Friday, August 13, 2010

Alhamdulillah, cuti bersalin ditambah menjadi 3 bulan

Rasa nak ngandung nangis bila dapat news nie.
It was a great news.
Alhamdulillah, syukur.
(",)


Personally, I love maternity leave.
I enjoyed every seconds of those days.
Suwet.
Sangat best.
Ada baby satu.
Pastu Mama ngan Bapak bagi layanan 10 bintang.
Makan berhidang, jalan berpimpin, mandi dicebok, badan diurut, kepala diulit...
Owh..
Terlupa seketika kisah perut terbelah darah meleleh.
Adik-adik, Kakak dan Abang-abang, Ipar duai pun bagi duit sokongan.
Belum masuk cerita my FIL datang melawat Na ngan baby almost every weeks okeh??
(",)


Makanan dalam pantang adalah sangat sedap.
Pelik bila ada orang cakap benci waktu pantang.
Biasalah, lain padang lain belalang.
Mama masak sedap gila!!!
Walaupun ada yang takleh makan, menu tak pernah sama setiap hari.
Sentiasa berubah kecuali anak dia mengada mintak menu tue lagi sekali sebab kecur air liur teringat kesedapan makanan tue.
Heheh...
My MIL datang siap siangkan haruan berbekas2..
(",)


Pasal tak boleh keluar umah.
Cik Nana tak kisah.
Na lagi happy dok umah mengadap papers, magazines, TV.
Takde probs.


Terima kasih Mama dan Mak.
Terima kasih Bapak dan Abah.
Terima kasih abang, kakak dan adik.
Terima kasih ipar duai.
Terima kasih Makcik dan Pakcik.
Terima kasih keluarga.


Owh, orang yang bertanggungjawab atas kelahiran itu.
Terima kasih hubby, untuk semua pengorbanan.
(",)


Na suka semua berkaitan pantang kecuali the fact that I need to be far from hubby.
Itu adalah sangat sedih, tak boleh diterima akal.
:(
Walaupun hubby balik setiap minggu dan ambil cuti berkoyan-koyan cuma untuk melihat wajah isteri dan anaknya.
Owh, terharu!


Tetap tak sama.
:(
Kalau 3 bulan berjauhan?
Banjir Sungai Petani dan Puchong.


Tapi..
Pantang dulu 60 hari, tapi hari ke 44 hubby dah bawak balik Na and Saif ke Puchong.
Sebab he can't live without us.
Wow wee..
Ayat apakah?
Sebab he wants to spend the time with us.


So, kalau cuti 90 hari, maybe hari ke 50 hubby akan bawak kitorang balik rumahku syurgaku..
(",)
Tengoklah nanti.


Apapun, sangat happy dengan that news.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...