Monday, December 6, 2010

Cara melupuskan bra & panties...

90% pembaca blog cerdik nie kaum hawa kan?  So, boleh la berkongsi rahsia sikit ek?  :)  *blush*


Dalam sebulan, mesti akan ada pakaian dalam kita yang perlu dibuang kan?  Tak kisah la baju dalam or panties.  Yang terkoyak, yang tertanggal ribbon, yang terkeluar spring..  Heheh, contoh je tau.

  Macam mana korang semua menamatkan 'riwayat' pakaian dalam korang ek?

- Bakar?
Ish, menambahkan kandungan karbon dioksida dalam udara.  Tak bagus untuk bumi.  

- Flush dalam toilet bowl?
Jangan!  Tak pasal2 kantoi dengan Indah water pulak.  Kalau tersumbat, korang yang susah.

- Jual dekat bundle?
Owh, nie betul2 out of the box punya thinking..  :)  Cuma, pakaian dalam tue mengandungi 'sisa' kita.  Seteliti mana pun kita cuci, masih berbekas 'sisa' di situ.  So, lupakan aje ek untuk recycle pakaian dalam kita.  Dan hey, Na ada terbaca yang orang ramai hantar pakaian dalam terpakai sebagai bantuan untuk mangsa banjir/tsunami/gempa..  OMG, could u pls give money/other things instead? :(


Dari kecil Na diajar untuk melupuskan baju dalam/panties dengan teliti.  Caranya simple.  Cuma perlukan... 


1) Gunting pakaian dalam anda sekecil-kecilnya.  Hingga kalau ada orang yang menjumpainya, mereka tak mungkin dapat menyambung kembali pakaian dalam tersebut. :)  Keluarkan besi, span, gunting renda dan segalanya.  Racik-racik...

2) Masukkan perca pakaian dalam ke beberapa plastik sampah yang berbeza.  Ini untuk mengurangkan kemungkinan untuk orang menemui satu set lengkap pakaian dalam anda yang sudah diracik kecil..

3) Buang plastik sampah ke tempat yang disediakan.  Dan berdoa agar pakaian dalam tue dilupuskan dengan baik.  Jauhi dari anasir yang mahu berbuat jahat...  Insya Allah, selamat.


*blush*
Macam mana korang lupuskan pakaian dalam korang? 


3 comments:

The Party Staff said...

tima kasih for the tips. sy sdr x pnh terpk. slalu campak buang dlm tong sampah jek seketul tu. hehe...

Suzie said...

mak ajar kalo nak buang bawa balik rumah (rumah parents) sbb dia prefer tanam bra/panties tu...sy dok apartment susah sket sbb tanah tkde

Zezzatty said...

me tanam,suruh mak tanam kat umah atuk :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...