Tuesday, January 18, 2011

Ghairah mengejar keuntungan, terlupa etika menjual...

Bila terbaca blog Azza, terus Na teringat pengalaman Na sendiri.  Bukan pasal penjaga pantang Shadira Beauty, tapi masih berkisar tentang perkhidmatan la.  Lepas bersalin, kebetulan pula Nenek yang sepatutnya mengurut Na jatuh sakit.  Sangat unexpected.  So, Na terpaksa cari pengganti.


Teringat kawan Na yang ada spa.  So, I called her asking whether she provides the post-natal massage etc.  Dia terus excited cakap ada, and cakap ramai sangat dah urut dengan this makcik and really satisfied with the service and whatnot.  Disebabkan percaya dengan seorang kawan, Na pun ambil package urut, sauna, mandi rempah untuk tiga hari.  Please note that I could have such a session at the Serenity Spa at the same cost.  Meaning to say, that was quite pricey sebab tempat tue kat Sungai Petani, Kedah okeh? 


Hari pertama :  Bapak hantar Na and terkejut sangat bila sampai kat deret kedai ala-ala kedai kat pekan koboi.  I knew that she has another spa yang besar dan cantik.  I asked her straight away, and dia cakap kat sana penuh.  That's why I bagi U service kat sini.  Jangan risau, service sama jek.  Ok fine, duit dah bayar.  I try dulu.  Sauna macam biasa.  And then, Makcik urut pun sampai.  Orang Indonesia.  Padahal dia janji, orang Melayu kita.  Sekali lagi, frustrated.  Na tanya Makcik tue, sejak bila mengurut etc.  Dia cakap, 'sebenarnya saya pembantu rumah Kak ****, saya tolong urut saja..'  OMG.  Macam nie kau berniaga ke?  Serious Na sedih sangat.  Sebab dia dah mengakibatkan Na terdedah pada risiko.  Makcik tue cuma maid biasa, tapi ko suruh urut perempuan yang baru bersalin???  Memang Na marah, bila Na tanya.  Dia kata Makcik melayu yang dijanjikan tue tak dapat datang.  Na rasa dia dah menipu untuk mendapatkan pelanggan.  Na tak suka.  And hampir2 Na tak halalkan duit yang dah Na bayar, tapi Mama tak bagi.  Mama kata, baik kita maafkan sesama manusia and berdoa agar dia sedar kekhilafannya.  Insya Allah.


Hari kedua, Na cuma datang untuk sauna dan facial.  Then Kak **** terus pujuk Na suruh amik lagi macam2 package spa lain tanpa rasa bersalah.  And then pujuk Na beli slimming product, corset, etc.  "Akak pakai produk A nie.. OK, bagus produk dia.."  Then bila Na tanya pasal produk B, dia cakap dia pakai jugak produk B.  Sungguh annoying.  Dah tue pujuk Na beli corset saiz S yang sudah tentu tak muat.  Tapi dia boleh cakap, muat la bla bla.  Sungguh tidak cerdik. 


That's it.  Na tak pernah pegi spa, salon dia dah since then.  Rasa tertipu!  Na perasan ramai yang hilang etika/pertimbangan dalam usaha untuk menjual/meraih keuntungan.  Benda tak bagus pun dijaja.  Benda yang tak dia tak guna pun dikata guna.  Dalam usaha meraih kepercayaan. 


Come on la wahai peniaga di luar sana.  I don't mind kalau you all nak berniaga.  Tapi berpijaklah di bumi nyata.  Janganlah merapu meraban tak tentu hala.  Sanggup menipu pula.  Rasanya lebih molek kalau berlaku jujur dan telus.  Orang akan lebih percaya.  Orang akan mula membeli pula.  



1 comment:

Elyn said...

susah nak cari orang yang betui2 ikhlas nak meniaga sekarang ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...