Friday, May 25, 2012

4 tahun dan masih bercinta...




Hari nie ialah hari ulang tahun pernikahan yang ke EMPAT.
Baru empat tahun.
Masih pengantin baru.
Masih mentah.
Masih banyak yang perlu dicari, dibaiki, dipenuhi.


Alhamdulillah, diberi peluang dan barakah dari Ilahi untuk bersama lagi.
Semoga akan bersama sampai ke Syurga.
Insya Allah, Amin.


Semoga ditetapkan kasih kami.
Semoga dipalingkan hati untuk cuba merobek janji.
Semoga bercambah cinta, kasih, mesra kami.
Semoga segalanya indah buat kami.
Andai ada ribut sekalipun, kuatkan hati kami untuk menghadapi.
Sebagai satu pasangan.


Bukan kesempurnaan yang dicari, namun cuba untuk saling melengkapi.
Isteri dengan kekurangan sendiri, malah suami juga ada kurang sana-sini.
Maka melengkapi adalah kata kunci.


Tidak ada satu masa pun Na kesali dalam kehidupan rumah tangga ini.
Jatuh bangun, dia saja di hati.
Semoga kisah cinta kita kekal abadi.


Terima kasih kerana be part of me.
I love you.
Tahun ini kita sambut bertiga dengan Saif buah hati.
Tahun depan Insya Allah, bertambah lagi.
^_^


Selamat menyambut ulangtahun pernikahan yang ke empat.


6 comments:

ezan said...

happy anniversary to both of u.. ;)

One-E Beauty Shoppe said...

hepi anniversary hani.moga kekal ke alam syurga..

kinder said...

happy anniversary....mine semalam 10 yrs

CIK NANA said...

Ezan : Thanks. :)

CIK NANA said...

Beauty shoppe : tq . amin.

CIK NANA said...

Kinder : waa, 10 years dah? bestnya.. hehe. happy anny to u too!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...