Wednesday, January 16, 2013

Listen x10

Serasa mahu sengih
Semua pihak dihulur pitih
Dengan niat untuk menagih
Agar mereka yang dipilih

Serasa mahu ketawa
Negara ini demokrasi kononnya
Pabila ada yang cuba bersuara
Listen, listen, listen katanya

Serasa mahu gelak guling
Jangan sesekali negara dibanding
Duduk diam hanya jeling
Cangak terima yang diguling

Bhawani harus lebih tertib
Bersuara perlu dibenteng adab
Sharifah toloooonglah matang sikit
Jangan sampai semua jelik

Saya faham analogi
Namun bukan membuta tuli
Perlu kena dengan soalan diberi
Bukan kucing, anjing, lembu sekali
Terserlah kejumudan diri

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...