Monday, December 31, 2012

Sekilas pandang tahun 2012

Kalau tak salah, tahun 2012 ialah tahun serius Cik Nana.
Boleh semak kat SINI.


Azam pertama : Sangat subjective, won't be able to rate myself. Later tanya hubby and family whether I meet the target or not.

Azam kedua : Tak tercapai. :( There's no one to be blame, it's just my fault. Carry forward ke tahun 2013.

Azam ketiga : Nak beli dan jual. We met the target and apa yang lagi best, we did not sell the first house, so actually we own two houses now.  :)  Syukur, rezeki Allah.

Azam keempat : Further studies. I went through the interview and takde khabar berita since then. No one get the offer and they bring it forward to 2013. I took the test to qualify myself for a fully sponsored program and I am waiting for the results now.  So, please pray for me. :)

Azam kelima : Hehe, ini actually kitorang nak tambah ahli keluarga.  We have SUFI QAISY in the house now!!  What a bless.. :)
Azam keenam : N/A. I am pregnant for 9 months out of 2012, so tak logik la nak kurus kan.  Hehe. Alasan.


So itu recap azam tahun 2012 Na. Ada yang OK, ada yang KO.  Cukup pasal 2012 reso.  Tahun 2012 Na rasa tahun yang agak mencabar. 


Bulan Feb 2012, hubby terjatuh masa main badminton and ligamen dia terputus.  Ini sangat sedih.  I was at my first trimester, dah tak drive for a looooong time and suddenly I have to do everything on my own. So sad.  Tapi lagi sedih sebab tengok hubby kena operate. :(  Tima kasih banyak2 kat Mak, Kak Ita yang datang jaga Saif seminggu sementara Na tunggu hubby kat hospital.  And Mama, Bapak yang teman hubby kat umah for a MONTH.  Woohoo, rekod tue.  Paling lama Bapak, Mama duduk kat rumah burung Nana.  :)


Bulan Mar 2012, sebab hubby still tak sihat sepenuhnya.  Masih bertongkat. We cancelled family vacation kat Lumut.  And for that, kena penalty for RM 500.  Hukhuk.  Hikmah datang lepas diuji.  I bought a house!  :)  Memang we are looking for a house tapi Na tak sangka secepat itu kitorang settle down.  And everything goes smoothly after that.  Bulan ni jugak hubby bawak kitorang jalan2 gi A Famosa, Melaka.  Best!  :)


Bulan Apr 2012, jalan2 gi I City. Skang tak pegi dah kot, banyak complaints.  Hehe. 


Bulan May 2012, bulan anniversary!  We hit 4 years and celebrate kat Sepang. Weehoo. 
And orang lain mengidam nak makan, Nana mengidam nak naik bot! Haha.


Bulan Jun 2012, adikku kahwin!  :) Semoga bahagia hingga ke syurga.  Bulan ni jugak kete kesayangan Nana kena langgar. :(  First time selepas 4 tahun, sedih wooo.. Terpaksa survey kete baru.  Heheh.  Kidding.


Bulan Jul 2012, konon nak rest kat tempat sejuk.  Maka kami pegi Genting.
Bulan nie jugak kitorang attend Ante Natal class.
Owh paling best ada family photoshot. Heheh


Bulan Aug 2012, puasa sudah. Raya pun sudah.  Maka tunggu masa untuk bersalin.  Mula dilated end of Aug and only given birth on Sep 2012.  Hehe. 


Bulan Sep 2012, bulan paling mencabar, first time Na admitted ni.  Huhu. Sebab high BP. 
Selepas ups and down, Nana bersalin selepas hampir sebulan sakit. 
Nana keluar wad, and suddenly Saif masuk wad. 
Seedihhh...


Bulan Oct - Bulan Nov 2012.  Na berpantang kat kampung. Best sangat duduk ngan family.  Yang tak best sebab jauh ngan hubby.  Huhu. Takpe la, maybe it's a me time for him. :)


Bulan Dec 2012.  Na balik KL end of Nov and duduk sebulan jadik surirumah.  Penat tapi best.  Pagi petang siang malam kelek anak2.  Hehe.  Anak besar, anak kecil.  Best wooo.  Masuk keje mid Dec and dapat portfolio baru.  Hehe. Owh syukur sebab stok ebm mencukupi untuk Sufi.  
  

Saturday, December 29, 2012

Stock up

I love jingle jungle so much. Tapi susah nak cari area my house. Kt IOI ada tapi leceh ar nak pegi beli banyak2 kt situ. So I bought it online!!!!

Kat IOI harga rm 12.60 tapi littlewhiz ada sale so cuma rm 11.60 n free postage!!! Nana beli banyak sikit untuk buat stock.








Friday, December 28, 2012

My KPI for the time being


Ya, this is the one.
Pagi petang kena achieve target.
Baru la anak-anak dan suami sayang..
Heheh.


Target sehari 25 oz.
Ada masa lebih, ada masa kurang.
(",)


Syukur, I am happy with my new KPI.

Thursday, December 27, 2012

Saif Rizq, only if you know...

Dear Saif,
Mungkin it seems like Mama lebihkan Sufi.
Mama tak boleh layan Saif bila Sufi menangis lapar.
Sebab Mama tahu, Saif is a big boy yang boleh sabar sekejap.
While Sufi is a little baby yang don't even know how to be patient.


Dear Saif, 
Mungkin Saif berjauh hati sebab Mama tidur peluk Sufi instead of Saif.
Sebab Mama tahu, Saif sangat selesa dalam pelukan Papa.
And do you know that, selepas Sufi lelapkan mata..
Mama straight away go besides you and hug you like there's no tomorrow.


Dear Saif,
Mungkin Saif merajuk sebab Mama marahkan nyamuk yang gigit Sufi.
Tapi Saif tahu tak apa yang Mama sapu setiap kali Saif lepas mandi?
Itu mosquito repellent yang wangi bau grapes.
Mama taknak nyamuk hinggap pun atas badan anak2 Mama, be it Saif or Sufi.
Owh Saif tahu tak apa yang ada kat baju Saif bulat2 warna oren tue?
Itu pun untuk halau nyamuk actually.
Mama paste it there once you sleep since Saif tak suka bau yang agak menusuk tue.
See, there's no difference between you and Sufi.


Dear Saif, 
Mungkin Saif berkecil hati sebab Sufi asyik melekat minum susu dengan Mama.
Lepas Sufi habis minum, Mama tinggal Sufi dengan Papa or on his playgym while Mama bertukang kat dapur preparing your favorite food.
And Mama suap Saif makan sampai kenyang.
Mama bagi Sufi minum sampai kenyang and Mama bagi Saif makan sampai kenyang.
Tak ada beza sayang.
Dua-dua pun dapat air tangan Mama.


Dear Saif,
Saif tak perlu rasa terasing.
Kalaulah ada video yang merakam setiap saat dari detik kelahiran Saif sampai sekarang.
Saif akan tengok betapa kelahiran Saif membawa kebahagiaan, kegembiraan dalam hidup Papa and Mama.
Saif akan tengok macam mana Mama layan Saif, just like what I did to Sufi now.
Saif akan tahu betapa agung kasih Mama and Papa towards you.


Dear Saif,
Thanks for being a great boy to us.
Thanks for being a great brother for Sufi.
Saif peluk Sufi bila Sufi nangis.
Saif dodoi bila Sufi bila Sufi mengantuk.
Saif lari panggil Mama bila Sufi lapar.
You are being so wonderful.
Mama loves you to death.
:)


Kalau ada pun salah Mama,
Salah Mama hanyalah kerana,
Terlalu menyayangi Saif.
:)



Nota kasih tak bertepi
-Mama-
27 Dec 2012
Saif Rizq: 3 tahun, 10 bulan, 1 minggu.
Sufi Qaisy : 3 bulan, 1 minggu, 6 hari.


Wednesday, December 26, 2012

Sweetie pie





Slowly but surely...

Rutin sudah berubah.
Dari anak satu, ke anak dua.
Dari susu formula, ke susu ibu.
Dari bangun pukul 5.45 am, ke bangun pukul 5.00 am.
Itu pun terkejar2.
Mana nak pam, mana nak direct breastfeed.
Mandi pun sempat sabun sebelah badan je.. *ok, ini tipu*


Insya Allah, I'll get used to all these in a short time.
Lepas nie Na akan lebih tenang.
^_^
Kalau tak, pagi2 macam nak berperang.
Haha, dengan pam manualnya..


Stok EBM, Alhamdulillah masih banyak.
Both deep freezer and freezer penuh.
Need to re arrange.
Susah nak simpan barang basah.
Syukur and in the meantime kena lebih tersusun.


Tentang pam di office.
Setakat ni masih disiplin dengan tiga kali.
8.00 pagi, 11.30 pagi dan 3.30 petang.
Pukul 5.00 petang bonus if I have time.
Kadang-kadang dapat 3 oz saja tapi tetap syukur.
Satu hari target 25 oz.
Sebab Sufi minum around 20 - 24 oz.
Separuh guna frozen, separuh guna chilled ebm.
So far I am happy to be a fully breastfeed mama.
:)
No worries, I was not for my first child and I have no issue with mom who give formula milk to her baby.
I've been in that shoes. :)


Herm, I had a short sweet holiday last weekend.
That was too short but I love it to the max.
I went to Penang!!
My favorite place.
:)

Look forward for weekend.
Miss my boys already.
:(

Thursday, December 20, 2012

Breast Milk Storage Bag : updated!

I've been using several brands of storage bag since last 3 months.
Let me share my opinion on those brands yang Na dah pernah try.


FARLIN
Plastik nipis, lembut.  Na suka sebab bila baringkan, bag ni akan betul2 flat. 
Senang nak keluarkan angin jugak.
Na suka.
CUMA, bila hani keluarkan dari freezer and transfer to fridge, pelekat tue senang terbuka. 
Pernah bocor, tumpah susu.
Sayang..
Huhu.



AUTUMNZ
Yang ni plastik keras.
Agak susah nak keluarkan angin.
Bila baringkan tak cukup flat.
Tapi pelekat sangat kuat so tak pernah leaking.
Tapi personally Na tak suka sangat nie sebab makan ruang dalam freezer.



JINGLE JUNGLE
This is the winner!
Woot woot.
Plastik nipis tapi kesat.
Pelekat kuat.
Senang nak keluarkan angin.
I love it so much!!!



LITTLE BEAN
Ni baru beli tadi.
Nanti Na review.
:)

Updated : Herm..
Plastik dia panjang sangat, boleh isi up to 210 ml and kena lipat and need to paste the sticker.
Huhu, buang masa.
Plastik OK, tapi renyah la nak paste2 sticker bagai.


Pemenangnya tetap jingle jungle!!!




Tuesday, December 18, 2012

Not in the mood...

Hari nie saya moody. Maybe terbawak2 Monday Blues. 

First day keja anta baby kat bb sitter. Alhamdulillah he's behaving well. He consumed 6 bottles of 2.5 oz ebm I left him.  And bb sitter claimed that was not enough so I'll increase to 3.5 oz starting tomoro.  I need to pump MORE.  Huhu.  Yesterday I managed to pump 3 times which are at 8.20 am, 11.45 am and 4 pm and total stok ebm semalam 20 oz kat office.  Pagi b4 keje 5 oz and malam pukul 11 pm 5 oz total up to 30 oz.  Alhamdulillah. :)

Itu semalam. Hari ni dah banyak keje so ebm production kurang. Pagi tadi bangun lambat tak sempat pam. Total ebm pam kat office 24 oz. Hopefully malam nanti before tidur sempat pam lagi.  Hish, tak suka perasaan ini.  Huhu. 

Bad mood sebab ---- This is not the right way to express it.  Maybe I should write it on the sand, so bila bah datang semua yang ditulis beransur sirna.
:(

Monday, December 17, 2012

It has been 10 hours

Nana tinggal baby Sufi dah masuk 10 jam and masih belum ada tanda boleh balik umah now.
Sobs.
Nasib baik Na tinggal extra ebm for him.
Kalau x, sedih!!!


Saturday, December 15, 2012

I am my own enemy...

Aku ada pilihan.
Untuk bermatian membaca atau membuta.
Untuk mengulangkaji atau menjauhi.


Aku pilih yang kedua..
Kenapa?
Senang..
Sebab I am my own enemy!

Sobs

Friday, December 14, 2012

3 months and it ends today.

Sufi sudah 3 bulan hari nie. Alhamdulillah. He's a healthy, smart, good baby. Fully breastfed baby. Syukur Ya Rabb.

My maternity leave will end today. Sobs.






Thursday, December 13, 2012

Tudung Aalia hampeh!!

I only have one and that's the most expensive in my tudung collection. I bought a 3 layer Aalia for my sis wedding. I was 7 months pregnant, after office hour outing and almost dark. That explains why I bought dat tudung. One word : desperate.


Bila pakai nmpk indah saja. Cuba tengok at the sidebar. I was in pink. Tapi di sebaliknya... arghhh....


Lapisan luar polka dot tu sangat nipis dan banyak ter'tarik'. Bila selak dalam, perghh. Nangis. Tengok tempat jahitan brooch tu. Hoi, nana jahit lagi cantik ok!!!


Sudah ka, dats my 1st n last Aalia collection. For RM 180, might as well I go for Fareeda kan??






Tuesday, December 11, 2012

Surirumah untuk sebulan

Memang dah plan nak balik berpantang kat sp untuk 2 bulan then balik kl duduk dengan hubby n babies.

So kesimpulan jadi surirumah (read : solely SAHM ye, not WAHM) adalah tidak mudah langsung. Kerja tak pernah siap. Give standing oviation to all mommies out there yang dedikasikan seluruh hidup untuk suami dan anak2.

Bangun pagi pam susu. Then buat heavy breakfast for me n saif. Pastu masuk baju dalam mesin. Lari susukan baby n tidurkan baby balik. Kemas bilik tidur me n Saif. Bukak semua tingkap untuk pengudaraan. Sapu sampah. Suap breakfast to Saif. Baby bangun. Main dengan baby and Saif. Mandikan, susukan and bagi baby tidur. Mandikan Saif and lepas tue nana mandi terus. Mandi laju2 xde nak scrub bagai sebab takut baby terjaga. Masak for lunch. Refill air. Bancuh air sedap letak dlm fridge. Sidai baju. Baby bgn. Salin pampers, layan anak. Pam susu. Prepare roti or mee goreng or any simple food untuk Saif. Suap. Skang musim hujan so kena angkat baju masuk salam rumah so that cepat kering. Susukan baby n bg both baby and Saif tido. Selalunya nana tido sekali. Penat. Huhu. Ptg bangun mandikan baby, Saif. Main dgn baby. Susu, baby tido. Nana lari pegi mandi. Panaskan lauk. Tggu hubby balik. Phew...

But am happy. N I hope hubby n kids are happy too for having me at home.

Again I salute all mommies out there. Termasuk la mama kesayangan yang mendidik 6 orang anak. I love u mom.

Bila lagi nana boleh jadi housewife ni...?

Monday, December 10, 2012

Isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat terakhir...

Sedihnya.
Macam mana dulu boleh hantar saif seawal 2 bulan seminggu dekat bb sitter. 2 bln maternity leave, seminggu nani jaga. Kali ni syukur sebab cuti bersalin dah ditambah ke 3 bulan. Syukur alhamdulillah.

To send the tiny baby to bb sitter is difficult.. tapi nana xde pilihan. Moga bb sufi baik2 saja. U will have mama's milk. And u also have yr big bro. Mak, k ude n kcik will definitely take a good care of u. Insya allah.




Saturday, December 8, 2012

1,2,3..pusing!!!

Ada si kenit tengah belajar meniarap. Kadang2 boleh, kadang2 sangkut kepala or tangan. Yg lain semya dah pass. No worries baby, take yr time. No need to rush. Xde nak banding2 dengan baby lain haih. Hehe...




Friday, December 7, 2012

Hadiah bersalin..

This is subjective. Bukan menjadi satu kemestian, kewajipan jauh sekali. I look at hadiah bersalin as satu penghargaan dari seorang suami terhadap isterinya. Bukan pula bermaksud kalau x bagi hadiah lepas bersalin, suami x menghargai. Please, grow up!

Kalau mampu, bagi la kete baru sebijik.. Takpun kunci rumah baru. Haha. Kalau seadanya, belikan la breastpump so that isteri bersemangat nak susukan anak sampai 2 tahun. Kalau kesempitan, cukup dengan ucapan. Tak perlu hadiah untuk tunjuk yang kita sayang. Dan x perlu bersalin baru nak dapat hadiah.

Kalau ada, bagi. Dekat sape lagi kita nak berkongsi kan.. Kalau xde be creative. Buat kad ke, bangun awal on weekend prepare breakfast and hias comel ala bento ke. Definitely cair hati isteri. Haha.

So untuk semua bakal ibu be it primid or anak kedua, ketiga etc... selamat bersalin. Berharap dengan ganjaran Allah yang nyata lebih berharga. Insya Allah.

Wednesday, December 5, 2012

Too many things to do..

Too little time to work em out..

Dalam otak ni macam2 yang Na nak buat secepat mungkin. Untuk semua segi. Dari kendiri ke keluarga ke kerjaya. I really have to move. I mean a big move. Takkan nak macam ni sampai bila2 kan. Bukan x bersyukur tapi nak mencari ruang dan peluang. Maybe patut jadi opportunist yang pantang nampak laluan terbentang depan mata.. ni tak, kadang2 laluan ada tapi rasa gentar dalam diri yang x merestui. To get it, kena sacrifice sikit. Tang berkorban tu yang lemah sikit. Huhu. Tapi tahun 2013, Na nak buat 2 benda. Kena buat.

Semoga Allah merahmati aku dan seluruh UmatNya.
Amin...

Tuesday, December 4, 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...