Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Insya Allah.


Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari)


1. Dermawan : Amalan yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan:Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

2. Membaca al-Quran Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al- Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Surah al-Baqarah, ayat 185)


3. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.”(Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)


4. Qiamullail Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu selepas solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.


5. Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. 

6. Mengerjakan umrah Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)



Pahala dan ganjaran memberi makan ketika berbuka puasa di bulan ramadan

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...