Tuesday, March 15, 2011

Introvert vs extrovert


Introvert itu bukan tak guna.
Introvert bukan menyusahkan.
Introvert bukan menjengkelkan.

Kadang-kadang...

Introvert tidak banyak bunyi, tapi lebih berisi.
Introvert tidak meninggi diri, tapi lebih berbudi.
Introvert tidak melenting, tapi jangan la cuba kencing.

Selalunya..

Buatnya sejengkal, extrovert hurai sampai semeter.
Masalahnya seinci, extrovert bising macam seguni.

Peliknya..

Yang extrovert itu dipandang tinggi.
Extrovert juga dipuji-puji.
Extrovert jarang nak kena maki.
Extrovert disanjung sana-sini.

Jelik kan?  Tapi ini realiti..

Mana mungkin kita diiktiraf, kalau sunyi-sepi.
Kena bangun berdiri atas meja, angkat bakul sendiri.
Mana mungkin dipuji, kalau simpan sendiri.
Kena melaung beritahu seantero dunia ini.


Kamu pilih, kalau mahu terpilih.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...