Tuesday, July 31, 2012

My bad CURRY day!

Semalam, teringin sangat nak makan kari ikan merah.


Image is google ed.


So, lepas berbuka terus masak kari ikan merah.
Which turn out rasa pelik.
:(
Tak tahu apa yang kurang, apa yang lebih.
Dah la selsema, so deria rasa kurang.
Kari idaman pulak rasa pelik.
Rasa nak menangis je semalam.


Rindu kari Mama.
:(
Sedih-sedih.


Nasib baik hubby tak kisah, sahur makan ikan merah goreng cecah sambal kicap je.
(-_-')
Dah kempunan makan kari sedap.
Huhu, bila ingat semalam rasa sedih.
Benci.


Dah, hari nie buat sambal tumis ayam je.
Senang.
Sekali rasa pelik lagi, how?
Huhu...


So, itulah kisah bad curry day saya!

Ante Natal Check up at 34 weeks

Jumpa Dr Idora last Saturday.
Baby = 2.2kg.
Mama naik 1 kg  = 85 kg.
Others = normal.
^_^


Kepala baby was in right position.
Syukur Alhamdulillah.
Doakan Na bersalin normal ye semua.


Tengok baby dah makin tembam.
And muka macam Abang Saif je..
Heheh.


Dah tanya Dr Idora, boleh tak balik raya.
Dr gelak2 je, dia cakap boleh.
Pegi makan ketupat puas2, datang balik baru bersalin.
(-_-')


The next check up would be on 11 Aug, a week before Raya.
So, doakan segalanya berjalan lancar.
Doakan semuanya sempurna.
Insya Allah, Amin.

Monday, July 30, 2012

Maternity cum Family Photoshoot

^_^
Na suka sangat dengan semua pics nie.
Thank you to Azwin & Azwan.
Sesiapa yang berminat boleh ke FB Lensa Grafik for more info.


Na buat this photoshoot on 15 July 2012, a week before Ramadhan and one week after Pesta Flora Putrajaya.
Lokasi : Putrajaya.
Tema : Blue and Yellow.
Nanti nak buat photobook pulak.
Yeah.








Teaser : Maternity cum Family Photoshoot




Tengah tengok2 gambar.
Nanti Na upload more.
Kenangan jugak nie, waktu Saif dulu tak buat.
^_^

Friday, July 27, 2012

34 weeks!

Owh, dah 8.5 bulan.
Phew.
Hari nie Na rasa tak sihat, start dari malam Rabu sebenarnya.
Batuk, selsema dan muntah2.


Makan, muntah, minum, muntah.
Sampai takde tenaga.
So, hari Khamis Na tak puasa.
:(
Pun muntah.
Rasa macam weak sangat.


Hari nie cuba puasa, sebab sahur tadi boleh makan nasi even lepas tue muntah.
Tapi macam ada lebihan nasi dalam perut lagi kot, so teruskan puasa.
Sampai office pagi tadi pun muntah.
Hish, sure sebab batuk selsema nie.
Tak sukanya muntah.


And now, I am really tired.
Huhu.
And jam baru nak dekat pukul 2 pm, ada lagi 3 jam untuk habis waktu keje.
Tapi hubby pulak duty hari nie.
Maka akan sampai umah malam.
:(


Kaki lenguh, and perut sangat2 menegang.
Agak kurang selesa.
Tapi xpe, nie pengorbanan seorang ibu.
^_^

Won Wrangler Jeans worth RM 200


Hehe, kalau letak nama sendiri, tak menang.
Dah letak nama hubby, dapat lak.
Rezeki dia.
^_^


So, nie contest dalam majalah Harmoni.
So, dapat la jadik seluar raya hubby.
Kena redeem either in Sunway Pyramid / MidValley which for sure kitorang akan pegi Sunway Pyramid instead.
Heheh.
Before 31st Aug 2012.


Hubby and I was thinking to take a day off, to settle Saif's pre school registration and shop for some Raya stuffs.
Tengok la bila.
And tom, I'll meet baby S again.
Hehe.

Thursday, July 26, 2012

Yea, my Tanamera Post Natal has arrived!



I purchased it online on Monday, 23 Jul 12 and received the parcel yesterday, 25 Jul 12.
Quite fast kan?
Hehe.


Hish, ada je tangan gumuk nak sibuk2.
Hadiah Saif ke Mama?
Hehe.


Tak cukup interframe tangan, nah amik satu badan.
Hehe, si kecik buah hati Mama.
Yang sejak dua menjak hati fragile macam kaca.
Manja!
Just like Papa.
Haha.


Sempena beli bulan Ramadhan, Na dapat free VCO oil sebotol.
TQ Tanamera.


Semalam Na dah pakai Brown Formulation Soap, hehe.
Rasa macam kat spa.
Best, and skang nak pakai VCO oil lak.
^_^


Nanti Na buat review la, lepas bersalin.
Kalau sempat.
Hehe.

Wednesday, July 25, 2012

Sayang ini budak!


Nie la budak kecik yang kena marah ngan Mama semalam.
Balik semalam, still tanya kenapa Mama pegi keje ngan Papa je.
Kenapa tak bawak Saif etc etc.
Hehe. datang la tue mood manja baby dia tue.


Pagi nie he's been so nice.
^_^
Love him so much.
You'll always be my baby.
Forever.

Ho Ho Ho Horlicks!


Nyum Nyum.
Latest addiction.
Hehe, kalah milo dinoso nie!
Bagus jugak bulan puasa nie minum Horlicks nie.
Ganti-ganti ngan milo.
And fresh milk.
Yums.

Tuesday, July 24, 2012

Dilema balik raya

Bukan apa, kalau ikut kiraan my pregnancy will reach 36 / 37 weeks waktu raya tue.
So, nak balik kampung ie Kedah or Perak yang makan 4-5 jam, belum ditambah jem, agak menakutkan.
Tapi Na takmo beraya kat KL.
:(
Nak balik kampung jugak.


Takpe la, this week Na ada ante natal check up, boleh tanya pendapat Dr Idora.
And I believe I'll have another check up before raya.
So, boleh la Dr cek baby's and mama's condition.


So, hubby dah buat persiapan awal.
He listed out government / private hospital sepanjang perjalanan Selangor - Kedah.
So sweet of u.
:)
Kalau deliver kat Pantai SP pon bagus, 5 mins from my home!
Phew, best oooo.


Apapun, Na berharap by that time.
Hospital bag dah ready.
^_^
So, bersalin kat mana-mana pun should be OK.
Cuma Na berdoa, supaya Na dapat bersalin dengan Dr Idora.
Amin.


So as of now, nanti check up baru nak tanya Gynae status kesihatan diri.
Mengizinkan atau tidak untuk balik kampung.
Hopefully jawapannya positif.


Sudah 2 hari tercekik tulang...


Terasa-rasa tulang dekat belakang lidah nie.
Ikutkan hati nak korek je.
Tapi tak berani, kang termuntah-muntah.
Huhu.


Dah telan nasi kepal, dah telan buah lembik (betik).
Tapi still tulang takmo lalu.
Sakit lak.
And pagi tadi ada kuar darah, I guess dah luka.
:(
Sian me.


Hopefully tulang akan terlepas hari nie, kalau tak makin berdarah tekak.
Tak suka.


Semalam 1st day puasa hari bekerja, owh.
Entah kenapa, kalau weekend OK je.
Semalam teruk sikit.
Pagi lagi perut dah berkeriut and masuk pukul 12 pm, sakit perut.
Memang confirm perut lapar.
Petang dah mula nak pening.
:(
I guess 1st day keje, dah la banyak paper nak kena buat.
Itu yang tambah pening tue.


Bertahan, sampai umah pukul 7pm ++, just makan kurma and minum fruit punch.
Masak nasi, sambal tumis ayam, kubis goreng kicap.
Lepas Maghrib la tue.
Dah siap semua, berpeluh2 macam nak pitam.
:(
TQ hubby sidaikan baju.
Then, off me tido.


So, kalau tulang nie tak terkeluar..
Kena gi klinik ke?
Huhu, x suka!


Image is google ed

Dugaan nie Mama...


Pagi nie datang keje dengan perasaan yang sangat berat.
Dan sedih.
Pagi-pagi dah marah Saif.
Angkara terbangun lewat, dan suddenly Saif pulak buat perangai takmo pegi umah bb sitter.
Grrrr.
:(


Tersedu-sedu dia nangis kena marah ngan Mama.
Now Mama yang sedih.
(-_-')


Dugaan di pagi Ramadhan, pun tak berjaya dilalui dengan tenang.
So sad.


Updated at 10 am.

Mama call Saif, tak tenang ooo.  Saif tanya nape Mama marah Saif, Saif nak duduk dengan Mama je. Huhu, bila cakap Mama keje Saif kata ooo..  Kenapa tak cuti?  Pastu dah cakap macam biasa, pasal food, pasal kartun.  Sedih betul Mama, nasib baik x banjir.  Dia cuma nak duduk ngan Mama, tapi kena marah! ;(

Hopefully Saif lupa kisah kena marah tadi.



Monday, July 23, 2012

Keperluan dah, keinginan pulak!

1/2 day cuti last Friday.
Pegi Alamanda and beli kebanyakan barang from the list.
Alhamdulillah, dah banyak yang ada.
Berhabis banyak jugak.
Ingatkan ratus2 je, rupanya makan ribu jugak.
Takpe la, rezeki baby S.


Yang nie Na memang teringin, sejak Saif dulu.
Hehe.
So, Insya Allah akan kumpul duit and beli.


Yang nie memang nak.
Tapi takde stock lak kat Mothercare Alamanda.
Haish, mana nak cari nie.


So, kalau ada duit lebih boleh la beli both.
^_^


Owh ada Poh Kong fair pulak kat bawah.
Bagus, memang nak cari penutup subang pun.
Hari tue jatuh tak jumpa sampai skang.
Terpaksa beli lain.
Nak kena tanya hubby dulu, kalau dapat green light baru pegi beli.


All images are google ed


Salam Ramadhan buat semua!


Dengan tulus ikhlas, Na sekeluarga mohon maaf dan ampun atas keterlanjuran kata, terlebih bicara yang dilakukan secara sedar mahupun tidak.
Mohon : Maafkan segalanya.


Semoga tenang hati dan jiwa kami menghadapi bulan mulia.
Semoga ibadah kami dalam redha Ilahi.
Semoga lancar perjalanan ibadah kami.
Semoga tercapai objektif Ramadhan Al Kareem.


Selamat berpuasa untuk semua.
Insya Allah.

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, berjaya lalui 2 hari Ramadhan dengan tenang.
Mula-mula Na takut sangat, takut tak mampu puasa.
Tapi Syukur, Na ikut panduan pemakanan yang betul..  Minum air banyak and Na rasa sebab cuti so Na spend time kat umah je.
Takde keluar langsung.
Lipat baju, sidai baju, buat keje manja2 je.
So bertahan sampai ke senja.


Baby S akan bergerak kuat waktu makan normal ie, breakfast, lunch and petang.
So Na pujuk2 cakap kan dah makan awal2 tadi (breakfast), kalau lunch Na cakap (Mama puasa nie, Baby makan lebihan sahur tadi ye) and waktu petang tue best sebab boleh cakap (sikit je lagi Sayang dah nak berbuka, boleh makan kurma sedap).
And Baby S bagi kerjasama yang baik.
^_^
Alhamdulillah.


Berbuka dan sahur, masak lauk simple.
Kalau beli, belum tahu rasanya.
Kalau masak, boleh adjust ikut rasa.
So, tengok la.
Cuma hari kerja mungkin kena beli kuih dulu etc.
And tengok jugak Mama punya keadaan.
Takut flat terus.
Huhu.


Selamat berpuasa ye semua.
;)

Friday, July 20, 2012

Pilihan makanan seimbang untuk Ibu Hamil sepanjang Ramadhan

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur
  1. Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.
  2. Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.
  3. Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.
  4. Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.
  5. Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.
  6. Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Artikel dari : ratuhati.com


Maka esok bermulalah hari pertama umat Islam berpuasa untuk tahun 1433 / 2012.
Na berdoa Na mampu untuk berpuasa.
Semoga berjaya la hendaknya.
^_^


So, Na banyak juga baca-baca tengok apa yang perlu and bagus for pregnant women sepanjang Ramadhan.


Selalu bulan puasa Na skip buah, so kali nie maybe kena beli stok buah banyak2 letak dalam fridge.
Buat kudapan malam2.


Kena banyakkan sayur gak, yang tinggi serat.


Macam selalu kita tengok, roti paling banyak mengandungi serat.  Jom kita tengok makanan apa yang jatuh dalam kategori tinggi serat nie.

Wholemeal, granary and softgrain varieties of bread
Jacket potatoes, new potatoes in their skins and baked potato skins
Wholegrain breakfast cereals, eg. Weetabix, branflakes, unsweetened muesli
Shreddies and porridge oats
Wholemeal pasta and brown riceBeans
lentils and peasFresh and dried fruits – particularly if the skins are eaten
Vegetables – particularly if the skins are eatenNuts and seedsWholemeal flour


So boleh makan nasi, and maybe roti cecah serunding, cornflakes and susu, oats.
Kita cuba la ye.
Jangan lupa, kurma.
^_^


Air, kalau hari biasa 8 gelas.
Bulan puasa kena tambah jadi 12 gelas.
Huhu, ini memang struggle sikit la.
Anyway, kita cuba.




I need 1 day leave + money to shop all these

I came out with this list.
Tak banyak sangat pun yang tinggal.
Sebab kebanyakan dah ada or belum nak beli.
So this one is for Baby.



Harga kasar jek letak assumption.
Hehe.
Beli baju kecik-kecik.
Nanti Saif tanya lagi, nie baju baby ke baju kucing.
Maybe sebab kecik sangat so Saif ingat baju kucing.
Hehe.


Yang nie pulak barang Mama.
Kenapa yang optional lebih banyak checked dari Compulsory list?
Heheh.



So I was thinking to take one day leave (preferably before fasting month) and go to shop all those things at one-stop-centre.
Bilakah masa yang sesuai.
Huhu.
Next week la kot sebab a week after I will be busy for the paper.
Haish...


Thursday, July 19, 2012

Yea, esok cuti 1/2 day!

1/2 jek, kena jimat cermat.  Cuti cuma tinggal 11 hari sampai la ujung tahun nie.
Ahem, put aside the 90 days complimentary leaves.
Hehe.
^_^


So esok Na akan cuba beli semua barang yang pending tue.
Be it mine or baby's.
Except for the Tanamera post-natal product, I wanna get it online.


Yang lain, Mothercare & Jusco would be OK.
Cuma tak sure lagi nak pegi ke mana.
Sama ada KLCC or BSC or Alamanda.
Tengok la keadaan.


And dah nak puasa.
(",)



Wednesday, July 18, 2012

Am I on track?


Overweight?  Yes I am.
(-_-')
So I should gain 15 - 25 kgs ONLY throughout the pregnancy.
And as at 32 weeks, I gained 5 kgs.
So I'm still on track.
^_^


Tapi the weight gain boleh meningkat dengan banyak towards the end of pregnancy.
So tunggu dan lihat je la.
Dah la, nasi tak pernah tinggal.
Pagi, tengah hari, malam.
Complete, perfect.
Hehe.


Bulat kecil, bulat kecik, bulat besar...
Hehe.



Perkembangan my Home Sweet Home

Na assume sekarang dah siap 75 %.
Na kena bayar progressive interest lebih kurang RM 700 dah.
And now, actually developer owe to refund rebate of **,*** to me which already outstanding for 2 months.
Haish, nak kena late charges interest ke?
Kalau Na invest kat ASB, dalam masa dua bulan pun banyak tau dapat. Huhu.


Kalau follow up, sama je jawapan dia.
Cek dah siap, tunggu Marketing department sign.
Tak tau apa kena mengena marketing department dengan release payment.
Tapi let it be.


Tadi follow up again and jawapan tetap sama.
Dah hantar to Marketing department.
Na suruh dia follow up sebab lama sangat kot.
Nak sign je pun.


Itu la kisahnya.
Dah lama kitorang tak pegi tengok rumah.
Takpe la, nanti bawak baby S gi tengok sekali.
And we haven't decide whether to immediately move in once the house completed or how.
Banyak nak kena fikir.
^_^


Takpe, skang pun rumah sendiri.
So, shouldn't be a problem.



Tuesday, July 17, 2012

Dinner for this week...

Masak simple jek.
Janji ada nasi.
Kalau tak makan nasi, nanti malam Na sakit perut.
Huhu, and keluar menggagau cari foods tengah malam kat dapur.
So baik makan nasi terus.


Untuk minggu nie nak makan simple saja.


Ikan tenggiri goreng garing.


Cecah dengan sambal kicap pedas hap hap.


Sup daging berempah yummy!


Bersulam sambal belacan sedap.


Then sambal tumis pedal ayam.
Owh, sedapnya.


Simple, tapi sedap!
^_^
And mudah disediakan.
Itu yang penting, kalau Mama flat.. Papa boleh tolong masak.


All images are google ed

Random Pics : Genting Highlands

Jumpa several pics lagi dalam tab.
Upload je la.
Hehe.
Boleh anak-anak tengok nanti.


Hi baby S, Mama's carrying u inside.  ^_^  Apasal baju nie nampak kembang?  haha.  


Mama dah nak check out from Maxims.  Hotel best.
Cuma tak sempat pegi spa, kalau sempat sure double best!


Wah, overseas sangat kan?  Takpe Pa, kita ada 2 years untuk kumpul duit and realisasikan impian kita.  Insya Allah.


During breakfast kat hotel.  


Indoor Theme Park.  Jumpa orang warna-warni.  
^_^


OK la, last kot gambar2 Genting nie.

Monday, July 16, 2012

Ante Natal Parent craft : Prince Court Medical Centre

First of all, I went to the Ante Natal class because I wanted to.  Na tak pegi sebab nak ikut orang, nak ikut trend or so whatever.  Na nak pegi sebab Na nak belajar.  Yes, more or less we can always browse through internet to learn but I prefer to attend one.  Whether it helps or not, I think for me, it does help.  I don't know about other people.  Sama macam pegi kelas bahasa inggeris, whether it is applicable or not, it depends on u.  If u apply, then it does help.  If not, baca sepuluh buku, attend seratus kelas pun tak guna.  Ok?


So, I attended one at Prince Court Medical Centre on 14th July 2012.  Reason being, I can't afford to attend night class or several weekends punya schedule.  Of course kalau boleh Na nak attend Dr Idora punya class but I just can't make it.  So, cari punya cari Na cuma jumpa kelas kat PCMC yang suit my schedule and it is only a day class.  The fee is RM 250 per couple. 


We arrived there around 8.00 am, registered and had a light breakfast.  Sandwiches and milo.  Dalam hati, owh perut.. Bertabahlah.  Haha.  Lunch makan sedap.  Steamed rice, kari ayam, fish fillet masam manis, steamed vege.  Yummy.  Hi tea makan sagu (santan & gula merah).  Hehe.


Got feedback form.  


Dapat goodie bag.


Isinya.


Na duduk barisan ketiga.  Bersemangat nie.  Haha, the class attended by 25 couples.  


Dari pukul 8.30 am sampai pukul 6.00 pm.  I love all sessions EXCEPT the first session for some reason.  You can see the tentative HERE.  


Na suka jugak physio class nie where she taught the effective breathing technique, how to push etc.  Love, love, love.  Thank you hubby for accompanying me.  Thank you so much.


Klimaks :  Tour to the labour room / ward.  I've never been in labour room so perasaan adalah sangat lain.  Huhu, tapi bilik nie macam best.  Tatau la during the labour stage bilik nie jadik horror ke tak..  Hehe.  *takut dah tetiba*  Jenguk jugak junior suite which costed RM 1k per night.  Wee, boleh dapat 2 malam di Golden Sepang kot!!  Hye Petronas HRians, please hire me!  Hehe.  Being a self payer, RM 350 is a maximum cap I put to myself for delivery.  


So I concluded that the class was so useful, interesting.  Tak mengantuk and the moderator : Puan Haisah is the best.  Macam ibu2 yang mengajar anak dia.  Love her.  So, for the amount paid, I ranked the session 4.5 out of 5!


Friday, July 13, 2012

Most awaited weekend!

Selepas minggu yang memenatkan, time to enjoy the weekend.
Put aside selsema keberatan yang melanda, I've been waiting so long for the moments..  Let's enjoy it.
^_^


Esok bangun awal, nak pegi kelas.
Balik nak singgah Mothercare Pavvi, kalau larat dan sempat.


Lusa bangun awal nak buat photoshoot.
;p
Petang nie nak lari pegi Mydin beli some 'props'.
Haha, props la sangat!


Saif, be nice.
Baby S, pun be nice even u won't be seen in any of the pics!
Heheh.


Yea.
In the meantime, prepare the paper please Nana.
(",)


Wednesday, July 11, 2012

Saya sakit...


Selsema.
Berat kepala.
Pening.
Sakit tekak.
Cuma tak demam je.


Malam, flat.
Sekarang bangun masak food Saif pagi-pagi.
Practice untuk bulan Ramadhan sekali kot.
Semoga Na cepat sembuh.


Letih.


Cute image is google ed.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...