Monday, November 29, 2010

Cabut bulu puyuh

Na amik cuti last Friday.  Balik kampung.  Hujan jugak sepanjang perjalanan.  Sampai umah jek tengok Mak dah siap masak sambal keli.  Hubby's favvy.  Terus makan dengan penuh selera.  Heheh..


Saif mula2 still malu2 ngan Tokwan + Tok.  Dah lama sket baru OK.  Taknak dok dalam umah langsung.  Asyik keluar jek.  Maklumlah, selama nie dok dalam 'rumah burung'..  Dah dapat peluang dok kampung, tanah lak luas..  Apa lagi...  Jalan sana sini.


Pastu asyik pujuk Papa naik motor.  Suka Saif boleh bonceng motor sambil tengok ayam, angsa, kambing, lembu, bangau, ayam piru etc..  Tak payah pegi zoo.


Hari kedua tolong Abah sembelih puyuh.  Hehe, puyuh bela.  First time Na tengok penyembelihan.  Ups, jangan rasa kesian.  Sebab tue memang makanan kita.  Saif pun tengok.  :)  Lepas dah siap sembelih, Na tolong Mak cabut bulu puyuh.  Badan puyuh tue still panas.  Pengalaman beb.  Berpeluh gak nak cabut bulu puyuh sampai licin.  Tapi seronok.


Hari ketiga Mak masak gulai sembilang ngan daging masak hitam.  Fuiyo....  Sedap gila.  Dah la Na memang suka sembilang!  Petang Mak masak laksa.  Yummeh!  Mak siap tapaukan lauk + laksa kat kitorang.  Dalam pukul 4 pm bertolak balik KL.  Hujan jugak sepanjang jalan.  Sampai umah dalam pukul 8.00 pm ++.  Saif dah selamat tido dalam keta. 


Bulan Dec nanti insya Allah balik kampung Na pulak.  Owh, Na belum cabut undi ek?  Bagi Na masa sket ek.  Insya Allah, by tomorrow dah boleh tahu siapa yang bertuah.  Tunggu ek?


Nanti nak pegi buat Pap Smear.  Tapi tak sure lagi kat mana..  Yang pasti, bukan di CAH. :)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...