Wednesday, February 8, 2012

Tentang kenyataan dan kenangan

Kenangan
Pernah ada teman lelaki / teman wanita, tapi terputus di tengah jalan.

Kenyataan
Sudah bernikah, punya keluarga bahagia.


Manusia.
Tidak dinamakan manusia kalau tidak pernah alpa.
Na banyak tengok drama.
Semuanya mengupas isu yang sama.
Sudah bernikah, tapi punya kekasih lama.
Masih berhubung dan bercinta.
Vanilla Coklat, Gemersik Kalbu juga Asmara.
Sama sahaja.


Na kira harus cuba lupuskan adegan sedemikian.
Kalau dikata manusia tahu 'menilai' baik dan buruknya..
Takkan ada bayi yang mengjadi mangsa.
Makanya manusia tidak pernah bijak menilai langkah kata.
Asyik tersadung malah tergoda.


Na sokong hiburan tempatan.
Tapi tolonglah.
Banyak lagi elemen murni.
Kenapa cuba masukkan yang keji?


Kepada semua.
Kena bijak menilai.
Mana satu kenangan, dan mana pula kenyataan.
Kenangan perlu untuk panduan.
Bukan kiblat yang diTuhankan.
Manakala kenyataan itu pasti.
Perlu dijaga dan dibelai rapi.
Jangan asyik menoleh ke belakang melihat kenangan.
Kelak, kenyataan mungkin semakin sirna.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...