Tuesday, November 30, 2010

Kalau yang terbunuh itu kamu?

Kebelakangan nie banyak tragedi yang mengakibatkan nyawa melayang.

Kemalangan.
Banjir.
Lemas.
Gempa bumi.


Apabila ada nyawa yang terkorban, semestinya ada insan yang akan berduka.
Suami / Isteri / Anak / Rakan / Keluarga
Mereka boleh jadi trauma kerana tragedi tersebut menyebabkan mereka kehilangan insan yang tersayang.


Macam trend pulak semua blogger, paper, TV berlumba-lumba nak publish gambar mayat yang terkorban.
Ada yang putus kaki.
Yang terkulai leher.
Terburai perut.
Pecah muka.
Hancur tangan.


?
Zaman makin maju, dengan satu klik saja orang boleh share di FB, youtube.
Ada pulak yang pendek akal, LIKE pula video kemalangan tue..
LIKE = SUKA
Apa yang kamu suka?
Suka sebab mangsa terkorban?
Suka tengok cara mangsa meninggal?
Suka tengok kecederaan mangsa?
Suka tengok kualiti video?


Come on, cuba bayangkan keluarga kamu yang terkorban.
Apa kamu suka gambar ahli keluarga kamu yang sudah tidak sempurna sifat tersebar?
Ditayang / di publish / di share/ di LIKE merata-rata? 
Kamu tak suka kan?


Yang lebih teruk, bayangkan kamu sendiri yang terkorban.
Kemudian kawan kamu share video kemalangan kamu.
Terpapar gambar kamu dengan kepala yang hancur, tangan putus, seluar terlondeh, kasut sebelah terpelanting, darah bersembur..
Kamu suka ke?
Kasihan anak kamu.
Kasihan isteri / suami kamu.
Terpaksa menahan sebak setiap kali ternampak gambar kamu yang sugguh menyayat hati.
:(


Sudahlah.
Tak payah share gambar yang boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa.
Ada akal kan?
Pakai la!


2 lucky readers are...

Selepas dicabut...
Pemenang bertuah ialah :-


LIZ ROHAIZAT
untuk
Gelang Kristal & Pearl dari KK



ZUNETA
untuk
Fridge Magnet of Floating Market, Bangkok

 
Tahniah untuk Liz and Zuneta.
Na dah email both of u.
Please gimme ur address k?

 


Monday, November 29, 2010

Bangkok : Chatuchak flea mkt, foods, transport

Last day in Bangkok, kitorang bangun awal.  Breakfast Maggi Cup at hotel cafe.  And then menapak pegi LRT station, untuk ke Pasar Chatuchak. 




Hah, bukti bahawa kami naik train i/o tut tut or taxi tau.  Owh, sebut pasal tut tut nak cerita sket.  Na naik tut tut dari Plaza MBK to Asia Hotel which is 10-15 mins walking distance and kena bayar 40 baht (4 hengget).  Gila laju diorang bawak.  Rasa nak terbang dari tut tut.  Huhuh, tak sesuai kalau bawak kids. :( 


And most of the taxi kat Bangkok = ALTIS.  Hello, kat Mesia menggigil nak pakai ALTIS, kat sana buat taxi jek?  Huhu..  Tapi kan, tambang taxi and tut tut lebih kurang sama tau.  So, better naik ALTIS la kan.  :)  Kalau nak merasa, then sekali naik tut tut and the rest naik cab tau.  Tapi Na banyak naik LRT kat sana. 



Cik Nana tengah eksen konon2 nak amik duit.

Ada yang kena withdraw duit sebab dah abih.  :)  Na bawak RM 1k ++ jek untuk both me & hubby's expenses, tapi still tak habih.  Na cuma beli beg NARAYA yang comel, beli kasut converse for me & hubby (kasut dia murah RM 40 to RM100 compared to local) and baju Saif. 


Na memang tak shoping sangat.  Na bukan kaki shopping.  Na lebih suka jalan2.  Macam pegi Genting, Pulau etc.





Tak ramai sangat.  Semua dapat tempat duduk.  Maybe sebab weekend, and still awal pagi.  Owh, dekat LRT station, shopping complex ada tentera tau.  Yang pakai baju celoreng2 and pegang senapang tue.  Takut gak mula2.  Tapi lama2 dah get used to it.  Maybe sebab kes 'baju merah' dulu tue kot.  Nak masuk MBK pon kena scan macam kat Airport tue.  And then diorang akan check beg kita.  Specially kalau pakai tudung.


Dah sampai Chatuchak.  Waktu kat LRT tue, tengah berjalan nak turun tangga..  Tiba2 semua orang statik tak bergerak.  Ingatkan Na kena prank ke apa ke..  Rupanya tengah pasang lagu kebangsaan Thailand.  TWO thumbs up.  Semua orang STOP tak gerak.  Gila patriotik!  Bagus2..  Kitorang pun berhenti jalan, respect babe.  Masuk kandang kambing, mengembek.  :)


Beg cantik2.  Chatuchak flea market nie memang besar gila.  Korang pernah pegi Padang Besar?  Sila kali 10 kali (or even more)..  Memang besar gila.  Setingkat jek.  Siap ada map and information counter. 


Kot2 la sesat dalam tue.  Na tak pusing abih pon.  Penat babe.  Ada souvenirs, ada barang rumah (lampu, perabot etc), ada beg, ada makanan.  Ish, macam2 ada.  Owh. jangan lupa mintak tawar tau.  Peniaga dia ada yang friendly, ada yang hangen.  So, pandai2 la ek.


Na beli baju Saif, kain lap tangan.  Tue je kot.  And then dah tak larat jalan2 tengok kasut, baju then terus beli mangga + anggur.  Again?  Heheh, asyik makan buah je la kitorang kat sana.  Pastu terus balik hotel, sebab nak lunch.  Lapar babe!  Kat sana kelaparan sket, sebab kitorang bergantung kat 2 Muslim restaurants near the hotel.  So bila keluar dari kawasan hotel, susah sket ar.  





RESTORAN 1 : MAK YAH.
Sebut betul2, bukan maknyah tau.  Restoran nie tepi jalan.  Kalau jalan kaki, 10-15mins from Asia Hotel.  Air cond, kemas, bersih, cantik.  Harga mahal sikit.  Tomyam putih + kailan ikan masin + telur bungkus + nasi putih 2 + air epal + air oren = RM 68.  Mahal jugak la.  Service malam pertama OK la tak cepat but tak lambat sangat, masuk malam kedua lambat gila.  Sejam lebih tau.  So, korang fikir sendiri la ek?



RESTORAN 2 : FARIDA FATORNEE
Nama macam restoran mamak kan?  Kedai nie biasa jek, takde aircond.  10-15 mins gak kalau jalan dari Asia Hotel.  Tapi Ya Allah, sedap sungguh tomyam dia.  Sangat2 sedap. :)  Cepat dan murah.  Na order ikan kembung masak pedas 2 + kangkung goreng belacan + tomyam seafood + sambal belacan timun + teh ais 2 = RM45.  So, highly recommended.


Dekat Chatuchak pon ada kedai Muslim, tapi keadaannya kurang memuaskan.  So, kitorang tak makan situ la.  :)  Pas lunch, kitorang packing then terus check out.  Kitorang naik train jugak pegi Airport. 


Tengok beg Naraya kaler pink baru beli untuk Saif. :) RM 24.50 jek. Na tengok kat KLCC, same bag with diff colour = RM199. Pengsan.


1st time naik flight malam.  Cantiknya tengok view kat luar.  Pastu tidur berdua.  (",)


Dah selamat sampai di LCCT.  Bye bye Bangkok.  Banyak kenangan manis.  Semoga ada jodoh pegi lagi.  Ok peeps, nie entry terakhir pasal Bangkok.  No more after this.  :) 


Yang nak baca balik boleh klik SINI.


Cabut bulu puyuh

Na amik cuti last Friday.  Balik kampung.  Hujan jugak sepanjang perjalanan.  Sampai umah jek tengok Mak dah siap masak sambal keli.  Hubby's favvy.  Terus makan dengan penuh selera.  Heheh..


Saif mula2 still malu2 ngan Tokwan + Tok.  Dah lama sket baru OK.  Taknak dok dalam umah langsung.  Asyik keluar jek.  Maklumlah, selama nie dok dalam 'rumah burung'..  Dah dapat peluang dok kampung, tanah lak luas..  Apa lagi...  Jalan sana sini.


Pastu asyik pujuk Papa naik motor.  Suka Saif boleh bonceng motor sambil tengok ayam, angsa, kambing, lembu, bangau, ayam piru etc..  Tak payah pegi zoo.


Hari kedua tolong Abah sembelih puyuh.  Hehe, puyuh bela.  First time Na tengok penyembelihan.  Ups, jangan rasa kesian.  Sebab tue memang makanan kita.  Saif pun tengok.  :)  Lepas dah siap sembelih, Na tolong Mak cabut bulu puyuh.  Badan puyuh tue still panas.  Pengalaman beb.  Berpeluh gak nak cabut bulu puyuh sampai licin.  Tapi seronok.


Hari ketiga Mak masak gulai sembilang ngan daging masak hitam.  Fuiyo....  Sedap gila.  Dah la Na memang suka sembilang!  Petang Mak masak laksa.  Yummeh!  Mak siap tapaukan lauk + laksa kat kitorang.  Dalam pukul 4 pm bertolak balik KL.  Hujan jugak sepanjang jalan.  Sampai umah dalam pukul 8.00 pm ++.  Saif dah selamat tido dalam keta. 


Bulan Dec nanti insya Allah balik kampung Na pulak.  Owh, Na belum cabut undi ek?  Bagi Na masa sket ek.  Insya Allah, by tomorrow dah boleh tahu siapa yang bertuah.  Tunggu ek?


Nanti nak pegi buat Pap Smear.  Tapi tak sure lagi kat mana..  Yang pasti, bukan di CAH. :)




Saturday, November 27, 2010

Giveaway : Ikhlas dari Cik Nana!

Static entry till 26/11/10
Please scroll down for latest update.

Since I never organize any contest or else.
Today, I would give 2 small souvenirs to my readers.


Gelang tangan kristal + pearl from KK.


Fridge magnet from Bangkok.
So, apa yang anda perlu buat?


Just comment here ur :
1) Name
2) Email add

Bleh mula tinggal email skang until 26 November 2010.
Na akan cabut undi untuk tentukan pembaca bertuah!
:)

Wednesday, November 24, 2010

Bangkok Dreamworld : Rides, Parade & random pics

Ok, I promise this is the last entry on Dreamworld.  It might take several minutes to browse through all the funny + interesting + cute pics.  Do enjoy k?  And kalau nak pegi, jangan lupa pegi tempat yang Na ter skip.  Banyak lagi tempat best2 tapi dah tak sempat.  Owh, Tix counter close at 2pm tau!


Tak cukup2 naik monorail kat Mesia, kita naik lak kat Thailand.
Heheh..



Wah, macam gambar pengantin lak.
Hehe..
Photog of the day were Abg Fendi, Abg Jep.
TQ so much!
Jangan bosan ek, asik nmpk muka hani, hani dan hani...
:)



Then, kitorang singgah gerai beli raincoat ngan drinks.
Dahaga babe!
(",)


Siap dah pakai...
Heheh..
Nape pakai ek??
Sebab kitorang nak naik...


Yea...  Basah lencun woooo....  Ada lagi satu kitorang naik ride yg basah2 gak. Tapi takde gambar.  Jom kita tengok rides available in Dreamworld.  Sikit je tau..




KLCC tuh!!!



Jom naik keta ngan Na...
:)





Hahah, this is my hero!



* ahem * ahem *





Pokok pun pakai baju. 







Teka, Na amik gambar ngan benda apa yg besar belakang Na tue?  Ok, tengok gambar bawah ek?


Orang ditelan bumi.
:p


Rendangnya Cik Nana..



Kata Negara Gajah Putih, sure la ada gajah.  Bleh naik tau, pusing2 Dreamworld naik gajah.  Kelas ah!
(",)
And then ada perarakan tau.  Ada kereta berhias, ada maskot, ada orang tinggi dan mcm2 lagi la.  Jom cuci mata..








Itu sahaja..

Bye Dreamworld.
Highly recommended untuk sesiapa yang nak pegi Bangkok!
:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...