013

Dugaan Ramadhan tahun ini

First of all, Bapak kesayangan kurang sihat. 
Sakit yang menidakkan keupayaan Bapak untuk memeriahkan surau macam tahun-tahun yang lalu. 
Sakit yang membataskan kebolehan Bapak untuk mengaji sepagi selepas sahur membawa ke selepas subuh. Sakit yang menghalang Bapak untuk bangun sepertiga malam. 
Sebak rasa hati, luluh rasa jiwa tatkala Bapak mohon anak-anak doakan kesihatannya dengan niat untuk melaksanakan ibadat Ramadhan Ya Kareem. 
Semoga Allah mendengan luahan hati, sujud kami. 
Bantu kuatkan Bapak untuk hadapi dugaan ini. 
Mohon tabahkan Mama dalam menjaga Bapak. 
Tolong terima doa kami anak-anak Bapak untuk menyambung jambatan bekalan ke Jannah idaman semua.
Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...