Friday, March 30, 2012

Short term goal!


Na tengah aim nak beli something.
Bukan barang, tapi service.
Na kena simpan duit mulai skang.
:)
Jom menabung.
Sebulan RM200 will do.

Hantu Dalam Botol Kicap


Ok, Na tak tengok sampai habis.  
Menyampah.
Kalau nak buat filem komedi slapstik, boleh tak jangan guna ayat Quran?
Tak nampak macam mempermainkan agama ke?
Sangat tak sesuai.
LPF pon kena ketatkan sikit peraturan tue rasanya.
Kalau dah betul2 nak bagi orang gelak, tak payah guna any ayat Quran etc.
Rating = 0 / 5



Contohi Hantu Kak Limah balik Rumah.
Betul-betul komedi, bila bomoh nak halau hantu pun guna "pelawok pelawok' punya jampi.
Mana ada guna ayat Quran.


Jangan main-main dengan benda macam nie.
Kalau bukan kita yang mempertahankan, memuliakan agama kita...  
Who else?

Yea, finally it's a FRIDAY!

Minggu nie rasa sangat lama.
^_^
Isnin, selasa, rabu adalah hari kelam kabut.
Semalam agak relax.
Siap kemas barang, maklumlah nak kena pindah tempat.
To a smaller space.
Huhu.


Hari nie Jumaat.
Tak sabar nak balik and tengok adik2, kakak dan parents kat umah.
Heheh..
^_^


Nak balik now boleh?

Thursday, March 29, 2012

It's Thursday!

Semalam sangat penat.
Huhu.
I would say that was unnecessary work.
Need to map with the new format yang dapat on the dateline itself.
Haha, funny yet true.


Even cuma copy paste.
Betulkan allignment adalah gila.
:(
Nasib baik ada yang tolong.
Hehe, sorry to drag u into this.
Anggap la ini pendedahan yang positif.
Heheh...


Hari nie I am free like a bird.
Ok tipu la kan.
Ada slides and nak compile feedbacks from OUs sket.
Itu sahaja.
Hoyeh!


Nak gi KL Main, open a current account and masuk ASD sket untuk si kenit.
^_^ 



Wednesday, March 28, 2012

2012 : Wanita hamil beri tempat duduk pada wanita hamil...


Sejak naik LRT balik setelah sekian lama nie, selalu nampak kes2 yang menunjukkan rakyat Malaysia kurang peka, or kurang bertimbang rasa.  Huhu..


Lagi-lagi yang muda belia, lelaki pulak tue.  Mungkin antara semua tue ada satu-dua yang betul2 tak sihat, kalau berdiri boleh pitam etc...  tapi takkan sebaris?  Or takkan segerabak.  Sampai nampak wanita yang sarat mengandung pun pejam mata, tido.  Senang, buat-buat tak nampak.


Adoi.  Malu la sikit.  Diri tue masih muda, sihat tubuh badan pula.  Apa salahnya beri tempat duduk pada mereka yang lebih memerlukan.  And dah dua kali Na nampak..
Wanita hamil beri tempat duduk pada wanita yang sarat hamil.
Nampak?
Sebab kami faham keadaan mereka.
We are in their shoes.
Malu sungguh.
Yang lain, pandang dan senyum or straight away sambung tido.
Bukan nak bagi kedua-dua wanita hamil duduk.
GGrrrrr....


Kepada semua readers, what goes around comes around.
Hari nie kita beri tempat duduk pada yang lebih memerlukan, esok lusa pasti ada yang membantu kita / orang kesayangan kita.
Kan?


Image is google ed

Tuesday, March 27, 2012

Go through the pain or quit?

PAIN IS TEMPORARY

QUITTING LASTS FOREVER

Tips : Stamp Duty Fee

Boleh klik LINK untuk check berapa yang anda kena bayar.


Satu untuk loan agreement, satu untuk S&P rumah.
So boleh la dapatkan anggaran untuk prepare duit sebelum beli rumah.
^_^


Itu solely the stamp duty.
Of course la ada legal fees + other fees etc.
Macam mine legal fee absorbed by developer, other fees tue mcm photocopy etc. 


Harap boleh membantu.
(",)

Happy 35th birthday sweetheart!

Today is HIS birthday.
He still on MC.
And I am working.
Maybe we can celebrate this Saturday.
At our fav Alissara.
^_^


Selamat Hari Lahir ye sayang.
Tahun nie takde hadiah.
Tahun jimat!
Haha...

^_^

Love ya.

Monday, March 26, 2012

Surat cinta dari Developer...

Waktu mula-mula beli, dapat surat dari Developer adalah moment indah.  Senyum2 sendiri.  Haha.  Mula2 acknowledgement on the booking fee.  Then suruh collect S&P.  So, best la.  Haha.


Then surat makin horror.  Surat lepas tue suruh bayar RM128k.  Haha.  jap nak korek tabung Harimau.  Itu takpe, terpaksa delay sebab loan's documents belum ready.  So, bersedialah untuk late charges.  T_T  Apa mahu buat.


Semalam dapat surat lagi.  Deposit untuk water and electricity installation.  Nasib baik tak sampai RM500.  Tapi tetaplah duit kan.  So, kena curik masa lepas appointment hubby untuk settle yang tue.  Huhuh..  Lepas nie entah surat cinta apa lak pulak yang sampai.


Patut la sebelum we've decided to purchase a house, hubby suh Na kumpul duit and I think dalam RM10k should be enough la..  Huhu, and hubby keep remind me to save MORE..  As we are going to spend A LOT.    Now Na percaya.  Hukhuk.  Skang dah spent almost RM15k.  Tak boleh bayangkan nanti nak masuk umah macam mana pulak expenses required.  So, let's SAVE more...



Sunday, March 25, 2012

His own swing..

Dah sebulan Saif duduk rumah teman Papa.  Dah kluarkan semua toys dalam bilik rahsia tue, kesian Saif bosan takde kawan.  Thanks to paktok yang tolong lap balik buai Saif nie. :)  Boleh Saif and cucu2 lain naik balik.  



Budak manja.  Nanti Mama beli buku and lego baru.  Yang lama tue dah habis main.  Or leh mintak kat Papa, Papa bonus banyak.  Hehe..

Friday, March 23, 2012

Tic Tac


Kegilaan sekarang. 
Perasa Oren.
Yums.
Satu RM2.10.
Huhu, dah mahal.  Dulu murah jek.


^_^

Woot Woot...

Yesterday was a payday + bonus.  Bonus for 1/2 financial year.  Not bad, tapi tax potong tahap meragut nyawa.  Haha...  Xpe, let's hope that it will be refunded next year.  :)  Talking bout that, I haven't do my E-Filing yet.  I'll do, next week.  Jom Inaz buat sesama.   Bonus tahun nie memang kena simpan, sebab we have to survive another a year before the next bonus.  Phew.  


Today, last day keje.  Hehe, esok cuti.  Teman hubby buat physio lagi.  I think I enjoyed the moments I accompany him.  I felt like that was our love therapy.  Gila, tiba-tiba jadik Doktor Cinta.  Haha.  Takde la, maksudnya I help him doing his pysio, support dia, cheerlead for him..  Macam happy la.  I want him to know that I'll always be besides him.  In whatever situation, be it good or bad.  ^_^


Because I know, he'll doing the same too.
(",)
I love you.
I love Saif.



Owh, my parents are still here.  Teman menantu kesayangan, masak makanan yang paling sedap dalam hidup saya.  Terima kasih Bapak, Mama.. :)   Tak terbalas jasa Bapak, Mama.  


Thursday, March 22, 2012

Adnan Sempit 2 vs Azura 2012 vs Lawak Ke Der

Sume tengok kat umah.  Astro First & Astro Box Office.  Hubby kan tengah enjoying his 2 months MC, so boring2 dia beli la those movies.  Heheh.



Azura 2012.  Filem nie kurang mendapat sambutan, dalam erti kata lain tak balik modal.  Kesian juga, tapi bila Na tengok sendiri.  I don't even feel like watching till the end pun.  Huhuh, like seriously rasa menyampah.  Dengan Neelofa yang memang cantik dan Shah Jaszle yang hensem la jugak, tapi both kayu.  Tolonglah!  Dengan tak logik gila, ko ada degree and u can't even find a better job?  Takkan jadi office boy pon tak boleh?  Jangan sebab nak maintain the originality of that filem u have to keje Caltex jugak?  Tapi boleh pula gi Paris?  Tak logik..  Come on.  Tak logik.  Azura yang bijak bestari and konon keje kat travel agent macam tue jek.  Ye la, sbb leh cakap France kan?  Tapi Na rasa takde la hebat sangat kerja tue sampai kena rahsiakan dari suami etc.  Argh, kesimpulan memang tak best.  Na bagi 0.5 / 5.  Sorry.



Adnan Sempit 2?  Yang first pun Na tak minat.  Yang second even worse.  Siap dengan watak 'adik-adik' yang geli sungguh haish.  Adnan yang memang betul 'sempit' tak terbukak lagi pemikiran.  Huhuh..  And ending?  Mak ngan Bapak merempit pulak?  Ok, mungkin untuk lawak2 tanpa fikir apa2 boleh la kot.  Na bagi 1 / 5.



Lawak Ke Der?  Waaaa... Harith Iskandar adalah super lawak.  ^_^  Best-best.  Na tak suka Boboi sangat dalam tue.  Nabil pun so-so.  Jozan lawak macam biasa.  Tapi two thumbs up untuk Harith.  Takde poyo2 pun, relax je.  :)  Na bagi 3.5 / 5.


Tue review setakat nie.  Nanti kalau hubby beli lagi, Na review lagi eh?



Wednesday, March 21, 2012

Tips : Proses dan Prosedur membeli rumah

Sharing is caring.  Mana tahu ada yang tengah mencari info cara-cara untuk membeli rumah.  Jom kita tengok sama-sama.  Kredit to CARI forum.

1. Pilih Lokasi Rumah.



a). Pilihlah lokasi yang dekat dengan tempat kita bekerja untuk mengurangkan kos pengangkutan ketempat kerja.
Tak dapek den nak nolong.  Na keje nun jauh kat KL.  Nak beli rumah di KL adalah a big no-no dari segi kos dan juga persekitaran.  Na prefer duduk di kawasan yang tenang.  And of course kat mana boleh dapat rumah landed kat bandar yang below than <500k?  So mahu tak mahu, Na pilih area yang agak jauh but Insya Allah, by 2014 ada kemudahan MRT.

b). Pilih lokasi yang stretegik, ada potensi untuk membangun supaya harga rumah dan kadar sewa meningkat dimasa depan.
Owh ya, kawasan Na beli tue agak strategik.  Bagi Na la.  Tempat tue 'sejuk' sebab berbukit bukau and area yang tengah membangun.  So far, harga dah naik beberapa puluh ribu dari masa Na beli sampai now.  A good sign right?  Insya Allah.

c). Lokasi yang majoriti penduduknya sebangsa atau seagama, supaya senang urusan amal ibadat, berjamaah, kenduri kendara dsb.
Alhamdulillah, 80% adalah penduduk seagama.  





 2. Pilih Jenis Rumah.


a). Jenis rumah yang mampu kita beli dan sesuai dengan pendapatan kita. Tak kiralah apartment ke, teres ke atau banglow.
Since my first house is a condo, so rumah kedua mahu yang bertanah.  :)  Makin besar makin bagus.  Tapi lepas ukur baju di badan sendiri, I can only afford up to 400k.  

b). Saiz rumah yang sesuai dengan saiz keluarga kita. Keluasannya, jumlah biliknya, parking space dsb.
Wee, niat di hati mahu yang besar-besar aja.  Since poket tak berapa tebal.  Maka 20 x 70 jadi pilihan dengan size 1800 sq ft.  4 bedrooms and 3 bathrooms.  Parking for 2 cars.  And ada tanah kat belakang untuk extend kalau ada rezeki lebih nanti.  So, my home sweet home meets all the requirements.

c). Jenis hak milik, pajakan atau kekal. 
Pilihan tentunya freehold.  And Alhamdulillah, mine is freehold.   




3. Pilih Pemaju.

a). Pilihlah pemaju yang dah establish atau syarikat besar yang tersenarai di BSKL.
Checked! (",)



4. Pilih Peguam (Lawyer).

a). Lawyer Pemaju untuk urusan perjanjian jual-beli (S&P) - yang ni biasanya free. Kalau kena bayar pun cuma duit stem dan photostat.
This cost was absorbed by developer.  Hari tue Na cuma kena bayar stamp duty which cost me about RM7k ++.

b). Lawyer Bank untuk urusan perjanjian pinjaman - boleh cari sendiri atau suruh bank cari. Yang ini kita kena bayar. Jumlahnya bergantung kepada jumlah loan. Professional fees kalau tak silap 1% dari jumlah loan plus duit stem, photostat dan lain-lain documentations.
Yang nie Na suh MBB carikan.  Haha, suka hati je kan?  Yang nie Na akan kena bayar dalam RM5k.  Once siap the documents la.  Now still dalam proses.




5. Pilih Bank.
a). Pinjaman boleh dibuat dimana-mana bank yang menawarkan housing loan samada panel yang dilantik oleh pemaju atau cari sendiri.
Cari sendiri and I chose a staff housing loan.  Tentulah MBB. :)

b). Pilihlah bank yang menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman, interest rate, tempoh bayaran balik dsb. samada cara Islamik atau konvesional. 
Na amik Islamic loan with 3.5% interest.  Payment would be 30% from the salary.  Phew..  lap dahi! 
 (-_-')






6. Pengeluaran KWSP.

a). Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.
This is my first house and under my name, so I am eligible to withdraw from Account 2.  Yea!

b). Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.
Contohnya : Harga rumah RM100,000. Loan RM90,000. Perbezaan RM10,000.
10% harga rumah RM10,000. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 + RM10,000 = RM20,000. Kalau akaun2 ada RM15,000 kita boleh keluar semua simpanan itu.
Kalau akaun2 ada RM30,000 kita cuma boleh keluarkan RM20,000 saja (sebab dikira yang terendah). Adalah dinasihatkan kita check akaun2 dulu sebelum kita decide berapa loan kita nak ambil. Kalau akaun 2 kita banyak, kita boleh kurangkan loan.
In progress, Na nak kuarkan sume acc 2.  Almost 20k.  Insya Allah, nanti Na share prosedur kuarkan EPF pulak ek?


c). Dokumen yang diperlukan untuk memohon pengeluaran :
i. borang permohonan,
ii. salinan SP,
iii. salinan I.C.
iv. salinan surat tawaran loan.





7. Lain-lain hal. 

a). Jaga-jaga dengan 'late payment interest'. Yang ini ramai orang terkena masa nak ambil kunci rumah. Tak kira kesilapan siapa samada pemaju sendiri, pihak bank atau pembeli, jika berlaku kelewatan on progressive payment pemaju tetap akan caj atas pembeli 10% dari jumlah bayaran yang lewat. Dalam S&P ada kata " Without prejudice to the Vendor's right under clause bla...bla..." Dalam hal ni pembeli tak ada hak nak bersuara langsung walaupun kesilapan yang menyebabkan kelewatan pembayaran dilakukan pihak pemaju atau pihak bank.
Untuk first interest proceed pun Na dah pass the due date sebab loan documents belum setel.  So confirm kena late charges nie.  :(

b). Semua surat-surat, salinan-salinan surat dari pemaju, bank atau loyar failkan baik-baik untuk rujukan jika timbul satu-satu masalah kemudian hari.
Noted.

c). Tempoh S&P biasanya 2 tahun, dan ada juga yang 3 tahun. Pihak pemaju akan cuba sedaya upaya untuk siapkan rumah dan serahkan kunci dalam atau sebelum tempoh itu tamat, walaupun rumah itu belum layak diduduki (belum dapat CF dari pihak berkuasa tempatan) untuk mengelakkan dari melanggar perjanjian dan membayar interest kepada pembeli. Yang menjadi mangsanya pembeli juga sebab selepas handing over, loan dah kena bayar penuh tapi rumah tak leh duduk - kena bayar rumah sewa lagi.
Noted.

d). Lepas ambil kunci check rumah betul-betul, ada crack ke, bocor ke. Komplain terus kepada pemaju sebab still under warranty (18 bulan).
Belum lagi.



Tuesday, March 20, 2012

Hari-hari sunyi...

Sudah almost 3 weeks hubby MC.
Selama tue jugak Na pegi keje alone.
Selalunya pergi berdua, satu kereta, jalan sama.
:'(


Selama tue juga breakfast saya tak berteman.
Ada la, kawan-kawan.
Tak sama dengan teman sebantal.


Saya rindukan teman hidup saya.
Sudah lama x berjalan seiringan.
Pegi keje rasa sunyi.
Sebab keseorangan.
Saya harap suami cepat sembuh.
So that kita boleh jalan sama-sama balik.
I really miss u.
:(


Even selalu jumpa kat umah, tapi x sama.
Lain la kalau Na cuti juga.
Itu baru best spend masa bersama.
^_^
I miss u.
So much!

Small celebration for my boo!

20 Feb 2012, Saif dah berumur tiga tahun.
Cadangnya nak celebrate on 27 Feb 2012. 
Since sesuatu yang tak diduga berlaku, Na awalkan celebration.
On 20th itself kitorang celebrate.
^_^


Just a simple choc cake with Ninja turtles and happy birthday candles. 
Haha, candle tue Na suka.



Kanak-kanak riang.
Owh, Na buat kat rumah baby sitter.


Itu anak saya, yang tersengih dalam bulatan!


Here come the clown.  Haha.  Itu Papa.


The kids had so much fun, and so do we.




Pasang lilin.


Saif dah tak tahan.


Bila nie Papa...


Ok, silakan.
(",)


Potong kek and  makan!


Mama and lil baby!


Me, hubby and he kids.


Mama bagi kids makan kek!
Na ada gambar kids and baby sitter but I don't want to reveal here.
I also do not reveal my address, nor my plat no etc.
Sekarang tahun 2012, lebih banyak bahaya dari bahagia.
Mari sama-sama kita jaga keluarga.
Insya Allah, Amin.


Buat Saif, Mama and Papa harap sangat Saif membesar jadi anak yang soleh dan beriman.
^_^

Monday, March 19, 2012

Journey to buy the home sweet home

^_^
Tajuk memang la kena catchy.
Baru la UV naik mencanak.
Heheh, kidding.


KES SATU

Ok, serious.
Na rasa perasaan ingin membeli rumah baru bertanah membuak-buak sejak October 2011.
Towards the end, Na jatuh chenta dengan sebiji rumah comel berbatu-bata di Bandar Nusaputra.


Like seriously jatuh cinta.
Malam bermimpi, siang terigau.
Ya, it's a second hand house.
About 5 years old, and it's a leasehold.
Cost me about 385k.
Liased with the agent, set an appointment nak tengok rumah when the owner terpaksa balik kampung ada family matters so kena tunda, tunda, dan tunda.
When I followed up with the agent, he said the house is sold to the guy yang not even view the house yet.
It's ok la.
Na anggap takde rezeki, memang agent tue dah berkias-kias cakap beli je no need to view sebab rumah cantik etc.
Tapi nie rumah, bukan biskut empat segi.
Harus la Na nak tengok dulu before beli.
Kecewa jugak, tapi Na pasrah.


KES 2

Yang nie kebetulan.
Round hujung minggu tengok projek rumah baru.
Singgah kat sales office, discuss etc etc.
Waktu tue unit available cuma tinggal  2.
So, cepat2 pegi view show house.
Dengan harga RM360k, freehold.
Auw, jatuh chenta!


Patah balik untuk book the house when I was informed that the deal is closed.
Like, aik.. Saya baru jek datang tadi...
T_T
Rujuk entry INI.
Yang nie memang Na sedih.
Siap rasa macam 'mentally traumatized' (pinjam ayat haritz iskandar jap)..
Rasa macam takmo beli rumah dah.
Hukhuk.


KES 3

Yang nie idaman suami.
TTDI Grove.


Harga RM 510k, freehold.
Mula-mula ingat die die nak beli jugak.
Kiranya kena jual rumah sekarang, untung tue buat top up beli rumah baru.
Macam impian ke 3 nie.
Tapi lama-lama, rasa benda nie akan takes time and tak mustahil harga rumah nie makin melambung.
So, tinggal impian.


KES 4 @ Home Sweet Home

Sama jugak macam kes 2, jalan-jalan cari rumah.
Lepas tengok site TTDI Grove, ternampak signboard rumah comel.
Pegi Sales Office, tengok rumah.
And beli.
^_^
Sayang rumah nie.
My first house, our second houses.


Freehold, < RM 400k.
Na harap segalanya berjalan lancar.
Loan baru approved so Na kena bayar the progressive interest anytime from now.
Insya Allah ada rezeki.


So, tue la perjalanan mencari rumah Na.
Dah jumpa, skang kena kumpul duit untuk beli keperluan rumah baru.
Tapi lambat lagi, Insya Allah next year baru siap.


Semua pics are google ed







Kepala, tolong beri kerjasama...

Lately, Na asyik pening.
Pening yang berdenyut.
Last Friday terpaksa amik MC.
Sakit kepala sangat.
T_T


So hari nie Na keje.
Bangun pagi dah terasa denyut.
Na harap sangat cik kepala sila beri kerjasama.
Sebab to do list Cik Nana makin panjang.


I have to complete those lists.
Please la cik kepala.
Saya merayu pada anda.
:(

Thursday, March 15, 2012

Updates on water and hubby dearie

Semalam Na ambil cuti.
Nak teman hubby dearie jumpa doktor and physio session.
So, dah bukak jahitan.
2 ok, yang satu lagi still ada gap kat tengah so doktor tampal plaster balik.
And hubby dah boleh lipat kaki up to 105 degrees.
Weee.
Bagus, darling.


Tak sia-sia exercise kat umah, nak baik cepat kan?
^_^
And hubby is doing well, luka dah ok.
Pergerakan pun dah ok, even masih bertongkat.
Doktor tak bagi hubby pijak (berdiri) for six weeks.
Bcoz of his meniskus belum fully recovered.
Hubby operate bukan cuma untuk ACL. meniskus pun koyak jugak.
T_T


I am a happy wifey.
Sebab hubby makin sembuh.
Ada yang tanya kenapa nak kena teman2 hubby lak gi hospital sampai amik cuti.
Suka hati la, biar la orang teman suami orang.
Huhu.
Amik cuti, bukan MC.
I have 30 days annual leaves. so gunalah.
^_^


Sayang him.
Moga cepat sembuh lagi, kita pegi jalan2.
He wasn't complaining, in fact he's so independent.
Even bertongkat, masih menadah air.
Sobs sobs.
I love him.


And air, masih ada.
Yea, maybe sebab tank besar or memang tak terjejas or belum terjejas.
:)


Tuesday, March 13, 2012

Review : A Famosa Resort, Melaka

Cerita lama, Na pegi A Famosa on 03 Feb 12.
Baru skang nak pelan2 update.
Better late than never kan?


My sweetie yang asyik berhenti kat setiap pintu assuming that's ours.
Adoi.



Is this the one Mama?
No, no, no, no.
Sampai la bilik paling hujung.


Yea, this is ours.
Toilet, tak suka sebab berterabur.
Cermin and sinki kat luar.
Toilet satu bilik asing while bathtub and shower bilik lain.
Susah, tak suka.


Bathtub tempat Saif asyik berendam.
Kolam pun tak pandang tau, asyik nak mandi dalam nie je.


Bilik agak luas.
Tapi perabot macam lama punya.


Kurang minat ngan interior bilik nie.
Huhu..


Standard amenities.


Since bilik ni corner lot, so balcony lebih besar dari biasa.
Tapi view?  Huhu, projek terbengkalai.


Dear darling yang tengah tengok jadual show and the price.
Haha.


Anak saya yang kegirangan.
Kesimpulan, untuk RM 340 per night..
Agak mahal dan tak menepati citarasa Nana.

How to survive 36 hours without water supply..?



Hukhukhuk
Rumah Na antara yang terlibat dengan operasi penyenggelaraan SYABAS tue.
Adoi.


36 jam.
Dengan 7 orang kat umah Na.
Haha.
^_^


Kena mula simpan air.
Amboi, macam la umah Na banyak sangat besen, timba, baldi.
Hukhuk.
Kejap lagi tpaksa beli satu tong kosong.


And air mineral jugak.
haish.
Mintak2 la air ada balik sebelum 36 hours tue.
Otherwise, terpaksa mandi kat umah sedara.
^_^


Or pegi mandi kat PD.
Hehe, gila.


So, please check whether yr areas are affected.
So that kita boleh sama2 menadah air.


Monday, March 12, 2012

Beberapa minit sebelum belayar

This is him.
Waiting for Mama beratur kat toilet.
Eating ice cream sampai comot.


My sweetie pie.
Abang owh.
^_^


And this is him,
Few minutes later.
Sudah pengsan kepenatan dalam kereta.



Panas, sebab tue Mama tutup pakai topi.
^_^
Comel.

Yea, esok adik2 saya datang!!

Boleh buli diorang.
Haha.
Hah, jangan kensel tiket lak lepas baca entry nie.
Buli2 manja jek.


Nanti kita gi tengok hot air balloon.
^_^


Sunday, March 11, 2012

Bye bye DEKA, Welcome home KDK.


Beli 2 kipas DEKA.
Satu kat living room, satu dalam master bedroom.
Belum sampai 6 bulan, dua-dua kong serentak.
Grrrrrrrr.
Dah la tak rasa angin kalau pakai kipas tue.
Sabar je la.


Ingatkan taknak ganti, biar je sebab ada stand fan ngan aircond.
Tapi hari tue hubby suh tukar.
Maka keluarlah saya mencari.
^_^
Chose KDK this time around.
Harapnya kamu baik saja.
Jangan mengada nak rosak jugak na??


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...