Tuesday, November 2, 2010

Anak - Ibu

Bila bergelar anak,
Na rasa cannot live without my parents.
Without my family.
I love them so much!


Apa-apa saja Na mahu bersama mereka.
Tapi mustahil kan?
Ada kala, bila sudah cukup usia..
Kita kena mula terbang mengenal dunia..


Bila sudah boleh mengenal baik dan buruk..
Berkelanalah kita mencari ilmu.
Mencari pengalaman di celah dunia.
Tapi tetap tidak pernah lupa.
Pada kedua orang tua yang berjasa.
Saya sayangkan mereka.


Kini, Na sudah menjadi ibu.
Punya buah hati yang comel gebu.
Dialah kekasih, dialah seteru.
Madu, jua hempedu.


Tak boleh tinggal lama-lama.
Sebab kelak jiwa bergelora duka.
:(


Na sayang anak, juga sayangkan ibu bapa.
Kerana permulaan hidup adalah dari mereka.
Seharusnya seimbang tara.
Sayang anak, sayang suami, sayang isteri.
Dengan sayang ibu, sayang bapa, sayang keluarga.
Mana mungkin sayang suami pinggirkan ibu?
Mana mungkin cinta suami singkirkan bapa?
Ada otak, ada akal, ada Iman kan?
Ketuk kepala, fikir semula!


Mama mahu Saif tahu.
Yang kasihku selalu baru untukmu.
Dan Mama juga mahu Papa tahu.
Kudedikasikan seluruh jiwaku..
Hanya untuk kamu.
Dan Na mahu Mama and Bapak tahu.
Na hormati kalian dengan sepenuh jiwa.
Sayang melebihi segala yang ada.


Bila, Saif besar dan bergelar ayah..
Ingat Mama, ingat Papa.
Sayang anak, sayang isteri.
Setara.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...