Friday, November 30, 2012

Tahun 2012 = tahun hospital

Start dengan hubby masuk SDMC bulan Feb 2012 untuk operate ACL. 3 hari 2 malam, double bedded room under company coverage dengan kos RM 20,000. Phew...




Then Nana pulak admitted to PMC due to high BP (tengah tunggu masa nak bersalin nie). 3 hari 2 malam jugak, single room. Kos ditanggung sendiri RM 2,000.




Bersalin!!! Mestilah masuk hospital. Hehe. PMC, 3 hari 2 malam single room. Baby ok xde kuning. Kos ditanggung sendiri jugak RM 10,000. My employer covers everything under the sky EXCEPT anything related to pregnancy plus delivery. Sebab tu bayar sendiri. Huhu. Hopefully anak ketiga ada rezeki nak bersalin kat prince court (fully covered). Aminnnnn....




Then bila mama and baby discharged, Saif pulak admited kat Ampang Puteri. Huhu. Ini sadis. Emosi Na terus tak stabil, huhu. Dah la operate, mana nak tengok baby mana nak tengok abang. Huhu. 6 hari 5 malam. Executive room (terpaksa amik sebab single room not available). RM 8,000. Company cover tapi kena bayar RM 900 kos upgrade bilik tu. Tapi luckily boleh claim dari BSN Prudential.







Last sekali (insya allah), bapak tersayang masuk PMC sg petani. Due to TIA. Yang ni sangat sedih. Huhu.. sayang bapak!!! 3 hari 2 malam, double bedded tapi sebelah xde orang. Kos ditanggung sendiri, RM 2,000.






Betapa pentingnya insurance zaman sekarang. Huhu. No, im not an insurance agent. But it's a fact. Kalau x jenuh nak korek savings untuk bayar treatment cost. Owh by the way agent bsn pru Na x berfungsi pon.. Dah nk masuk sebulan, claim belum settle. And policy pon belum bagi. Boleh tukar agent tak????

Thursday, November 29, 2012

Terlewat...

Sufi dah nak masuk 2 bulan 2 minggu. Na belum bwk pi cucuk lagi. Huhu. Sebab wakty sufi 2 months Na baru balik kl and baru nak adjust jadi housewife beranak 2. Hehe. Then kol paed nk buat appointment asyik la penuh. Last dapat gak weekend ni. Dekat PMC bangsar jugak. Ok la tu. Hopefully he'll be fine. Err, biar lambat dari tak cucuk langsung. Hehe. Skang kecoh pasal keburukan vaksin kan. My advise is do some research. Jangan percaya bulat2 dengan satu artikel saja. You decide the best for yr child, then.





Tuesday, November 27, 2012

Detik itu kian hampir..

Ya, I'm referring to back-to-work-7am-to-8pm.. huhu. Only if I could be a SAHM.. But that is not possible. Remember, I just bought a house? And seribu satu tanggungjawab yang lain. Anak pon dah 2 orang. And Nana xde kebolehan berniaga. Huhu. Lagi 3 minggu Na kena tinggal baby sufi kat baby sitter. I know he'll be in a good hand tapi apa yang lebih baik dari ibu sendiri kan? I hate this feeling. Dah la masuk keje kat portfolio baru. Good because I can learn new things and kali ni I am pretty sure it would be more complicated. Tapi. Na dah terima cabaran my boss and now let's walk the talk. Pray for me!!!


Saif, Sufi... Mama loves u both. Sayang anak tinggal-tinggalkan... sobs!!











Monday, November 26, 2012

Kerana gigi.. poket binasa..

Haha. Nana dan gigi tak dapat dipisahkan. Huhu. Even tulang nana kuat, tapi tidak untuk gigi. Setiap tahun sure ada jek gigi serpih la, tampal terkeluar la.. sure ada. And kali ni macam biasa, tampal terkeluar sebab gigi serpih. Hah, 2 in 1. Na pegi klinik gigi otai dekat SP. Waktu tengah maternity hari tue... hopefully xde dah gigi rosak pasni. Amin...




Saturday, November 24, 2012

Dear pavlova.. come to me please!!!

Tak pernah makan kat tempat lain. Cuma di serai empire. Herm. Yummy betul. Bila agaknya boleh makan lagi ek? Soon.. insya Allah. Soon....






Thursday, November 22, 2012

Air longan kering

Sepanjang pantang, Na minum air longan kering ni. Sedap minum panas2. Bagus untuk tambah darah, banyakkan susu. Cubalah. Beli longan kering dekat kedai ubat cina, rebus dengan gula batu and minum!!!!










Pengalaman berharga detik kelahiran anak kedua

Lepas kisah induce yang x berjaya. Sila browse through utk cari that post. Nah http://warkahbuatbulan.blogspot.com/2012/10/admitted-because-of-high-bp-1st-time.html?m=0#links. Na keluar hospital dengan perasaan berbelah bahagi. Huhu. Esoknya hubby keje mcm biasa and Na rest kat umah. Na dapat mc for the whole week. Dr Idora set appointment one day before edd which is 12 september 2012. And mcm biasa Dr advise kalau contraction kerap or turun tanda, sila ke ER dengan kadar segera. Owh cakap pasal tanda, lepas Dr Idora performed VE on 10 oct 12, Na dah mula turun darah. Tapi midwive cakap normal lepas VE, so ok la.



Lepas tue mula sakit. Sakit dan sakit. Huhuhu. Tapi dah trauma and kecewa sebab tak terbukak, Na pasrah je. Na jalan banyak. Kolam kat umah ni berapa kali Na pusing pun taktau. Pelik je nigger tengok.. apasal minah ni. Hehe. Konon nak bagi cepat terbuka la... 12 september 2012. Na jumpa Dr Idora. Suprisingly it was STILL 1 cm dilated. Padahal Na sakit sangat sejak turun tanda. Makin pasrah. And Dr mcm terkejut sebab kepala baby nak balik. Tinggi. Sebab tu rahim tak terbukak. Sedih lagi... Asyik terfikir kenapa la macam ni. Jawapan kenapa baby 'naik' balik akan diketahui at the end of this post. Dr suggest datang balik on 15 september 2012. Owh hujung2 punta check up makin lama makin murah x sampai RM 50 pon. In fact check up 12 sept tue tak payah bayar langsung. Hehe...


Lepas balik umah. Malam tue sakit2. Makin lama makin kuat. Tapi tak consistent. Sampai menitik air mata. Esoknya 13 september which is my edd sakit makin kerap. Nasib baik la Mama n Bapak ada dengan Na. Mama gosok2 o Lepas dah tak tahan sangat kol hubby tanya pendapat. Then agreed untuk pegi hospital and proceed accordingly. Petang terus gerak pegi labor room PMC again. Hehe. Macam biasa terus pasang CTG. Memang ada contraction and memang kerap. Every 3 mins. So midwive perform ve. Masih 1 cm. Grrrr. Midwive cakap patur contraction mcm nie dah bukak 8-9 cm. Tima kasih sebab jujur dengan saya... Tengah malam Dr Idora datang. Bp ok. Contraction ada and time for VE.. Dr kata baby still high, macam mustahil baby akan turun. And dilation? 3 cm. Wah, ada progress tapi kepala baby tinggi. And Na percaya Dr dah tolong 'bukak' sket so Na dah lose faith yang I will be able to go through vaginal birth. Huhuhu.. Then sakit2.... Memang betul rasa nak gigit katil pon ada. Sakit sangat. Again, Dr suggest ambil pethidine sebab baby distress. Hukhuk. Pethidine kali ni tak rasa apa. Na tetap sakit sampai nangis dalam diam. Tak boleh tido langsung. Huhuh. Bila mcm tue midwive datang utk VE lagi and tetap 3 cm and baby tetap kat atas. Bincang dengan hubby.. That's it. We decided to proceed with c sect, no more induce... Atas 3 sebab :

MASA : Baby dah due. Kalau makin besar pun jadik masalah. Mama and Bapak dekat umah Na dah dekat 2 minggu. Tinggal adik2 kt kg. Nak stpm. Takkan nak tengok kakak ni je.. huhu. Hubby pon dah berkali2 ambil cuti. Hujung2 tahun, cuti dah tinggal sikit. So kena cepat. Na sendiri pon sebab dah lama sakit on and off, bila kena tunggu lagi emosi dah tak stabil. Asyik nak susah hati which easily lead to high bp. Huhu...

KESELAMATAN : lepas 1st time induce, heartbeat baby laju sangat. And bila contraction makin kerap, baby mcm stress and heartbeat akan naik turun tak consistent which is bahaya. So Na takmo ambil risiko. Dengan kepala baby yang still tinggi.. huhu.

KOS : Being a self-payer, Na kena budget elok2. Kos untuk emergency c sect for sure lagi mahal. Nak induce lagi.


Itu antara sebab Na opted for c sect asap. Tak kisah la korang nak cakap apa. Keputusan ni Na ambil lepas discuss dengan Dr Idora la. So she decided c sect at 11.30 am 14 september 2012. Sepanjang pagi tue Na sangat sakit. Mama urut Na. Hubby pon pegang tangan Na. Waktu ni takleh cakap sebab sakit sangat. Sebab contraction yang menggila midwive inform Dr and Dr pun datang untuk cek. Sama je bukaan macam semalam and waktu tue Na tahu, I made a right decision. Pukul 11 am Na dah dibawa ke OT.


Kalau waktu Saif dulu, Na relax ja waktu nak ke OT tapi kali ni Na rasa perjalanan ke OT adalah sgt2 lama. Sebab contraction yg sgt bertalu2. Bila dh smpi masuk bilik bius dulu. Waktu Saif bius trus dalam OT ja. Ini ada bilik lain pulak. Sementara Dr bius datang memang menitik air mata Na. Huhu. Sakit sangat. Ok nak clarifies, I aint no good at pain management.. Saya cuma pandai risk and balance sheet management ja.. hehe. Ok kidding. So maybe sakit bagi Na adalah geget semut bagi anda. Tapi Dr cakap untuk bacaan contraction yang macam Na hadapi tue, I'd suppossed to be 8-9 cm dilated. So I guess that was a real pain. Dr Anitha Gonzales sangat lembut. Dia tenangkan Na sementara assistance prepare jarum. Omg, rasa nak lari.. I hate jarum. Huhu. Bila dah ready, nurse bangunkan Na and suh peluk bantal. Na pelik. Wah sorang nurse je ke. Dengan confidentnya Na tanya Dr, "Dr, mana orang lain". Dr tanya orang lain untuk apa. Na cakap untuk pegang Na. Haha.. sure Dr nervous and ingat I akan menggelupur waktu kena cucuk. Then she said, " promise, this wont hurt. U dont even need one". Dalam hati Na yolah tue. Huhu. Tapi hebat. Na tak rasa langsung kena cucuk. Tau tau Dr cakap ubat dah masuk... wooooo bravo!!!! Kali ni Na ambil spinal i/o epidural. Lepas tue Na dah holeh senyum. Na cuma rasa perut mengeras but no pain at all. Im a happy lady in the OT. Hehe....


Tak lama Dr Idora datang and mintak izin to start. Come on Dr. Do it now. Chewah. Owh kali ni hubby teman. Yeaaa. Lepas belah, Dr keluarkan baby and show to me. Rasa nk cubit terus sebab takmo tolong Mama bukak pintu rahim. Hehe. Then Dr nak jahit balik bila tiba2 Dr tanya.. " Saya jumpa fibroid besar duit 20 cents. Saya buang k?" I was like really shocked. Na ada fibroid? Dengar pon takut and sepanjang check up x pernah nampak pon padahal fibroid tue melekat kat rahim. Owh my. Memang x bahaya tapi kalau makin besar it may affect period, pregnancy etc. Waktu tue Na sedar. Inilah 'rahsia' Allah. Ini juga ' sebab' kenapa baby takmau engaged sebab kalau Na bersalin normal, the fibroid will stay there and I might need another surgery to remove it. Itulah hikmah Nya. Bersyukur sangat. Terima kasih anak mama.


Lepas dah siap jahit and gam, Na masuk observation room. Dulu sejam, now dalam setengah jam ja. Yea. Then dah ditolak pegi bilik. Na dapat bilik 4 orang dulu sebab bilik single penuh. Petang sikit baru transfer to single room. Sangat selesa. Menu berpantang ada disediakan and boleh pilih from various chinese, malay and indian selection. And it was yummy too. Hehe. Esoknya Na dah bukak tiub urine and dah berjaya pee and poo on my own. Weee. Alhamdulillah. Serious kali ni tak sakit macam post c sect Saif dulu. Lepas operate Na dah boleh duduk and esoknya jalan. Tak pening, and tak sakit. My parents also said I look steady kali nie. Mungkin sebab anak kedua or ubat yang PMC guna.


Na keluar lepas 3 hari 2 malam di wad. Fully bf baby and they help a lot. Na bersyukur dimurahkan rezeki untuk bersalin di PMC dengan Dr yang Na suka. Kos bersalin kurang lebih RM 10k. Email me for details. So that was my story.


















Tuesday, November 20, 2012

Kudapan enak...

Woooo.. this is my favorite kuih raya. Almond london sume leh duduk tepi. Yg ni baru order. Sedaaaapp.. mmg tak boleh berenti bila makan. Yummy.

Monday, November 19, 2012

Rutin sedikit terjejas...

Yes, im back at my home sweet home.
Baru few days.
Sibuk kesana kemari setel few things.
Hopefully this weekend boleh rest dengan aman.


On my ebm.
2 kotak polisterin berjasa yang buat ebm kekal beku smpi ke puchong.
Alhamdulillah.
Tak sempat susun elok2.
Masukkan dulu dalam deep freezer.
2 tingkat full house sudah.
And ada lagi penuh dalam my freezer.
Hopefully ada masa untuk transfer allbto deep freezer complete dengan label.
Syukur sudah ada 200 lbh kurang ebm of 2 n 3 oz.
Tapi yang lebih bukan sebanyak mana susu... tapi selama mana ibu mampu menyusu.
Semoga diberi peluang untuk terus memberi susu ibu sehingga 6 bulan sekurangnya.
Insya Allah.


Dalam pantang and waktu kat Kedah, Na pam 8-10 kali sehari.
Bila dh balik umah sendiri, rutin tue sedikit terganggu.
Sekarang pam cuma 5 kali.
Half dari dulu.
Sebab x sempat.
Terkejar nak masak, tengok kain baju, main dgn baby etc.
Huhu.
And now dah mula pack dalam 4-5 oz pulak.
Jimat sket space freezer.
Harapnya lepas ni boleh sesuaikan diri n dapat pam 3 jam sekali mcm sepatutnya.
Insya Allah.

Saturday, November 17, 2012

Buah hati nani...

Nani rindu cucu yang dijaga siang malam selama  2 bulan...
Kakcik pon rindu Mama...
Sobs Sobs..
Takpe. Insya Allah jumpa bulan depan.

Waktu Sufi kecik dulu Na asingkan baju yang agak besar for him.
Kebanyakannya baju tidur mothercare.
Tadi teringat keluarkan n try...
Taaadaaaa..
He can fits it well.
Fuh.. sudah besar anak mama ya.






Friday, November 16, 2012

Back to square

Alhamdulillah, bapak dah discharged.
Kena jaga pemakanan.
Insya Allah..
He's in the good hands.
♥♥♥♥♥♥♥


Kembali bersama.
Berempat.
Di perantauan.
Semoga semuanya baik2 saja.
Insya Allah.




Wednesday, November 14, 2012

Terima kasih Allah...

Bapak makin sihat.
Of course after all the medications.
Ct scan shown a few blood clots.
Lepas ni kena jaga makan.
Tak boleh masin dan lemak.
Bye bye teh tarik.
Helo minuman O...


Semoga Bapak beransur pulih.
Sangat seksa to see him in pain.
Sedih.
Sesak.


Tolong doakan juga.
Sayang Bapak.

Tuesday, November 13, 2012

Tika ini..

Saya perlukan doa kalian...
Hanya doa yang mampu membantu...
Sembuhkan penyakit bapaku...
Yang sepanjang zaman berkorban untukku...
Hilangkan bisa dan sengal di tubuh tua itu yang saban hari fikir dan doa untuk zuriatnya...
Kuatkan semangatnya untuk melawan sakit dugaan Ilahi...
Kentalkan lidahnya untuk terus basah dengan zikir pada Mu...
Teguhkan hatinya untuk munajat pada Mu...


Ya Allah..
Aku mohon..
Bantulah kami menghadapi dugaan ini..


Bapak..
Kuatlah..
Demi kami anak2mu...


Insya Allah, amin.

Marmet technique

Fuh, it's not easy dude. Kena practise banyak kali baru berjaya. Ni pun lenguh tangan. Kena buat lagi la. Mana tahu berguna masa kecemasan ie tertinggal breastpump ke. So, let's learn together. ♥♥♥


Monday, November 12, 2012

Durian sebenar...

Lepas makan durian crepe seadanya, dah rezeki... Bapak n mama beli buah durian. Yaaaahoooo.. I love durian. Nyums.


Masak pulut. Panaskan santan. Gula sikit. And masuklah ke perut wahai durian sayang...





Balance yang tinggal buat kuah durian. Makan dengan roti or roti jala. Owh owh owh. Papa cepat balik, nk makan sama2....


Sunday, November 11, 2012

Durian secoet crepe

Haha..
Dah jadi fenomena kan durian crepe ni.
Nak jugak rasa.
Dulu makan dekat sunway pyramid - x igt nama kedai - dapat yg masam.
Huhu..


Nie makan kat kedah.
Adik kwn buat.
Kulit nyums sedap blemak.
Krim sedap x manis.
Durian..
Eh ada durian ke???
Sikit yang amat.
Rasa suku ulas pon x sampai.
Secoet ja.
Krim je lebih.


Maybe lepas ni cari kt kl pulak.
Nyum nyum.
Pa, cepat balik.
Ayg simpan kat abg durian crepe nie.
♥♡♥♡♥♡♥


Saturday, November 10, 2012

Jangan Tuhan kau salahkan...

Untuk redha di mulut memang senang..
Tapi untuk redha dengan ikhlas dari hati.
Ya Tuhan...
Bukan senang.


Na sendiri pernah jadi.
Paling latest, waktu deliver Sufi.
Dalam mindset dah kata, saya nak bersalin normal.
Tapi lepas satu, satu halangan yang datang sampai akhirnya terpaksa memilih untuk operate.
Jadi di mulut Na kata Na redha.
Dalam hati masih bertanya..
Kenapa Nana? Kenapa mudah bagi orang lain tapi bukan untuk Nana?
Malah seribu satu soalan lagi.
Maka sebenarnya Na pasrah.
Bukan redha.


Tambah lagi bila ramai yang mula menyoal.
Kenapa susah sangat.
Kenapa lambat buka.
Maka amarah Na menyirap.
Mula was was dalam berdoa.
Ini sangat salah.
Na seharusnya percaya pada Ilahi.
Kerana sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik untuk Na.


Jangan Tuhan kita salahkan.
Terima apa saja yang ditetapkan.
Walaupun berbeda dengan rancangan.
Mungkin belum masa untuk Tuhan makbulkan.
Apa yang diingin mungkin tak diperlukan.
Maka Tuhan tidak berikan.
Jangan Tuhan kita salahkan.


Peringatan untuk diri sendiri.
Insya Allah.

Hampir menangis semasa black out...

I can tolerate with the darkness..
Tapi Na tak boleh terima kalau 60 stok ebm Na cair...
I almost cry..
Actually I did cried just now.
Huhu.


Black out start around 1 am.
Cuba sabar and berdoa cepat2 ada letrik balik.
Pukul 2 am still belum ada letrik..
Dah nanges.


Ligat otak berfikir.
Sampai terasa nk bungkus semua ebm and buat muka toya tumpang freezer nasi kandar pelita.
Huhuh..
Tapi tengok jam..
Tak sampai hati nak suh bapak or adik keluar.


Tukar plan B.
Sentuh ebm.. still beku.
Tengok ais ada dalam 2 tupperware.
Ok.
Transfer sume ebm dalam polisterin.
Sambil mintak doa cepat ada letrik balik n semoga ebm bertahan dalam freezer.


Alhamdulillah.
Letrik dah ada and semya ebm kekal beku and now dah transfer masuk freezer balik.
Terima kasih ya Allah.


Owh being a bf mommy just added one more type of phobia.
Blackout-phobia.
Ok tak kelakar.
Nanti google cari nama betul untuk this type of phobia.


Ini semua kerna kamu saif dan sufi.
Yes. Abg also minum ebm campur susu coklat.
;-)


Thursday, November 8, 2012

Down with viral fever..

(-_-')...
Kepala pusing, badan sengal2, tekak perit, selsema..
Ya saya demam...
Nasib baik still kat kampung.
Mama n bpk banyak tolong.
Tq tq tq.
Hanya Allah mampu membalas.


Ambil ubat yang selamat untuk ibu menyusu.
Takmo Sufi terdedah bahaya.
Insya Allah.
Ya Rabb jauhkan kuman ini dari anak2ku dan keluargaku malah orang di sekelilingku.
Sembuhkan sakit ini dan kuatkan semangatku untuk menghadapinya.


Sekarang asyik kira hari nak jumpa hubby.
And bersama kembali.
Tapi ada sendu dalam hati.
Bersama hubby bererti jauh dari family.
Rindu pasti bersemi.
Herm..
Can I have both with me?
Tak mungkin....
Takpe.. jumpa lagi di family day bulan dec nanti.

Wednesday, November 7, 2012

Won 2 days 1 night stay in Prince Hotel, KL

Woot woot...
Sudah lama kepingin tido kat tengah2 bandar.
Tapi x mo guna duit sendiri..
Haha.
Tengah tunggu hubby siap keje, tangan cuba nasib hantar sms jawab soalan majalah cosmopolitan and tadaaaaa...
I won .. i won..
Heheheh.


Duit keluar mcm air...

Ingatkan cuti boleh simpan duit...
Sekali sama je outflow..
Or maybe lebih....
Huhu...


Lepas keluarkan ribuan masa bersalin hari tue, spend banyak jugak untuk breastfeeding...
Tapi itu kira investment la kan..
Insya Allah.


So next year simpan duit.
Bak kata hubby.
Keje kuat2 untuk cover total RM yang spend tahun 2012.
;-)


Insurance Sufi pun setel.
Pre school registration Saif setel.
Lega.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...