Thursday, December 30, 2010

Hujung minggu yang ditunggu

Selamat tinggal 2010.  Selamat datang 2011.


Ups, bila nak dapat diary neh?  Kalau tak dapat, then I need to use the one given by other co.  Huhuh...  So, esok cuti.  My family ada kat umah Na.  Makan sedap, sembang-sembang..  Best!


Lagi best sebab nak pegi PD hari Sabtu.  Yeah!!  Na harap boleh :-
1) Makan seafoods sedap
2) Makan aiskrim koneto tepi pantai makan kat umah tak best, makan tepi pantai sambil ditiup angin adalah sangat best!
3) Berjaya baca novel omputih yang pinjam kat Inaz sambil pakai topi besar
4) Mandi laut @ swimming pool whichever tak ramai orang


Bestnya.
Bye.  Jumpa tahun depan eh?



Menang, dipuji vs Kalah, dikeji...

Na ingat yang before this skuad bola sepak Harimau Malaya selalu kena kritik.  Sebab tak mempamerkan mutu permainan yang baik.  Kena hentam dalam paper, kena kutuk dalam TV, kena perli dalam blog, dekat FB & twitter sume takyah cakap la kan?  Memang tak mampu nak tepis la.  Huhuh...


Sekarang, or to be exact semalam?  Skuad yang sama, dipuji tinggi menggunung.  Owh come one, of course la sebab buat pertama kali berjaya menjulang AFF Suzuki Cup.  Semua paper buat liputan yang manis pasal nie, semua channel cover berita nie.  Blog, FB, twitter sume pun cerita yang sama.  Blog girlfriend Fahmi pun diserbu bagai nak rak.  Heheh...


Mesti ada yang kata?  Ah manusia, bila menang ko puji bagai nak rak.  Kalau kalah, kena maki bagai nak mati..  Owh, that's normal. 


Cuba bandingkan pemain bola professional nie dengan kita?  Kedua-dua bekerja.  Kita bekerja untuk syarikat and pemain bola bekerja untuk negara.  Kalau dah nama bekerja, mesti la kena perform.  Kalau kita tak buat keja betul2 or salah, harus la kena maki ngan bos kan?  Ok la, maki tue maybe perkataan yang kasar, Na ubah jadi tegur.  Sure bos akan tegur kan?  Silap2 kena marah sebab duit dah habis banyak untuk siapkan kerja tue, tapi kita tak berjaya siapkan accordingly.  On the other hand, kalau kita perform..  Timeline setahun, tapi kita dah siapkan kerja tue dalam masa 7 bulan...  Mesti la bos suka kat kita.  Puji, promote, silap2 bos bagi bonus RM 77 hebu!  ;p


Sama ja la dengan pemain bola tadi.. Bezanya, kita berkhidmat dengan syarikat.  Skop kita kecil.  Kalau kena kritik pun within the department/company only.  Beza dengan pemain Malaysia, skop diorang luas.  Kata berkhidmat untuk negara kan???  So, kena la tanggung risiko dikecam, dipuji semua nie.  So, my personal view on this matter is : N O R M A L.


Pemain bola kena terima la.  At the same time, peminat / penyokong sukan bola sepak pun kena la be matured sikit.  Support la our team.  Jangan main bambu jek.  Jaga la hati diorang jugak..  Hope all bosses out there akan take note on this.  Haha...





Cuti umum eh Jumaat nie?

Tahniah Harimau Malaya.  ;p  Bangga.  Heheh..  Walaupun tewas 2-1 di gelanggang lawan, tapi still mendahului dengan aggregate 4-2. 


Ups, ingat pesan Na.  Kalau kalah, terima dengan hati terbuka.  Kalau menang lak, relax sudah.  :)  Alhamdulillah, dapat extra cuti sehari.  Boleh pegi PD awal sket.  Sebab hubby tak dapat cuti Monday.  So, nak kena cari apartment/hotel hari nie.  Tak boleh tidak.  Kena jugak.  Hopefully ada lagi yang available.


Petang nie nak pegi beli kamera.  ;p 

Wednesday, December 29, 2010

Un - HAPPY HOUR -

OMG, I feel like crying now.  Hish, sedih la macam nie.  You know how bad I want 'that' things kan..?  :(


Herm, nampaknya bukan rezeki me kali nie.


- Bengang -


Boleh tak berkeras nak jugak??  Boleh kan kan kan?  Heheh....  Give it, or u'll lose me! ;p



Darabif burger vs Tutty Frutty

Malam Ahad lepas, hubby ajak keluar.  Dah malam waktu tue.  Na jarang keluar malam, or should I say Na jarang keluar umah?  Heheh...  Dah diajak, Cik Nana akur jek!  Ingat nak beli blouse kat IOI, tapi kedai tue tutup la pulak!  Hish!  Turun dengan hampa, terus singgah makan burger.


Pernah nampak kedai Darabif burger nie?  Na 1st time tengok, and masuk sebab tak ramai.  heheh..  Na order Lamb Glam Combo.  Hehe, nama mesti gempak!  Setelah dialih bahasa jadilah : Pakej burger kambing yang glamour.  Hahah...


Burger + Fries + Drink = RM 11.90.  Ok la kan?  Burger daging kambing dia sangat sedap!!!  Lembut gila daging tue.  Melt in yr mouth.  :p  Tak tipu, try la....  Yummy owh!


Tangan besar dan tangan kecik nie tak makan.  Diet.  Diorang try makan tutty frutty RM 18.  -pengsan-  Tapi diorang suka, then Mama happy la.  Na tak suka, huhuh..  Kalau yogurt then OK with me.  Tapi bila yogurt yang di aiskrimkan...  Pelik sikit!  Huhuh....


Asyik entry makan je lately kan?  Hish, apa nak jadik Cik Nana nie?



Chakri Palace is just a SO-SO

Balik dari tengok Maktok, hubby ajak lunch kat KLCC.  Na OK jek.  Heheh..  Jalan punya jalan, terasa nak try makan kat Chakri Palace.


So, this is the Cik Puan Nana.


En buah hati.


Bos besar.  Tengah makan aiskrim.  Baru duduk diam sket.  Kalau tak asyik nak berlari jek.  Papa cabut ceri tue sebab takut ganggu Saif nak makan.  Tapi Saif marah, dia letak balik ceri atas aiskrim!


Okeh, nie baru betul!  Aiskrim tue dihabiskan oleh Cik Nana yea.  Sebab Saif sibuk nak tengok tingkap la tue la nie la.


Tomyam nama panjang yang ada tulis recommended by chef.  Mangkuk kecik jek.  Huhuh...  Udang besar sekor, udang kecik 3-4 ekor, sotong 3-4 potong.  Mushroom hidup segan mati tak mahu.  That's it.  Rasa biasa saja.  Takde apa yang nak dibanggakan pun.  Malah Alissara sepuluh kali lagi sedap!


Na amik isi ayam with honey nie.  Macam sate.  Yang ni sedap.  Tapi sekadar sedap biasa je la.  Takde la nangis2 punya sedap.


Rasa kurang, hubby tambah kailan ikan masin.


Nie 3 menu yang kitorang order.  Dengan fresh orange + watermelon masam.  Harga = RM105.60.  Nilai yang agak besar untuk makanan biasa-biasa saja.  Lepas nie kalau nak makan tomyam, I better go to Alissara jek!


Dah abih makan.  Bagi chance Saif naik keta nie.  Suka dia.  Bising! 
Na tengah happy nie.  Sebab balik karang ada my family kat umah!  Yeah!

Tuesday, December 28, 2010

Tiada jodoh dengan Columbia Asia Hosp rasanya...

Ingat tak entry Na mengamuk sebab annoying hiccup yang berlaku during Pre & Post Admission at Columbia Asia Hosp, Puchong?


Disebabkan rasa marah yang dah tak terkawal, I have paid RM 300 as a deposit so that I can go home prior to the settlement of the bills by Medijaring.  Kalau tak, mungkin Na kena tidur dalam wad lagi sebab bila Na call hospital esoknya pun belum settle lagi masalah nie.


Selepas DUA hari, Na email customer care untuk update & complaint.  Barulah CAH settle with Medijaring.  And CAH has refunded the deposit to my debit card, and informed me that the refund may take about one month to be reflected in my account.


Malangnya, selepas 35 days..  I haven't receive my money yet.  I have mailed Pn Intan, CAH on this matter and she has investigated and found that the refund has been rejected due to the wrong ref no.  Na tak marah la kali nie, sebab cuma nak tunggu duit.  Bukannya stuck in the ward mcm kes hari tue.  So, ok la.  I'm waiting for the fund to be credited back.


Nie ada satu lagi cerita pasal CAH.  On 14th December 2010, I have called CAH twice at 2.00 pm & 2.36 pm.  I wanted to know the Antibiotic name that Saif's allergic with.  Malangnya, the nurse keeps asking me some silly questions...
1. " Bila doctor tulis nama ubat tue?"
2. " Bila last time Puan datang?"
3. "Puan ingat tak tarikh Puan bagitau nama antibiotic tue dekat doctor?"


If I were to remember date docs write the details in yr record, obviously I would remember the antibiotics name!


The nurse couldn't find the info in Saif's record and I suggested her to revert once she got the details..  To no avail.  Till today.


So, that's it about CAH.  I will request for full medical reports of lil baby and move to another hospital.  :(  Bye CAH, tq for everything!



Updated dd 03/01/11
I have received the deposit refund on 01/01/11.  The end. 




Cik Nana's family gone cute.


Ok, tunggu Mama balik nanti.  Siap Mama geget kamu!  :p  Semua topi dan funky specs dipinjam dari Amanda.  TQ Manda.


Now Na dah dapat bayangan sikit.  What would my future daughter looks like.  :p  Ady, Saif tak cucuk Botox tau.  Memang dia ada high cheek bone.


Okeh, tangan dua-dua belah pegang anggur sambil pose. 


Mana aci Saif jek yang cute.  Do I look materialistic?  Hahahah...


Alamak, Na panggil ni spec pukul lalat.  Na perasan rappers sokmo pakai spec nie.  Nampak ke eh?  Now I know the answer, nampak belang2 la..  Sebab tue kot penyanyi selalu pakai, nak kurangkan nervousness on stage.  :p


Papa pon nak try pinkie spec jugak!!!


Saif tengah main bola pun boleh stop.  Pelik tengok Mama & Papa camwhore.  Heheh...


Tak tahan, Saif masuk menyibuk celah Mama & Papa.


Owh Ok, I look like pengurus artis yang mata duitan tengah tunggu anak nak perform on stage. 


Entry diakhiri dengan tuan punya blog la.  Selamat bekerja.  Hope tersenyum bila baca blog Cik Nana.
(",)



Hate Malaysia

Fuh, sakit pulak mata bila nampak issue paling panas masa kini di web.  Sumpah annoying okeh?  Kalah bola, tak boleh terima, terus hate Malaysia?  Apa kes?


Sebelum ni ganyang Malaysia.  Yang sebelum tue Na dah lupa nama 'kempen' diorang.  Sebab terlalu banyak..  :p


Come on la, kita kan serumpun.  Itu yang pemimpin sana sini laung.  Serumpun kenalah sejiwa.  Kena la sehati.  Ini tak, salah sikit je bawak parang nak cantas kepala.  Silap sikit, pijak bendera Malaysia.


Hopefully, Malaysian will not go to that extend.  Chill sudah.  Kalau kalah, kalah la.  Kalau menang lak, takyah la poyo nak gi jolok sarang tebuan.  Relax sudah.  :)


Noted, diorang marah betul kat Malaysia sebab maid diorang banyak didera.  Bagus la kan backing rakyat.  Tapi cuba tengok on the other side pulak, berapa ramai maid yang buat perangai?  Lari bawak segenggam barang kemas, pijak baby, masukkan benda kotor dlm food sebab marah ngan majikan?  Belum lagi geng pecah rumah, ada jugak warga asing kan?  See, dua-dua pihak pon ada salah kan?  Kenapa kita takde kempen, ganyang Indonesia?? 


Anda jawab sendiri la.


Kalau ada bencana alam, kita turun padang bantu.  Sebab kita serumpun, berjiran...


Lepas nie hopefully takde lagi ridiculous kempen macam nie.  Sungguh menjengkelkan.  Plus tidak menampakkan sisi cerdik manusia.  Enuff said.




Monday, December 27, 2010

Saif Rizq


Saif nangis sebab dia nak hp.  Dia nak amik pics seniri.


Pasrah sebab Mama bertegas taknak bagi.  Muka moncung!


On the way pegi tengok nenek.  :p  Moga Maktok sihat selalu, panjang umur, diredhai Ilahi.  Amin..  I love u so much!  :(


Panas, so Saif pakai topi.  Aah, dalam keta pon bertopi.  Maklumlah, putera lilin.


Muka still mencuka sebab Mama still capturing him.  Kalau dia moody, mmg taknak posing langsung.  Huhuh...  Kuat merajuk macam Na.


Ok, dah pukul 8 pagi -->  Masa untuk tidur.  Sebab Saif bangun pukul 6 pagi, so by 8 am dia dah layu.  :p


I think the cap is cute.  Ben 10, given by his bb sitter!  TQ kak uda.  Rasanya bb sitter banyak belikan Saif baju, topi, toys n etc.  Food takyah cakap la kan.  :)  Thank you so much for being such a nice assistant.

Maybank Scholarship Award is OPEN for public now!

To all students out there, don't miss the opportunity to become a Maybank scholar.
Read THIS for more details.


There are some changes to the pre requisite and the benefits.
Log on to the maybank official website NOW for further info!


Good luck peeps!

Bling bling


Comelnya housing tuh...
Geram!

 

Kaler gold pon ada.  Cun kan?



Banyak Hello Kitty!  Best2...  Tapi Na macam tak percaya bila jumpa something yang sepuluh kali lebih cute!!!!

















-pengsan-

All images are google ed



Lupakan kerja, makan dulu!


Mine


Inaz's


Ady's


Ours.


Sekali sekala keluar sama.  Release tensi.  :p  Nanti kita kuar lagi ek?  Maybe leh tambah ahli baru.  Yang sekapal je tau!



Sunday, December 26, 2010

Malaysia rocks!

3 - 0
Oh, this is amazing!
Hubby pegi tengok bola kat stadium.
Darah kuning Maybank Malaysia yang membara!
Cayalah.


Nanti main elok2 eh kat Jakarta?
Jangan nervous!
Chaiyok Malaysia!



Saturday, December 25, 2010

Bahan bacaan Cik Nana...

I used to read Eh! previously.  Zaman uni.  Suka sungguh dengan Eh! nie.  Thanks to K. Yati sebab introduce the mag.  Na suka bahasa yang digunakan.  Kreatif, sedap dibaca.  :)  Na minat Kak Wirda, editor Eh!.  Skang dia dah jadik editor Glam kalau tak salah.  Lepas tue Kak Rosie ambil alih..  And ada perubahan here and there.  Then Na dah tak minat. 


Sekarang Na suka baca Harmoni.  Sesuai la dengan status sebagai isteri, ibu sekarang nie.  :p  Banyak info dalam nie.  Suka tengok part Spa.  Heheh...


Then kalau rasa nak baca motivational article, nak tahu tips as a career woman..  Na akan beli Cleo.  :p  Na suka Cleo sebab English dia simple.  Sesuai dengan tahap diriku.  Huhuh....  


2 majalah tue yang Na baca skang.  Tapi hari tue balik kampung, Na tengok banyak koleksi SOLUSI kat umah.  Na ambil satu and baca sambil relax atas buaian...  OMG, the mag is great!  Sarat info.  Paling best sebab semua issue akan dikupas oleh cendiakawan Islam.  So, Na rasa dah jumpa another good magazine.  Cuma Na belum pernah cari kat KL.  Ada ke tak ek? 


Korang baca majalah apa?

All images are google ed.

Friday, December 24, 2010

Katakan tidak pada MLM

Heheh..

Na suka baca blog Aidid.

Meh singgah jangan malu2.

Klik SINI.

Go Aidid Go!

Burung apa? Burung puyuh... Burung apa? Burung tekukur...

This is my kampung boy!  Heheh, 2 or 3 tahun lagi sure dah pandai pegi mancing ikan or mandi kat parit.   Proud of u bebeh!  :)  Ingat tak Na pernah cerita yang Na ada cabut bulu puyuh hari tue?  Ha, adik ipar Na bela puyuh.  Banyak jugak la.  Tapi skang dah kurang sebab kalau Na balik kampung je Abah sembelih burung.  Heheh...  Jangan marah eh Adik?


Sehari, banyak kali Saif akan pegi tengok puyuh tue.  Suka dia.  Siap suh Papa keluarkan puyuh tue.  Mama tak berani!  Kucing pun Na tak pegang, apatah lagi binatang yang lagi lincah nie. 


Saif nak pegang sendiri.  Taknak Papa kacau!  Senget-senget Saif nak tarik puyuh dari Papa.


Like father like son.  Saif macam nak ramas jek puyuh nie.


Nie pulak burung tekukur. 


Yang nie Saif takut sikit sebab dia asyik menggelepar jek.. Tapi Saif belai-belai jugak la.  Na lari terus.  Amik gambar jek dari jauh!


Dah main burung sana sini.  Masa untuk mandi!  :p  Mandi kat luar tau.  Suka Saif.  Sebab ayam2 dok tengok dia mandi.  Boleh dia sembur air kat ayam tue.  Heheh...


Balik KL..  Tengok, Saif dah letih..  Sure dia teringat-ingat kenangan indah bermain dengan burung.  :p  Nanti kita balik lagi sayang.  Don't worry!




Terdesak mahu ini...

Mahu beli birthday gift for lil Saif.  Owh ok, belum sampai lagi birthday dia.  Tapi I wanna buy something to him... 


It would be great if I could give them to him.  Saif akan jerit "pin Ma, pin!" bila nampak Upin & Ipin kat mana-mana.  Tak kisah la kat TV ke, paper ke, shopping complex, billboard..  Everywhere!  Suka sungguh dia kat budak botak 2 orang tue! 


Lepas google sana sini..  Na nak beli IPIN kat SINI.  Hubby tak bagi beli UPIN sebab takut Saif geget rambut sejemput UPIN tue.  Outlet kat Maju Junction.  Haish, susah pulak nak pegi.  Na nak beli online je la kot.  Ke korang tahu ada tempat yang ada jual patung IPIN yang lebih comel and senang cari?  Tunggu ek Saif.  Mama akan cari.  Just for u!


Images are google ed.   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...