Tuesday, November 30, 2010

Kalau yang terbunuh itu kamu?

Kebelakangan nie banyak tragedi yang mengakibatkan nyawa melayang.

Kemalangan.
Banjir.
Lemas.
Gempa bumi.


Apabila ada nyawa yang terkorban, semestinya ada insan yang akan berduka.
Suami / Isteri / Anak / Rakan / Keluarga
Mereka boleh jadi trauma kerana tragedi tersebut menyebabkan mereka kehilangan insan yang tersayang.


Macam trend pulak semua blogger, paper, TV berlumba-lumba nak publish gambar mayat yang terkorban.
Ada yang putus kaki.
Yang terkulai leher.
Terburai perut.
Pecah muka.
Hancur tangan.


?
Zaman makin maju, dengan satu klik saja orang boleh share di FB, youtube.
Ada pulak yang pendek akal, LIKE pula video kemalangan tue..
LIKE = SUKA
Apa yang kamu suka?
Suka sebab mangsa terkorban?
Suka tengok cara mangsa meninggal?
Suka tengok kecederaan mangsa?
Suka tengok kualiti video?


Come on, cuba bayangkan keluarga kamu yang terkorban.
Apa kamu suka gambar ahli keluarga kamu yang sudah tidak sempurna sifat tersebar?
Ditayang / di publish / di share/ di LIKE merata-rata? 
Kamu tak suka kan?


Yang lebih teruk, bayangkan kamu sendiri yang terkorban.
Kemudian kawan kamu share video kemalangan kamu.
Terpapar gambar kamu dengan kepala yang hancur, tangan putus, seluar terlondeh, kasut sebelah terpelanting, darah bersembur..
Kamu suka ke?
Kasihan anak kamu.
Kasihan isteri / suami kamu.
Terpaksa menahan sebak setiap kali ternampak gambar kamu yang sugguh menyayat hati.
:(


Sudahlah.
Tak payah share gambar yang boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa.
Ada akal kan?
Pakai la!


2 comments:

amethyst said...

totally agree with this... stop spreading all pics or videos of these tragedies.. going thru the pain is hard enough, don't make it worse for the families..

CIK NANA said...

x suke.. if hani yang meninggal dengan apa cara sekalipun.. harap xkan tersiar gambar jasad hani.. :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...