Tuesday, December 31, 2013

Apa yang baru di tahun baru?


Rumah still under progress.
Renovation belum siap sepenuhnya.
Kurang lebih 80% siap.
Tapi still ada few yang contractor tinggal macam tu je.
Haish.
Dah mula nak fed up pulak dengan dia ni.
Lama sungguh masa ambil nak buat few things ni.
Huhu.
Tapi so far, keje dia ok.
Nana puas hati la.
(^_^)


Eh, he just called me.
Amboi mcm tahu2 je.
Kononnya dah siap, takpe esok kita gi buat spot check tengok.
;p


TV rumah dah buat perangai, berkelip2 and berwarna-warni.
So maybe it's time to CHANGE.
Hehe.


Kereta pun nak tukar jugak la.
Hahah.
Insya Allah.



Monday, December 30, 2013

Akhiri tahun 2013 dengan...

DEMAM SELSEMA.
Semua pulak tu.
Papa, Mama, Saif, Sufi.


I will work till new year.
No more annual leave left.
I utilise 37 days of my annual leaves.
Phew.
Banyak kan.
Heheh.
An now towards the end, dah takde saki baki keje la awak sampai malam new year.


Hubby will be on leave, tom.
Taking Saif for a movie I guess.
Herm, wish I could join them.
Herm...


Thursday, December 19, 2013

Monday, December 16, 2013

Terusik jua hati perempuan ini...

Ucapan tahniah Pak Nil untuk Ashraff Muslim yang bakal bergelar bapa.
Tiada yang salah, benar bagai dikata.
Berita kehamilan sepatutnya jadi berita gembira.
Tapi dalam situasi ini kisahnya berbeda.
Ada 2 hati yang perlu dijaga.
Hati perempuan Na yang birat terluka.
Andai Na di tempat si dia yang pertama.
Sekarang Na makin faham, payung emas di syurga itu...
Mahal harganya.

Thursday, December 12, 2013

Approaching Year End

Bersyukur, dah jalani setahun lagi hidup.
Macam biasa, there's always and ups and downs.
Jatuh tersungkur pun ada.
Hahah.
Tapi bangun la balik.
Semua tu pengalaman yang mengajar, untuk jadi lebih kuat.
Untuk jadi lebih alert.
I don't mind neither.


Career wise, walaupun bukan pilihan I think I cope very well.
Vertical and Horizontally.
Alhamdulillah, I am satisfied with what I done for this year.
Diberi peluang, I will improve and do things better.
Insya Allah.


Bekerja dengan orang yang 'susah', pun pernah.
Memang susah sebenarnya.
Tapi Na cuba anggap itu sebagai cabaran.
On how to manage those people.
Ya, it's an experience for me.
So far, I think I managed to handle the situation but sometimes I just ignore.
My life is too beautiful to be disrupted by those silly things.
Eleh tipu la Nana, ya ya. Saya pernah menangis teresak2 satu masa dalah tahun nie sebab masalah yang ditinggal terlalu besar.. And yet I have to clean it up. Huhu.
Tapi tu la, benda dah jadi and Na pun berjaya melalui.
Alhamdulillah.


Anak-anak?
Alhamdulillah.
Sufi is a very fast learner.
Those simple things that I did only once but he managed to imitate it.
Ingatan pun kuat.
Alhamdulillah.
Nikmat Allah bagi.
We decided to sent Saif to Brainy Bunch FY 2013, Alhamdulillah I would say he become a better Muslim.
Syukur, pilihan yang tepat.
^_^
Boleh solat, boleh baca surah pendek, he will observe things and can make conclusion of some situation. Bagus2 syukur alhamdulillah.
He participated in the performances during FY2013 Brainy Bunch Graduation Day.
Berlinang jugak air mata.
I just can't imagine, how fast time flies.
I love him so much.
He's my first love.
Buah hati.
(-_-")
Mama sooooooo cengeng.


Owh we'll be having family day in PD.
PD again?
Pon boleh!!!

Friday, December 6, 2013

Maybank tawarkan flexi monthly istallment payments untuk mangsa banjir

Maybank is offering one.
Just like what they did previously, during flood in Jan 2012 and etc.
Kalau anda terkesan dengan banjir, ada loans dengan Maybank..
Dial 1 300 88 6688 for further information.
It's a Maybank Hotline.
Insya Allah, they'll assist to give further information on this special arrangement.


Semoga banjir akan kian surut.
Semoga semua selamat.
Amin Amin Ya Rabbal A lamin.

Wednesday, December 4, 2013

Luck is when preparation meets opportunity

Betul sangat kan.
Sometimes kita assume luck ni memang rezeki jatuh tergolek which so not true.
Ambil contoh menang contest.
Orang akan cakap untung la dia asyik menang contest.
Padahal kita tak sedar, kalau singkap balik tabir apa yang dia buat prior to enter that contest.
Beli proof of purchase, isi borang, perah otak fikir nak buat slogan, buat research on the product untuk jawab soalan, beli sampul surat, beli setem, jalan pegi pos, yada yada.
Itu semua namanya usaha kan?
Kalau duduk-duduk relax boleh dapat ke?
Obviously nope right?


Herm, such an eye opener.
For me as well.
I wanted a lot of things in my life.
I want this, I want that.
Tapi usaha yang dibuat?
Minimal.
Cuma berdoa dipermudahkan jalan, dan dimurahkan rezeki.
Dalam Islam agama ulung pun ada cakap, usaha, kemudian baru tawakal.
Ini belum apa2 dah tawakal.
Nana, Nana.
Come on Nana.
Wake up.


Herm.
So what's next.
To do or to keep saying I want to do?


Friday, November 29, 2013

Kasih Kekasih

 Setakat ini. 
Hanya dua penyeri.
Kecil, tapi bererti.
Insya Allah, kasih kekal abadi.




Na terima kelebihan dan kekurangan setiap anak seadanya.
Mana cepat, mana lambat.
They are special in their own way.
(^_^)





Thursday, November 28, 2013

Lucu

Tengah dengar diri sendiri buat presentation.
Macam tengah dengar Maharaja Lawak.
Nasib baik takde video, which I wish jangan sesiapa berani ambil.
Will kill em immediately.


Ok kejap, nak sambung gelak ketawa.

Wednesday, November 27, 2013

Hidup di kota besar yang sangat demanding

Semakin terasa bahangnya.
Na bukan orang berada.
Yang simply boleh beli itu ini pejam mata.
I work like a **** to get paid at the end of every month.
And that's it.
Ya ok, I have some passive income from my Nuffnang account, from my Tupperware sales and from langit.
From langit means donno why suddenly there are some amount credited to my account and I could not find the source.
So just it be.
Just be thankful for it.
Heheh.


Ok back to the topic.
Seriously, Na semakin rasa bahang kewangan yang menghimpit.
Keluar rumah duit, itu duit ini duit.
Sekolah anak duit, barang dapur duit.
Nak masuk rumah baru?
Hah, double triple headache.
(-_-")


Untuk gaji combine 2 pekerja bank ini, kami hanya cukup2 makan.
Bukan tak bersyukur.
Sangat-sangat bersyukur.
It's just that I was thinking kenapa ini terjadi.
Nilai duit yang makin jatuh.
Beli sayur dan ikan, RM 100 ok.
And that's for a WEEK!!!
Damn.


Herm, terpaksa cari side income.
Huhu.
Nak berniaga tak pandai.
So nak cuba menulis.
Aci tak?
Heheh, And for a start, nak korek balik some of my old articles.
Eh ada yang dah di published ok dulu-dulu.
Heheh.
Ada nama pena tau.
But I don't want to reveal it here.
But obviously some of u might know it by then.


So kalau Na menulis nanti, korang support eh??
Please.
Hehe.

Monday, November 25, 2013

Avillion Garden Chalet, PD.

Lepas raya haji tahun nie, ambil cuti and off we go to PD.
Kes nak habiskan voucher before 2014.
Ini kali kedua ke Avillion PD. 
Before this stay dekat Avillion Water Chalet.
Saya bagi 4 bintang.
Owh tak payah carik link, I haven't post about it.
Huhu.
Now, kembali ke PD utk Garden Chalet.
Pun best!!!

Lobby area. Sufi jumpa tempat lapang, suka la dia. Jenuh Mama nak kepung.

Tengok orang main gamelan.

Abang tengah lepak tengok orang main gamelan jugak.

Dah dapat bilik. Betul2 menghadap swimming pool. Yeah.

Bersih, besar, kemas.



Toilet wins. Gila besar and cantik!! Super love it. And ni menang lebih sikit sebab tak terbukak macam AVillion Water Chalet, I seram terbukak2 ni. Nak mandi pun pandang kiri kanan.

Bestnya. Nak buat dekat rumah boleh?? Huhu.

Ada si kecik cek semua benda dalam bilik.


Depan bilik. Boleh duduk sambil tengok orang berenang. Hehe.


So kalau ada rezeki lebih, boleh ulang stay sini sebab memang best.
Breakfast pun sedap.
Super love.
Tak berkesempatan pegi spa, but surely best.
Tengok dari luar pun awesome.
4 bintang!!!

Friday, November 22, 2013

Sikit updates on the new house


Kitchen Cabinet. Ya, I chose blue.
Will have wet and dry kitchen cabinet. eh ada ka?
Heheh, tak kisah la.
Both Na build dekat extension dapur.
So ruang dapur asal akan dijadikan dining hall.
Yea, tersorok dari living area.
Nice.


Plaster ceiling.
Nak yang corak-corak tapi cadangan ditolak.
Maka we go for modern style instead.
Pun boleh.


Shade ni kena buat sebab betul2 atas area sidai baju.
Grrrr.
Eh tu rumah orang sebelah. Tak penah jumpa lagi.


Almari bilik-bilik atas.
Kaler lain2.
Itu je kot. 
Nanti Na update lagi ye.


Wednesday, November 20, 2013

Not that smart anymore..

Hai. Telefon Nana dah rosak.
So sementara nak repair / buying a new one (this is a hint for u darling, haha), will be using a basic handphone.
Come not even with camera.
Lupakan saja la tentang whats app ya.
^_^

Maka jangan marah kalau Na tak balas whats app ke, FB msg jangan merajuk ye.
Ucapan ini untuk Kak Suzy.
Heheh. ((I love u akak)

Bye. 
No FC, No insta, blog? still can... Haaha

Tuesday, November 19, 2013

Dulu Japamala, sikalang Villa Samadhi

Dulu, Na ada impian nak stay kat Japamala Resort, Tioman.
Boleh refer SINI.
Now, dah ada yang baru.

Dekat, mudah, tapi tak murah.
Heheh.
Nak kumpul duit la, mana tahu by 6th honeymoon boleh relax2 kat celah2 alam tapi kat tengah2 KL.
(^_^)
Amin.

Jom tengok sikit view hotel.
Sebagai aspirasi.





Images are google ed.
Insya Allah, ada rezeki lebih. Boleh la pegi.
Tapi sini guess below 12 is not allowed.
Nak maintain privacy la kot.


Wednesday, November 13, 2013

Berhenti kerja

Terus-terang saja ya, masa zaman Uni dulu apa tujuan study smart? Untuk dapatkan kerja yang bagus with high pay kan? I was the same also. Rezeki, dapat pula scholarship Maybank. So lepas grad, belum sempat konvo pun, Na dah jadi Maybanker. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi.

So 6 tahun bina kerjaya. Seiring dengan gaji yang meningkat, komitmen mula bertambah. Dari berkereta kancil, bertukar ke Vios. Dari berumah kondo, menambah ke rumah teres. Dari yuran baby sitter untuk Saif, now bertambah yuran sekolah and transport Saif + yuran baby sitter for Saif and Sufi. Insurance. Yada Yada. Sampai esok pun tak sudah kalau nak cakap pasal komitmen.

And now, selepas beranak dua. Dengan kes2 nursery yang buat Na rasa tak tenteram ditambah pulak dengan keyboard warriors yang out of sudden came out from no where and blaming career mothers as irresponsible. Reading those comments kat timeline, rasa macam could u guys think before post comments?? Huhu. That was hurt. :( Untuk apa para ibu bekerja hari ni? Untuk menampung belanja keluarga. Untuk sama-sama meningkat ekonomi keluarga. Ada pulak yang kata, rezeki ada dimana-mana. Ok twist it back, memang rezeki ada dimana-mana. That's the reason why we are working. Sebab rezeki kami di sini. Ada pulak yang berkata, boleh berniaga dari rumah. Boleh itu boleh ini. Ya, noted. Paham. Can't you guys understand that bukan semua orang berkebolehan berniaga? Boleh cuba faham tak kebolehan, rezeki, habuan semua orang berbeda. Semua ada, cuma beda. Boleh faham tak? Cuba jangan harsh sangat boleh tak? Ada jugak lelaki yang kata, pompuan yang keje selepas punya anak adalah pompuan milik neraka. Nauzubillah. Apa untung timbul manusia lain di tangan kamu? Astagfirullah hal azim.   

Back to the topic, now Na rasa macam nak jadi suri rumah. Na rasa nak lepaskan semua kerjaya, impian Na and duduk rumah jaga rumahtangga. Tapi, looking back at all of my commitments, dream on Nana, dream on. :(  Tapi Na tetap simpan impian untuk be a full time housewife. Who doesn't want anyway? Mudah-mudahan ada rezeki, ada jalan, dipermudahkan oleh Allah SWT.

TAPI. Takkan selamanya langit selalu cerah kan? Na nak pastikan Na ada savings / investment yang BANYAK sebelum Na berhenti kerja. Nauzubillah mintak simpang tapi siapa kita untuk yakin yang hidup akan senantiasa bahagia tiada badai? Siapa kita untuk beranggapan segalanya baik molek, hidup mati bersama? Kita takkan tahu apa yang akan terjadi di masa depan. And for that, I need a safety cushion that will back me up when time arise. 

Ini bukan pessimist, this is rational. Tak payah jauh, tengok saja dalam paper. Berapa banyak kes pelik berlaku di Malaysia. Kadar perceraian yang melambung tinggi, kadar kemalangan, kadar jenayah berat, kadar itu ini yang perlu kita take into account. Kita kena berpandangan jauh ke depan. Kena sediakan payung sebelum hujan.

I salute those housewives. You got my full respect of your decision. Don't get me wrong when I write like this, k. 

Na rasa, when the time come. Na juga akan berhenti kerja. Entah cukup atau tidak safety cushion Na, hanya Allah yang tahu. Masa tu, nothing else matter than my family. Masa tu, Na akan menjadi optimist. Masa tu, hidup mati Na untuk keluarga dan juga destinasi hakiki, Jannah. Insya Allah.

Tolong doakan Nana. Tolong.


Friday, November 8, 2013

Made silly mistake

Rasa nak nangis, dalam berhati2.
Dalam berjaga2.
Jadik jugak.
Salah2 bodoh yang tak patut jadik ni.
Grrr.
I am so agitated. 


Ok, saya relah dimarah kerana ini.
I take full responsibility of what I did wrong.
:(

Wednesday, November 6, 2013

Anak-anak





Nana ada dua anak.
Dua2 lelaki.
Saif Rizq and Sufi Qaisy.
That's their names.
We address them as Saif (Abang) and Sufi (Adik).
Should've not call him adik kan?
Since few more are on their way.
(~_*)

Monday, November 4, 2013

The worst, has come...

Owh hai all.
I was sharing about my contractor here.
Everything went smoothly, but from my readings I believe I must expect something to go not as what I want.
I 'keep waiting' for it, actually of course I prayed hard it won't happen.
But apparently, shit does happen kan.


So kenalah saya last week.
Haha.
After few weeks tak jenguk rumah baru, we went to visit it last Saturday.
Jenguk dapur..
O M G.
What had happened?
Biru kuning mata hitamku.
Tahu lah I pernah berkelana kat Perlis for almost 7 years. 
Tapi takyah la nak portray kat my kitchen cabinet.
Grrr.
I give u all chances, close your eyes and imagine a yellow gold top kc vs dark blue bottom kc.
Just nice...
Ya, nice enough to hurt my eyes.
Grrrr.


Tapi Na tak marah.
Sebab dah amik a chill pill sebelum tu.
Na pasrah.
Ada call dia cakap salah pasang.
Tapi takde la mengamuk.
Ingat, kita buat baik dengan orang.. Orang akan balas berpuluh kali baik dengan kita.
Chill.


Kejadian hari Sabtu, balik rumah tenang dulu.
Ahad pon rest dulu.
And pagi tadi dah call dia suruh adjust.
Can't wait for the outcome.
Jangan caca merba lagi ya.
Will share later.
Malas nak transfer picca.

Wednesday, October 30, 2013

Gifted

I noticed my first boy is actually can 'see' sesuatu yang tak boleh nampak dengan mata kasar.
Rasanya since he was 2 years old ++. 
Beberapa kali he informed me and sometimes Na sendiri nampak dia pandang ke satu arah and kadang2 dia takut, kadang2 dia senyum.
Actually depends on what he saw.


I ignored him at first since I thought, kids normally suka main dengan those 'imaginary friends' kan.
Saja-saja.
Tapi lepas makin lama, I felt like tempat and masa dia nampak macam 'kena' ja.
Kita kena percaya jugak kan benda2 nie.
It exist among us actually.


Few times, he saw my late grandma.
Ya, arwah maktok kesayangan saya.
Di hospital masa Sufi admitted, and selalunya dalam bilik tidur Na kat rumah.
He said, "mama, nenek tengok mama tu. kenapa mama tak cakap dengan nenek?"
Selalunya I ended up suruh Saif sedekah Al Fatihah and tukar topik immediately.
Syukur Alhamdulillah, I think Saif is the chosen one.
I thanked God for it, cuma now Na kena control him.
Na takmau the advantage can mislead him in any way.
Na nak tekankan this is gift from Allah and Saif must 'use' it in a good way.
Insya Allah.


And last 2 weeks, Na tengah tidurkan Saif bila tiba2 Saif bangun duduk, airmata berlinang and baca Al Fatihah.
I was so shocked and asked him what's going on.
He said, nenek datang tengok Saif. Saif rindu nenek.
(-_-')
To note, Saif is not that close to arwah Maktok.
Biasa2 saja.
I was.
Tapi ini kelebihan yang Saif dapat, so syukur Alhamdulillah.
And guess what, esoknya petang.
Na tengah baca buku atas katil and suddenly rasa senyap sunyi and bila Na toleh kat pintu, I saw her. Arwah Maktok kesayangan.
Na menangis. I miss her so much but I know this is not for long.
So I just recited Al Fatihah and she gone.
:(

Na tahu Maktok di kalangan orang2 yang solehah.
Semoga Maktok terus bahagia di sisi Allah.
Al Fatihah.
Amin.


On Saif, as long as it is within our control.. We'll let it be.

Tuesday, October 22, 2013

So much fun

Alhamdulillah, we had so much fun in PD.
(^_^)
Syukur.


Semoga bersemangat kerja kuat2.
Untuk habiskan financial year ni.


Tak lupa semoga Allah sembuhkan beberapa orang ahkli keluarga terdekat yang tidak sihat.
Semoga beransur pulih.
Insya Allah.
Amin.


Friday, October 18, 2013

Husnuzon

Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

Firman Allah سبحانه وتعالى :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)
 .

Fadhilat Bersangka Baik
Bersangka baik juga mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Antaranya adalah:

1.      Mengelakkan manusia dan ummah daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara bak kata pepatah ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’.

2.      Dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar dari terus bersarang di hati kita,

3.      Selalu merasa bahagia atas kejayaan yang dicapai orang lain walaupun diri sendiri belum berjaya.

4.    Mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.

5.    Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik sahaja. Sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia.

6.   Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah سبحانه وتعالى :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍۢ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍۢ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ
“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 6)
.
Berbaik Sangka Terhadap Perkara Dusta

Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekeliling dan persekitaran dengan kemampuan yang ada pada mereka. Andai kata kita melihat atau ternampak orang yang melakukan dosa dan kemaksiatan, tetapi masih bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar itu, maka kita juga turut berkongsi saham dan tidak terlepas dari menanggung dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut.

Rasulullah ﷺbersabda : “Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (berasa tidak senang, tidak setuju dan tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Adalah jelas bahawa umat Islam tidak boleh beranggapan baik terhadap orang yang melakukan kemungkaran dan maksiat secara terang-terangan. kerana perkara tersebut jelas melanggar hukum dan larangan Allah. Contohnya apabila terlihat orang Islam bermain judi, atau membeli nombor ekor. Tetapi bersangka dalam hati, “Mungkin orang tersebut kesempitan wang… biarlah, dia juga nak cari rezeki…” Sepatutnya, kita haruslah mencegah kemungkaran itu, bukan meredhainya.

Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ ٱلسَّمْعَ وَٱلْبَصَرَ وَٱلْفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًۭا
“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang tidak kamu ketahui; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Thursday, October 17, 2013

Sikit lagi

Semalam balik lambat sikit.
Sampai rumah pukul 10 pm lebih.
(-_-')
Nasib baik Saif ok.
Nak tertido dah.
Sufi dah selamat tido.
Takpe anak-anakku, esok dah Jumaat.
Hujung minggu ni kita jalan lagi.
(^_^)
Insya Allah.


Kiddos demam on and off.
Semalam dah tak demam, tapi batuk pulak.
Hopefully both will recover soon.
Musim kan, panas hujan panas hujan.
Kita yang besar ni pun boleh tak sihat, sementelah lagi budak2.


On the other note, esok adalah hari penting Nana.
Adoiyai.
I try my best not to think too much.
Just relax and go with the flow.
Even sebenarnya slides pon belum siap.
Tak cukup tangan, too many things on the plate.
So, wish me luck.



Tuesday, October 8, 2013

Sweet corn tidak lagi manis, tanpa kamu


Seminggu dalam 2 - 3 kali sure singgah beli sweet corn and makan dalam kereta, berdua.
Manis sungguh rasa.

Semalam, beli sebekas. Dari tempat yang sama.
Kenapa tidak sedap seperti selalu?
Pelik.
Lepas seketika, baru tersedar kenapa.
Sebab makan seorang cuma.
Tiada teman yang bisa tambah perasa.

Semoga hidup kita akan terus begini.
Saling melengkapi antara sendiri.
Sampai ke Jannah nanti.
Amin.

(^_^)

Monday, October 7, 2013

Cannot believe that I actually reading these...

  1. Research your topic. It’s important to spend enough time collecting and confirming information in order to speak with confidence and knowledge.

  2. 2
    Organize. Organize the main points in the most appropriate order for the topic you’re presenting. Avoid writing complete sentences or paragraphs and prepare note cards to help you elaborate on the information presented.

  3. 3
    Practice. Do not memorize written texts. Try to understand the topic to the best of your ability so you can communicate it well during the presentation and meet the time limit. Practice for a friend or a family member and get their feedback on your presentation skills.

  4. 4
    Deal with your stress. It’s common to be stressed before a presentation, try picturing yourself impressing the audience. Also, it’s important to relax before the presentation and think about nothing but how to make the most out of it.

  5. 5
    Look presentable. Dress well for the presentation, usually a formal outfit is preferred to show the level of professionalism. Appearance says a lot about someone’s personality and confidence.

  6. 6
    Keep eye contact. Do scanning the room technique by keeping an eye contact with as many people as you can.

  7. 7
    Speak clearly. Speak in a loud and clear voice to get your presentation through to the audience even the ones sitting further away.

  8. 8
    Engage your audience. Some useful ways to do that are sharing a funny yet tasteful story, or pose a question to see how much they know about the subject you’re about to discuss.

  9. 9
    Answer questions at the end of the presentation. Make sure you listen to the questions carefully, ask for clarifications if needed and repeat the question to the rest of the audience to give you more time to think about the answer. If you don’t know the answer for a question be honest and say that you will look into it since you don’t know the answer in the meantime.

  10. 10
    Learn from your experience. Ask your employers or professors for their feedback to be able to identify your strengths and weaknesses and help you improve for next time.

  11. 11
    Listen to presentations. Once you’re done presenting you should take the time to listen to other presentations to benefit from presenters’ skills.

Friday, October 4, 2013

Jatuh terduduk


Tipu la kan kalau tak pernah rasa macam ni.
(-_-')
Ada few times jugak Na rasa macam ni.
Most of the time sebab study / work.
Tak pernah sesekali sebab cinta. Dan harapnya takkan pernah. Amin.


3 minggu lepas, sekali lagi Na rasa macam ni.
Astagfirullah hal azim.
It was so bad until affected my personal life.
Damn it, menyampah nak ingat.
I shared with my family on the frustration.
Lucky enough I have them who somehow pernah merasa benda yang sama.
Na percaya, api lawannya air.
Keras lawannya lembut.
So masa Na mengomel itu ini, in fact of menambah derita tambah perisa, they gave me advise, encourage me and motivate me.
Masya Allah.
I love them much more now. :)
And it stopped me from doing something silly, I just treated it professionally.
Spoke to those related.
Even though it is not yet settle but I am not stressful anymore.
Alhamdulillah.


Nasihat Na pada diri sendiri dan semua.
Jangan buat keputusan masa kita sedang marah.
Get a quiet time, duduk tepi senyap2 tarik nafas.
Think back.
And of course cuba list down few actions yang kita rasa nak buat and think the consequences of each.
Insya Allah, we won't go wrong.
Buat keputusan masa tengah marah cuma akan menambah masalah.
Rambut putus, tepung berselerak.


Semua orang ada masalah.
It's how u deal with it that matters.
:)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...