Friday, July 20, 2012

Pilihan makanan seimbang untuk Ibu Hamil sepanjang Ramadhan

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur
  1. Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.
  2. Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.
  3. Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.
  4. Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.
  5. Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.
  6. Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Artikel dari : ratuhati.com


Maka esok bermulalah hari pertama umat Islam berpuasa untuk tahun 1433 / 2012.
Na berdoa Na mampu untuk berpuasa.
Semoga berjaya la hendaknya.
^_^


So, Na banyak juga baca-baca tengok apa yang perlu and bagus for pregnant women sepanjang Ramadhan.


Selalu bulan puasa Na skip buah, so kali nie maybe kena beli stok buah banyak2 letak dalam fridge.
Buat kudapan malam2.


Kena banyakkan sayur gak, yang tinggi serat.


Macam selalu kita tengok, roti paling banyak mengandungi serat.  Jom kita tengok makanan apa yang jatuh dalam kategori tinggi serat nie.

Wholemeal, granary and softgrain varieties of bread
Jacket potatoes, new potatoes in their skins and baked potato skins
Wholegrain breakfast cereals, eg. Weetabix, branflakes, unsweetened muesli
Shreddies and porridge oats
Wholemeal pasta and brown riceBeans
lentils and peasFresh and dried fruits – particularly if the skins are eaten
Vegetables – particularly if the skins are eatenNuts and seedsWholemeal flour


So boleh makan nasi, and maybe roti cecah serunding, cornflakes and susu, oats.
Kita cuba la ye.
Jangan lupa, kurma.
^_^


Air, kalau hari biasa 8 gelas.
Bulan puasa kena tambah jadi 12 gelas.
Huhu, ini memang struggle sikit la.
Anyway, kita cuba.




1 comment:

Tengku Zaimilah Tengku Hamzah said...

hii..salam perkenalan, mind to visit my healtybeauty blog..ttg vitamin/supplemen~>
http://mamaqairachoice.blogspot.com/2012/12/nutrisi-lengkap-sebelum-dan-selepas.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...