Sunday, January 30, 2011

Dua puluh lapan

Usia Na menginjak satu tahun lebih dewasa hari ini, 30 Januari.

Sudah 28 tahun ek, Cik Nana.

Married with one son.

Bahagia.
Ceria.

La la la.

Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT.

Beri peluang mengharungi hidup selama ini.

Dan seterusnya, hingga abadi.

Insya Allah.





Friday, January 28, 2011

Never better!

Hari nie hari yang paling menggembirakan.
Sebab esok Na akan balik kampung.

2 kampung.
9 hari.
Facial.
Shopping.
Dating. 
Makan.
Makan.
Makan.

Shouldn't ask for more.
Ini sudah cukup indah.
Tapi kalau dapat selalu.
Lagi best!


Jaga diri baik2 k kawan2.
Jumpa lagi next week.
;p



Can't take that away from me...

They can say anything they want to say
Try to bring me down
But I will not allow
Anyone to succeed
Hanging clouds over me
And they can try hard to make me feel
That I don't matter at all
But I refuse to falter
In what I believe
Or lose faith in my dreams
'Cause there's a light in me
That shines brightly
They can try
But they can't take that away from me
From me
They can do anything they want to you
lf you let them in
But they won't ever win
If you cling to your pride
And just push them aside
See
I have learned there's an inner peace I own
Something in my soul
That they cannot possess
So I won't be afraid
And darkness will fade
'Cause there's a light in me
That shines brightly
They can try
But they can't take that away from me
No
They can't take this
Precious love
I'll always have inside me
Certainly the Lord will guide me
Where I need to go
They can say anything they want to say
Try to break me down
But 1 won't face the ground
I will rise steadily
Sailing out of their reach
Oh Lord
They do try hard to make me feel
That I don't matter at all
But I refuse to falter
In what I believe
Or lose faith in my dreams
'Cause there's a light in me that shines brightly
They can try
But they can't take that away from me
From me

I am here!

Ada kat sini lagi.  Cuma sibuk sikit.  2 hari MC.  Datang keja, mesti la banyak yang tertunggak.  ;p  Nak siapkan everything (if I could) and then baru cuti akan diluluskan!  :@


Banyak nak share tapi takde mood nak menulis.  Later peeps!  Selamat bekerja on Friday nie..  Last day before a sweet weekend!  ;0

Wednesday, January 26, 2011

So true kan?

Sampai umah.
Tarik nafas, makan sampai kenyang.
Relax kat ruang tamu.
And surf for some motivational quote and I found this :


It's a fact kan?
Maybe I have to start reading a motivational book, so that I will feel courageous to face any obstacles in my life...
Herm...  Akan dipertimbangkan.



T_T


Feel like this is too much.
But wonder, how much is too much?
:(


Tuesday, January 25, 2011

Spa Qistina

Semalam tengok Spa Qistina.  Typical malay movie : bila kaya melimpah ruah, mesti la ada simpan pompuan.  Agak-agak memang itu kenyataan eh?  Sebab hubby pernah cakap dulu.  Entah la.  Mungkin segelintir bersikap macam tue..  Biasalah, kerana nila setitik..  Habis rosak susu sebelanga.  :( 


Berbalik pada kisah Spa Qistina.  Qistina tengah bermuram durja sedih sebab Fahmi nak kahwin ngan Fasha Sandha.  Owh, lupa lak nama Fasha dalam cerita tue.  Malas nak google.  :p  Then, ada babak Qistina termenung jauh -maybe teringat saat-saat indah dengan Fahmi dulu-..  Ada background lagu "Melawan Kesepiaan"..  Huhuh, Na pun hampir nangis.  Na memang suka sangat lagu tue.  Siti nyanyi.  Memang sayu tapi nie lagu cerdik sikit.  Bukan meraung, merayu kepada nasib yang kurang bernasib baik.  Tapi lebih kepada, percaya kepada takdir dan menerima semua dengan hati yang terbuka.  Bukankah cerdik namanya tue?  ;p  Meh tengok lirik lagu Melawan Kesepian nie..


Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti


Positif kan lirik lagu nie?  I like!  Ok, back to the story..  At the end, Fahmi tak jadi kahwin ngan Fasha sebab Fahmi dah tahu yang Fasha nie dulu pelacur.  Huhuh..  So, Fahmi tinggalkan Fasha dan kembali pada Qistina.  Herm..  Belum habis lagi rasanya cerita nie.  Tak tahu la ending macam mana.  Hopefully happy ending la.  ;p





 

Ikan kucing?

Na MC lagi hari nie.  Petang semalam, mata membengkak and gatal giler.  Badan pun gatal2.  Again, doctor cakap nie confirm : ALAHAN.  Doctor bagi 5 ubat makan & an eye drop.  Hopefully hilang cepat la bengkak and gatal2 nie.  :( 

Recall balik, Na ada masak LALA on Saturday.


Hari Ahad lak, Na masak udang.


So, memang betul la Na tak boleh makan seafood?  OMG.  Kena jadi macam Kaksu eh?  Tak bestnya!!
  I love seafood!!


Then, doctor tak bagi Na makan 'ikan kucing'.  Ikan kucing boleh bawa gatal katanya.  Owh, Na blur seketika.  Tengok muka Na blur, doctor tue cakap orang Melayu suka makan ikan kucing tue.  Orang selalu bela dalam sangkar.  Na blur lagi.  Sampai la doctor sebut, catfish tue.  OMG, direct translation di situ!

Hi ikan kucing!


So, Na akan cuba untuk TIDAK MAKAN semua jenis seafood including ikan.  -pengsan-  Chaiyoo Nana.  U can do it!  Na akan makan, daging, ayam and BURUNG PUYUH!  Hip hip horey!!




Monday, January 24, 2011

MC hari ini

:(


Mata merah menyala lagi.  Takut pulak.  Na rasa hampir 90% punca Na MC ialah sakit mata.  Ini bukan sakit mata yang berjangkit tue.  Yang ni tak berjangkit.  Tapi sakit.  Bila kena, mata merah macam bijik saga.  Keliling mata bengkak.  And rasa tak selesa macam ada 'benda' dalam mata.  


Doctor cakap, alahan.  Makanan laut.  Betul ke?  Huhuh, cuba nak argue sebab Na suka seafoods.  :(  Hopefully cepat sembuh sebab saya mahu kerja esok.  Saya mahu siapkan kerja sebelum cuti seminggu next week.  ;p


Saif ada dengan Na.  Bangun pagi, breakfast macaroni & cheese.  3 mangkuk habis.  Huhuh, tembam!  Dah makan, Saif tido.  Na sambung masak untuk lunch, and lepas makan je si kecik bangun.  ;p  Skang Saif tengah layan cartoon, and kejap lagi bergomol ngan Mama la tue.  Rebus daging untuk bubur nasi Saif esok.  


Fuh, cepat la mata sembuh.  Perit, sakit sungguh!  :(


 

Saturday, January 22, 2011

Mimpi

How to start?  Herm..  Na tengah menganalisis mimpi-mimpi yang pernah Na lalui.  :p  Mod kadar kekerapan Na bermimpi adalah sedang-sedang saja.  Tidaklah setiap malam bermimpi.  Over kot!  Heheh..  Na rasa trend mimpi Na berubah mengikut status dan keadaan pemimpi.  Jom kita check kisah mimpi Cik Nana.

Bujang la la la
Waktu bujang, tanggungjawab adalah ringan.  Bukan sifar, tetapi sedikit.  So, minda tenang tak bergelut fikir macam2.  Paling kuat pun fikir pasal study, assignment tak siap, dapat 4 flat tak sem nie, sempat ke naik train balik umah nie, and etc.  Sorry eh, Na takde masa nak main cinta waktu study dulu.   Takde la nak angau mimpi pasal pakwe ke apa ke.  Heheh.. Hasilnya sangat kurang mimpi.  Paling kuat pun mimpi tertinggal ketapi.  Owh, dulu Na pelanggan tetap KTM Bangkok-->Singapore.  Na naik dari Arau --> Sg Petani.  Murah dan mudah.  
Kesimpulan : kurang mimpi!


Berkahwin
Owh, tanggungjawab dah mula bercambah.  Dari uno jadi duo.  Heheh..  Tapi kadar bermimpi masih terkawal.  And kalau mimpi pun pasal nak bersalin.  Tapi fakta dalam mimpi sangat susah untuk diingati.  Maknanya mimpi tanpa details.  Esoknya Na cuma tahu Na mimpi nak bersalin.  Kat mana, sape yang ada, Gynae nama apa, Na tak boleh jawab. 
Kesimpulan : mula bermimpi, tetapi tanpa details.


Being a MAMA
Ok, nie mula kronik!  Especially first few months bergelar ibu.  Huhuh, bermimpi almost every night.  Subject ialah SAIF RIZQ.  Selalunya mimpi yang Saif hilang,  Saif takde kat sebelah, Saif jatuh katil, Saif itu, Saif ini.  Dan mimpi nie bertambah kritikal sebab bercampur dengan mengigau!  Bersyukur sebab hubby tabah beristerikan pengigau tegar!!  huhuh!  Kalau mengigau tue, Na siap boleh berlari cari Saif kat ruang tamu, padahal Saif sedap je tidur sebelah Na.  OMG.  Macam2 lagi.  My BIL pun pernah menyaksikan kakak ipar dia mengigau!!  Tidaaaaaaaaaaaaaaaaak!  Na andaikan keadaan tue berlaku sebab Na asyik fikirkan alam yang baru Na lalui.  Na dah ada tanggungjawab yang perlu ditatang.  That's why siap termimpi2!
Kesimpulan : subjek mimpi sangat jelas, dan mimpi berulang-ulang membawa kepada igauan! 


NOW
Saif dah almost 2 years.  Na dah boleh menyesuaikan diri sebagai supermama!  Hehehe.  Sekarang Na mimpi pasal lain pulak.  Mimpi yang Na tak suka.  Huhuh.  Na mimpi pasal kerja.  OMG, so not me!  :(  Sekarang, mimpi makin jelas.  Na nampak subjek dan predikat.  Hahah..  Na mimpikan segala-galanya!!!  Huhuh.  Contoh mimpi yang latest.  Na mimpi Na berjalan dengan muka mencuka, jumpa consultant (yang mmg attached to my work), and then dia explain kat Na bla bla depan skrin PC yang ada system A.  Na boleh nampak each tab/field kat system A tue.  And bila terjaga, Na boleh ingat SEGALA-GALANYA dengan sangat jelas!  Hish!  Dan semua benda dalam mimpi tue wujud!  I don't like.
Kesimpulan : Keseluruhan mimpi sangat jelas dan tepat.


Na akan cuba cool and chill.  Taknak fikir sangat pasal keja.  Sebab mimpi pasal kerja adalah TIDAK BEST!  I have spent 9 hours min at work, and now masa singkat dekat rumah pun nak mimpi pasal kerja?  Gosh!  I hate that!  Hah, nie tulis pasal kerja lagi..  Ada yang mimpi lagi malam nie kang!




Sabtu tik tok tik tok

Baru semalam Na seronok sebab dah Friday.  Tiba-tiba dah Sabtu.  How fast time flies...  :(  Huhuh...  Dah beli barang dapur seperti yang direncana..  Sikit saja beli sebab next Saturday dah nak balik kampung.  Ye betul, saya dapat cuti SEMINGGU sepanjang Chinese New Year!!  Great!


Masak sup lala, cencaru belah belakang and sayur bayam masak lemak untuk lunch.  Malam nie rasa nak makan char kuey tiaw.  :p


Esok nak beli barang dapur lak kat Giant. 

Friday, January 21, 2011

Fabulous Friday!

Yea, it's already Friday guys!  Senyum simpul sampai ke telinga sekarang.  Semalam cuti, keluar breakfast saja.  Then lepak umah, masak, tengok TV and layan Saif main.  Hopefully hubby cepat sembuh.  Owh, buah hati Na tak sihat.  Sunyi umah, kalau Abang tak sihat!  Get well soon sayang! ;p


Minggu nie takde plan apa pun.  Cuma nak beli barang dapur, this Sunday.  Kawan-kawan, doakan cuti Na nan 2 hari tue diluluskan eh?  :) Na nak balik tengok Lissa


Owh, Na nak tengok Khurafat!!  Huhuh...  Till then, have a blast weekend guys!!





Thursday, January 20, 2011

Pulut mangga di Alissara

Alissara datang lagi....  Sebab malam selalu full house, Na ajak hubby pegi petang.  Alissara bukak dari 5.30pm till 1 am.  :p  


Kebanyakan menu dalam bahasa Siam.  So, boleh tanya pelayan yang ramah2 tue.


Na sampai dalam pukul 6 pm, tak ramai sangat kan?


Tapau tomyam, kailan ikan masin, udang petai belacan. Teringin nak makan pulut mangga.


Pulut, santan memang sedap n pekat.  Mangga tue kurang manis sikit.


Yang kuning atas pulut tue, kacang parpu.  Rangup.  Sedap...





Wednesday, January 19, 2011

Sekinchan Ikan Bakar, Puchong

Hari Isnin lepas, Na kurang sihat.  So, tak masak untuk dinner.  Kitorang nak makan puyuh goreng actually, tapi last minute tukar plan.  Hubby ajak try ikan bakar Sekinchan, Puchong yang baru bukak tue.  Ramai gila orang.  Penuh!  Huhuh, nasib baik ada tempat untuk kitorang berdua.


Hubby nak keli, tapi dah habis.  So, kitorang amik cencaru and pari bakar.  Cencaru RM 6 seekor.  Biasa saja.  Sekejap je sampai, meaning to say, dah siap bakar cuma panaskan jek. 


Ikan pari lak RM 15.  Ikut berat.  Mahal sikit and nothing to shout about.  Biasa saja.


Ulam RM 2.


Sambal, tiga jenis.  Pun biasa saja. 


Air teh ais tak rasa apa langsung.  Rasa macam minum air sejuk kaler kuning susu.  Huhuh...  Total RM 34.  Kesimpulan ialah biasa saja.  Tapi disebabkan kat town, so ramai orang serbu.  Ye la, bukan senang nak dapat ikan bakar tengah2 pekan kan?  Hehe..  For me, biasa saja.


Apapun, Alissara tetap no 1 di hati Cik Nana!



Tuesday, January 18, 2011

*mengeluh kecil*


Sudah.

Cuti panjang...

Tak tahu kenapa.  Minggu nie Na takde mood langsung.  Kalau boleh nak baring kat rumah sambil tengok CSI jek.  Huhuh...


Sekarang, Na berharap sangat untuk dapat cuti on 31st Jan and 2nd Feb.  So that, I'll be OFF for one week!!  OMG, pengsan.  Nak balik kampung, relax2 sambil makan burung.  Pastu makan masakan parents banyak-banyak.  Sembang2 dengan family.  Itulah aktiviti bila di kampung.  Heheh.


Cuma kali nie Na nak tengok wayang berdua.  Hopefully tercapai.  :p  Other than that, memang nak rest.  Dah ada plan baik punya on 20th nie.  ;p




Saya nak mangga manis!!!!!!!!

Mood  : Tidak baik

Untuk mengembalikan keceriaan, alangkah nikmatnya kalau Na dapat makan buah mangga manis.  OMG.  Sedapnya.  Sure terus ceria la la la.  :p 



All pics are google-ed.

Ghairah mengejar keuntungan, terlupa etika menjual...

Bila terbaca blog Azza, terus Na teringat pengalaman Na sendiri.  Bukan pasal penjaga pantang Shadira Beauty, tapi masih berkisar tentang perkhidmatan la.  Lepas bersalin, kebetulan pula Nenek yang sepatutnya mengurut Na jatuh sakit.  Sangat unexpected.  So, Na terpaksa cari pengganti.


Teringat kawan Na yang ada spa.  So, I called her asking whether she provides the post-natal massage etc.  Dia terus excited cakap ada, and cakap ramai sangat dah urut dengan this makcik and really satisfied with the service and whatnot.  Disebabkan percaya dengan seorang kawan, Na pun ambil package urut, sauna, mandi rempah untuk tiga hari.  Please note that I could have such a session at the Serenity Spa at the same cost.  Meaning to say, that was quite pricey sebab tempat tue kat Sungai Petani, Kedah okeh? 


Hari pertama :  Bapak hantar Na and terkejut sangat bila sampai kat deret kedai ala-ala kedai kat pekan koboi.  I knew that she has another spa yang besar dan cantik.  I asked her straight away, and dia cakap kat sana penuh.  That's why I bagi U service kat sini.  Jangan risau, service sama jek.  Ok fine, duit dah bayar.  I try dulu.  Sauna macam biasa.  And then, Makcik urut pun sampai.  Orang Indonesia.  Padahal dia janji, orang Melayu kita.  Sekali lagi, frustrated.  Na tanya Makcik tue, sejak bila mengurut etc.  Dia cakap, 'sebenarnya saya pembantu rumah Kak ****, saya tolong urut saja..'  OMG.  Macam nie kau berniaga ke?  Serious Na sedih sangat.  Sebab dia dah mengakibatkan Na terdedah pada risiko.  Makcik tue cuma maid biasa, tapi ko suruh urut perempuan yang baru bersalin???  Memang Na marah, bila Na tanya.  Dia kata Makcik melayu yang dijanjikan tue tak dapat datang.  Na rasa dia dah menipu untuk mendapatkan pelanggan.  Na tak suka.  And hampir2 Na tak halalkan duit yang dah Na bayar, tapi Mama tak bagi.  Mama kata, baik kita maafkan sesama manusia and berdoa agar dia sedar kekhilafannya.  Insya Allah.


Hari kedua, Na cuma datang untuk sauna dan facial.  Then Kak **** terus pujuk Na suruh amik lagi macam2 package spa lain tanpa rasa bersalah.  And then pujuk Na beli slimming product, corset, etc.  "Akak pakai produk A nie.. OK, bagus produk dia.."  Then bila Na tanya pasal produk B, dia cakap dia pakai jugak produk B.  Sungguh annoying.  Dah tue pujuk Na beli corset saiz S yang sudah tentu tak muat.  Tapi dia boleh cakap, muat la bla bla.  Sungguh tidak cerdik. 


That's it.  Na tak pernah pegi spa, salon dia dah since then.  Rasa tertipu!  Na perasan ramai yang hilang etika/pertimbangan dalam usaha untuk menjual/meraih keuntungan.  Benda tak bagus pun dijaja.  Benda yang tak dia tak guna pun dikata guna.  Dalam usaha meraih kepercayaan. 


Come on la wahai peniaga di luar sana.  I don't mind kalau you all nak berniaga.  Tapi berpijaklah di bumi nyata.  Janganlah merapu meraban tak tentu hala.  Sanggup menipu pula.  Rasanya lebih molek kalau berlaku jujur dan telus.  Orang akan lebih percaya.  Orang akan mula membeli pula.  



Monday, January 17, 2011

Moody

Hari nie Na bad mood..  :( 

Huhuh, sakit perut. 

Pastu sakit hati sebab tak berjaya reconcile report. 

Sumpah, annoying!  :(

Rasa nak balik sekarang jugak

And rendam kaki dalam air panas!

Benci!



PD : Menyusuri pantai

Masih kisah di PD.  Even cuma 2 days, 1 night.  We're still having so much fun!  I love it!  Heheh... 


Lepas minum air kelapa, jalan2 tepi pantai berempat.  Of course la my bro tolong amik pics.  ;p



Mula-mula Saif geli.  Takmo pijak pasir.  Huhuh, pastu dah get used.



Tengok, banyak lumut tepi2 pantai.  Geli la pulak.  Huhuh...


Tiba-tiba Saif jerit2 sambil sebut, "hantu Pa, hantu.."..


Disebabkan Papa tak nampak 'hantu' yang Saif maksudkan, Saif merajuk and pegi kat Mamu.  Dengan harapan adik akan percaya kat dia.  Heheh...



Muka tak puas hati.  Pastu bila Saif tunjuk lagi sekali.  Baru kitorang perasan....

:



:



:



:



:


Saif sayang, itu bukan hantu.  Itu orang yang ditanam.  Adoi!!!

Friday, January 14, 2011

Bestnya kalau dapat bercuti di Japamala Resort, Tioman

Cantik gila tempat nie.  Kalau dapat stay kat Japamala Resort nie, sure tak keluar bilik la.  Duduk menikmati buaian, private pool etc.  Bestnya...  Tapi kalau Na ada rezeki lebih in future, memang Na teringin sangat nak stay kat Japamala nie.  Huhuh, sila refer below image untuk quotation harga.


Nak bagi buntang mata tak?  OK, sila klik SINI untuk tengok harga bilik di Japamala Resort!  Amacam, ada berani?  Heheh... 
Na tengah survey2 pulau yang best untuk our honeymoon.  :)  Tengah survey Perhentian & Redang.  Tak sure lagi nak pegi mana...   Lambat lagi, tengah tahun nanti.  Saja nak survey awal2.  Dulu honeymoon dekat Pulau Tioman, nie nak pegi pulau lain la pulak. 


So, kalau sesapa yang pernah pegi 2 pulau di atas.  Sila bagi cadangan k?  :P


Buai laju-laju, sampai cucur atap...

Lokasi, masih di Apartment Maybank Blue Lagoon, PD.  Sebelum mandi pool, kena la main kat playground dulu.


Saif dengan rambut bang nya.  Muahahah...


Suka sangat naik buai nie.  Kalau buaian kat umah, Saif buat donno jek..  Kadang2 je main. 


Tengok budak happy kena buai.


Ups, Saif dah ada teman sepemainan!  Kecik2 dulu, tak dapat main eh Bang?  Heheh...


Saif pelik tengok Papa naik buai sekali.  Huhuh...



PD : Enjoy di funfair!

Dah mandi laut, mandi pool semua..  Sure perut lapar kan?  Ingat nak makan kat kedai, tapi Saif mengantuk.  So,tinggalkan dekat Kaksu and my parents.  Kitorang keluar beli foods.  :p  Order dekat UMMI seafood, PD.  Ramai orang ok.  So, dia suh tggu 30 mins.  Hubby ajak jalan2 dulu.  Kitorang pun singgah la funfair!


Rasanya nie first time hubby bawak Na pegi funfair. 


Hubby and my lil bro.


:p


Bagi adik chance main tuju2.  Kot2 la Kakcik leh dapat teddy bear.  Hampeh!


Hubby main tangkap2 itik.  Tak aci, tak mencabar!  Tapi Na dapat la teddy bear.


Mencabar diri sendiri main tuju2 belon. 5/6.  Ok la kan?


Fulamak, penuh gaya.


Lepas baling, tutup telinga...  Huhuh...


See, dapat teddy bear kecik!


Apasal lak adik Na amik gambar nie?  Huhuh...  Rasa macam kena kejar paparazi lak!


Pasangan bahagia!  Amin.


Makanan kat UMMI Seafood is just a SO-SO.  Na takkan ulang makan kat situ la pasnie.  Cari kedai lain.  Huhuh..




Thursday, January 13, 2011

Karipap gemuk IKEA


Takpe kan kalau dah time lunch Na tunjuk gambar2 menggoda nie.  Korang tak marah kan?  Heheh..  Last week pegi IKEA beli karipap 6 ketul.  Na and hubby makan sorang 2, Kaksu 1, Saif 1.  Mahu lagi!!  Huhuh..  Karipap di atas bukan karipap IKEA.  Tapi Karipap yang Kak Diana bagi.  Hehe, mana Akak beli nie?  Saya nak lagi.

My mini familia

Asal balik kampung je, sure Na kerah tenaga adik2 untuk snap our family pics.  Kalau tidak, memang takde la gambar bertiga, berdua suami-isteri pon susah.  Huhuh....  So, pada hari kejadian...  Kaksu menjadi mangsa untuk snap gambar.  See, ada untungnya k.  U tolong I amik gambar, I bagi u camera sebijik.  FOC.


Baru nak feel.  Dah hampir kena sakit jantung tengok anak punya stunt.  Huhuh...


Ok, percubaan pertama.  And that's it.


Sebab lepas tue ada orang kecik datang.


Dah Saif duduk, Mama ngan Papa pon kena duduk.  Berkorban.


Hish, bukan nak pandang kamera.


Ok, berdiri pulak.  Tak lekang dengan puting tue!!!


Tak sangka, Cik Nana sudah 2 tahun 7 bulan 2 minggu 5 hari berkahwin dan punya seorang anak lelaki yang dah berumur 1 tahun 10 bulan 3 minggu 3 hari.  Gile ah Cik Nana hafal.  Jangan terpedaya, sila jeling sidebar blog kerana segalanya ada di situ.  Heheh....


Saif muncung seban dipaksa bergambar lagi dan lagi dan lagi.


Owh, I just love this boy!


Depan rumahku syurgaku. 


Saif senyum tapi dengan puting.  Siap kamu lepas nie, Mama sapu kopi kat puting.  Sure kamu takmo dah kan?


Menjeling kat Papa.  Kan I dah cakap, anak Papa...  Takleh berenggang.


My big boy.


Putih gebu ikut Papa, pipi tembam ikut Mama, hidung so-so gabungan Mama and Papa.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...