Monday, December 6, 2010

Lillah hi Ta'ala...

Sedih sungguh.  Na membebel sepanjang 2 jam tue.  Na rasa terkilan.  Sebab 'ibu' tewas dengan nafsu, sanggup menduakan 'ayah'.  'Ayah' yang berkorban menjaga 'ibu' dengan baik waktu 'ibu' sakit TB..  'Ayah' yang setia dengan 'ibu' even ada yang cucuk jarum suruh pasang nombor dua..


Like what hubby said, that's life.  Apa sahaja yang diolah menjadi drama, semua itu wujud.  Berlaku di dunia luar.  Ada di celah-celah kita.  Terjadi pada kaum keluarga, kawan, colleagues kita... 
Notes : Sila jangan fikir pasal drama hiburan mcm Kapoww sume tue ek?


Sedihnya bila tengok manusia bisa berubah kerna wang, harta, pangkat, nafsu.  Sedih2.  :(  Tapi dalam kes nie, it was a happy ending.  'Ayah' maafkan 'ibu' even 'ibu' sarat mengandungkan anak luar nikahnya.  'Ayah' terima semula 'ibu' dengan hati yang terbuka..  Ya Allah, betapa mulia 'Ayah' sebab sudi menunjukkan jalan yang benar untuk 'ibu'.  Kerana sanggup betulkan kembali akidah 'ibu'.  


Na juga kagum dengan 'ibu'.  Tak lekang2 bertaubat dan memohon ampun dari Allah SWT.  'Ibu' betul2 serik dan sedar akan kekhilafannya.  Maha suci Allah, Allah bukakan hati 'ibu' untuk menerima cahaya keinsafan. 


Jadi, 'ayah' menerima 'ibu' yang sudah 'bersih'.  Yang sudah insaf, malah bertaubat..  Alhamdulillah.


Selamat menyambut tahun baru.
Na mahu jadi Na yang baharu.
Isteri penyejuk hati, anak yang solehah, malah ibu yang mithali.
Insya Allah..


Mahu jadi lebih baik dari yang dahulu.
Mahu satu tahap lebih tinggi, hampir dengan zat Nya.
Ya Allah, tolong hambaMu untuk menghampiri nikmat Mu.
Amin...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...