Monday, July 26, 2010

Pembaca senyap vs Pembaca bengap!

Sekarang blog dah makin bercambah.
Seems like everyone has their own blog!
(",)
Bagus, advertiser makin banyak pilihan untuk letak iklan mereka.


Bila ramai penulis blog, ramai jugalah yang membaca.
Yang terjumpa blog, follow, tegur and jadi kawan ada.
Yang cari pasal, sehari bukak berkali-kali (thanks sebab anda meletupkan BE saya) dan mengutuk pun ada.
Macam-macam ragam.


Cakap pasal silent readers, rasanya setiap blog punya pembaca senyap tersendiri.
Takde masalah pun dengan silent readers nie.
They saw the blog, they like it, and they follow.
Ada pulak yang baca, lepas tue merepek, meraban, meroyan tak tentu pasal..
Maka status mereka terus bertukar dari pembaca senyap kepada pembaca bengap!


Kah kah kah.
Kenapa?
Terasa?
Rasalah..


Ada yang berani tinggal tahi..
Tapi tak berani letak identiti.
Cuma sanggup diri digelar Anon.
 

1) Ala, ko tulis formal sangat la.. Macam baca surat kenaikan pangkat lak..
2) English ko macam sampah ar.. Berterabur!
3) Asyik2 nak cakap pasal anak ko, ko ingat ko sorang je ada anak dalam dunia nie?


Heheh..
Itu semua adalah contoh komen anon dalam dunia maya.
Jangan tanya kat blog mana Na jumpa those comments.
P&C.
:p


Untuk komen no 1 : Jawapan sesuai mungkin memang saya suka cakap bahasa baku, maka menulis juga dengan cara begitu. Saya rasa sangat dekat dengan akar diri bila menulis begini.

Untuk komen no 2 : Maybe leh jawab, saya tidak pandai ber sohseh2 cakap omputih, tapi sekurangnya saya cuba. Nape awak taknak ajar saya?

Untuk komen no 3 : Ish, takkan pulak saya nak cerita pasal anak jiran, tempek gambar anak bos kot? Harus la berkongsi gembira la la la kisah anak sendiri.

Kalau jawapan kurang ajar : Suka hati aku la, ni blog aku..
Senang

So, pilihan di tangan anda.

Untuk terus menjadi pembaca senyap, atau jadi pembaca bengap!

Kalau dah pilih untuk terus bengap, kena terima kalau kena serang hendap!


5 comments:

Zezzatty said...

we as a blog owner just tulis je apa yg kita rasa bes.kalau nak fikir nak puaskan hati semua org-mmg susah.

Najwa said...

pedulikan aje si bengap..mmg layak di label bengap sbb kalo dh xsuka bca blog kita yg bengap sgt gi bca jugak kenapa kan? siap tngglkan komen negatif pulak tu. komen tp takut nk perkenal diri..ibarat berak dlm kat toilet umah org pastu tak reti nak flush main tngglkan aje taik tu..org yg berpenyakit bengap ni selalunya xnk diubat mahupun berubat..maka, biarkan si bengap dgn labu-labu nya :-)

genny da bomb said...

pedulikan dorang nana..dorang nk kutuk biarkan...blog kita so we have that freedom to speak..lantak la berterabur ka apa ka dorang kisah apa..rasanya dorg jeles sbb tak mampu membebel cam kita haha

Fazira said...

Salam Kak Nana..
tak tahu kak nana ingat Fazira ke tak lagi..dulu rumah MU sekali ngan kak nana kat SMSTSP. Tiba-tiba jumpa blog kak nana.

Errrrm...jgn dilayan kak nana. orang macam nie.. hanya berfikiran 'aku yang terbaik, aku yang betul semua'. Blog fazira penah kena hentam..siap tulis kat FB lagi and buruk2kan my blog thru FB.

CIK NANA said...

Zatty : agreed. it's hard to please everyone.. :) and we don't have to pun kan....

K. Najwa : Betul.. biar dia ngan labunya.. :)

K. genny : Nana terima nasihat akak.. heheh peduliks!

Fazira : Ok, Kak Nana kena recap balik kamu yek.. :) don't worry, nanti ada masa kak nana tengok and cr gambar kamu dlm blog kamu k.. :) dah jumpa nie, keep in touch!!! ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...