Friday, June 17, 2011

Terganggu dengan entry dalam sebuah blog

Ya.  Memang betul, Na rasa terganggu dan tidak selesa dengan entry seorang wanita dalam sebuah blog.  Na cuba cari blog tue dalam bookmark & history tapi malang, dah hilang.  Macam dah lama sangat Na baca.  Tak sure whether this year or last year.  Tapi sangat-sangat terganggu.  Sampai hari nie Na boleh ingat macam mana entry to looks like.  :(


Kalau tak salah, Na dapat link tue dari ahkak geli kita.  Na browse thru blog ahkak geli nak cari balik pun tak jumpa.  Haiya, so bad la me.  Otherwise boleh share that link dengan korang.  Back to the blog yang buat Na termimpi-mimpi. 


Blog tue milik seorang gadis yang just graduated.  Bercinta dengan suami orang, meraikan perceraian lelaki itu di hotel, sekarang semestinya sudah berkahwin dengan lelaki itu, dan dengan riaknya mengutuk bekas isteri suaminya yang konon malas masak , tak pandai jaga anak, tak pandai jaga laki and etc. 


Kenapa Na terganggu?  Entah, Na rasa gadis itu terlalu lantang.  Dan sangat berani.  Na tak kata dia perampas.  Dah mungkin memang jodoh dia dengan suami orang.  Na tak salahkan dia seratus peratus atas keruntuhan rumah tangga lelaki tue.  Simple because, it takes TWO to tango right?  Cuma Na kesal dengan tindakan dia memaki-hamun bekas isteri suaminya.


Apa perlunya?  Tak pandai masak, then laki cari lain?  Tak pandai 'jaga', then laki cabut tempat lain?  Apa relevannya?  Dan apa threshold yang dia tetapkan dan konon si bekas isteri telah exceeded the limit?  Kalau pandai masak, pandai jaga then confirm laki takkan cari lain kah?  Ada assurance ke?  I don't think so.  U better think twice.  ;)


Since dia dah berjaya menikah dengan lelaki idaman dia, Na doakan dia bahagia.  Tutup buku lama, fokus dengan kehidupan sekarang.  Belajar masak sedap2, belajar 'jaga' suami elok2, then Insya Allah dia takkan tinggalkan anda.  Tak payah nak sibuk dengan bekas isteri suami anda.  Sebab, suami tetap kena bagi nafkah kat bekas isteri.  Hubungan bapa dan anak or sebaliknya tak boleh terputus.  Maka, let it be.


Dan sighhh...  Terkejut dengan statistik terbaru.  1 pasangan bercerai setiap 15 minit?  Tapi itu data as at 2009 kan?  So, ada possibility untuk penurunan.  Insya Allah.  Tak suka dengar berita tue.  :(  Macam perkahwinan dah tak ada erti.  Mintak dijauhkan, Amin.


Again, kena ada give and take.  Jangan asyik menerima hingga tak tahu dan tak mahu memberi dan vice versa. 


Insya Allah, Na doakan untuk semua pembaca and Na harap semua juga doakan Na bahagia ke hujung usia bersama the loved ones.  Amin.  ;p


Note : Harap Na boleh lupakan entry dalam blog tue.  Tak suka this feelings.


11 comments:

Liz Rohaizat said...

haaaaa... ada blog perempuan mcm tu? Astargfirullah. Tidakkah dia sedar yang perkara tu mungkin akan berbalik kepada dia dengan izin Allah?

hmmmm

cikmOt said...

hurmm...kadagn2 dalam berblog tak seme perkara kita kena ceritakan kan...tapi melalui yang na citer tu, cam dia berbangga dengan apa yang dia buat kan...hurmm

*Miss Geli^ said...

saya tak paham

awak maksudkan saya yang buat awak terganggu, atau isteri baru, atau bekas isteri..

sekrang saya terganggu pulak

*Miss Geli^ said...

oh, nak blog budak ingineer tu ke?

emellah, rasanya ingat lagi link dia kot..

ahkakgeli@yahoo.co.uk

CIK NANA said...

Ahkak geli : Alamak, mungkin statement Na tak clear! Huhuh.
1) Na dapat link isteri baru dari blog ahkak geli. So, TQ to ahkak sbb bagi peluang baca blog isteri baru.

2) Na tak selesa dengan blog isteri baru yang kata dekat bekas isteri.

3) Ahkak geli adalah perantara yang membuatkan Na jumpa blog isteri baru! Heheh, ahkak.. Jangan marah den!

Jangan terganggu eh? Owh, chop? Ahkak geli baca blog Nana?? -pengsan-

CIK NANA said...

Liz : Harapnya dia bahagia. Dunia akhirat, amin.

CIK NANA said...

Cikmot : Sebab tue Na terganggu, sebab rasa macam kurang sopan. Nak-nak kalau anak2 dah tahu baca. Kang anak2 tanya, "eh, Mama tak jaga papa elok2 eh?"
Huhuh.. sggh tak molek.

DaZzlingLilLy said...

masa tu dia tak kawin lg nana..sebab tu dia bleh lantang camtu..dia taktau betapa banyaknya tanggungjawab seorang isteri ni sampai tak sempat nak buat itu ini..harap2 skrang ni dia boleh fikir balik apa yg dia pernah tulis dulu..

CIK NANA said...

Kak Laily : K. laily pon tahu ek psl tue. Herm, skang dia kena fikir banyak kali la. ;)

Farah said...

huhu nak sangat carik blog pompuan tu..nak sangat tgk macammane yang die kate pandai sangat jaga laki tu..dunia ni bulat so beringatla yer.

wanie amerie said...

sub ada jgk baca entry tu kat dlm blog 'ahkak geli' la..ahkak geli ada gelarkan kat isteri baru tu dgn 'muka pisang'..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...