Monday, August 29, 2011

Bersyukur dengan rezeki Nya

Na bersyukur.
Dengan kurniaan Ilahi.
Kalaupun Na belum memperolehi.
Ertinya Allah belum mahu memberi.


Na percaya.
Dia Maha Mengetahui.
Apa yang baik, buruk malah keji.
Untuk semua Ummati.


Maka Na redha dengan apa yang berlaku.
Na syukur dengan segala hikmah disekelilingku.
Mohon Na, Allah payungkan lembayung rahmatNya.
Ke atas Na dan keluarga, tidak dilupa seluruh umat Islam khasnya.


Amin.

New buggy in the house!

Na tak berpeluang beli stroller untuk Saif sebab Abg Nizam (officemate) dah belikan.  Comel, colour merah.  So, pakai stroller nie la sampai la Saif dah besar and boleh jalan and taknak duduk dalam stroller lagi.


Bila bagi peluang Saif bebas, maka kesannya adalah seperti gambar di bawah.


Terkedek-kedek lari.  Maka Mama terpaksa angkat kain dan berlari laju gila semata-mata nak kejar sikenit.  Adoi..


Gotcha!
Tapi lama-lama, Papa & Mama surrender.  Oi, bahaya okeh kalau dekat Sunway Pyramid ke mana ke, kalau Saif lari laju-laju and sembunyi belakang jeans levi's macam mana?  Bahaya nie.  So bergegas la Papa mencari a new buggy.  Cadangnya nak yang boleh lipat kecik-kecik macam payung. ;)  Senang masuk dalam boot keta.  Senang juga nak bawak berjalan. 


Cari punya cari, Papa belikan Mothercare Jive Stroller -Dinosours.  Jangan tanya kenapa dinosour.  Mungkin sebab Mama suka minum milo dinosour?? ;p  Takde kena mengena kan?


Begitulah rupanya.  Dari jauh nampak macam celoreng askar pun ada.  Takpelah, the pros is tak nampak sangat kalau tumpah milo ke coklat ke nasi campur ke.  (-_-')


See, memang motif dinosour.


And the most important feature, lipat kecik-kecik macam payung!  Hoyeh!! ;p  Tercapai impian.  Saif pun Alhamdulillah, menerima buggy seadanya.  Duduk diam-diam dalam tue minum susu.  Senang hati Mama dan Papa nak berjalan / shopping.  ;p   


All stroller's images are google ed.

Ubi jepun yang manis!


Semalam berjaya merebus ubi jepun yang dah seminggu dibeli.  Huhuh, makan waktu malam.  Manis sungguh!  2 ketul, satu untuk Mama dan Papa, satu lagi untuk Saif. 


Insya Allah, sahur dan iftar hari nie akan menjadi yang terakhir untuk tahun ini.  Semoga Allah memberi peluang untuk Na sekeluarga melalui lagi Ramadhan pada tahun depan. Insya Allah, Amin.


In the office, got things to settle.  Jalan teramat lengang tadi.  Na keluar rumah pukul 7.20 am, still sempat sampai office pukul 8.10 am.  ;)  So, diharapkan highway malam nie lengang juga.  Papa boleh drive dengan tenang.

Sunday, August 28, 2011

(-_-')

Kena terima hakikat, Na cuti selepas raya tahun nie.  So monday still keje.  There's no such things as cuti raya both before and after for him, while it's OK for me.  Huhuh.  Satu operation, satu support only.  Satu bonus banyak, satu bonus suam2.  *I like this part* Weeee....  Duitmu, duitku juga kan?


Insya Allah, esok Na akan balik raya.  Maybe lepas berbuka baru gerak.  Hopefully jalan tak jem, tak hujan dan etc.  Semoga perjalanan dipermudahkan Ilahi.  Amin...  


Tak sabar nak makan rendang Mak.  ;p  Sure Mak masak laksa ada cucuq gak nie!  Then dah merengek nak nasi daging and kek batik Mama.  Wow, yummy! ;p



Friday, August 26, 2011

What was she thinking?

Dengar Hot FM.  One married lady menangis sebak kalau dengar lagu 'Sepasang Kurung Biru' sebab akan teringatkan her first love.  You noticed something fishy here?  Yes, she's a maried lady.  Then she said tak sabar nak balik kampung sebab nak pakai kurung biru and tunjuk kat her ex.  What the heck?  Owh, her ex also already got married.


I do no understand.  Kenapa kena ingat dekat ex sampai sebegitu sekali?  Sampai ada niat nak pakai baju and tunjuk kat lelaki bukan muhrim?  Bukankah itu berdosa?  Seorang isteri tempatnya di sisi suami.  Apa-apa yang dipakai, dilakukan, difikirkan semua hanyalah untuk suami, teman sehidup semati.  Kekasih dunia dan akhirat.  Mana perginya barakah sebuah pernikahan kalau ada tendency untuk berlaku curang perasaan sebegini?


I cannot accept this.  Simple, Ex is meant to be an ex.  Jangan sesekali memberi peluang untuk berlaku curang.  Curang terjadi kena ruang dan peluang yang diberikan.  Cuba fikirkan apalah perasaan si suami bila mengetahui isteri segak bergaya memakai baju kurung biru untuk tontonan bekas kekasih..?  Hancur hati si suami.  :( 


Vice versa, sama juga untuk si lelaki.  Kalau sudah punya hubungan yang kukuh, kenapa harus bermain api?  Belajarlah untuk setia.  Setia akan membuatkan hidup kita indah, ceria dan bahagia. 


Sudah, berhentilah mengingati your ex.



Thursday, August 25, 2011

Moga perut saya tenang hari ni..

Semalam Na kurang sihat and tak larat nak masak lepas balik keje.  Berbuka di Original Kayu Nasi Kandar Puchong.  Hubby makan nasi kandar while Na makan roti nan.  Sikit je, tak luak pun roti.  Haish, membazir.  Tak sedap mulut.  ;(  So konon nak bangun awal masak, sekali bangun lambat.  T_T  Tak sempat nak masak.  Jangan tak tahu, tiap2 kali sahur Na makan nasi.  So, bila jadi macam nie cemas sikit.


Na makan sekeping roti.


Cicah serunding daging.


Minum teh o panas.


Diakhiri dengan buah pear.  So hopefully mampu bertahan ke hujung hari.  Don't get me wrong, I have no intention to break fast sebelum waktu.  Never think of that.  Just that jangan la perut bunyi-bunyi, orang lain pun puasa juga.  Tak manis. ;p


All images ar google ed


Wednesday, August 24, 2011

Tentang spesies yang wujud di pejabat...

Hari ni Na nak cerita pasal spesies manusia yang terdapat di pejabat. Di kiri ada, kanan pun ada. Heheh.. Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan teman sepejabat Na. Hehe, tapi kalau rasa cocok dengan diri anda, apalah daya Na nak menghalang. Peace, no war. Na gunakan term yang Na pelajari dari Maharaja Lawak yang baru berlalu tue dan juga koleksi Raja Lawak. So, are you ready? Jom baca!


Spesies ‘boleh tuju lagu?’

Ini banyak kat pejabat nie. Golongan majoriti nie. Asyik meminta je keje dia. Kadang-kadang permintaan tu melebihi baki. Maksudnya permintaan > penawaran = ketidakseimbangan emosi. ;) Sampai je pejabat, minta pen. Kemudian minta nota, lepas tue minta wakilkan untuk attend meeting. Then minta buatkan testing. Minta lagi belikan lunch. Minta present to the boss. Minta masukkan nama dalam keja yang actually sorang je buat tertonggeng-tonggeng. Last sekali, minta penampar. Heheh, jangan sesekali menjaddi golongan sebegini ye kawan-kawan. Tak baik meminta-minta. Kadang-kadang boleh, tapi kalau sentiasa or maybe semua… Memang patut masukkan dalam kotak, seal and hantar ke Papua New Guinea. ;p

Spesies ‘Apa pun tak boleh’

Yang ni susah sikit. Sebab apa pun tak boleh. Orang pakai baju merah, dia mengutuk. Orang buat kerja, dia kata orang tue tak buat kerja. Weh, boss mana yang bagi anak buah goyang kaki hoi? Choi. Orang buat makan-makan, pun dia mengutuk. Dia tak join sebab tak menepati selera tekak Uruguay dia tue, tapi kutuk tetap kutuk. Orang naik pangkat, wah melenting dia mengata. Konon aku lagi hebat tapi kenapa nama dia yang lekat? Gitu. Semua pun tak boleh lah. Kalau ada kawan anda berperangai sebegini, sila lempang dia laju-laju kiri-kanan. Semoga dari apa pun tak boleh, akibat kena lempang tadi.. Dia bertukar menjadi semua pun boleh!

Spesies ‘Ko tipu-tipu lagi’

Sikap nan satu ni sinonim dengan management la. Heheh. Hari ni staff moncung sebab asyik stayback tapi gaji ditakuk sama, OT lak tak approve.. Terus bos kata, nanti saya akan acknowledge kerja kuat kamu semua. Saya akan bagi bonus extra 5 bulan. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun pun dah bertukar tapi bonus 5 bulan yang diuar-uarkan hanyalah dusta. Untuk menyejukkan hati yang panas cuma. ;) Yang ni tak boleh buat apa. They are trained to be such a person. Nak jadi bos, mulut kena manis. Cakap yang indah-indah saja, yang buruk melekit, simpan bawak karpet.

Eh, tadi rasa macam banyak. End up Na groupkan jadi 3 jek. Ok la yek? For your reading pleasure. Moga entry nie bagi sedikit keceriaan dalam hidup anda! ;)

Alissara di hatiku...

Semalam Na tak sihat, selsema and seram sejuk macam nak demam.  So, berbuka dengan kuih dulu and teh o panas.  Lepas Maghrib hubby tapau lauk from my all time favourite restaurant!!


Sebab Na tak sedap mulut, Na request siakap masak stim.  Owh sungguh yummy.  Nie stim asam boi.  Sedap!


Udang goreng tepung, first time cuba menu nie kat Alissara.  Na bagi 9.5/10!  Even Pakcik tue lupa bagi Na sos.  Hehe, tetap sedap.  Udang besar, tepung agak tebal tapi rangup and macam ada serbuk roti.  Memang tak jemu makan, rasa kalau mengadap TV boleh habis 10 ketul.  ;)


Menu baru discover jugak.  Kerabu pucuk paku.  Ada sotong, udang.  Kuah masam2 sket.  Tapi sedap!  Memang puas hati la makan kat Alissara nie.  Sebab semua menu dia sedap!  ;) 

Tuesday, August 23, 2011

Dilema perempuan tembam!


Image is google ed

Haish, susah jadi tembam nie.
Dulu Na kurus, tapi takde lak Na nak menghina orang tembam.
Chill sudah.


T__T

He makes me smile...

Herm, tak sempat raya dah makan biskut raya.  Nie one of my fav, tat nenas.  Bought from En Om.  ;)  Bila makan nie, boleh tersenyum sebab sedap.  50 biji = RM20.  Murah, sedap pulak tue.  Mana nak dapat? 


Mula-mula 3 tingkat dan akan berkurangan dan expected akan habis sebelum raya.  Heheh.


Dan another thing that he brings home and makes me happy is....  Something that I adore for such a long time.  Tapi tak beli sebab agak pricey and tak tahu nak letak mana dan taknak guna duit seniri.  Hahah..  Jujur sungguh pengakuan nie.  ;)  Finally, he bought me this...

:

:

:

:

:

:

:

:


Hoyeh, welcome home bebeh!  ;)


Hish, Na baru terfikir nak belikan hubby hadiah.  Tapi awal-awal lagi Na dapat hadiah.  Best.

Monday, August 22, 2011

Another treats for 2 men in my life!

Preparation raya almost done.  Saif suka dapat baju melayu sampai taknak buka and end up tertido pakai baju raya siap bersampin dan bersongkok.  Na tak tipu weh, lengkap!  Tinggal nak bersalam jek, jangan mengigau dah.  ;p  Lepas Saif dah tertido, Papa salinkan baju Saif and bangun pagi tadi terus cari, 'mana baju laya Saif?'.  Ala sian anak Mama. 




Baju raya tahun lepas

Disebabkan Papa 'cair', Papa akan belikan Saif another pair of baju melayu. ;p  Then Papa kena beli shoes for him.  Then cukup barang Saif.  ;)


I'm thinking of buying something to hubby.  He sacrificed a lot during my hectic time.  He deserved something great.  So honey, You may choose and I'll pay for it!


Sunday, August 21, 2011

Owh nooooo, RM 229 for one scarf?


Untuk raya tahun nie, Na teringin nak pakai tudung Rozitha Che Wan.  Heheh..  Macam gambar kat atas.  Berlapis-lapis.  Kalau boleh nak 3 lapis. ;)  Jalan punya jalan kat Subang Parade, Na jumpa tudung yang menepati kehendak Na.  Wee, kaler pon sama.  So, terus amik and sambung belek.


Tiba-tiba nampak tanda harga = RM229.  -pitam-  It's too expensibe for me.  Plus tak logic.  Baju raya tak sampai RM 200, tiba-tiba tudung lagi mahal?  Huhuh, tidaaaaaaaaaaaaaaaak!  ;(  Kan Na dah cakap, Na tak beli tudung2 mahal nie.  Huhuh.


So, membawa la hati yang kecewa..  Jalan terus, beli shawl RM10.  Kita tengok la raya nanti jadi macam mana.  Hana Tajima atau Mak Limah.  ;p


Image is google ed


Friday, August 19, 2011

Bismillahhirrahmannirrahim...

Tarik nafas, lepas.  Na rasa selain dari pilihan setahun ++ yang lepas, keputusan yang Na buat semalam adalah antara pilihan yang sangat susah dalam hidup Na.  Sangat-sangat susah.  Jiwa kacau Na sekejap.  Na keliru antara keperluan dan kehendak.  Na tergelincir antara nyata dan maya.  Na kabur antara capabilities dan expectation. 


Na fikir panjang.  Keputusan yang dibuat akan menjerut diri untuk satu tempoh yang lama.  Na tak mahu buat salah.  At the same time, Na taknak terlepas peluang keemasan.  I always believe, opportunity does not come often.  Once you get it, just grab or u'll loose it.  Na faham itu.  Sangat faham. 


Sebelum nie Na lapar, maka Na makan biskut.  Na dah terbiasa makan biskut so Na mahu terus makan biskut.  Bila biskut dirampas, Na terkedu.  Na rasa hilang segala-galanya.  Na rasa saat tue sungguh menyakitkan.  I felt like dunia tidak adil pada Na.  Kenapa Na tak dapat apa yang Na nak?  Kenapa kemudahan yang Na sedang nikmati ditarik balik?  I was devastated.  Tapi..  I wont let the frustration, let me down.  I wake up and make a move.  Na percaya pada a simple quote, 'campak ke langit jadi bintang, buang ke laut jadi mutiara'.  So, Na biasakan diri Na makan nasi.


Apa beza nasi dan biskut?  Kenapa Na nak sangat terus makan biskut tue?  Na tanya diri sendiri semalam.  Lepas tue Na mula keliru dengan apa yang Na mahu.  Na rasa Na nak terus makan biskut sebab nak lain dari kebiasaan.  Semua orang makan nasi, tapi Na makan biskut.  Lepas tue Na prefer biskut sebab made in obersee.  So, Na pilih biskut atas sebab yang tak relevan untuk mengenyangkan.  Na teringat lagu yang Hazama nyanyi, 'terlalu mahu dan mahu, terlupa apa yang perlu'.  Na rasa I'm doing that now.  So Na compare balik dengan nasi.  Nasi nie simple.  Semua orang makan.  Mengenyangkan.  Tahan lama.  Berkhasiat.  Kalau takmo plain sama ngan others, we can be outstanding dengan buat nasi hujan panas kan?  So, there's always a way to be outstanding.  So, Na fikir masak-masak.  Dalam masa sejam lebih dalam keta on the way back home yesterday.  And Na decide untuk terus makan nasi.  Insya Allah, bila dah pandai masak, Na akan buat nasi hujan panas.  And kalau ada rezeki, Na tetap boleh makan biskut.  Rezeki terletak di tangan Allah SWT, bukan tangan manusia.  Na percaya itu.


Na harap ini keputusan terbaik untuk semua.  Na takkan menyesal.  Na akan lupakan kisah lalu dan terus jalan ke hadapan.  Semoga Allah SWT merestui jalan yang Na pilih.


-Amin-

Thursday, August 18, 2011

Berbuka bersama teman sepejabat!

Tahun nie Na jadik staff committee utk department Na.  Heheh, ingatkan lepas.  Sekali kena jugak tahun nie.  So, untuk first event FY11/12, Na opted to conduct a Buka Puasa event.  Learn from experience, I want to held it indoor.  So that, tak jem and convenient untuk those yang stayback untuk sambung buat keje.  ;)  Berjiwa rakyat sungguh kitorang.  Hehe..  Alhamdulillah, sambutan sungguh menggalakkan.  58 orang join the event.


So, inilah venue buka puasa kita.  Conference room.


Some of the deco.  Sederhana saja.


Selepas.  ;p  Nice deco.


Got vegetarian side. 


Teh tarik & fruit punch.


The VIP table.


The food.


More foods.


Ini adalah permata hati semua orang.  Hehe, roasted lamb!!


So, berbuka la kita.  Bismillah.


Inaz makan sayur jek?



Me nak makan nasi kuning.  Heheh...


Semua berkerumun kat tempat Na.  ;)


Geng bas sekolah!


Everyone start to continue work back.  Huhuh.


Besties.


The committee members!  Tq guys!


Kenangan.  My very 1st event!


Bosses.


It's me, happy since everything is in order!  Alhamdulillah, semoga future events pun berjalan lancar.  Amin.



Wednesday, August 17, 2011

TQ Adidas for sponsored the punching bag..

"Setiap tahun anda perlu menunggu di platform ini sekurang-kurangnya 1,824 minit. Jadi jangan buang masa anda, mari tumbuk sini untuk kurangkan stress anda"


But then itu kat Japan.  Can we have now in KL?  Please, Adidas..  Baru la orang Malaysia leh release tension..  Harga barang naik la, minyak naik la..  Geram2 leh gi 'bubuh' kat punching bag.  Sihat sikit.  Kurang risiko kena penyakit jantung!  ;p


My current mode






Tuesday, August 16, 2011

Perasaan yang bercampur-baur...

Alhamdulillah, one event down.  It went well, as per expected.  ;)  Makanan cukup, cute deco and paling best, involved most all of the staffs.  Thank you guys for participating. xoxo.  I'll blog more bout this soon k?


And second, saya sedikit susah hati.  Esok ada meeting.  Yang mungkin menentukan sama ada Na akan terus menikmati nasi yang sedap nie atau berpeluang makan biskut yang dipelawa.
 
 
Owh, this is not easy.  At least for me.  Could you guys spend 10 sec to pray for me?  Tq.


(-__-')

Teringin weh!

Telur ikan!  Yummeh!  Sedap, kalau buat kari pon sedap!  Dulu selalu suruh Mama / Maktok buat.  Skang dah duduk jauh, terpaksa makan kat kedai mamak.  Heheh..  Bukan nak buat seniri.  ;p


Owh, tengok kari telur ikan tue?  Tak kira, nak suh Mama masak gak! 


Nie pun Na teringin gak.  First time makan waktu Na organized satu event kat Crowne Plaza Mutiara Hotel.  Heheh, dah tua-tua baru nak merasa.


Perah lemon and ngap!  Sodap.  Mana nak cari nie?  hehe...


All images are google ed.

Monday, August 15, 2011

Beraya dimana?

Tahun pertama nikah, beraya di Sg Petani.  Rumah Nana.  Then, tahun depannya beraya di Bagan Serai.  Makin bermakna sebab dah ada si tembam.  Lepas tue Na raya kat Sg Petani balik.  Tahun nie baru start ada tema.  Purple!  ;p


Tahun nie Na raya kat Bagan Serai, umah mertua.  Bestnya.  Mak masak sodap.  Tema pun dah ada, cuma belum beli baju Papa and Saif jek.  Fuh, baju Mama selalu siap dulu.  Hehe..


Na ambil cuti 3 hari selepas raya, so Na akan balik kampung pada malam raya.  *jangan nangis*  Takpe, sebab bertiga.  So tetap bahagia.  Insya Allah, amin.  Hopefully orang balik kampung awal, so takde la jem malam raya tue.  Na akan kembali bekerja pada 07/09/11.  ;p 


Na akan balik Sg Petani on 03/09/11.  Kan cuti 8 hari?  Bahagi dua la, adil dan saksama.  Heheh..  Tiap-tiap tahun pun beraya kat both kampung sebab sehala.  Senang.  ;p



Akibat lebih ketam dari biasa...

Hasil eksperimen yang Na jalankan ke atas diri sendiri..  Na dapati, Doctor Gobi adalah benar.  Huhuh..  Memang lepas makan ketam secara melampau.  Badan Na gatal2 sikit.  Cuma Alhamdulillah tak keterlaluan dan mata Na tak merah sangat.


So, yes.  Jangan melawan kata Doctor ye adik2.  Even tak tepat, kebenaran tetap ada.  ;p  Semalam Na masak sup ekor lembu yang Na teringin, cencaru belah belakang.  ;p  Sedap!


Oh ya, pelik kenapa Alamanda sangat lengang.  Beza compared to last year.  Tapi baju pun tak banyak pilihan.  Booth2 kecil jual baju kurung sume pun dah kurang.  Adakah sebab sewa mahal melampau macam yang jadi issue dulu?  I have no idea..  Tapi OK la, senang Na nak shopping baju Saif.  Beli sikit di Mothercare, and then balik sebab tak jumpa baju raya Na.  Huhuh.. 


Dan...  Pagi nie buka dashboard, terkejut nampak 100th follower.  Semalam Na tengok 97.  TQ All for following this blog. 


Owh, entry nie bercampur-baur.  Sorry.  Selamat berpuasa semua.  Dah 15 hari kita puasa.


Sunday, August 14, 2011

Lebih ketam dari biasa...


Image is google ed

Semalam Na membeli-belah barang basah.  Owh mahalnya. Huhuh. Ikan cencaru, sotong, ketam, ekor, ikan pari, ikan merah, sayur = RM 73. Wee, kos sara hidup semakin meningkat. (-_*) Sampai umah terus buat tomyam ketam + sotong.  Na makan baaaaaaaaaaaanyak sangat ketam semalam.  Ketam kecik tue lebih kurang 4 ekor Na makan.  Sedap..  Dah lama tak makan nie.  Huhuh..


Lepas makan terus nervous.  Takutnya kalau mata merah, badan bengkak.  Sebab doctor pernah kata Na alah dengan seafood.  Tapi doctor pun manusia biasa, ada possibility untuk buat silap.  Hahah, taknak mengaku allergic ngan seafood nie.  So, as a risk taker..  Na akan tengok kesan makan ketam secara berlebihan semalam akan membuatkan badan Na bertindakbalas atau tidak.  Kalau tak buat ujikaji, tak tahu kan..?  So, let's try.


Herm, sedapnya makan ketam semalam.  Haha, teringat-ingat.  Hari nie Na mahu buat sup ekor kaw!  Hoyeh.



Friday, August 12, 2011

Macam mana Cik Nana belanjakan duit bonus...

OK, first of all..  Na belum dapat bonus la.  Tahun nie bonus dapat lepas Aidilfitri.  ;)  Tapi untuk anak2 buah Na jangan risau, duit raya korang tetap ON.  Heheheh...  Cuma untuk adik-adikku yang 2 orang tue, duit raya anda akan di postponed ke lepas bonus.  Setuju?  Owh, kakakmu ini diktaktor so you have no option..  T__T


Owh, tahniah untuk staff government. ;) Setengah bulan gaji, better than last year right? So, selamat bershopping. Na baru ingat nak gi Alamanda this weekend. Cancel la kot, sebab sure crowded!


Bila dapat je bonus, Na akan terus put aside RM 1k untuk road tax.  Road tax Na mati bulan October.  Owh, just nice...  T_T


Then, zass Na transfer duit kat parents.  Hubby plak transfer to his parents.  Owh, kitorang dapat bonus serentak.  ;) Best jugak la, sebab kalau gabung jadi ratus ribu.  Hehe, jangan la percaya, Na tipu jek. 


Then Na akan terjah Tomei.  Untuk tukar gelang/rantai/subang/rantai kaki atau apa saja la.  Tapi nie Na peruntukkan < 1k.  Sikit saja.  Saya bukan mami jarum.  Heheh..  Yang nie memang wajib untuk setiap kali wang gedebuk yang Na dapat.  This is such an investment. 


Let say bonus Nana RM 10k.  Separuh dari bonus tue Na akan invest dalam ASB.  Ini untuk masa depan.  Even dah ada ASB loan, apa salah tambah lagi.  Bukan untuk orang lain..


Lepas yakin dah put aside untuk savings and dah bayar benda2 penting, Na akan enjoy!!  Heheh..  Family vacation.  Mana-mana saja,  Dekat boleh, jauh pon boleh.  Asalkan dengan yang tersayang, mana-mana pun boleh.  ;)


Yang last nie extra.  Hehe, Na akan tanya adik2 Na tue apa yang diorang teringin.  Kalau macam boleh diberi muka, Na belikan la.  Kalau tak, jangan harap.  (diktaktor lagi)  T_T


So itulah yang Na selalunya buat menggunakan duit bonus Nana.
^__^


All images are google ed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...