Thursday, April 29, 2010

Memori indah dengan Siti Nurhaliza...

Tajuk sedikit melampau kan?
Tapi nak buat macam mana.
Na suka Siti Nurhaliza!
:)


Tengok Siti without 'heavy' make up or may be tak mekap langsung waktu nie.
;)
Masih comel, cute, anggun, sweet..
Waktu nie tengah rehearsal majlis kahwin Siti & Dato K.
Nana and Siti!!
Mmuaaahhh seratus kali!
Keh keh keh
 

Na, Kaksu, Armand & Amanda.
Suppose banyak lagi pics during rehearsal nie tapi notebook Na rosak.
Nie saja yang dpt diselamatkan.
Apa Na buat waktu rehearsal kenduri Siti Nurhaliza?
Let's the below pics explain k?


(",)

Na during malam persandingan Siti.
 
 
 

Tak mekap sbb tak pandai
Ngeh ngeh.
Tue bukan kembar Na tau, tue cermin!
hehehe...


Me, Kaksu and Mama.
 
 
Me & Arie(my cousin)
Owh, selamat bertunang Arie!


Na, my bro and Mama.


Thanks Maksu for giving me this sweet opportunity!
Ingat sampai sekarang nie.
Dan mungkin sampai akhir nanti!
Last but not least...
Siti juga hubby!
Comel!

Lebih kepada....siapa?


Na rasa muka Saif macam muka Na.
Tapi orang kata macam muka Papa.
Kamu rasa macam muka siapa?
Cuba luangkan masa meneka.
:)

Wednesday, April 28, 2010

Terguris lagi...

Baru saja Na cerita dalam entry semalam tentang Taman Negara Dalam Hati Nana nie..
Tiba-tiba hari ni Na rasa semua serba tak kena.
Duduk salah.
Berdiri tak selesa.
Semua pun tak sedap.

Then mula sedih.
It must be something but I don't know what is the thing..
:(

Dah la semalam hati terguris.
Aih, kenapa Cik Nana nie.

Teringat waktu pregnant dulu.
Kalau selalu Na ada sindrom CK, waktu pregnant upgrade jadik sindrom SDC (super duper cengeng)..
Betul.....
Tak percaya, tanya hubby!
Tapi takyah la gatal2 tanya, kang terkeluar semua kisah sedu-sedan tanpa sebab munasabah tue..
:)

Disebabkan hati gundah gulana.
Kalau makan pulut ikan masin yang Mama buat best nie!


Orang biasa makan ngan ikan kering, Na lak ada menu tambahan.
Sambal tumis ikan temenung kembong atau ayam!
Yummy..
:)

Yea..
Dah happy balik.
Tengok menu yang akan dimakan hujung minggu nie.
Pastu teringat lak budak comel kat umah tue.
:)


Rindu...
Love u bebeh!
Love Papa jugak!

Tuesday, April 27, 2010

Sindrom CK.

Na sudah dijangkiti sindrom CK sedari kecil..
Aduh..
Is there any medicine to cure it?

Sindrom apa?
Herm...
Cengeng Keterlaluan..

Tengok tue sedih, tengok nie sedih.
Farewell org lain, Na yang nangis.
Jefri tak layak masuk Mentor pastu dia nangis sebab dia dah melawan cakap mak dia, Na yang rebeh.
Semalam tengok Football Tiger Star, pastu Nabil tersingkir sebab dia dah mengakibatkan team dia kalah, Na yang banjir.
Saif boleh meniarap, Na menangis dalam toilet sebab bb sitter yg nampak dulu dia meniarap instead of me!
Saif makan solid food for 1st time, Na menitis air mata dalam bilik.
Saif berjalan, Na menjerit kat umah bb sitter. Ok I admit, that was too much tapi tak tahan babe! Dalam hati ada taman.

Pendek kata banyak lagi la kejadian banjir yang berlaku dalam hidup Na.
Taknak la cerita kat sini.
Malu................

Haish, dah menginjak 27 tahun, a wifey, mummy somemore...
I need to change!
:)

Insya Allah.
Ke memang mommies semua ada syndrome nie?
Baik ngaku cepat?
So Nana ada geng!
Cepaaaaaaaat mengaku!!!!!!!!!!!!

Tentang POLITIKus..

Disclaimer : Ini adalah trial entry in English Na. Nak try more often and see whether I'm improved or not. Do not hesitate to leave a comment k? Thanks!

I am not into politics.


But living in the peaceful Malaysia which practice democracy, it's impossible for me to sit still and see only.

Here, u have to choose ONE during the election day.

Only ONE.

The One that u trust to 'lead' u.

The One to represent us..

The One who will be a shoulder for us to cry on.


When the time has come, u should be smart.

U read more in order to know better.

Don't rely on what had been served to u.

Go a step forward.

Dig input from other reliable sources.

Nowadays, u may find almost EVERYTHING via internet.

Don’t simply read local newspapers and jump into conclusion that party A is good while B is annoying.

Try to read online news which available and updated more often.

Then only u can see the REAL picture.

What is going on outside there.

By deciding to go through tukar tiub, harakah and suara keadilan everyday does not make u an opposition.


And reading berita harian, the sun and blog saiful bukhari does not ensure u are at government’s side neither.


My advice is do not simply rely on one source.

Ask people.

Read more articles and blogs.

Last but not least,

T.H.I.N.K

Sunday, April 25, 2010

Psst pekerja pizza hut, Equine Park..

Dua kali Na dine in kat Pizza Hut Jusco, Equine Park..
Dua-dua kali tue Na berdepan dengan si pekerja moncung.
Huhuh..

Na tahu nama dia.
H*****A.
Not to mention here, tapi kalau sesiapa berkenaan yang terbaca entry nie..
Tolong sampaikan dekat si polan nie ek.

Kat Pizza Hut Equine kan kena press button utk order, bill or cancel kan?
Or semua Pizza Hut mmg cenggitu tapi Na tak tau sebab dah lama tak makan Pizza?
Tengah Na sembang ngan my sis, tetiba seorang pekerja nie datang and tanya "Kenapa?"
Na pelik, apa yang kenapanya?
Na tengok je dia.
Pastu terus dia cakap, "Kenapa panggil tadi?"
Serious beb, muka dia mencuka!
Huhuh, swear to God, I didn't press any button.
Na pun cakap la Na tak panggil pun.

Then dia terus muncung sambil tarik baby chair konon macam nak simpan balik.
Hey wait, that's for my son!
Na panggil dia, Na cakap Na nak guna baby chair tue sebab at that time Saif ada kat luar kedai ngan Papa.
Guess what?
Dia muncung lagi sambil hentak letak baby chair tue kat sebelah Na.
Eh, Na ke yang salah?
Pelik..

Dia pakai baju biru.
Kalau pakai baju biru tue manager ke ek?
Ish, takkan manager layan customer macam tue?
Not to say Customer Is Always Right even it is actually, tapi berpada-pada lah kot.

Senyum la sikit cik Kak.
Tak rugi mana..
:)

ps : Kalau nampak entry Na pagi2 buta kul 6, 7am tue. Jangan terkejut k? Heheh, all of them are Scheduled Entry. :)

pss : Thanks to Sara and Anita for the gifts k? Mmuaah to u both!

psss :Last Friday Na naik Star balik Sri Petaling selepas hampir 2 tahun tak naik train. Sama jek macam dulu, tapi Na terkejut beruk tengok ada seorang young man pakai baju tulis tak senonoh dengan gambar anu lelaki. Akhir zaman.. :(

*Thinking hard of something*

Yes, I'm in the middle of deciding on one BIG thingy.
To go with it or to let it go..
It's hard.
Thinking of it ~ is killing me softly..
*see, kan I dah ckp sgt2 berat.. sampai leh terbunuh secara lembut tau*
:)

Haish..
I need more time.
And strength to make a decision.
Wait, I think I already have an idea to solve it!
Yeah...
;)

Saturday, April 24, 2010

What a beautiful...


Hobi terbaru Saif ialah mencerai-ceraikan numbering mat kat umah tue.
Setakat nie belum pernah Saif pasang seperti sedia kala balik.


Eh, baru nak main.
Mama bagi epal lak.


Kita makan dulu!


Seperti biasa...
Saif akan pergi celah-celah alam gak nak main2..
Fuh..
What a day.
What a lovely son.
What a happy life!
Happy!

Friday, April 23, 2010

Apa barang duduk atas kusyen?


Bawah kusyen ar best!....
Baru la thrill....


Anak sapa la nie?
:)

Thursday, April 22, 2010

Keterujaan terlampau..


Tengok macam mana saif renung hamper tue.
Dari awal Saif dok ushar hamper tue.
Sampai la nama Saif naik untuk lucky draw.
Merasa la hamper..


Tengok-tengok Mama...
Sambil tangan start pegang2 hamper..


Semakin ghairah.
Ternampak lak botol air kaler merah dalam hamper tue.
Makin girang!
Dan akhirnya, akibat tak tahan menanggung rasa...
~


~



~



~



~



~


Ambik ko!

Note to Mama : tak gheti2 nak bukak hamper tue kalau dah anak sebegitu ghairah dengan isi dalamnya..?
pengsan

Mereka yang BUSUK atau kita yang BODOH?

Na teringat suatu kejadian yang berlaku masa I studied in UiTM Arau, Perlis.
I was 22 back then.
Nak gi kuliah kena jalan kaki..
Jauhhhhhhhh...

Tapi bukan kisah jauhnya lecture hall dr hostel yang Na nak share kat sini..
Na tak tahu kenapa tadi pagi Na teringat kisah tue.
Rasa macam sedih pulak.

Hish..
Ada satu pagi tue waktu Na and the gang tengah jalan kaki nak gi kuliah, ada satu lori sampah lalu.
So ada kawan Na yang tutup hidung, ada 2 orang siap lari jauh2 gi bawah pokok..
Sebab?
Lori sampah kan bawa bahan buangan, of course la bau dia kurang menyenangkan.
Tipulah kalau kata tak busuk.
Na sendiri pun tundukkan kepala sambil tahan nafas.

Tapi apa yang buat Na terkedu ialah sinar mata daripada salah seorang pekerja yang berdiri betul-betul boleh juga Na kata terus melekat pada lori sampah tue..
Mata lelaki separuh usia itu tertancap tepat pada mata Na.
Na agak usianya mungkin 40 an tetapi dia kelihatan lebih tua dari usia lantaran jerih hidup, mungkin.
Na rasa matanya merenung sayu pada Na.

Anda bayangkan, di saat Na tunduk tahan nafas, B tutup hidung dengan tangan dan C & D lari jauh2 bawah pokok, lelaki itu tega memaut lori sampah seperti tiada apa-apa.
Apa agaknya ada difikiran dia waktu anak-anak muda seolah-olah menghina pekerjaan dia?
Subhanallah.
Na ingat lagi, Na rasa sangat berdosa.
Sangat bersalah kerana menunduk muka konon taknak bagi sampah dibawa angin kena muka dan menahan nafas lantaran tak mahu menyedut udara tercemar itu.
Sungguh, Na rasa insaf.
Pekerjaan itu tidak hina.
Malah mulia.
Tidak haram.
:(
Kalau bukan mereka yang membersihkan bahan buangan KITA, tentunya dunia akan tenggelam.
:(

Kenapa Na dan kawan-kawan sanggup bertindak sedemikian?
Ya tuhan..
Na terus menangis, di situ.
Di tepi jalan.
Saat itu.
Na rasa macam nak kejar lori sampah tue dan mintak maaf kat Pakcik tue.
:(
:(
NANA JAHAT!!!!
:(

Dan sampai sekarang.
Na tidak pernah memberi reaksi kurang senang terhadap pekerjaan sesiapa pun.
Tidak pernah.

Terima kasih kepada lelaki separuh usia yang menyedarkan Na.
Dengan hanya pandangan sayu itu.
~Sedih~
It was hurt!

Harap semua readers akan ambil pedoman.
Kita semua manusia di bumi ALLAH SWT.
Semua menumpang.
Kita saling bergantung.
Tidak boleh hidup seorang.
Sila fikirkan sekarang.

Dan Saif, Mama tak mahu Saif buat benda bodoh yang pernah Mama buat 5 tahun yang lalu!

Wednesday, April 21, 2010

Main celah-celah..


Hobi baru buah hati Na ialah bermain di celah-celah kusyen, celah katil, celah pintu..
Dan segala celah lagi la.
As long as tempat tue sempit, kat situ la anak Na menyelit masuk and main.

Hish, budak bulat nie nak kena geget ngan Mama ka?
Nak cuti and settlekan beberapa perkara penting.
To those friends yg nak gi interview tue Na ucapkan SEMOGA BERJAYA babe!
Dah dapat jangan lupa kawan2 k?

And skang rasa macam happy sebab we're approaching our 2 years of marriage!
It is awesome.
:)
Moga kekal hingga ke akhir hayat.
:)
Amin.

Still thinking of any special agenda for our anniversary.
Fine dining bersama Saif ialah puaka niang meRAPIK..
Jangan nanti Saif yang naik atas meja jadi makanan utama lak..
Ngeh ngeh..

Kaksu nak tolong jaga Saif ke?
Pls contact me for the quotation.
Owh, any blogger mommies yang nak tolong jaga Saif while Mama celebrate ngan Papa??
Do sms me..
Ups, just kidding meh!

Tuesday, April 20, 2010

Takmau la tunjuk semua GIGI tue...


Wah, nampaknya Saif pun tumpang happy bila Mama dapat durian runtuh!
Heheheh...
9 batang gigi.
Kalau geget = sakit oooo..

Monday, April 19, 2010

Asal marah je tulis kat blog, asal marah je tulis kat blog..

Habis?
Takkan nak tulis kat dinding toilet pulak?
Tue vandalisme namanya.
Kalau tulis kat blog tak salah.
Janji tulis kena berhemah.
Marah macam mana pun takmo la carut-carut.
Bagi la comel-comel entry tue
.
  Eh, to my NEW READERS.
Thanks for following me ok.
:)
:)
:)

Thanks jugak sebab mengkategorikan blog Cik Nana sebagai ~INTERESTING BLOG~ k?

Mengimbau memori indah tempat dilamar adalah sesuatu yang sangat manis!

Hingga boleh mengakibatkan SUGAR RUSH!
:)


For the 1st time, after settled down almost 2 years ago..
Hubby brought me + lil Saif to the PLACE.
Tempat dimana 2 hati jadi 1.
Tempat dimana Na terima untuk jadi suri hubby.
Kenapa dah tak pernah datang sini?
Oh halo, Im in Puchong and it's in Tasik Titiwangsa.
Jauh oi...

Mula-mula rasa macam malu-malu nak pegi.
Hahhaa..
Tapi best la.
Boleh ingat balik macam mana muka hubby waktu proposed dulu.
And macam mana pulak Na respond.
Apa yang kitorang makan kat situ.
Juga di kerusi mana kitorang lepak dulu.
Dan macam2 lagi la.
Sungguh manis!

Rasa macam baru semalam Na dilamar dan hari nie..
Here I am, approaching our TWO lovely years of marriage + raising a handsome boy who already 1 years, 2 months..
Indah.
:)

Sentap...

Berita pemergian Achik SPIN semalam 17 Apr 2010 betul-betul buat Na sentap.
Na berfikir...
Bagaimana isteri arwah akan menghadapi hari-hari mendatang?
Owh..
That's hurt..
:(
Tapi Na yakin, isterinya akan kuat untuk teruskan hidup demi anak mereka.
Insya Allah.
And hey, she looks so calm tadi..
Alhamdulillah.

 
Dan...
Na terfikir, andai Na berada di tempat mereka??
How would I react?
Bolehkah Na yang cengeng nie teruskan hidup sendiri without hubby?
:(
Hari/minggu/bulan-bulan pertama tentunya sangat pedih/perit/pilu.
Tapi demi anak, demi diri sendiri jua masa depan bersama plus tentunya orang yang kita sayang tak mahu kita terus sedih meratap dengan takdir hidup..
Rasanya setiap orang akan bingkas bangun.
Letak kesedihan itu ditepi.
Lantas teruskan hidup.
Biar memori memimpin kita.
Namun jangan bagi memori itu menindas kita.
Kenang yang pergi namun yang hidup harus survive.
Cakap memang senang.
Namun itulah fakta.
Menangis air mata darah takkan mengembalikan yang pergi...
:(


 
Dan...
Andai Na yang pergi dulu...
Na izinkan hubby mencari pengganti Na.
Sebab Na tahu betapa hubby sayangkan Na dan anak2.
Maka tentunya hubby akan mencari seseorang yang boleh menjaga dirinya dan anak2 kami SAMA atau LEBIH BAIK daripada Na.
Na tidak risau tentang itu, tidak cemburu atau apa sementelah Na mahu hubby kekal gembira.
Jangan sedih kenangkan Na yang pergi dahulu.
Life has to go on.
Cuma, pastikan calon pengganti itu boleh menerima anak2 kita seadanya.
Itu sahaja..
Tolong jangan lupuskan ingatan anak2 terhadap Na.
Bukan dengan merintih hiba..
Cuma kenang dengan doa...
Am serious of this.
I'll always love u.

Sunday, April 18, 2010

New look of Saif...

Very boyish!

Ups iklan jap : Nie la singlet RM3.90 sepasang tue.
Pusat Pakaian Hari-Hari, sila ambil saya sebagai jurucakap!
Ngeh ngeh..


Kepada yang tertinggal kereta api, ini muka anak saya selepas rambutnya dipotong oleh bb sitter.
Pengsan

Saturday, April 17, 2010

SInglet sepasang RM3.90 sahaja!!

 Na perasan yang Saif nie tak tahan panas.
Teringat waktu pregnant dulu Na memang kena berkipas sokmo.
Kat office kan dah air cond, tambah kipas lagi...
Huhuh..
Kalau boleh Saif nak berair-cond jek 24/7.
Tue pun Saif leh berpeluh-peluh lagi.. Huhuh..
Tapi of course la tak boleh kerap sangat terdedah ngan air cond kan?
In fact malam pun Na tidur pakai kipas je.

So, minggu lepas Na cari singlet untuk Saif.
Baju lubang-lubang untuk siang dan malam.
Siang boxerseluar pendek and malam seluar panjang.
Na cari di Mydin..
Jumpa la 2 helai baju tidur lubang-lubang.
Best woooo..
RM 7.90 jek sepasang.
(",)


The best part is bila Na singgah pusat pakaian Hari-Hari, Na jumpa singlet RM3.90 SEPASANG!
Wow...
Terus Na beli tiga pasang.
:)
Quality wise : lebih kurang macam OK Baby..
Puas hati..


Nie la singlet RM3.90 tue.
:)
Ada 3 colour.
Semua Na beli.


Mama kena simpan semua baju tidur Saif yang mostly long sleeve.
Banyak yang belum pernah pakai.
Mungkin simpan untuk adik Saif kot..
:)

PD Mega Gathering Part 3

Merujuk kepada entry berbulan yang lalu.. yakni entry INI..
Jom kita tengok a few pics during the Mega Family Day in PD, 2010.

~Amie's family~

~Anita's family~

~Fadd's family~

~Iylia's family~

~Ezan's family~

~Zatty's family~

~Suzen's family~

~Fatin's family~

~Steph's family~

~Kak B's family~

~Sara's family~

Ok..
Tue la family yang bersuka-ria di PD on January, 2010..
:)
Last but not least....

~

~

~

~

~Nana's family~
YEA!

Herm, ok tak layout baru nie?

Rasa macam dah bosan ngan layout lama maka Zassssss...
Na tukar.
:)
So, cun tak yg nie?
:)

Friday, April 16, 2010

Muncung semanis madu..


Takut ngan strangers..?
Herm, not really..
Sama macam Mama, Saif lambat warm up.
Takes time untuk bergaul mesra!
Thanks uncle Fadzryl for d nice shot!
:)

Jangan harap leh tengok Saif keanak-anakan lagi ek..

Nie pics Saif dulu.
Before potong rambut..


Huhuh..
Mama rindu Saif yang comel mcm nie..
Skang pun comel tapi dulu lagi comel..
T_T


Xpe la, hubby cakap sebulan lagi rambut akan panjang balik..
Mudah-mudahan..
Amin!
:*(

** Mana pics skang? Bukan tanak upload tapi lupa bwk cable. :(

Thursday, April 15, 2010

Resipi nasi kangkang!


Nak kena lempang?
Cari resipi nasi kangkang kat blog Na!
Chit, loser!
Amalan ini bukan asing, masih ada hingga kini.
Ternyata berdosa tapi masih ada yang buta!
Ingin dunia dibawah telunjuknya..
Maka sanggup diri bersekongkol dengan Syaitan Laknatullah!
Minta simpang.
Nauzubillah.

Dalam masyarakat Melayu, ilmu kebatinan yang melibatkan ilmu pengasih, yang juga dikenali sebagai ilmu guna-guna sering dikaitkan dengan amalan sihir. Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk tujuan ini, di antaranya dengan menggunakan minyak, yang dikenali sebagai minyak guna-guna, ataupun dengan pemujaan berserta bahan-bahan tertentu yang melibatkan jin-jin.


Antara tujuan ilmu ini diamalkan ialah untuk membangkitkan keinginan seseorang terhadap pengamal, sama ada untuk tujuan baik, seperti untuk mendapatkan jodoh, ataupun untuk tujuan jahat, seperti untuk membalas dendam, untuk memuaskan nafsu ataupun hanya untuk berseronok-seronok di samping untuk mengikis harta kepunyaan mangsa.


Ilmu ini juga diamalkan supaya wajah kelihatan berseri, seperti yang dilakukan oleh mak andam terhadap pengantin perempuan yang diandam, untuk satu tarikh tertentu sahaja iaitu ketika bersanding, ataupun untuk jangka masa yang lebih panjang, biarpun usia telah meningkat.


Ilmu pengasih juga diamalkan untuk menundukkan orang lain menyebabkan orang yang bertemu dengan pengamal dengan tidak semena-mena jatuh kasih atau lemah hati. Ilmu pengasih jenis ini diamalkan mungkin untuk menguasai seseorang, untuk memenangi undi dan sebagainya. Pada kebiasaannya setiap perkataan yang lahir daripada mulut pengamal akan menimbulkan rasa kasihan, kagum dan hormat di kalangan pendengarnya. Termasuk dalam kategori ilmu pengasih ialah amalan yang dilakukan oleh isteri terhadap suami, agar tunduk kasih kepadanya. Amalan ini selalunya dilakukan oleh isteri ke atas suami yang dianggap tidak adil, kasar dan sering melakukan kezaliman. Akibatnya suami mungkin menjadi takut, tidak berani berhadapan dengan isterinya, menjadi kaku dan terpukau menurut segala apa yang disuruh. Ia juga ada kalanya dilakukan oleh isteri yang jahat yang hendak menundukkan suaminya, menguasai harta dan semua kepunyaan suami.


Sihir yang dikenakan dengan tujuan supaya isteri bertambah kasih kepada suami atau sebaliknya dinamakan at-tiwalah. Menurut Wahid Abdul Salam Bali (1412H:78), amalan ini dilakukan oleh isteri yang cetek pengetahuan agamanya, dan jahil tentang haramnya perbuatan yang dilakukan. Tukang-tukang sihir menyuruh si isteri mengambil apa-apa bahan yang pernah digunakan oleh suami seperti baju, sapu tangan dan sebagainya dengan syarat barang-barang tadi mengandungi bau badan ataupun peluh pemakai.


Tukang sihir akan mengambil beberapa batang jarum lalu menjampinya. Bahan yang telah dijampi itu ditanam pada satu tempat tertentu. Selain itu tukang-tukang sihir ada kalanya menjampi makanan yang dicampur dengan benda-benda kotor yang terdiri daripada najis, kencing ataupun darah haid dan diberi makan pada mangsanya.


Menurut Mohd. Abd. Wahab, tiwalah ialah sesuatu amalan yang dilakukan yang dipercayai boleh menyebabkan isteri mengasihi suami atau sebaliknya.


Dalam masyarakat Malaysia, amalan seperti ini lebih dikenali sebagai ``nasi tangas'' ataupun ``nasi kangkang'', di mana nasi ataupun makanan yang masih panas itu dicampurkan dengan bahan-bahan kotor yang diambil daripada badan manusia (pengamal), seperti daki, kotoran celah-celah kuku dan dikangkangkan sehingga wap daripada kemaluan jatuh dalam makanan tadi. Lebih berkesan lagi sekiranya orang yang melakukannya itu berada dalam keadaan kotor (haid).


Amalan yang dibantu oleh sihir ini menjadikan suami seumpama bodoh, menurut telunjuk kemahuan isteri. Amalan ini adalah terlarang dan pelakunya termasuk dalam golongan mereka yang melakukan amalan syirik. Pada hakikatnya, amalan seperti ini bukan menyebabkan suami bertambah kasih kepada isteri tetapi boleh menyebabkan si suami menjadi bodoh seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya takut dan tunduk kepada isteri.


Menurut Wahid Abdul Salah Bali, perbuatan seperti ini ada kalanya menjadikan perkara sebaliknya berlaku, di mana suami membenci isterinya ataupun membenci semua perempuan termasuk isterinya, yang mana akhirnya pasangan ini berpisah juga.


Menurut Abu Ubaidah Mahir (1995:70) sihir jenis ini dikenali sebagai sihru'-mahabbah (sihir kasih). Pengamal sihir ini adalah syirik hukumnya. Ia dilakukan mungkin kerana si isteri tamakkan harta, terutamanya kalau suami kaya. Kerana cemburu terhadap suami yang bersangatan dan isteri takutkan suami berkahwin lagi.


Menurut Abu Ubaidah lagi, isteri yang hendak melakukan sihir akan menemui tukang sihir yang meminta barang-barang tertentu seperti baju, sapu tangan, songkok dan sebagainya dengan syarat barang-barang tadi telah dipakai, kerana ia mengandungi peluh. Beberapa helai benang diambil daripada bahan tadi dijampi kemudian ditiup padanya, disimpulkan dan ditanam di tempat-tempat tertentu, atau dimasukkan dalam makanan atau minuman. Sihir yang paling dahsyat daripada jenis ini dan sangat berbahaya dinamakan as-sihru'i-aswad (sihir hitam) yang diperbuat menggunakan bahan najis, darah haid ataupun nifas.


Kesan sihir jenis ini boleh terjadi sebaliknya menyebabkan suami membenci semua perempuan termasuk isteri, ibu, adik-beradik, bapa saudara dan semua mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan.


Suami kadang-kadang sakit kerana bahan yang dimakan mengandungi bahan-bahan kotor dan najis.

Sahibul Fadilah Asy-Syeikh Asy-Sya'rawi ketika ditanya tentang penglibatan jin-jin untuk memisahkan pasangan suami isteri menyatakan bahawa ia bukan merupakan sesuatu yang mustahil Allah menganugerahkan keistimewaan-keistimewaan tertentu terhadap sesetengah daripada makhluknya. Dan di antara keistimewaan jin-jin ialah keupayaan melakukan sihir. Dengan itu jin-jin berkeupayaan mengubah pandangan seseorang yang melihat perempuan cantik itu menjadi hodoh, menyebabkan timbul rasa benci melihatnya seperti melihat kera di hadapannya. Begitulah sebaliknya menyebabkan perempuan yang tidak cantik atau mempunyai wajah biasa dilihat seumpama permaisuri yang jelita.

Hal demikian boleh berlaku pada pasangan suami isteri di mana jin-jin boleh menyihir seorang isteri yang menyebabkan timbul rasa dingin suami bahkan jin juga boleh menyebabkan si suami berasa seolah-olah adanya sepotong daging menyekat faraj isteri (Muhammad Ar-Razi, 1985:240-241).

Menurut seorang bomoh yang tinggal di Batu Pahat, nasi tangas disediakan oleh isteri yang ingin menundukkan suaminya, dengan mengangkangkan nasi yang sedang panas berwap dalam keadaan duduk mencangkung, merapatkan punggung pada nasi untuk selama lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit. Kain yang dipakai menyelubungi bahan tadi dibuka buat seketika sekiranya dirasa terlalu panas berbahang, kemudian ditutup rapat semula.

Selain daripada nasi, ia juga boleh dibuat pada air, yang dicampur dalam makanan atau terus dibuat minum.

Selain untuk tujuan di atas, ilmu pengasih atau ilmu guna-guna diamalkan semata-mata untuk menundukkan seseorang terutamanya kaum wanita untuk tujuan seks, merampas isteri orang untuk membalas dendam, yang dilakukan mungkin kerana pinangan ditolak, perempuan memungkiri janji untuk berkahwin, pihak perempuan menghina atau memandang rendah kepada lelaki tertentu menyebabkan rasa marah lalu membalas dendam dengan mengenakan sihir.


Mangsa ilmu guna-guna akan memperlihatkan kelakuan yang aneh dan sering melakukan tindak-tanduk di luar kebiasaan. Orang yang pada asalnya membenci seseorang boleh bertukar menjadi rindu tanpa mempedulikan rintangan, sentiasa terbayang wajah orang yang menyihirnya.


Sekiranya individu yang terlibat telah berumah tangga, suami akan lupakan isteri dan anak-anak, lupa tanggungjawab yang perlu dilakukan, juga tidak mendengar nasihat sesiapa pun termasuk ibu dan bapa. Dalam keadaan tertentu ia akan kembali normal menyedari siapakah dirinya yang sebenar, mengingati keluarga, tetapi ia merasai seolah-olah ada satu kekuatan luar menguasainya menyebabkannya berada dalam keadaan khayal dan terpukau.


Seorang responden berumur lebih kurang 65 tahun yang tinggal di Perlis, menjelaskan bahawa ubat guna-guna atau ilmu pengasih adalah salah satu daripada amalan ilmu sihir yang menggunakan khidmat jin-jin. Pengamal ilmu sihir guna-guna akan membaca jampi manteranya untuk memanggil jin yang mendampinginya dan mengarahkannya datang dalam mimpi mangsa menjelma menyerupai lelaki yang memujanya dengan rupa yang begitu menarik, menyebabkan seluruh perasaan tertumpu kepada lelaki berkenaan.


Apabila tersedar daripada tidur, ia akan terlihat bayangan jin yang menyerupai lelaki berkenaan menyebabkannya terus-menerus teringatkan lelaki tadi. Si mangsa akan berasa tidak sempurna, resah gelisah dan terus-menerus teringatkan lelaki tadi, tidak kira di mana ia berada, sama ada ketika makan minum, ketika bekerja dan sebagainya.


Selain daripada itu, jin tadi akan merasuk otak mangsa menyebabkan dia tidak berupaya berfikir waras, berubah sikap terhadap anak dan suami andainya si mangsa seorang perempuan yang telah berumah tangga, tidak pedulikan nasihat orang lain andainya dia seorang dara. Setelah dikuasai fikiran dan ingatan si mangsa, jin akan datang menarik jasad orang yang berkenaan membawa pergi menemui orang yang memujanya tadi, seolah-olah ada magnet menariknya untuk berbuat demikian.


Kesan amalan sihir adalah berbeza, bergantung kepada kekuatan roh seseorang dan jenis sihir yang dikenakan. Ada mangsa yang hilang ingatan sama sekali, tidak tahu apa yang telah berlaku pada dirinya apabila ingatannya pulih kembali.


Ada mangsa yang tidak hilang ingatan, tetapi tahap kesedarannya terlalu sedikit, berbanding tahap kesedaran yang telah dikuasai oleh sihir yang dikenakan kepadanya. Kerana itu terdapat mangsa sihir yang menyedari apa yang sedang berlaku ke atasnya terasa seolah-olah dipukau, ditarik-tarik untuk menemui seseorang dan berusaha untuk melawan, tetapi tidak berkeupayaan kerana kekuatannya yang sebenar terlalu lemah.


Berdasarkan keterangan di atas, amalan menundukkan seseorang termasuk menundukkan suami melalui kaedah yang dikenali sebagai ``nasi kangkang'' atau ``nasi tangas'' bukan sesuatu yang mustahil berlaku.


Dipetik dari Bicara Agama, Utusan Malaysia, Bersama Dr. Amran Kasimin
 
Fuh, ngeri jek baca kan?
TETAPI, tiada masalah dalam dunia yang tidak ada jalan penyelesaian.
Andai sihir bertuankan syaitan, kembali kita kepada Allah SWT.
Kerana Dia Maha Berkuasa.
Jom kita tengok cara-cara untuk mencegah dan merawat sihir/nasi kangkang.


  Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?


1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib
"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"
Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.
- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati
- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?
- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don't just laugh it off.  Cepat-cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.


2. Turut perintah Allah.
- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub.
Kita dikelilingi syaitan! Don't prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!


3. Lebihkan zikir.
Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu
Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah.
Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari "Aamanarasul.."
- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect. Note! "Arasy" atau tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.....ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.


4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang. So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah waktu maghrib. Time to change!


5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.
- Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.


6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.


8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings.


Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir.

Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca:

Bismillaahi (3x)
A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru
Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan.
Bacalah ayat di atas 7 kali.


Kemudian baca doa:
Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-a illaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa.
Ertinya:
Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan melainkan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.



Merawat orang yang terkena sihir.

1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It is a symbolic action to hancurkan perbuatan jin.
Sambil giling daun-daun bidara ini, baca:
- Ayatul Kursi
- Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)
- Qul ~ Ahad
- Qul ~ Falaq
- Qul ~ Naas
- Surah Yunus ayat 81
- Surah A'Raf ayat 120-121
- Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."


2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.


3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.


4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.


5. Ulangi selama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus. Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).


Another method is the 'dry way'. That is, tak payah mandi, but baca terus pada pesakit sambil sapu kepala dia.

Sekian, Wallahu a'lam


Petikan emel dari penulis yg pergi ke kelas Usz. Fatma El-Zahra .. Penulis mengongsi perbicaraannya bersama Dr. Fatma. Dr. Fatma juga amanahkan anak muridnya [penulis] untuk sampaikan kepada kaum keluarga dan sahabat handai. Para pembaca, sila kongsi amalan ini bersama sahabat handai anda.

Source : http://julsdsweet.multiply.com/ plus google image.

Andai semua alternatif yang kita lakukan tidak menjadi.
Segera berjumpa dengan ilmuan Islam.
Berhati-hati agar kita tidak tersalah pilih..
Jangan sesekali melawan sihir dengan sihir.
JANGAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...