Saturday, May 29, 2010

Dah sampai kampung

Semalam bertolak dari Puchong pukul 8 am and sampai dengan selamat di SP at 3 pm.
7 jam!
Pergh.. Lama kan?
Jalan jem sangat.
Cuti panjang, semua pun amik kesempatan nak balik kampung.

Berhenti breakfast kat Rawang pastu...
:(
:(
:(

Terjatuhkan kasut Saif kat luar kereta.
:(
Tinggal sebelah kasut.
Kasut tue hadiah Papa bagi kat Saif sempena ur 1st birthday.
Sedih

Tapi nak buat macam mana.
Bukan rezeki Saif nak pakai kasut tue lama.
Nanti ada rezeki, Mama belikan kasut baru untuk Saif k?
:)
Hari nie nak jalan-jalan dan makan-makan.
Best!

Enjoy cuti anda ye kawan2.
:)

Thursday, May 27, 2010

Hip hip horey!

Tengah happy, ceria, la la la..
Satu hari saja.
Sebelum balik jumpa keluarga.
Yea yea yea.
Moga selamat tiba.
Di Sungai Petani, Bagan Serai juga!
Yeaaaaaaaaaaaaaaa....
So, I'll be away (sangat) for 5 days!


Boleh Saif jumpa Mamu, Maksu, Makteh dia.

Wednesday, May 26, 2010

Memori daun pisang..


Sentimental babe amik gambar dibawah rimbunan pokok pisang!
Heheh..
Nie kat umah my PIL.



Pergh..
Menghijau sawah depan dan belakang umah!


Hah, ni specialty kampung hubby.
Na pun belum pernah naik nie.
Saif dulu yang rasmi!


Nie pulak bukan gambar edit kat photoshop ke apa, ini betul-betul rambutan tergantung depan mata.
Hehehhe..
Kampung Na.


Anak sapa la yang rajin mengemas halaman umah nie?
Heheh..
Nape tiba-tiba upload gambar kampung halaman terchenta nie?
Na nak balik kampung hepi-hepi riang gembira mulai Jumaat (28th May) sampai la (1 June)..
Insya Allah!!
Yea....

Tuesday, May 25, 2010

Goodnight MOON


Saif tengah bersenang-lenang bila Mama cuba nak tanamkan minat membaca dalam dirinya.


Thanks aunty Sara for d lovely story books.



OK, enuff baby!
Maybe I should read 'em to him instead of giving the book to him.
Otherwise he'll geget-geget saja buku itu setelah sekali-dua khatam gambar!

Hatiku ditampal oleh roti tampal!


Korang pernah makan ke ROTI TAMPAL?
Heheh, Na baru tahu kewujudan roti nie last month.
Huhuh, I'm not a roti's fan so memang ketinggalan sikit bab nie.
Nampak hubby makan baru la tahu ada rupanya roti canai yang ditampal telur setengah masak.


Esok bangun pagi, korang try order k?
Memang sedap, nampak tak telur kuning dia tue?


Nie gambar asal sebelum dirobek Cik Nana.
Memang sedap makan roti tampal di pagi anniversary.
(",)

Sian Cik Nana...

Ok, hari nie ulangtahun perkahwinan Na yang KEDUA.
Hubby cuti..
Konon mahu spend masa berdua.
Tinggal Saif untuk bb sitter jaga.

Tapi.
Na kerja.
Padan muka!
Tak siap report, mana boleh cuti!
Pergi kerja.

Papa bawak la Saif gi celebrate on behalf of Mama..
Sob sob sob

25th May 2008-2010 : ah, sudah DUA tahun we become an ITEM! :)


Hari nie 25th May 2010.
Genap 2 tahun Na sah menjadi suri hidup hubby.
Alhamdulillah atas anugerah ini.
Na sayang kamu wahai suami.


Misteri.
Namun tetap bersemi.
Harap kekal hakiki.
Rasa indah ini.

Terima kasih kerana sudi bersama.
Melalui denai hidup berdua.
Hadirnya Saif penyeri jiwa.
Moga kekal sejahtera.

Insya Allah.

Sunday, May 23, 2010

Mi udang Kuala Sepetang

Fuh, glamour tau Kuala Sepetang nie ngan Mi Udang dia.
So, lepas sight seeing at Cameron we grab the opportunity to try them.
Rumah my PIL kat Bagan Serai, so arund 40 mins sampai la kat Kuala Sepetang.

eh, nie mmg ciiter lama tau. sbb tau Saif rambut lobang-lobang lagi!

Na bukan sengaja gi letak kerusi tinggi2 kat banner bagi korang x nampak no fon kedai nie tau.

Na, Saif ngan Mak.
 
US

Asyik gambar korang jek, mana mi Udang nya???
~

~

 ~

Nah amik, siap bling bling lagi!

Dalam mi tue memang banyak udang.
Ye la, nama pun Mi Udang kan?
Heheh.
Dalam 10-15 ekor satu mangkuk.
Memang banyak kan?
Harga serious tak ingat, tapi memang tak mahal.

Saif pun ushar jek Mi Udang tue.

~

~

~

~

LICIN

Saturday, May 22, 2010

Baju 2 lapis

Baju yang tengah IN sekarang kebanyakannya sleeveless or short sleeve, so kena pakai INNER.
Personally, Na kurang gemar pakai inner.
Dari zaman anak dara, sampai la sekarang dah jadi Mama.
Segalanya harus pantas dan tuntas, selesa dan mudah.
I used to wear some of blouses with inner..


Lagi


Dan lagi


Nie pun


Frankly speaking, I'm not comfortable wearing this kinda blouses.
Tapi masih membeli sebab baju-baju itu sangat CUTE!
But I made up my mind, kalau Na beli then pakai pun rasa tak selesa.
I better stop buying this kinda clothes.
Otherwise, it's just a waste as at the end, I'll keep them in my wardrobe..

Herm..
Nana oi, beli baju yang tangan panjang terus.
Senang, tak payah pakai inner!
Yeah!


Sabtu


Groceries penuh sebakul tanpa plastik.
Breakfast makan nasi lemak ayam for me, bihun goreng for hubby and apam for lil Saif.
I noticed Saif suka sangat makan bihun.
So, pasni Na leh try goreng bihun kurang minyak kat Saif.
Yea....


Mama try nak snap gambar berdua ngan Saif tapi GAGAL.



Arggghhh..
Malas la, asyik tak dpt gambar berdua jek.
:(

Enjoy

Yea...
Sabtu!
Masa untuk rest, relax and rejuvenate..
Heheh, tagline apa ntah nampak dlm newspaper hari tue.


So, maybe start dengan breakfast yg best!
Yummy.
Pastu jalan beli barang dapur di Giant jek.
(",)
Saif dah minum susu Mamil Gold Step 3 (1 yr-3 yrs).

So, dah murah banyak dari susu step 2.
Hehehe...

Petang nanti maybe bawak Saif jalan-jalan kat Koi Palace or mungkin tasik-tasik berhampiran.
Phewit, adakah mahu mengimbau kenangan CHENTA balik?
Maklumlah, hari nie 22nd May 2010.
Lagi 3 hari = SECOND ANNIVERSARY!
Manis
Manis
Manis

:)
Owh, sebelum terlupa.
Hari nie ada mission untuk complete something online.
Harus siap, kalau tidak : mati!
:(
So, I better finish it by TODAY!

Daa....
Nak enjoy!

Updated
 
Dah beli barang dapur penuh 1 troli, baru teringat!
Aiseh, hari nie Sabtu and Na stay kat Puchong, Selangor.
Maka hari nie PLASTIK yilek!
Heheh, kesian Papa mengangkut barang..
:)

Thursday, May 20, 2010

Leka.. terus alpa..


Ada benarnya cakap mereka yang berilmu agama.
Dugaan Allah SWT misteri zahirnya.
Tapi manusia lalai dan alpa.
Tidak pernah menilai setiap Zat Nya.

Ada golongan.
Yang ditimpa masalah dari segala segi.
Sudahlah gaji tidak sebesar mana, banyak pula hutang piutang, ditambah dengan penyakit merata, malang datang bertimpa-timpa.
Maka kita jelas : semua itu DUGAAN Allah.


Tetapi kita lupa.
Yang harta melimpah ruah, juga apa dihajati nescaya diperolehi, yang denai hidup indah tiada cacat cela.
Juga sebenarnya sedang DIDUGA.

Malah ujian KESENANGAN itu lebih cepat membuatkan manusia alpa dan leka.
Kerana rasa aku sudah punya segala.
Maka aku harus bangga dan buat-buat lupa.
Tentang kuasa Allah yang mampu menarik segalanya dalam sekelip mata.
Hingga tidak tinggal apa-apa.
?
?
?

Tepuk dada tanya Iman.

Berat mata memandang...


~Moncung~
Skang dah tak boleh dukung Saif sebelah tangan macam nie.
Berat woooooooo!
(",)

? ? ?


Sudah tidur.
Anak dan suami sudah tidur.
Mama ada peluang untuk berfikir panjang tentang sesuatu.
Herm..
Terganggu sejak semalam.
Fikir akan itu.
Berkecamuk.
Tengok anak tidur, rasa bahagia.
Setidaknya sementara.
Sebelum rasa itu menjengah semula.


Tuesday, May 18, 2010

Pesta buih


Baru balik dari Padang Besar waktu nie.
Beli bubble gun kat Saif.
Saif macam blur dengan bubbles tue.


Dah lama baru OK.


Nanti ujung bulan kita balik!
Yeah!

Monday, May 17, 2010

Hobi zaman anak dara..

Senyum sorang-sorang bila tengok koleksi pics lama.
Dulu memang Na suka sangat bling-bling kan pics.
Memang hobby la, thanks to Sony cam.
Hahah..

Gambar dengan baju tunang pon bling bling.
Adoi..
Nak masuk dalam keta pon sempat lagi snap pics.


Nie waktu Raya 2009, 4 months pregnant.
So, ada masa nak buat bling bling lagi.


Dah ada baby, tak sempat dah nak buat bling bling.
Nak edit pon tak sempat!
Heheh...


Tentang mereka yang diduga...

Terkejut dapat message daripada kawan sekolah yang bagitau one of my friend terlantar kat Hospital Seberang Jaya (tumor).
Sangat simpati.
Masih muda namun harus menanggung dugaan yang berat.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada saudara Annam untuk menghadapi penyakitnya.
Insya Allah, Amin.
:(


Na berdoa agar Allah SWT menyembuhkan Ajon yang juga sedang berjuang melawan penyakitnya.
Semoga sel darah merahnya bertambah dengan cepat mengatasi pertumbuhan sel darah putihnya.
Amin..
:(


Buat Ami Syakir, yang jatuh sakit semasa kenduri kahwin Na (25.05.08).
Hingga sekarang, Ami Syakir belum sembuh.
Sedih bila mengenangkan di saat Na baru disatukan dengan suami, seorang isteri telah diduga sebegitu rupa.
Semoga Allah SWT terus meniupkan kekuatan buat Mi Milah dan keluarga untuk menjaga Ami Syakir.


Semoga dipermudahkan segala.
Amin.
:(

Sunday, May 16, 2010

Tentang BAGANG juga SEBELUM AKHIRAT

TQ to google image.


Semalam, untuk pertama kali dalam hidup.
Na mendapat tahu tentang BAGANG melalui majalah 3.
Bagang yang digunakan secara tradisional untuk menangkap ikan bilis.
Dibina tinggi dari paras laut, dengan lantai buluh yang jarang dan tanpa tangga khas untuk mendaki.


Fuhhh...
Terkesima.
Di atas itulah nelayan menangkap ikan bilis, merebus dan mengeringkannya.
Sungguh memenatkan namun mereka sudah terbiasa.
Na rasa Na harus bersyukur.
Tidak perlu bergadai nyawa, cuma perlu naik kereta sampai pejabat dan kerja.
Cukup masa, habis kerja = balik rumah.
Alhamdulillah.
Selepas majalah 3, Na sambung layan cerekarama "Sebelum Akhirat" lakonan Fauzi Nawawi & wifey, Lisdawati.
Bukan yang terbaik namun Na tetap mahu ucap tahniah pada team drama tue.
I got the message!
:)


Rasa takut tengok Mubarak 'hitam' yang jahat tue.
Yang terus menghasut Mubarak 'sebenar' yang nazak agar tidak minta ampun pada mereka yang pernah dilukainya.
Sungguh Na takut dengan visual itu.


Rasa insaf dan tidak mahu menurut kata syaitan.
Kalau marah, kena sabar.
(",)
Kepada yang tertinggal drama tue, bleh tengok kat Catch Up, TV3.

Hubungan suci


Saif sangat manja ngan Bapak Tok.
He's calling his grandpa as "Patok"..
Lebih kurang la kan?
:)

Kalau jumpa jek sure nak berdukung.
Nak berhimpit duduk dekat2 ngan Bapak Tok dia tue.
Kejap-kejap kiss pipi.
Kejap-kejap peluk!

Hari tue Bapak Tok balik kampung lepas duduk ngan Saif 4 hari.
Saif demam.
Kebetulan atau memang betul Saif rindukan Bapak Tok?

Herm..
Nanti Mama ngan Papa gi Bangkok bulan Nov, Saif stay ngan Bapak Tok + Nani tau.
Manja la puas-puas!
:)

May be sebab duduk sekali masa berpantang.
And selalu jumpa, Saif sayang sangat kat Patok!
:)

Bapak Tok pun selalu rindu kat Saif.
Jumpa hujung bulan nie k?
:)

Mmuaaah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...