Tuesday, March 8, 2011

Pinjamkan kail, agar mereka boleh memancing...

Bukan semua orang bernasib baik.
Bukan semua beruntung sabut.


Tengok cerita GEMILANG semalam, bukan sebab Shah Jaszle..  Bukan sebab Tiz Zaqyah.  Bukan sebab nama hero drama tue Saif..  ;)  Tapi sebab jalan cerita yang unik.  Not a typical Malay drama.  ;p  Berkisar tentang pendidikan.  Perjuangan menuntut ilmu.  Which is so close to Cik Nana.  Na anak pendidik.  Dibesarkan dengan peluh seorang 'lilin'.  I'm proud to be one!  ;) 


Na follow episod Gemilang nie.  Setiap Isnin, 9-10 mlm.  Semalam rasa terkesan dengan tindakan Saif dan Umar dalam membantu Raj.  Raj orang susah, tak berduit.  Mak dia kerja siang malam, tapi duit cuma cukup2 makan.  Adik Raj ada penyakit sawan.  Perlukan ubat.  That's why si Raj nie mencuri.  Untuk beli ubat adik dia.  Ingat, niat tidak akan sesekali menghalalkan cara.  Tapi kemiskinan sebenarnya membawa kepada kemungkaran.  And in this case, Raj dah tak nampak jalan keluar.  So, dia mencuri.


Bila Cikgu Umar and Cikgu Saif noticed pasal Raj nie, Raj malu and decided to quit from school and jual air untuk sara his life.  Sedih kan?  Both teachers decided to help Raj, bukan dengan bayarkan yuran sekolah.  Bukan dengan belikan ubat adik Raj.  Tapi dengan bagi sekotak makanan (one time contribution) + carikan kerja as a guard kat satu gudang.  Owh, sungguh tepat.


Kita tolong tunjukkan jalan kepada orang yang memerlukan.  And mereka perlu mencorakkan masa depan sendiri.  Kita tak boleh spoon feed dengan bagi duit, makanan setiap bulan.  Bagi mereka peluang pekerjaan.  Bagi mereka modal + bimbingan berniaga.


Kalau Na kaya suatu hari nanti, Insya Allah.  Na akan berikan kail..  Agar mereka dapat belajar memancing...






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...