Tuesday, June 25, 2013

Death leaves heartache that no one can heal

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang~
___________________________________________________
Hati Nana masih sakit, luka tersiat berdarah sejak pemergian Arwah Maktok.
Nana tak ada kekuatan untuk even write down some of the memories.
It is that bad.
Hurt.
Cuma yang pernah rasa kehilangan akan mengerti.
30 tahun.
Not a short period, though.
Sakit, sungguh sakit.
Kalau Nana sakit, just imagine how my mom feel.
She's her mom.
I can see from mata jernih Mama, she cries deep inside.
But she's so strong.
Tiada ratapan, yang ada cuma kebajikan yang sewajibnya kita yang tinggal lakukan.
Pernah satu hari Nana terfikir, seandainya Nana berada di tempat Mama.. Mampu atau tidak Nana jalankan kewajipan itu? For now, I guess my answer would be NO I CAN'T!! :(
(-_-')
Semoga Nana diberi kekuatan dan ditetapkan Iman. Matlamat kita adalah Akhirat. Bukan cuma duniawi. Nana nak jumpa semula saudara seagama di Syurga Insya Allah. And for that I need to work hard. 
Al Fatihah buat arwah Maktok. Genap 100 hari pemergiannya. Semoga kita bersatu kembali di Jannah kelak. Amin.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”
(Surah Ali Imraan [3]: 8 )




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...