Thursday, April 28, 2011

?


It's a yay for one.
But the yay has been declined due to the certain circumstances.


The other one is a huge turn down.
It's a definitely a NAY!  :(
OMG.


Image is google ed

Tuesday, April 26, 2011

This is crazy...

The closer it be.

The harder it become.

;(

Saturday, April 23, 2011

We can't get ALL right?


(",)
Saya tahu dan sangat faham.


Pics is google ed

Friday, April 22, 2011

Penangan konsert Justin Bieber...


Now I have a clear picture on the Bieber fever.
Like seriously I do notice it now.
-pengsan-
Na sampai umah almost at 10 pm semalam.


Jem gila kat KL nih.
Kuar jek dari menara MBB, trus stuck!
Sakit hati okeh?
Ingatkan banjir kilat ke apa ke?
But then sebab konsert justin bieber.
Banyak jalan ditutup.
Na lalu dekat Stadium Merdeka semalam and nampak kereta saujana mata memandang..
Full.
And tadi baca paper, 17 000 menonton konsert Justin.
Oh dear, baby baby baby..  ;p


Kerana Justin bieber, saya lambat pulang ke pangkuan anakanda tercinta!
Huhuh...


Image are google ed.

Thursday, April 21, 2011

Closer...

It has been more than a year I've gone through all of the hardship.
And seems like it's gonna over in several more days.
Can't stop smiling now.
Can't wait for the 'big' day.


Feel nervous at the same time.
But, I feel happy to finish what I have started.
To smell the outcome..  ;p


Can't upload pics.
Can't share about the teambuilidng I had recently.
Can't figure out interesting topics.
I just too eager to finish this.


Arghhh...
I demand a HAPPY HOUR session. 
If possible, make it more than ONCE guys!
The interesting team to work with.  ;p
After this, all of us will going to be separated.
;(


Life has to go on.
Till we work together again.
In the future. 




Wednesday, April 20, 2011

Masa yang tidak sesuai...

Sungguh tak sesuai. 


Bunga baru mula berkembang mekar, pasu sebelah sana minta diisi.
Mungkin lahiriah tampak hijau tanaman sebelah sana.
Jangan dilupa, pasu disini yang tak terlawan hebatnya.


Sini tidak pasti.
Sana ada janji.
Tepuk dada tanya diri.
Mahu kepuasan diri atau nilai tinggi?


----------


Can't think properly now.
Life is just so hectic.
;p



Monday, April 18, 2011

Gemilang final episode : TONIGHT!


Image is google ed


Damn, I'm so in LOVE with this series.
And today would be the last day.
;p


Back for good... ;p

Done with the teambuilding.
Missing my 2 sweethearts so much.  ;p
But both of them were surviving the days. 
Kudos to hubby & baby! (",)


So, this is the most important MONTH of my life.
Pray for me.
Wish everything will go the way it suppose to be.
Otherwise, DIE.




Friday, April 15, 2011

Beware of fake M2U!

Bank tidak akan sesekali meminta butiran peribadi melalui email ataupun panggilan telefon.

Kalau kita receive an email from the so called 'bank', 1st sekali cuba ingat balik :-

Pernah ke kita provide the email address to the bank?


Selalunya, the so called 'bank' hantar the email randomly to the recipients.  Kalau kita takde acc dengan bank A, will definitely kita akan ignore the email kan.  Nak dijadikan cerita, kita ada lak account dengan bank A.. terus cuak, terus klik the link given, enter username, pword and damn..  Ur money is gone!  As simple as ABC kan?


Cuba tengok 'penghantar' email tue?  Kadang-kadang, 'accounting department' la 'customer service' la.  Come on la, accounting keja dia lain.  Bukannya hantar email kat customer.  So do customer service, diorang cuma akan hantar if there are some issues related to yr account.  Itu pun akan bermula dengan formal phone call and letter.  Bear in mind, bank takkan sesuka hati guna medium yang 'rapuh' untuk bertanya maklumat sulit pelanggan.  ;p


Kalau betul ada more security information yang bank perlu dari pelanggan, cuma akan melalui 2 cara :
1) ATM
2) M2U (real one k?)


Sekarang Maybank2u dah enhance its security protection.  U all kena pilih one pics and insert the caption and whenever u want to log in to the system, u have to check the pics and caption and ensure it is YOURS before u proceed.  If you noticed something fishy there, let say the caption is huhu but then the caption appear there is haha, straight away click the X button.   That's the purpose of the enhancement.  Maybe people could replicate the m2u homepage, but do they know yr unique pics and caption?  Definitely nay right?  ;)


Akhir kata dari Cik Nana, pls take ownership of yr own account. 

Do not simply click any link of the fake M2U or CIMBclick or whatnot!  ;p


Going to miss u both.. ;*(

Will be leaving for 2 d 1 n team building in PD tomoro.
Definitely will miss u guys!  ;(


First time tinggal Saif and Papa.


:(
Takpe, only one night!
Papa, jaga Saif k?
Take care, bye all.



Tuesday, April 12, 2011

Adegan panas? Perlu ke?

Mungkin sudah sampai masa semua pelakon beragama Islam buka minda sikit.  Rimas sungguh bila bukak paper, terus nampak statement separuh masak macam :

' Saya sanggup bogel untuk menjayakan watak sebagai bomoh '

' Saya berjaya melakonkan babak intim dengan berkesan kerana semua pelakon professional '

' Jika watak memerlukan saya mendedahkan tubuh, saya tidak akan menolak '

Stop it!  Tak perlu kot nak gomol2 untuk menjayakan watak.  Tak payah nak tunjuk anu bagai untuk bagi nampak real.  Even filem / drama menterjemahkan realiti kehidupan..  Tak perlu menelanjangkan para pelakon. 

Rimas!



Monday, April 11, 2011

My very own nasi ayam.. ;p

Phew..  Setelah percubaan pertama tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan..  Na dah lupakan nasi ayam.  Sampailah kawan Na share recipe and asyik cakap nasi ayam Mak dia sedap..  ;p  Na beranikan diri, try masak seniri.  Walaupun Inaz bagi recipe, Na tetap tertinggal satu dua bahan.  Huhuh...  ;p


Inilah hasilnya.


Ayam sungguh mengghairahkan!


Nie yang paling sedap!  Na suka!!  ;p  TQ Inaz!


Nie pun sedap jugak.  Masuk cili api, kasi pedas sket!


Sup cair sebab lupa masukkan rempah.  Tapi Saif suka, kira OK la kan?
So, akan ada another round of nasi ayam lepas nie.  Insya Allah, dengan improvement!  Heheh.. ;p


Hari Ahad, Na goreng ayam berempah lak.  Kali nie blend halia + bawang putih + bawang merah + rempah kari ayam.  Perap sejam and goreng!  ;p  Na suka, tapi hubby macam kurang gemar.  So, takpe la..  Merajuk!  Huhuh...


Lebihan kuah perap ayam tadi, Na masak kuah kicap berempah.  Sedap!  Na suka!  ;p  Saif pun suka.  Papa?  Still teringat-ingat nasi ayam Nana tue!  Haha...


Friday, April 8, 2011

It's Friday, let's talk about food.. ;p

Tiba-tiba nampak gambar nie dalam my doc.  Terus rasa terliur dengan buah-buahan.  Bestkan beli buah and letak dalam mangkuk kaca..  My fav, mestilah mangga manis tue!  Yummy!


Terpengaruh dengan Linda Onn yang suka makan roti paratha segera.  Hari tue Na beli sebungkus kat Giant.  Nak cuba.  Nipis jek roti dia, tapi bila bakar jadi gemuk2 gebu gitu.  Bukan bakar, goreng tanpa minyak dalam kuali.  ;p


Nie lak Na buat kuah daging cincang pedas, masam.  Suka hati je kan?


Bersila sambil tengok TV.  Yummy!




Thursday, April 7, 2011

Dah tak geli... ;p

Ingat entry geli geleman nie?  ;p  Ramai yang bagi cadangan macam mana nak bersihkan straw tue.  Terima kasih daun keladi, kalau Na ada masalah, sila bantu lagi.. ;)  Love u all..  Ada yang suggest pakai lidi, ada yang suggest pakai kain yang dijahit kat benang etc..  Tapi sudah lumrah, Cik Nana kurang rajin..  Huhuh...  So, Na teruja dengan idea Sabrina..  Dah la nama nak dekat sama..  ;p  Hai Sabrina...   Sobrina sini..  Heheh..  Sab suggest beli pencuci straw Dr Browns..  Macam mana la Na takleh perasan satu ciptaan manusia yang berguna ni...  Hehe, nasib baik Sab bagitau.  Thanks again...


Kebetulan pencuci botol Avent Saif dah tercacak2 bulunya, Na kena cari pengganti.  So, alang-alang nak beli pencuci straw Dr Browns, beli sekali dengan pencuci botol la senang.  ;p  Ada stand, so leh letak berdiri tepi sinki..  Cepat kering.  Good one..  ;p


Inilah yang dicari2, 4 batang dalam satu peket. 


Cubaan mencuci..  Great!  Muat!  Terus bersih straw tue!  ;p


Tengok, muat sampai ke hujung straw!  Terima kasih kawan2 sebab share tips.  ;p


Beli botol susu untuk Saif jugak.  Botol lama nak let go.


Nie dia empunya semua barang di atas!



Wednesday, April 6, 2011

Menjala ikan dan sembelih burung ayam

Dah lama tak balik kampung, last sekali bulan Feb.  Next bulan June.  Hish..  Lambatnya!!  Suka balik kampung sebab ada banyak aktiviti!  ;)  Makan pun sodap!


Saif ngantuk!  Muka seposen!


Nie la burung ayam2.  Tangkap kat tepi sawah.  Tangkap guna jaring.  Lupa nak amik gambar jaring tue.  Herm, tapi burung nie keluar waktu senja jek.  So, lepas Maghrib tue kena pegi collect burung yang terlekat kat jaring tue.  Jangan la lambat amik, takut burung tue cedera.  Tak baik menganiaya binatang!


Selain dari tangkap burung ayam2, hubby and Saif akan menjala ikan.  Huhuh, berselut la dua beranak nie.  Tapi asalkan diorang happy, Mama OK jek.  ;)  Gambar atas tue haruan gemuk yang hubby tangkap sendiri.  Ada yang jala, ada yang guna tangan jek.  ;0


Nie ikan yang sesat.  Mak dah bgtau nama ikan tue hari tue.  Na terlupa.  Huhu...


Nie ikan puyu kot.  Hish, fail la Na nie.  Ikan puyu ni banyak duri ooooooo...  Bahaya kalau nak pegang.  Kena hati-hati.  ;p



Tuesday, April 5, 2011

I am OK now.. ;p



Sudah jumpa dentist!
Kena 350 -pengsan-. 
Lain kali jaga gigi elok2, baru la duit tak melayang.  ;0
Takpe, covered.  ;)
Dah senang hati.  Alhamdulillah, amin.


Dapat aiskrim BR sedap jugak kan?
Haip, takmo benda manis2..



Arghhhh...


I'm in PAIN!  ;(

Sakit sangat gigi nie.  ;(

Tooooooolooooong!

Kejap lagi nak jumpa dentist.



Monday, April 4, 2011

Breakfast!

Mewahnya, alhamdulillah. ;p
Ada kuetiau + nasi goreng, dah amik ayam goreng, ternampak sotong lak.
'Terpaksa' amik sotong pulak.  ;)
Satu pinggan, kongsi berdua.


See, sape yang tahan kalau tengok sotong tergolek lagu nie?
;p




Friday, April 1, 2011

Moh tengok CUN!


Semalam trailer Cun! kat Astro, bestnya!
30 mins, terus rasa teruja nak tengok wayang!!  ;p
Fuyoh!  Best!!  ;p
Sapa dah tengok?

Milo mesin


Ha, sapa orang SP kat sini?  Ingat tak satu kedai makan dekat stesen bas sebelah Sungai Petani tue?  Kedai tue ada jual milo mesin, jagung mesin, laici mesin..  Kalau orang bandar panggil ice blended!  Hehe..  ;p  Tapi sedap sangat minuman kat situ sebab dia letak banyak milo, jagung etc.  Bukanlah ais jek yang banyak!  Sedapnya!  Tapi dah lama Na tak pegi situ.  Ni cerita belas-belas tahun yang lalu!  Herm, nanti nak cari la kot-kot ada lagi!  Back to the story, lepas balik keja awal minggu hari tue Na request nak milo from hubby.  Hubby buat milo tabur.  Auw, so sweet of u!  ;p


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...