Tuesday, August 31, 2010

Buat apa hari Merdeka?

Hari nie cuti.  So, decided nak gi Twins Baby cari botol air Saif.  Tapi gagal.  Tak jumpa yang sesuai.
End up beli toys 8 hengget ngan pencuci botol susu.


Then terus gi Puchong Prima.  NuNuh's boutique.  Kedai pertama, and terus beli baju raya.  Hubby said that was so not me...  Apakah?


Dah cantik, beli je la.  Buat apa nak merayau gi kedai lain lak?  Kalau lepas nie kot2 TER berkenan kat baju lain, beli lagi.  Apa susah Bang?
Heheh...


So, tema sudah ada.  PURPLE.  Yeah, nanti Mama beli baju Saif k?


Pastu gi Kedai Paklang beli udang and ikan temenung.


Menu buka petang nie, sambal udang petai.
Hubby's favvy.



Masak lemak pucuk.
My favvy.


Ikan temenung goreng.
And...........
Home made cocktail.
Yummy.


Belum buat lagi.  Awal lagi neh.  Na tak suka mixed fruit sebab tak semua buah Na makan.  So, I bought my favvy's fruits only.  Laici, longan, nenas.  Tuang buah ikut selera ke dalam mangkuk, dan tambahkan susu cair.  Masukkan kiub ais.  Dan minum!!!!!!!!!!  Selepas azan tau.  :p


Sedap, dulu Na tak suka langsung cocktail nie.  Tak suka.  Then, hubby start buat kat umah.  Pastu makan kat umah SIL lak.  So, rasa sedap.  Terus addicted, siap influence my family lak.
Heheh...


Barang baik...

I need a favor.

Kalau sesiapa pernah singgah kat booth dalam shopping complex yang jual barang2 Natasha, Sendayu Tinggi, NV, Papaya and etc tue.

Perasan tak salesgirl tue akan pujuk kita beli barang A instead B?

Ok, kenapa salesgirl tue promote that things kat kita?


Adakah sebab :-

a) Barang A memang lebih bagus.

b) Dia dapat lebih komisyen untuk barang A.

c) Dia tengok muka pembeli, and straight away dia suggest what suit us perfectly.



Please, I need an honest answer.

:)


Monday, August 30, 2010

Bunga api malam merdeka..

Arrived home at 8++ pm.  Saif sudah ngantuk ting tong.  Tapi still he wanna play with us.  Terkekek gelak 3 orang kami.  Happy?  Sudah pasti!


Niat dihati nak tengok bunga api malam merdeka bertiga dari balkoni love nest kami.  Tapi Saif lebih dahulu hanyut dibuai mimpi.  Maka tinggalnya sepasang suami isteri.  Mungkin Ya, atau mungkin juga hanya ilusi.  Untuk kami berdua melihat bunga api, malam ini.


Alhamdulillah, sudah 20 hari kita berpuasa.  Masih full, tanpa lompong.  Suka.


Malam-malam begini, selalu renung kembali.  Dari zaman sendiri, hinggalah bergelar isteri.  Owh, indah sekali.  Transformasi diri, dari seribu gaji pakai seniri hinggalah sploh ribu gaji kongsi sefamili.  Angka hanyalah propaganda puisi.  Dari berbuka nasi bungkus, hinggalah di dapur bertungkus-lumus.  Sediakan makanan untuk mengikat perut yang mulus.


Juga seronok membelek gambar sendiri si manja.  Dari sekecil kucing, hinggalah ke besar panjang lari sana sini, jerit itu ini.  Bukankah semuanya manis?


Anak saya dari pandangan belakang.


Anak saya dari pandangan hadapan.


Anak saya dari pandangan separuh.

Selamat malam anak, selamat malam Malaysia.
Merdeka!


Terfikir..

Baca paper semalam.

4 orang remaja Cina yang membaling cat dan arak ke surau yang baru dibina bermaaf-maafan dengan ahli jawatankuasa surau dan penduduk setempat dalam satu majlis khas.

Bagus.

Elok juga kalau 2 remaja Melayu yang membakar gereja itu diberi peluang yang sama untuk bermaaf-maafan dengan pihak gereja.


 
Dan hey Namewee.
Ada sesiapa yang nak siasat dia?

Tentang cuti

Esok cuti.
Lusa hubby cuti, nak service keta.
Maklumlah, nak balik kampung!
Yea!!


And hari nie hubby duty, so kena stayback.
Sampai kul berapa?
Wallahhu'alam..


Hope boleh selesaikan semua keja cepat2.
Then nak off for Eid.
Then, nak enjoy kat KK.
Insya Allah.

Saturday, August 28, 2010

Tentang Masjid India, Jalan TAR!

Ok, tadi pagi pukul 10 am ++ Na pegi Masjid India ngan kaksu.
Hubby drop me at LRT, Sri Petaling, naik sampai Bandaraya.
Konon nak withdraw dulu kat MBB Sogo.
Tengok orang beratur, hampir nak pengsan...


Gi withdraw kat CIMB.
Then, gempur.
Orang adalah macam semut hurung gula.
-pengsan-


Na beli 1 baju kurung, 1 baju tidur, 1 baju jalan, 1 tudung, 1 kasut 4 my sis, baju for my dad, serunding daging.
:)
Eh, nape tak beli kat anak and hubby?
Sebab tahun nie kan hubby akan decide theme colour.
So, tunggu hubby decide dulu baru beli baju kat diorg.
Na takpe, yang tadi beli tue kira baju nak pakai gi keja.


I will never ever bring my baby to Masjid India during festive season macam nie.
Kesian weh..
Terkulai dalam stroller, tertidur kat luar Kamdar, kena seret celah manusia...
No
No
No


Itu Na, kalau orang nak bawak baby diorang, not my prob.
:)


I think, enuff of Masjid India/Jln TAR.



Friday, August 27, 2010

Saya kunci keyword neh!


Ushar-ushar nuffnang tadi.
Rasa nak tersenyum lak bila tengok keyword tue.
Terus rasa bersalah kalau betul la tudung ariapan tue wujud.
Huhuh...


Anak sakit sebab jangkit dari rakan kat nursery?


Disclaimer : Sila baca dengan minda yang terbuka

Saif pernah admitted, sebab terkena HFMD.
This is how it's started.
Ada sorang budak A yang mengalami symptom demam, air liur meleleh, takmau makan, biji2 merah kat tangan, mulut and etc.
But still, the parents sending her to bb sitter as usual.
When I saw her, I'll straight away think that the kid is sick.
:(


3 days later, Saif was down by high fever.
I brought him to the clinic and referred directly to specialist.
And there he was, admitted at Columbia Asia Hosp.
It was diagnosed as Hand, Foot & Mouth Disease.


Again, I thought of the budak A who had the similar symptom as my son and said..
"Owh, Saif jangkit dari dia.."


Saif was warded for 4 days.
And my parents bb sit him for another one week.
Meaning that, I ensure he's fully recovered before sending him to bb sitter.
And I felt a bit of angry, why parent of budak A did not do the same...
:(


But, an email sent to me is really rang a bell.
I was crying after read it.


Tentang syak wasangka, tuduh menuduh.
Kes yang ala-ala sama macam mine.
Anak-anak di nursery.
A jangkit from B and vice versa.


Ada satu ayat AL Quran yang dilampirkan buat Na terkesima jugak.
Macam mana kita nak pastikan memang budak A yang menjadi punca?
Virus masuk dalam badan manusia, and it depends on our antibody before merebak.
Boleh jadi, sebenarnya virus itu masuk dalam badan Saif dulu.
Sebab antibodi Saif kuat, then the symptom does not shows.
And Saif dah jangkitkan virus tue kat budak A.
And disebabkan antibody yang lemah, terus ketara symptom2 penyakit tue kat budak A.
Dan kemudian, antibodi Saif dah tak mampu melawan, maka virus tue shows.
Tell me, siapa pembawa di sini?
Yup, anak Na..


Na rasa it's possible.
Kita takkan tahu dari mana datangnya virus.
Kecuali kita buat ujian scientific dengan doctor.


Yang nak ditegaskan dalam email tue, jangan menuduh orang.
Sebab kalau salah, maka bertukar menjadi FITNAH.
So, I've learned a lesson.
Alhamdulillah.




On ur mark...

Get set!
Yet to GO!


Owh, Na mesti memperuntukkan masa yang ada untuk bergumbira sepuas2nya dengan family.
Sebelum...
Load of work.


Nervous, this is my 1st time being in project-based job.
Sangat nervous, yet excited.
Meh try push myself to the max.
Nak tengok apa jadi sama diri.
Heheh


Ish, dalam dok menggelabah leh gelak2 lagi.
:p
2 weeks saja, then off for Eid holiday.
Pastu keja lagi, dan lagi sampai cut over system.


In the meantime, nak prepare list of things that I need/want to buy using my hubby's bonus.
Yeah...


Owh, semalam beli sejenis kuih raya kat jualan Cahaya Kasih.
Balik, makan terus lepas iftar.
Sedapnya.
So, selapis kuih sudah habis.
Hari nie nak beli lagi.
:)


Saif tinggal kat umah with my sis.
Tak hantar bb sitter.
Tengok berjaya ke x my sis jaga itu budak.


Dan owh, semalam tak bangun sahur.
:0


Thursday, August 26, 2010

Hangen satu badan!

Betul, tak tipu.
Berangin satu badan.
Huhuh..


Rasa kembung2 badan.
Sesapa ada petua macam mana nak buang angin dalam badan?
Tak selesa.


Maybe kena gi berurut kan?
Bestnya kalau kena urut.
Nanti la carik, expertise kat kampung.


And hey, dah 16 hari puasa.
Alhamdulillah.

Wednesday, August 25, 2010

Bertih jagung

He's all grown up.
Berlari sana sini.
Memanjat itu ini.
Mulut petah berbunyi.
Itulah Saif Rizq penyeri.
Na perasan, Saif akan ulang2 perkataan yang dia sebut.
Lebih kurang macam iklan burung Murai dulu tue..
Huhuh...


Tatit = Sakit
Tatut = Takut
Titak = Bukak
Do = Tidur
Ting = Puting
Tutu = Susu
Nina = Ribena
Patok = Bapak Tok
Nani = Nani (perfect)
Mama
Papa
Pish = Fish
Hoooo Bar = Allahhuakbar (sambil sujud)
Di = Mandi
Yak = poo poo (buang air besar ye..)
Pes = Pampers
To ewe = Throw away


Tak cukup page nak tulis.
Heheh..
Sayang kamu budak tembam busuk masam Mama.


Sudah pandai merajuk la la la.
Susah nak pujuk sket kalau merajuk nie.
Tapi sekejap jek.
Baik sendiri.


Dah macam pelakon la pulak tengok gambar nie.
Heheh..



Tuesday, August 24, 2010

W.O.W

Bangga ngan diri sendiri.
Sekejap saja sakit hati.
Heheh, pastu pulih sendiri.
Bagus hati!


Na perasan ada kalangan muda-mudi budak sekolah yang baca blog Na.
From their email to me..
Na harap adik-adik ambil yang POSITIF saja dari blog K. Nana k?


I'm just an ordinary me.
Living in my ordinary life.
There's might be hiccup here and there.
Marah sana, suka sini.
So, please...
Pandai-pandai la adik2 tapis info dari this blog ok?


Owh, masih kagum dengan diri.
Semalam sangat tensi sampai sms my sifu (K.Diana, I'm refer to u!) meluahkan isi hati.
Good for me, NO REPLY.
Wakaka, cek tak marah aih.
Cek tau Akak tido dah!
Sori yek?


Sekelip mata, pagi nie rasa biasa.
BIASA.
Happy la la la.


Owh, maybe sebab sms dari Mama.
Buat Na girang sentiasa.
Yea.


And kawan2, kalau marah sila sabar.
Jangan mencarut tak tentu hala.
Peace



Monday, August 23, 2010

Expect the unexpected?

Sangat memerlukan encrypted entry skang.
But not in the mood to do those steps.


Maka, karang dalam hati.
Luah dalam diri.
Biar dengar dek telinga sendiri.
Baru puas kot rasa hati.


Sudah menjangkakan ini.
Tapi tak sangka perit sebegini.


Ish, geram.
Sudah Nana, pegi masuk tido.
Kang abih bersepai rahsia jiwa.


:(


Sunday, August 22, 2010

Makin hampir..

One step closer...

We should have implement IT long years ago..


But, it better late than never.

I felt like my voice has been acknowledged..


But I realized, this is what we as Malaysians want most.


May everything goes smoothly.

Amin.

And babies, may all of u happy living at the better place.



Membeli belah di Giant

Pagi-pagi bangun, bagi Saif makan nasik.
Pastu bagi Saif susu.
Then gerak ke kedai Pak Lang.
Beli ikan tongkol, ikan temenung, sotong, udang, mi, kuetiao, sayur bla bla stok seminggu.


Then singgah Giant beli groceries.
Owh, Saif mesti nak duduk 'dalam' troli.
Diulangi DALAM troli.
Saksikan sendiri...


Hehe, tengok rambut baru Saif.
Proudly cut by the one and only...
His PAPA!
Modus operandi senang jek : letak tempurung and potong rambut ikut design.
Just kidding.
Tapi I like this style.
Sangat comel.


Dah siap beli barang dapur, singgah kat tempat baju.
Ingat nak cari singlet kat Saif.
Sekali ternampak songkok.
Papa try satu kat Saif.


Pasrah jek diam.
Selalu bukan main susah nak letak topi kat dia.
(",)


Best betul hari nie.
Dapat beli nenas dalam tin.
And Papa bought my favvy kebab ayam.
Owh, sedap sungguh!!
Ups, belum makan but I know it already..
Selamat berbuka semua.


Saturday, August 21, 2010

Shhh, resipi rahsia

Semalam buka puasa di Secret Recipe.
Ada complimentary syrup and dates for all menu.
So, takyah la order air.
Jimat.
(",)


Hubby makan Blackpepper chic chop with rice.
Sedap jugak.
Licin.


And me ordered dory fillet with oyster sauce.
Sedap, cuma Na kena tambah cili sos bagi pedas sket.


Pastu teringin nak makan...

:

:

:

:

:


Owh, yummy.
Aiskrim kenangan sebab 1st time makan was on my 25th birtday.
Boyfriend belanja.
Skang dah jadik hubby.
:p


Sedap.
Satu kongsi berdua.
Habis.
Yilek.
Licin!



Friday, August 20, 2010

Lovely pinky comel lote


Comelnya!!!
Sukanya tengok.
(",)
Sesapa nak beli MyVi pink nie, sila jemput Cik Nana makan angin sket k?


18 bulan


Belek2 gambar, jumpa gambar tengah sengih nie.
I was 7 months pregnant at this point of time.
Makan Pizza Hut ngan hubby and my sis.


Dan hari nie, Saif genap SATU tahun ENAM bulan.
Sob sob sob.
Sayu jek rasa.
Sudah besar anak Mama.


(",)

Weekend, ASD, Nuri dan Raya la la la...

Sudah lepas satu cabaran.
Lega weh!
(",)


Esok cuti 2 hari.
Of course la happy.
Maybe tunaikan hajat hubby to Saba again.
Sian dia.


Other than that, laundry etc.
Nak watch CDs.
And enjoy the 2 days off with the loved ones.


Tahun nie, macam biasa.
My sis yang tukarkan duit, even cek keja bank jugak!
Huhuh, lebih selesa tukar ngan dia.
(",)


And duit raya Saif tahun nie, Na nak bukak Nuri (Bank Rakyat).
Saya mesti pilih!
Wakaka...


Tengok dividend ASD Saif 3%++ saja.
Tidak memberangsangkan.
Kena check balik sebab I rasa dividend should be 5-6%++...
I'll check and come back to share with u all k?
Tapi kalau ada yang dah tahu jawapan, meh cepat tggl komen habaq kat cek.
Tak yah la cek gi cari dah..
(",)


Nak cari ketayap kecik molek untuk anak teruna.
Roger Bapak Tok la suh belikan.
Tema raya belum ada.
Let hubby decides for this year.


Owh, gembira la la la.
Sebab lepas raya, kaki Na mungkin terikat di *******.
Maka, baik enjoy sementara boleh!!!



Thursday, August 19, 2010

2 budak putih melepak..


Hehe, Baby C and Baby S spent their quality time together..
In pool...
(",)


Baby C terror!!
Dah boleh swim.
Mommy jangan risau k??

Alamak Daddy, ngantuk la pulak.


Presented the lil swimmer and the instructor (wakaka) plus the cheerleaders!
 
Owh, ini anak saya.
Tergodek2 lagi.
(",)
Baby C, bila nak mai umah Cikna lagi??
 
 

Wednesday, August 18, 2010

Kerja bank, bonus banyak ke?

Ok, selepas sekian lama ditanya.
Hari nie Na ulas sket.
Sikit saja k?


The answer would be, it depends..

On which bank are u serving.

On which department are u working.

On what is ur title/position.

On how is ur performance.

On what is the bank's profit.

On how is the current economic condition.

And the list goes on...


One fine day, I was in the LRT from Tmn Bahagia to Plaza Rakyat.
Right in front of me are 3 people, talking about the advantages of working in banks.
Most probably they're not in this field ; assumed according to their nametag. :)


Guy A said that Bank A offers damn great benefits.
From no of leaves, to the maternity coverage.
Wow, I smile.


Lady X said, she heard that Bank B (which I'm currently working with) just gave out the bonuses to the staffs which are up to 6-10 months per person.
OMG.
The guy A and C are stunned and they're so amazed with the news.
End up with all of them agreed to send resume to Bank B.
(",)


This is what we call, rumours.
It spreads all over the world and is more hazardous than cancer.
Because it was really NOT TRUE.
heheh...


Come on.
I'm the staff ok.
Yes, we're soon to get our bonuses but not already got em.
And talking bout the range, 6-10 months per pax?
Herm, I should repeat it depends..
On the things highlighted in RED as above.


Might be MORE, and might be LESS.
Don't ask me about other banks.
As I myself heard a lot of rumours news.


CIMB Investment : 36 months bonuses.
Public Bank : Ex gratia.
Bank Rakyat : Family day to London (ni logic sket)


Boleh jadi betul dan tidak.
Sila tanya diorang sendiri.
As for me, I already answered honestly.



Tuesday, August 17, 2010

nangis...


Sedih
Akan update kalau ada mood.
:(

Tak nampak..

Lupa bawak spek.
Adoi!!
Macam mana nak belajar nie..?


Ish, kena sangkut kat leher gamaknya.
Baru tak lupa!!
Aiya!!


Monday, August 16, 2010

Ibu kena pukul, bayi kena buang?

Baca paper, dengar radio, tengok TV.
Benda sama, berulang-ulang..
Maka, entry di bawah mungkin berkaitan.




:(


Sunday, August 15, 2010

Hantu susu

Ish, teringatlak cerita perempuan pakai purdah kendong baby ketuk2 pintu umah orang malam2 mintak susu bila baca tajuk entry nie.
Heheh, perempuan tue lak naik kereta kancil, kaler tak ingat arr..
Korang pernah dengan cerita hangat tue??
Zaman student dulu.
(",)


Sudah2, teruskan dengan entry sebenar
Na suka minum susu.
Dari kecil, Na lah peminum susu nenen tegar.
Sampai kurus la Mama.
Sian...
Heheh..


Bila dah masuk sekolah, minum Dutch Lady..
Pastu Fernleaf.
Mama bancuh malam2, panas2..
Argh..
Yummy, maka tidur bertambah lena.
(",)


Bila dah besar, dah kerja, dah kahwin.
Tabiat yang satu nie tak ditinggalkan.
Hubby dari tak minum susu, terus belajar minum..
Selera berubah.
Bukan lagi susu tepung, tapi susu siap-bancuh-tinggal-nak-minum saja!
Na pilih susu HL.
Owh, susu dengan kombinasi tinggi rendah yang tepat.
Sedap woooo....
Na suka plain milk as well as chocolate.
Tidak pada strawberry.

pics : google

Waktu mengandungkan Saif, sebulan purata 10-12 kotak susu.
Mak ai, melantak ke minum?
Heheh..
Sebab seminggu Na minum 2-4 kotak susu.


Sekarang, sebulan purata 4-6 kotak susu.
Sebab minuman kegemaran makin bertambah.
Ada milo, kopi, gano dan juga maajun2 yang boleh diminum.
Maka, kena pandai bahagikan perut.


But still, susu wajib ada dalam fridge.
Tak sempurna rasa hidup kalau tak minum susu.


Bye, nak minum susu HL.

Saturday, August 14, 2010

1 + 1 = CINTA


Tidak ada kata-kata.
Cuma cinta yang sarat didada.
Buat 2 insan istimewa.
Yieha..


Friday, August 13, 2010

Senarai hotel halal di Selangor

1. Hotel Hilton, PJ
2. Cyberview Lodge Sdn Bhd
3. Hotel Empress Sepang
4. Hotel Impian Morib
5. Hotel Seri  Malaysia, Bagan Lalang
6. Pan Pacific KLI
7. Crystal Crown, PJ
8. The Summit, Subang USJ
9. De Palma, Ampang
10. De Palma, Shah Alam
11. De Palma, Sepang
12. De Palma, Kuala Selangor
13. Holiday Villa, Subang
14. Residence Uniten
15. Grand Bluewave, Shah Alam
16. Armada, PJ
17. Concorde Inn, KLIA


Peringatan untuk diri sendiri dan semua umat Islam.

Alhamdulillah, cuti bersalin ditambah menjadi 3 bulan

Rasa nak ngandung nangis bila dapat news nie.
It was a great news.
Alhamdulillah, syukur.
(",)


Personally, I love maternity leave.
I enjoyed every seconds of those days.
Suwet.
Sangat best.
Ada baby satu.
Pastu Mama ngan Bapak bagi layanan 10 bintang.
Makan berhidang, jalan berpimpin, mandi dicebok, badan diurut, kepala diulit...
Owh..
Terlupa seketika kisah perut terbelah darah meleleh.
Adik-adik, Kakak dan Abang-abang, Ipar duai pun bagi duit sokongan.
Belum masuk cerita my FIL datang melawat Na ngan baby almost every weeks okeh??
(",)


Makanan dalam pantang adalah sangat sedap.
Pelik bila ada orang cakap benci waktu pantang.
Biasalah, lain padang lain belalang.
Mama masak sedap gila!!!
Walaupun ada yang takleh makan, menu tak pernah sama setiap hari.
Sentiasa berubah kecuali anak dia mengada mintak menu tue lagi sekali sebab kecur air liur teringat kesedapan makanan tue.
Heheh...
My MIL datang siap siangkan haruan berbekas2..
(",)


Pasal tak boleh keluar umah.
Cik Nana tak kisah.
Na lagi happy dok umah mengadap papers, magazines, TV.
Takde probs.


Terima kasih Mama dan Mak.
Terima kasih Bapak dan Abah.
Terima kasih abang, kakak dan adik.
Terima kasih ipar duai.
Terima kasih Makcik dan Pakcik.
Terima kasih keluarga.


Owh, orang yang bertanggungjawab atas kelahiran itu.
Terima kasih hubby, untuk semua pengorbanan.
(",)


Na suka semua berkaitan pantang kecuali the fact that I need to be far from hubby.
Itu adalah sangat sedih, tak boleh diterima akal.
:(
Walaupun hubby balik setiap minggu dan ambil cuti berkoyan-koyan cuma untuk melihat wajah isteri dan anaknya.
Owh, terharu!


Tetap tak sama.
:(
Kalau 3 bulan berjauhan?
Banjir Sungai Petani dan Puchong.


Tapi..
Pantang dulu 60 hari, tapi hari ke 44 hubby dah bawak balik Na and Saif ke Puchong.
Sebab he can't live without us.
Wow wee..
Ayat apakah?
Sebab he wants to spend the time with us.


So, kalau cuti 90 hari, maybe hari ke 50 hubby akan bawak kitorang balik rumahku syurgaku..
(",)
Tengoklah nanti.


Apapun, sangat happy dengan that news.



Rahsia suami isteri

Bukan.
Tidak akan ada cerita 'dalam kain' kat sini.
Takkan ada pendedahan kisah atas ranjang di sini.
Bukan di blog cerdik ini.
(",)


Apa yang Na nak kongsi, pasal rahsia ANTARA suami dan isteri.
Maksudnya, suami rahsiakan sesuatu daripada pengetahuan isteri dan vice versa.


Na tidak setuju.
Tidak sepatutnya ada rahsia antara suami dan isteri.
Tidak harus ada.
Kena transparent.
Suami boleh nampak 100% fizikal dan rohani isteri, begitu juga sebaliknya.


Suami ada a/c facebook, tapi isteri tak tahu.
Letak nama Kanda Tampan. 
Nama di atas adalah contoh, tiada kaitan dengan sesiapa. Harap maklum. 
Dalam a/c tue, sang suami bebas menerima sesiapa sebagai friends.
SESIAPA SAHAJA.
Termasuklah orang dari Zimbabwe, mahupun Myanmar.
Sesiapa saja yang add, akan diapprove.
Berbual kosong di laman sembang tue.
Pastu termengusik, terbergurau pulak sana sini.
Ah, jangan risau.
Isteri tidak tahu.
Account in cuma bukak kat opis / BB and tak pernah klik kat item remember me..
So, isteri takkan tahu kewujudan a/c ini..
Sama juga dengan para isteri.
Kenapa perlu ada a/c atau email atau apa saja medium berhubung dengan orang asing tapi tidak diketahui suami..?


Cuba cakap dengan Na..
Apa perlunya perbuatan tersebut?
Cepat jawab?


Maaf, Na tidak boleh menerima apa saja jawapan kerana anda tidak sepatutnya berbuat demikian.
Tidak perlu bersembunyi.
Bila ada benda yang mahu disembunyi, mulalah berbohong...
Tambah dosa lagi.


Hubby ada acc fb, tapi Na tak add dia and so did him.
Na ada ID and pword dia, and kadang2 he's opened mine and vice versa.
(",)


Na dulu kuat cemburu.
Waktu mula2 kahwin.
Sekarang, I'm cool and chill.
Wah, tak caya gi tanya hubby.
Asalkan tak melampau batas, so should be OK.


Hubby/wifey kena tahu what's GOOD and BAD.
Itu saja.
Tidak perlu sembunyi, menipu sana sini.
Geli.



Thursday, August 12, 2010

Cik Nana hanya merancang..

Ingat entry semalam?
Kononnya Na nak masak sahur kari ayam + telur masin + masak lemak labu kan..
Tetapi...


I had a bad headache.
:(
Berbuka kat nasi ayam Kampung R&R Awan Besar.
Puasa2 nie, makan nasi + ikan bilis + sotong pun sedap.


Balik umah trus flat.
:(
Macam mana nak masak..?
Owh, nasib baik dikurniakan suami yang memahami dan sangat caring (Abg, Ayang bukan puji sebab Abg nak dapat bonus next month tau)
Maka hubby ambil alih tugas memasak.
Sememangnya dia pandai masak.
So, lega.


Anak dapat makan.
Na dapat makan.
Masakan suami.
Air tangan suami.
(",)


Hari nie Na taknak merancang.
Biar masa dan keadaan menentukan.
Jangan pening lagi.
Huhuh...


Tudung Ariani vs Tudung Ariapan

Waktu pakai tudung bawal dulu, I don't mind at all to purchase RM 10 tudung jual kat tepi2 masjid India or pasar malam or kat mana2 je la.
Tudung bawal yang paling mahal ialah RM 75.
Beli untuk nikah and kenduri kahwin.
Yang lain, harga RM 5 - RM 30.
(",)
Betapa sempoinya Cik Nana.


Lepas tue trend berubah and for me, keperluan untuk bersiap lebih cepat dari biasa memandangkan komitmen sudah bertambah (dulu, bangun pagi boleh la la la relax pakai tudung lama2 pun takpe. skarang, bangun nak kena siapkan makanan anak, siapkan pakaian hubby and anak and the list goes on macam tiada esok).
So, tudung sarung adalah pilihan terbaik.
Na tak gheti and tak suka pakai shawl.


Sana-sini iklan pasal tudung Ariani.
Wow wee, harganya buat Na telan air liur sepanjang hari.
Last year, Na spend almost RM *00 for the first time to purchase several tudung Ariani for my Mama, MIL, Sisters..
Satu saja untuk Na.
Yang paling murah.
RM 65.
And it was the last.


Selepas tue, koleksi tudung Na lebih memihak kepada 'Ariapan' daripada 'Ariani'.
Tudung Ariapan ialah tudung-tudung yang mampu milik.
RM 15- RM 30 maximum.
Cantik jugak what?
(",)
Bukan kedekut, tapi beli ikut kemampuan.


Lagipun Na rasa trend akan berubah-ubah.
And being me, if Na ada satu tudung Ariapan kaler biru, tapi sebulan pastu Na akan teringin lak beli tudung Ariapan kaler biru jugak tapi yang owning dia silk(kotak2)..
So, tak ralat.
Sebab boleh beli anytime.
And harga tidak mencekik.
(",)



Beberapa tudung Ariapan yang Na ada.
Cantik jugak kan?
Heheh..

Korang suka pakai tudung ape ek?


Wednesday, August 11, 2010

Jalan jem, apa lagi..


Hehe, tatkala hubby bz memandu.
Wifey plak sibuk snap2 pics.
Heheh, bukan snap pics alam sekitar..
Tapi gambar seniri.
Hehehehheh

Na bersyukur sebab pergi dan balik kerja hari-hari dengan suami.
Setiap detik dikongsi bersama.
Semakin hari semakin sayang.
Insya Allah.
(",)

First day puasa, tapi hubby duty.
So, berbuka seadanya.
Balik baru masak.
Kari ayam, masak lemak labu ngan telur masin s/b perfect for sahur kan?
:)

Isi perut anak

Hari-hari bangun pagi, panaskan nasi + lauk si kecik tue.
Semua masak malam.
Dulu masak pagi tapi pernah ter miss one day sbb bangun lambat.
Sangat sedih, so masak malam.
Senang.


Tak masak banyak lauk untuk Saif.
Maximum 2.
Sayur/tauhu + seafood/ayam.
Simple.


Ada yang tanya, bb sitter tak masak ke?
Herm, bb sitter masak.
Tapi Na sendiri yang nak masak untuk Saif may be sampai Saif umur 2 tahun.
Atau lebih..
Bila Saif dah boleh makan semua, then br Na tak masak.
Mungkin.
Kalau Na masih ada kudrat, why not teruskan masak untuk Saif.
:)


Tapi, kalau Saif jenis tak makan..
Tak berbaloi masak.
Ini tak, anak saya makan banyak okeh..
So, malam Na masak untuk makan malam hubby + lunch Saif sekali.
Dua-dua makan banyak.
Memang habis, so berbaloi.


Setiap hari Na akan bekalkan bekal nasi, yogurt drink, yogurt, biscuit, fruits, buns untuk Saif.
Owh, botol susu Na hantar hari-hari.
Means everyday bb sitter akan bagi balik the botol susu kat Na.
Harus mengaku, cerewet sket tang tue.
Na nak basuh sendiri.


Saif, kamu kena belajar bersyukur.
Bukan semua orang peroleh nikmat makan macam kamu.
Mama and Papa bukan sempurna, but tried to be ones for u.
I love u, and Papa...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan semua..

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa   umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan   hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat .

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Insyaallah...


 

Basically, this is my office..

Multi-talented lady.
Bukan saja boleh buat kerja pejabat, tapi boleh bertukang juga...
:)



View from Inaz's palace
(",)


Merenung masa depan sampai tembus rak tue..
:)


My colleagues..
Wah, pakai sedondon lak yang depan 2 org tue..
:)


Nie macam tempat Na.
Eh, memang my workplace pun.
Ada gambar MY MOON and MY SUN.


Us.
(",)


Gambar yg diambil Aja, photog yang dengki.
Dia amik separuh jek gambar Na..
Hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...