Monday, May 23, 2011

Makanan haram is everywhere...


Scheduled - entry : Will be away for 2 days course.


Kadang-kadang Na terfikir, apa benar diri ini suci dari makanan tidak halal?
:(
Apa betul tidak ada setitik pon makanan haram yang masuk dalam diri Na?
:(


Sejujurnya Na sangsi.
Kerana apa yang bebas tersedia di pasaraya, restoran etc juga bercampur boleh dan tidak.
Hanya ada garis lutsinar yang memisahkan.


Kita sudah berusaha.
Menjamu selera di kedai yang kita yakin akan kebersihannya, menetapi hukum hakamNya..
Namun kita lupa, itu hanya pada pandangan kasar.
Macam mana pula bahan makanan yang digunakan.
Ada yang diimport dari Thailand, datang straight dari India, dibawa khas dari Jepun etc.
Mustahil kita boleh belek semua info pasal bahan yang dimasukkan dalam hidangan kita.
Maka kita hanya mampu berserah.
Cuba memilih yang suci.
Yang tampak dari zahirnya.


Na rasa sudah sampai masanya.
Malaysia sebagai hab makanan halal ini, tegas dalam hal kesucian makanan.
Malaysia ini negara Islam.
Islam agama rasminya.
Melayu penduduk paling ramainya.
Maka harus mula firm dalam hal sebegini.


Kita memang ada undang2.
Cuma mungkin lack of reinforcement.
Mungkin sudah tiba masanya, kementerian terbabit turun padang melawat restoran2 terkenal.
Dari masa ke masa.
Dari hari ke hari.
Bekerjasama dengan NGO juga.
Agar yang syubhah boleh dihapuskan.


Dan..
Yang paling Na harap, pemberitahuan harus selalu dibuat.
Sentiasa menyampaikan maklumat pada pengguna.
Dan dedahkan saja nama restoran yang dalam siasatan, atau diragui, atau sudah terbukti kesalahannya.
Na tidak nampak kenapa perlu memberi hint saja.
Kopitiam yang terkenal, restoran barat di Ampang etc.
Just publish their name.


So that pengguna boleh mengelak.
Besar pahala berpesan-pesan sesama Islam.
Amin..

Insya Allah.





2 comments:

ezan said...

betulkan. skrg byk tempat yg kita ingat ok tp haram. cam secret recepi.. ikea meatball. ya ALLAH jadi takut nk mkn kat luar. :(

amethyst said...

kakak kiter ckp Ikea kne samak lg huhuhuh ban la dh meatballs die =(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...