Monday, January 3, 2011

Setahun > 3 tahun

Cepatnya masa berlalu.  Pejam celik, esok (4th January 2011) genap SETAHUN Na disini.  Control Na, jangan menangis..  Huh, terharu betul.  Recap sikit, Na bertegas untuk tinggalkan tanduk dalam mencari gading.  Na lepaskan air di tempayan semata-mata keinginan untuk menadah air hujan yang membuak-buak.  Tapi Na cuba pastikan tidak tercicir apa yang dikendong....  Itu janji Na pada diri sendiri.


Biarpun ramai yang menghalang, Na tekad.  I truly believe, opportunity does not come often.  Dengan hati yang berat, tapi dengan minda yang terbuka...  Na tinggalkan A untuk bersama B.  As a summary, keadaan tidak seindah yang diharapkan pada mulanya.  Alhamdulillah Na mampu bertahan.  Setelah hampir setahun, Na boleh katakan yang rumput di sini nampaknya lebih hijau dari sebelah sana.  :p


Na bersyukur sebab berani mengambil risiko, tinggalkan sesuatu yang Na sudah comfortable with and try something that I have zero knowledge.  Fuh, that was so challenging.  Tapi hari nie, Na sudah mampu tersenyum dengan apa yang dah Na pelajari.  Alhamdulillah.  Tipu la kalau kata tak stress langsung kan???  Harus la ada tension sana sini sikit2...  Normal la kan?  


So, I think I made a great decision to be a project-based staff.  Hopefully I'll get the opportunity to be attached to the new projects ahead..  ;p


Yang lebih manis - I'll be completing my 4 years bondage with MBB on 05th Feb 2011.  Alhamdulillah.


Tajuk ialah tersirat, boleh cuba menelah...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...