Friday, August 13, 2010

Rahsia suami isteri

Bukan.
Tidak akan ada cerita 'dalam kain' kat sini.
Takkan ada pendedahan kisah atas ranjang di sini.
Bukan di blog cerdik ini.
(",)


Apa yang Na nak kongsi, pasal rahsia ANTARA suami dan isteri.
Maksudnya, suami rahsiakan sesuatu daripada pengetahuan isteri dan vice versa.


Na tidak setuju.
Tidak sepatutnya ada rahsia antara suami dan isteri.
Tidak harus ada.
Kena transparent.
Suami boleh nampak 100% fizikal dan rohani isteri, begitu juga sebaliknya.


Suami ada a/c facebook, tapi isteri tak tahu.
Letak nama Kanda Tampan. 
Nama di atas adalah contoh, tiada kaitan dengan sesiapa. Harap maklum. 
Dalam a/c tue, sang suami bebas menerima sesiapa sebagai friends.
SESIAPA SAHAJA.
Termasuklah orang dari Zimbabwe, mahupun Myanmar.
Sesiapa saja yang add, akan diapprove.
Berbual kosong di laman sembang tue.
Pastu termengusik, terbergurau pulak sana sini.
Ah, jangan risau.
Isteri tidak tahu.
Account in cuma bukak kat opis / BB and tak pernah klik kat item remember me..
So, isteri takkan tahu kewujudan a/c ini..
Sama juga dengan para isteri.
Kenapa perlu ada a/c atau email atau apa saja medium berhubung dengan orang asing tapi tidak diketahui suami..?


Cuba cakap dengan Na..
Apa perlunya perbuatan tersebut?
Cepat jawab?


Maaf, Na tidak boleh menerima apa saja jawapan kerana anda tidak sepatutnya berbuat demikian.
Tidak perlu bersembunyi.
Bila ada benda yang mahu disembunyi, mulalah berbohong...
Tambah dosa lagi.


Hubby ada acc fb, tapi Na tak add dia and so did him.
Na ada ID and pword dia, and kadang2 he's opened mine and vice versa.
(",)


Na dulu kuat cemburu.
Waktu mula2 kahwin.
Sekarang, I'm cool and chill.
Wah, tak caya gi tanya hubby.
Asalkan tak melampau batas, so should be OK.


Hubby/wifey kena tahu what's GOOD and BAD.
Itu saja.
Tidak perlu sembunyi, menipu sana sini.
Geli.



3 comments:

cik puan akish said...

betol2....x perlu mau sembunyi2..nak2 pasal ade fb tuh..cesss....hina sgh kalo hubby wat begitu..:o

HaninFarshid said...

hanin takde f/b sebab hubby tak bagi buat....dier pun takde f/b...kalau dua-dua buat f/b diam2..mesti kitorg akan tau...sebab kawan kitorang sama :)

yang penting trust in relationship...that makes our love grow stronger..cemburu boleh...tapi jangan lebih2 sampai dier rimas :) kerja hubby hanin memang gi jauh2...hanin tak boleh cemburu buta or halang dier....hanin kena percayakan dier..thats his job :)

and yes...jangan sembunyi apa2 dari suami atau isteri kiter..itu lagi memburukkan keadaan...kiter harus jujur dalam perhubungan..hanin tak kisah hubby ada f/b..tapi dier yang tak nak...hahahah!

CIK NANA said...

Cik Puan Akish : Heheh, hina tak hina tue no comment. Cuma kalau boleh elakkan la. :)

Hanin : yup, kena trust each others. :) Kalau tak, stinggi mana pun bangunan boleh runtuh.. Insya Allah, kalau takde apa yang nak disembunyikan/ditpu, sejahteralah rumah tangga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...