Thursday, August 12, 2010

Tudung Ariani vs Tudung Ariapan

Waktu pakai tudung bawal dulu, I don't mind at all to purchase RM 10 tudung jual kat tepi2 masjid India or pasar malam or kat mana2 je la.
Tudung bawal yang paling mahal ialah RM 75.
Beli untuk nikah and kenduri kahwin.
Yang lain, harga RM 5 - RM 30.
(",)
Betapa sempoinya Cik Nana.


Lepas tue trend berubah and for me, keperluan untuk bersiap lebih cepat dari biasa memandangkan komitmen sudah bertambah (dulu, bangun pagi boleh la la la relax pakai tudung lama2 pun takpe. skarang, bangun nak kena siapkan makanan anak, siapkan pakaian hubby and anak and the list goes on macam tiada esok).
So, tudung sarung adalah pilihan terbaik.
Na tak gheti and tak suka pakai shawl.


Sana-sini iklan pasal tudung Ariani.
Wow wee, harganya buat Na telan air liur sepanjang hari.
Last year, Na spend almost RM *00 for the first time to purchase several tudung Ariani for my Mama, MIL, Sisters..
Satu saja untuk Na.
Yang paling murah.
RM 65.
And it was the last.


Selepas tue, koleksi tudung Na lebih memihak kepada 'Ariapan' daripada 'Ariani'.
Tudung Ariapan ialah tudung-tudung yang mampu milik.
RM 15- RM 30 maximum.
Cantik jugak what?
(",)
Bukan kedekut, tapi beli ikut kemampuan.


Lagipun Na rasa trend akan berubah-ubah.
And being me, if Na ada satu tudung Ariapan kaler biru, tapi sebulan pastu Na akan teringin lak beli tudung Ariapan kaler biru jugak tapi yang owning dia silk(kotak2)..
So, tak ralat.
Sebab boleh beli anytime.
And harga tidak mencekik.
(",)



Beberapa tudung Ariapan yang Na ada.
Cantik jugak kan?
Heheh..

Korang suka pakai tudung ape ek?


5 comments:

DaZzlingLilLy said...

kak laili sarung semua jenis tudung..tak kisah mahal or murah asal nampak berkenan di mata terus beli...

yatie chomeyl said...

I pon ada 2 helai je tudung ariani. tu pon sbb beli yg harga RM60; beli satu percuma satu tu. mmg cpt la dpt siap hehe; hubby pon suka cuma ubby tak suka bila tang nak bayarnya mahal sgt ekekeke. jadi nya , ada 2 helai tu pon dh cukuplah

This is .... said...

tak pernah pakai tudung ariani.. tak sesuai untuk muka saya yang bulat.. hehe

cc said...

tudung bawal + tie rack square tatap jd pilihan =D
muka ku tak sesuai pakai tudung ada awning @ shawl..boolaaatttt

CIK NANA said...

K. Laili : betul2. asalkan kita bkenan! :)

Yatieychomel : Wah, berpeluh lak. Heheh, tapi kita tetap comel kot kalau pakai apa pun. Janji tudung! Bukan tudung saji..

This is : Alamak, Na tak sempat singgah blog u. will do.. :) Bulat itu comel.. :)

cc : Na x pandai pki shawl2 nie lak. Heheh, apapun x kisah. Janji kita happy and comfortable.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...