Wednesday, October 27, 2010

Sini takde discount tau!

Pedih kan kalau salesgirl kedai/butik cakap macam tue kat u all?
Heheh..
Na pernah kena..


Na tengah tengok2 jam tangan.
Pastu salesgirl tue cakap, "Sini takde discount tau. Semua harga fixed."
Na angguk la.
Then bila I mintak satu jam nak tengok, dia terus muncung and tanya " Nak beli betul ke nie?"
Me and my fren terus hangen!


And my fren mintak nak tengok another jam, dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi..
Sampai dah banyak gila jam yang kitorang tengok, then my fren ajak I blah.
I cakap, "Jom beli kat City Chain.. Kat situ ada discount!"
Ahaks!


Ko dah kerek ngan aku, jangan harap la aku nak bagi ko komisyen kan?
Heheh..


Jangan la nak sombong berlagak tak tentu pasal!
Pelik betul kalau orang yang suka under estimate orang nie.
Ko bukan bukannya kaya sangat, ko keja jek kat situ kan?
Bukan owner kan??


Entah-entah, gaji kitorang boleh beli seratus jam yang ko jual??
Heheh..


Kesimpulan - Kalau dah menceburkan diri dalam bidang perkhidmatan, maka berkhidmatlah dengan ikhlas.  Jangan nak berlagak tak tentu pasal!  Ingatan untuk Cik Nana jugak!



1 comment:

Liz Rohaizat said...

pantang kalau salesgirl yg mcm tu. kat KLCC tu berlambak yg mcm tu tapi ada juga la yg baik.

saya penah ckp kat hubby. cuba pergi kat satu counter kat KLCC. pergi selang 3-4 hari ke. satu hari pakai baju kurang cantik, satu hari dressing smart2. boleh nampak layanan tu berlainan.

berani ckp sbb sendiri penah buat experiment. satu hari saya hanya pakai jeans, long sleeve shirt dan platform kot. x dilayan sgt tau.

satu hari lain, pakai jeans, blouse lawa dan high heels. lps tu, tgn pegang paper bag brand Guess kalau tak silap. wah, layan terbaik! salesgirl yg sama.

ptui!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...