Tuesday, October 12, 2010

Nope, u're not a punching bag!

Punching bag lesu tak bermaya.
Punching bag terkulai tak berupaya.
Punching bag bisu tak mampu bersuara.
Punching bag tak punya akal yang bijaksana.




Maka jelas, kamu bukan punching bag!




Kamu ada otak, boleh beza mana hakiki dari ilusi.
Kamu punya hati, boleh selami hati mereka yang menyayangi.
Kamu punya Iman, boleh bantu mudahkan situasi.
Kamu punya Allah SWT, boleh pasrahkan hati mohon kehidupan disuluhi.



Gunakan kelebihan yang diberi.
Tegakkan kebenaran diri.
Usah biar maruah diinjak lagi.
Bingkas bangun bebaskan mentaliti.



Sedih aku melihat kamu.
Tersepit perit dalam batu.
Teliti kembali siapa yang bertindak melulu dulu?
Hingga bahagia bersulam kelabu.



Menjauhkan diri bukan penyelesaian.
Kamu cuma mencipta jurang yang makin melebar.
Mencarik luka pada hati insan mulia?
Owh, baik kamu sujud taubat nasuha.



Dia patut dengar kamu.
Kamu juga patut dengar dia.
Kamu tahukan hubungan dua hala?
Bukan kamu saja yang junjung dia.
Tapi dia melompat atas kamu, suka.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...