Wednesday, March 31, 2010

Hukum Allah SWT

Al Fatihah buat Allahyarham En Naina.
He's my father's fren/colleague as well as my friend's dad..
Urgh...


Janji Allah itu benar, bila sampai hukumnya..
Maka yang bernyawa akan dijemput pergi.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad

Ya Allah, Kau panjangkan usia ibu dan bapaku.
Juga usiaku dan keluarga.
Kerana aku belum usai berbakti kepada kedua ibu bapa tercinta.
Aku belum sempat pun membalas budi mereka ya Allah..
Amin

Nie budak berapa hengget sekilo??


8.06 kg at 6 months


8.35 at 8 months.
But now dah timbang berdiri..
Tak terlentang mcm ikan nie lagi...
Berapa harga?

Owh, tak ternilai!!


Ada gaya model x?
Keh keh keh..
Dah besar anak Mama..
Dah berjalan dengan betul semalam when he is 1 year, 1 month, 1 week, 3 days!
As usual, Mama yang sarat ngan kasih sayang nie nangis terharu bila anakanda dah leh jalan..
Terharu ooooooo...

RM38.00


Ting.. Ting..
*bunyi syiling masuk tabung*
Na seorang pendeposit setia sejumlah wang kedalam ASD Saif.
Eh, gambar atas tue ASB, ASD buku kaler ungu!

Contoh :
Nani + Tok bagi duit kat Saif = RM30. 
Dan esoknya, Na akan berlenggang kangkung  lenggok utk simpan duit tue dlm ASD Saif.
Sebelum Na isi borang deposit tue, Na bukak dulu purse Na.
Na ambil several notes.
So, in this case Na ambil RM8.
Maka jumlah wang yang akan Na masukkan dalam akaun Saif ialah RM38.
Apa perasaan anda bila the front liner tersenyum sinis bila tgk ada notes RM5 sekeping plus RM1 3 keping together with the 3 keping RM10?

Front liner : "Kak, genapkan je la.. Kan senang?"
Cik Nana : "Owh, saya tak cukup duit utk lunch japgi. Awak tambah lagi RM2 kasi genap leh?"
Front liner : terkedu!

Owh well, ini kan akaun saya anak saya..
Suka hati sayalah berapa RM pon yang saya nak bank in!
Saya tahu awak malas nak tulis
10 x 3
5 x 1
1 x 3 tue kan?????
Jangan tipu sayalah, sebab saya pun banker!
Ahaks!
:)
:)

Na mmg macam tue.
Tak pernah Na bank in jumlah genap.
RM137
RM26
RM94

Sapa2 leh bg policy atau apa2 rules yg highlight that kita takleh bank in amount tak genap?
Meh bagi sini, Na nak baca!
I'm a GOOD policy's reader!
:)

So kawan2..
Jangan malu2 menabung amount ikut suka hati kita yek?
Unless kalau nak guna CDM la, harus la genap kan?
(",)

Monday, March 29, 2010

Spot the WEIRD thingy..

Bukak mata anda luas2...
Perasan x any difference in dis pics?
:)
Cepat.....


Tak nmpk?
Ooo, ok xpe..
Cik Nana kasi zoom sket!


Dah perasan benda pelik kat situ?

~

~

~

~

~

~


Pelik Tapi Benar..
Sesungguhnya Na tak sapu krim rambut dashing ke, brylcream(eh, camnie ke eja?) ke..
Itu adalah reflect semulajadi (bukan refleksiologi tau..)
Keta park kat bwh panas, so haba..
Bila rambut terkena haba panas tue...
Terus 'berdiri' rambut tue..
(sila google utk mencari istilah sains k?)
Heheh..

Saturday, March 27, 2010

My FAREWELL!

Ini kisah lama.
Hahahha...
11th January 2010, bulan March baru nak publish?
Ish, kan Na dah kata :
BETTER LATE THAN NEVER!
Nanti leh Na baca2 balik blog and tengok gambar2 kenangan!
Uh, tempat jatuh lagi dikenang!
My last day was 31st Dec 2009.
And the farewell taken place almost 1 week after dat.
It doesn't matter lah, sebab kitorang hanya dipisahkan beberapa tingkat saja!


Tengok muka orang yang dirai!
Sebak sket dengar ucapan bosses..
Tapi maintain senyum!

And part paling best!
Dapat hadiah woooooo..
This is my big boss!

Loh, nak tunjuk gak hadiah?
Ikut suka la..
Nie brooch..
Cun wo, ada warranty 2 tahun!
Lum pernah pakai smpi skang..

Nie lak jam tangan!
T_T
Baru nak merengek mintak jam tangan baru dr hubby, sekali rezeki da...


Nie Na google gambar jam tue..
Sebijik babe!
Cuma Na punya kaler itam jek!

Okeh, sudah..
Na nak makan..
Tengok muka budak teruja nak makan tue..
;)

Owh, nak tahu pokok pangkal tengok SINI k?
Eh, ada lagi satu farewell.
Tengok SINI k?

ps : owh, hari nie birthday hubby! selamat hari lahir syg! moga hidup kita bahagia selamanya! amin..

Friday, March 26, 2010

Mereka mahu hidup!

Na terima e mail nie dengan tajuk,. "Janin menjadi bayi"..
Ingatkan gambar process dlm womb yang mcm biasa kita tengok/dengar tue la..
Tapi bila tengok 1st pic pun dah meremang bulu roma..


I thought nie pics gambar janin yang dibuang..


Kecik je kan?
Waktu tengok pics tue Na dah mcm sebak2 dah..
Sebab sedih kenang nasib baby tue...


Pics ni lagi mengkonpiuskan Na..
Pastu I assume dat mungkin baby tue dilahirkan pra matang, that's y kecik..



Gambar that janin wif her/his siblings.


Dis pics betul2 buat Na heran.
Nape diorang pakaikan janin tue topi, selimutkan and whatnot?


Owh, ok..
Dah nak semadikan kot nie sebab balut ngan plastik!


Eh???????????
Yes, the baby survived!
How, don't ask me!
Just believe in Allah SWT.


Dan now, dia is the latest pics of the miracle baby.
Even mungkin tidak sempurna spt others, (merujuk kepada those wires kat his body)..
Tapi he makes it..
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi!
Fuh, mengerikan betul forwarded email nie..
Tapi cukup utk membuka mata..
Betapa bayi itu mempunyai keinginan yang tinggi untuk terus kekal hidup.
Jangan ditamatkan riwayat mereka begitu sahaja..

Nape asyik teringin nak mkn macam2 nie?

Slurpp..
Owh, bunyi agak kurang sopan!
Dis is my fav food!
Yummy!
Kalau kat SP/Penang, senang jek nak carik!
Kat sini?
Sapa tahu kat mana ada sotong kangkung yang SEDAP?
Cepat bgtau saya sebelum saya kempunan..

pics : google dowh!

Sedapnya..
Dis wik hubby ada team building, ingat cik adik manis jelita nie boleh temankan Kakcik dia nie..


Tapi dia sibuk...
:(

So, next week Kakcik belanja Kaksu makan k?
Yieha!


Saif, tggu next week leh main ngan Maksu k?
Eh, sesapa yang tahu tempat makan ada sotong kangkung yang sedap jgn lupa bgtau Na k?
Teringin betul2 nie..
Tak tipu!

Thursday, March 25, 2010

Kiri atau Kanan?

Sama ada kita sedar atau tidak..
Setiap detik, kita akan berhadapan dengan pilihan..
Ya, betul..
Each sec, mins, hours, day..
Kita harus memilih antara A atau B, mahupun kiri atau kanan..

Contoh yang paling dekat dengan kita..
Bangun pagi!
Sama ada kita memilih untuk bangun once the alarm rings atau tggu 5 mins later..
Hahah, nowaday I keep waiting for the second rings!
Pastu kita harus memilih lagi sama ada mahu terus meneguk air kosong (org Kedah mcm Na panggil air masak) atau nak mandi dulu..
See? Pilihan lagi..?
Setiap saat la pendek kata..

TETAPI.....
(Wah, mcm karangan tahun 6 lak..)
Kita seringkali terpempan/terkesima/terkejut/bingung/serba salah/ terkujat and etc bila kita harus membuat keputusan yang BESAR dalam hidup kita!
Contoh : Aku mahu nikah dengan Ahmad atau Ali ek?

Sepatutnya, latihan membuat keputusan kecil dalam hidup sehari-hari kita akan membuatkan kita lancar dalam membuat pilihan!
Tapi kerana MANUSIA MUDAH LUPA, sering alpa, take things for granted..
Maka kita akan MELOPONG bila harus memilih!

Setakat hari ini..
Setelah 27 tahun hidup di muka bumi nie..
Na tak pernah MENYESAL akan pilihan/keputusan yang telah Na buat!
Biarpun ada kala keputusan Na tue kurang tepat, buat hidup Na onar disana-sini..
Tapi Na tekankan dalam diri, itu semua adalah LEARNING CURVE!
Jangan menyesal, jangan give up, jangan melatah!

Move on!
Antara keputusan besar yang Na buat..

1) Attend Maybank scholarship interview i/o interview ******** due to certain considerations..

2) Memilih untuk further studies di UiTM and decline the offer from UM/University of Hull, UK..

3) Bekerja di *** i/o "department2 hebat" yang lain (diorg la ckp hebat..)

4) Transfer to *** from ***

5) Lambat respond to the ******** request membuatkan Na gagal dapat kerja disitu.. (hahah, admit dis is my mistake)

Oklah, those are some of my experiences in made such a HUGE DECISION/CHOICE and yet to be happy with the outcomes!

Ada kawan2 yang cakap, "Untung kan Na, hpa dapat semua yang hpa nak?"
nota kecil : hpa bermaksud HANGPA yakni kamu (bahasa kedah)
Owh.. TIDAK sebenarnya.
Ada benda yang Na tak dapat, sama ada due to self-negligence atau mmg mungkin belum rezeki Na nak merasa..

Cuma satu..
Na tidak pernah berhenti mencuba!
I trust on my capability even ada banyak lompong disana-sini..
I learn from others, I observe and try to sedut mana2 ilmu yang hebat untuk improve myself!

Jadi, Na harap semua kawan2 juga akan terus berusaha!
Jangan pernah mengalah!
Jangan takut untuk membuat keputusan..
Kadang2 pilihan drastik juga akan membawa sinar indah dalam hidup kita..
Percayalah..
Percaya pada diri anda juga!

Nasihat Na, sebelum anda membuat pilihan...
Fikir kesan JANGKA PANJANG!
If I do this, what would happen to me the next 10 years!
Fikir!!!!
Jangan ingat, best nie kalau aku kahwin ngan Ahmad sebab dia banyak hensem.. Nanti bila aku jln ngan dia kat supermarket ramai yang tengok aku jalan ngan mamat hensem.. (berbalik pada contoh tadi)
Fikir panjang2..
Kalau aku kawin ngan Ahmad nie, sepuluh-dua puluh thn lagi.. Agak2 muka dia maintain hensem mcm nie ke?
Dia hensem, dia ada wibawa untuk lead the family ke bla bla bla...

Fikir panjang2 tau!
Kenapa tiba2 Na comes out with this entry?
Sebab tiba2 Na rasa mcm sedih sbb Na tak sungguh2 dengan offer yg Na dapat hari tue..
Maka, melepas!
Tapi Na tak sedih!
Sebab dunia belum berakhir!
Chill!


Hot Air Balloon Fiesta 2010!


Heheh, mula2 macam malas nak gi.
Tapi tengok gambar, dengar citer mcm best!
Apa lagi, petang Sabtu (20/03/10) trus chow gi Putrajaya!
Dalam kul 6 gak ar br smpi!


Belon yang ada cuma suam2 kuku!
Tak byk sgt ar..


Asalkan anakanda Na happy, maka outing petang tue jadik sungguh manis..


"tengok la depan syg, Mama tak hilang aih.."



Mama and lil Saif!



Walk baby walk!




Bye bye
Jumpa lagi 2011.. Insya Allah!
:)

Happy birthday dear hubby! (",)



Papa nak tiup, Saif nak ramas lilin tue!


Okeh, happy birthday bucuk2 Mama..


Nak tengok muka penuh tepung gomak?
:
:
:
:
:
:


Selamat hari lahir CINTA...
(in advance as his actually on 27th March)
:)




Owh, he won't be here wif me to celebrate his 33rd birthday..
:(

But u always be there, sayang :-
DEEP in my heart!

May Allah protect u from all harm, brighten ur heart with Nur of Iman, bless u with the vision of Ikhsan and elevate u with his greatness..
Amin..

Kasihku selalu baru untukmu!
Sungguh, aku tidak tipu!

Tuesday, March 23, 2010

*&^$##*()&*)^^$%$ updated!

Bengang!


Mode Cik Nana skang ialah INI

UPDATED!!

Nana, tarik nafas panjang2..
Lepas....
Tanak tulis entry waktu marah!
Okeh, sila rujuk ENTRY MANIS INI k?

:)

Saif on board!

Na memang kurang berkenan nak lekat sticker/anything kat cermin keta macam nie..


Tapi Na suka baca org punya provided the words senonoh la..
Tak suka baca yang tulis merepek-merepek tue..
"Kiss my ***" la apa la..
(even maybe *** di situ bermaksud bumper keta tapi still x sopan kot..)
:)

Tapi, sejak balik dari percutian-indah-mommies-daddies-babies-di-PD, and dapat hadiah satu bumper sticker yang sgt unik...
Na terus tempek kat keta!


Hah?
Tak clear?
Okeh la, Na kasik ZOOM sket!!


Betul la..
Memang tulis SAIF ON BOARD...
Customized gitu!
So sweet of u darling..
:)

Then my sis selamba tanya, "Kalau ada 6 org anak nanti? Penuh la cermin blakang nie ngan sticker nama anak2 kakcik?"
Owh well Kaksu, Kakcik akan tempah utk each of my kids!
Or maybe only TWO because semua anak lelaki akan diberi nama Saif ......
Means that, semua nama anak2 lelaki Na akan start dengan Saif ...
Nama belakang jek yang akan beza!
And semua anak perempuan akan diberi nama NUR ... (contoh ye kawan2)

Macam family Na sendiri :

Lelaki :
1) SYAMSUL BAHRI
2) SYAMSUL AMRI
3) SYAMSUL ZIKRI

Perempuan :
1) SURIYA HANI
2) SOBRINA HANI (ini nama saya, kamu tahu x?)
3) SYAHIRAH HANI

:)

I like!!!!

Monday, March 22, 2010

"Contest Aksi Menarik Si Comel Bersama Floater"

Hip hip horay!
Sori ek, terover excited lak kali nie.
Bukan sebab apa, dah lama tak join contest!


Proudly present by iz-AnN sempena birthday anakandanya yang tersayang, HNI!
Selamat Hari Lahir sweetie..

Gambar yang Na pertaruhkan:
:
:
:
:
:
:


SAIF RIZQ BIN SHAHRUL ZAIRI
SETAHUN, SEMINGGU tatkala gambar diambil!

So, tawakal..
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...