Friday, December 30, 2011

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012! Ini serius!

Bagi Na, 2011 ialah satu tahun yang manis.
Beberapa pencapaian yang membanggakan.
Alhamdulillah.
Tahun 2012, Na dah susun agenda baru.
Yang lebih serius.
Yang sangat mencabar.
Na mahu lebih maju ke depan.
Na mahu lebih berjaya.


Pertamanya..
Na mahu jadi isteri, ibu, anak yang baik.
Baik saja tak cukup kan?
Mahu jadi yang terbaik.
Setidaknya untuk suami, anak, ibu bapa.
Insya Allah Amin.


Yang kedua sungguh serius!
Nak mula ajar Saif Iqra' secara Istiqamah.
Rehal dah beli, nak cari buku Iqra' baru and besar.
So Saif akan minat!!
Insya Allah Amin.


Ini serius.
Yang ketiga pun sangat serius.
Mahu beli dan jual.
Na harap perancangan kami berjaya.
This is do or die kinda situation.
Na doakan segalanya berjalan lancar.
Moga jualan itu memberi cukup keuntungan untuk Na membeli.
Insya Allah Amin.


Yang keempat.
Na mahu sambung belajar.
Lepas hampir 4 tahun tutup buku, Na mahu bukak balik buku.
Menuntut ilmu tak ada had umur, maka Na nak start balik.
Semoga Na berjaya.
Insya Allah Amin.


Yang kelima.
Sangat privacy, tak boleh dikongsi.
Tapi serius juga.


Yang keenam.
^_^
Nak kurus.
Ini azam 5 tahun berturut2.
Haha.
Tapi tahun 2012 adalah tahun serius.
Maka harapnya menjadilah.
Bukan dengan makan ubat diet, bukan dengan liposuction. (macam la Na mampu) Haha..
Na nak kurangkan berat badan secara semulajadi.
Insya Allah Amin.


Kesimpulannya tahun depan tahun serius Na.


2 comments:

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

chayok.. chayok... kita pun nak start ajar anak dar tu iqra'.. ajar sesambil nmpk berminat.. telekung pun dah beli nak solat brsama.. hihihihi

CIK NANA said...

Hazlina : TQ. sama2 kita jadi lebih baik untuk tahun depan. Tq for reading and salam kenal. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...