Saturday, January 22, 2011

Mimpi

How to start?  Herm..  Na tengah menganalisis mimpi-mimpi yang pernah Na lalui.  :p  Mod kadar kekerapan Na bermimpi adalah sedang-sedang saja.  Tidaklah setiap malam bermimpi.  Over kot!  Heheh..  Na rasa trend mimpi Na berubah mengikut status dan keadaan pemimpi.  Jom kita check kisah mimpi Cik Nana.

Bujang la la la
Waktu bujang, tanggungjawab adalah ringan.  Bukan sifar, tetapi sedikit.  So, minda tenang tak bergelut fikir macam2.  Paling kuat pun fikir pasal study, assignment tak siap, dapat 4 flat tak sem nie, sempat ke naik train balik umah nie, and etc.  Sorry eh, Na takde masa nak main cinta waktu study dulu.   Takde la nak angau mimpi pasal pakwe ke apa ke.  Heheh.. Hasilnya sangat kurang mimpi.  Paling kuat pun mimpi tertinggal ketapi.  Owh, dulu Na pelanggan tetap KTM Bangkok-->Singapore.  Na naik dari Arau --> Sg Petani.  Murah dan mudah.  
Kesimpulan : kurang mimpi!


Berkahwin
Owh, tanggungjawab dah mula bercambah.  Dari uno jadi duo.  Heheh..  Tapi kadar bermimpi masih terkawal.  And kalau mimpi pun pasal nak bersalin.  Tapi fakta dalam mimpi sangat susah untuk diingati.  Maknanya mimpi tanpa details.  Esoknya Na cuma tahu Na mimpi nak bersalin.  Kat mana, sape yang ada, Gynae nama apa, Na tak boleh jawab. 
Kesimpulan : mula bermimpi, tetapi tanpa details.


Being a MAMA
Ok, nie mula kronik!  Especially first few months bergelar ibu.  Huhuh, bermimpi almost every night.  Subject ialah SAIF RIZQ.  Selalunya mimpi yang Saif hilang,  Saif takde kat sebelah, Saif jatuh katil, Saif itu, Saif ini.  Dan mimpi nie bertambah kritikal sebab bercampur dengan mengigau!  Bersyukur sebab hubby tabah beristerikan pengigau tegar!!  huhuh!  Kalau mengigau tue, Na siap boleh berlari cari Saif kat ruang tamu, padahal Saif sedap je tidur sebelah Na.  OMG.  Macam2 lagi.  My BIL pun pernah menyaksikan kakak ipar dia mengigau!!  Tidaaaaaaaaaaaaaaaaak!  Na andaikan keadaan tue berlaku sebab Na asyik fikirkan alam yang baru Na lalui.  Na dah ada tanggungjawab yang perlu ditatang.  That's why siap termimpi2!
Kesimpulan : subjek mimpi sangat jelas, dan mimpi berulang-ulang membawa kepada igauan! 


NOW
Saif dah almost 2 years.  Na dah boleh menyesuaikan diri sebagai supermama!  Hehehe.  Sekarang Na mimpi pasal lain pulak.  Mimpi yang Na tak suka.  Huhuh.  Na mimpi pasal kerja.  OMG, so not me!  :(  Sekarang, mimpi makin jelas.  Na nampak subjek dan predikat.  Hahah..  Na mimpikan segala-galanya!!!  Huhuh.  Contoh mimpi yang latest.  Na mimpi Na berjalan dengan muka mencuka, jumpa consultant (yang mmg attached to my work), and then dia explain kat Na bla bla depan skrin PC yang ada system A.  Na boleh nampak each tab/field kat system A tue.  And bila terjaga, Na boleh ingat SEGALA-GALANYA dengan sangat jelas!  Hish!  Dan semua benda dalam mimpi tue wujud!  I don't like.
Kesimpulan : Keseluruhan mimpi sangat jelas dan tepat.


Na akan cuba cool and chill.  Taknak fikir sangat pasal keja.  Sebab mimpi pasal kerja adalah TIDAK BEST!  I have spent 9 hours min at work, and now masa singkat dekat rumah pun nak mimpi pasal kerja?  Gosh!  I hate that!  Hah, nie tulis pasal kerja lagi..  Ada yang mimpi lagi malam nie kang!




2 comments:

Liz Rohaizat said...

wah, ingat lg mimpi masa bujang? hebat!!! haha, tp rasanya mmg kalau dah ada anak, byk mimpi psl anak. tp saya jarang mimpi la. hubby yg selalu mimpi. mimpi dia yg paling mengarut yg saya pernah dgr ialah :

kami pergi blk kampung (tak tau kampung sapa tp dari dia punya description, bkn kampung kami langsung). tgh elok2 dia duduk kat beranda, dia nampak sorang perempuan berbaju putih berambut panjang tgh jalan kat jalan raya depan rumah. dia nampak perempuan tu dukung batrisyia. dia pun jerit la. sekali perempuan tu puntianak. dia pun kejar puntianak tu sambil jerit, "pulangkan.. pulangkan". dia x sure batrisyia nangis ke tak time tu. dok tgh kejar2 tu, dia terbangun.

CIK NANA said...

Liz, memang ingat. Heheh, sebab jarang mimpi kot dulu.

Eh, agak-agak Maya Karin kot yang bwk batrisyia tue? ;p

Nasib baik Liz tak tekejut bla dgr hubby jerit.. ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...