Sunday, July 18, 2010

Keganasan rumah tangga : Jangan pasrah mengalah!

Menyedihkan.
Tengok Oprah last weekend, macam mana seorang wifey menembak mati suaminya setelah didera, physically and mentally for almost 17 years.
Kenapa setelah 17 tahun terseksa?
17 tahun adalah jangka masa yang sangat lama.
Sungguh.

pics : google

Wanita itu sabar kerana lelaki itu suaminya, bapa kepada anak-anaknya.
Dan mereka berkahwin atas nama cinta.
Maka dia cuba menerima.
Baik juga buruk teman hidupnya.


It hurts.
Even tengok raut muka that women semasa menceritakan pengalamannya dipukul pun sudah cukup menyakitkan.
Apatah lagi mereka yang mengalaminya.
:(


Kenapa isteri Badrul Muhayat memaafkan dan menjamin suaminya setelah dipukul, ditendang bla bla?
Kerana Badrul suaminya.
Bapa kepada 2 anaknya.
Na yakin rasa KASIH kepada suami dapat memadamkan kesalahan zalim suami itu.


Na sendiri at first rasa pelik.
Kenapa wanita-wanita yang menjadi mangsa domestic violence ini sanggup bertahan, menjadikan diri mereka punching bag, bertahun-tahun?
Setelah berfikir secara logik.
Dan meneliti beberapa kes.
Na rasa jiwa wanita yang lembut itu adalah puncanya.


Jiwa yang sarat kasih sayang.
Jiwa yang mencintai pasangan.
Jiwa yang memelihara hubungan.


Mereka ini yang tega bertahan.
Walau muka layu biru ditumbuk.
Walau tulang temulang patah dikerjakan.
Walau hospital menjadi rumah kedua.


Nauzubillah.
Tetapi cuba bayangkan teman sekatil anda, ayah kepada zuriat anda memukul anda?
Adakah anda akan meninggalkan dia tanpa rasa apa-apa.
Tanpa ada sangsi?


Begitu juga mereka.
Mereka pernah berkasihan.
Apatah lagi jika si isteri tiada pekerjaan.
Maka terpaksa menadah tubuh pada suami durjana.
Untuk dipijak, tumbuk atau apa saja.
:(


Semoga mereka yang teraniaya.
Yang melalui neraka dalam hubungan rumah tangga.
Sila bangun dapatkan bantuan.
Dari badan yang berkaitan.
Ada talian NUR.
Ada KEWAJA.
Ada macam-macam pusat yang boleh membantu anda.


Jangan biar tangan kasar lelaki membinasakan tubuh anda.
Dan menyiat tangkai hati anda.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...