Wednesday, August 24, 2011

Tentang spesies yang wujud di pejabat...

Hari ni Na nak cerita pasal spesies manusia yang terdapat di pejabat. Di kiri ada, kanan pun ada. Heheh.. Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan teman sepejabat Na. Hehe, tapi kalau rasa cocok dengan diri anda, apalah daya Na nak menghalang. Peace, no war. Na gunakan term yang Na pelajari dari Maharaja Lawak yang baru berlalu tue dan juga koleksi Raja Lawak. So, are you ready? Jom baca!


Spesies ‘boleh tuju lagu?’

Ini banyak kat pejabat nie. Golongan majoriti nie. Asyik meminta je keje dia. Kadang-kadang permintaan tu melebihi baki. Maksudnya permintaan > penawaran = ketidakseimbangan emosi. ;) Sampai je pejabat, minta pen. Kemudian minta nota, lepas tue minta wakilkan untuk attend meeting. Then minta buatkan testing. Minta lagi belikan lunch. Minta present to the boss. Minta masukkan nama dalam keja yang actually sorang je buat tertonggeng-tonggeng. Last sekali, minta penampar. Heheh, jangan sesekali menjaddi golongan sebegini ye kawan-kawan. Tak baik meminta-minta. Kadang-kadang boleh, tapi kalau sentiasa or maybe semua… Memang patut masukkan dalam kotak, seal and hantar ke Papua New Guinea. ;p

Spesies ‘Apa pun tak boleh’

Yang ni susah sikit. Sebab apa pun tak boleh. Orang pakai baju merah, dia mengutuk. Orang buat kerja, dia kata orang tue tak buat kerja. Weh, boss mana yang bagi anak buah goyang kaki hoi? Choi. Orang buat makan-makan, pun dia mengutuk. Dia tak join sebab tak menepati selera tekak Uruguay dia tue, tapi kutuk tetap kutuk. Orang naik pangkat, wah melenting dia mengata. Konon aku lagi hebat tapi kenapa nama dia yang lekat? Gitu. Semua pun tak boleh lah. Kalau ada kawan anda berperangai sebegini, sila lempang dia laju-laju kiri-kanan. Semoga dari apa pun tak boleh, akibat kena lempang tadi.. Dia bertukar menjadi semua pun boleh!

Spesies ‘Ko tipu-tipu lagi’

Sikap nan satu ni sinonim dengan management la. Heheh. Hari ni staff moncung sebab asyik stayback tapi gaji ditakuk sama, OT lak tak approve.. Terus bos kata, nanti saya akan acknowledge kerja kuat kamu semua. Saya akan bagi bonus extra 5 bulan. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun pun dah bertukar tapi bonus 5 bulan yang diuar-uarkan hanyalah dusta. Untuk menyejukkan hati yang panas cuma. ;) Yang ni tak boleh buat apa. They are trained to be such a person. Nak jadi bos, mulut kena manis. Cakap yang indah-indah saja, yang buruk melekit, simpan bawak karpet.

Eh, tadi rasa macam banyak. End up Na groupkan jadi 3 jek. Ok la yek? For your reading pleasure. Moga entry nie bagi sedikit keceriaan dalam hidup anda! ;)

2 comments:

iyan shazlind said...

paling aku nyampah spesis kipas mengipas pastu dok fitnah orang..serius rasa nak tampar je

CIK NANA said...

Sabar yan.. bulan2 posa nie. tarik napas! ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...